Monday, August 26, 2013

La Liga 27/8/2013: Real Madrid menang 1-0 ke atas Granada



GRANADA, Sepanyol 27 Ogos - Jaringan Karim Benzema membantu Real Madrid menang tipis 1-0 ke atas Granada dalam saingan bola sepak Liga Sepanyol awal pagi ini.

Jaringan Benzema seawal minit kesepuluh permainan berpunca daripada gerakan menarik rakan sepasukan, Angel Di Maria. - Agensi

Sumber: Utusan

EPL 2013: Pemain baru Spurs, Soldado muncul wira



LONDON - Roberto Soldado sekali lagi muncul wira Tottenham Hotspur pada permulaan Liga Perdana Inggeris musim ini dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-58 untuk menewaskan Swansea 1-0, meletakkan mereka enam mata maksimum untuk dua perlawanan.

Penyerang antarabangsa Sepanyol itu yang tiba dari Valencia dengan yuran perpindahan RM132.5 juta telah meledak empat jaringan dalam tiga perlawanan turut membantu kemenangan Spurs ketika menewaskan Crystal Palace 1-0.

Gol tunggal dalam perlawanan itu diperoleh melalui sepakan penalti dengan menewaskan Michel Vorm pada minit ke-58 selepas Andros Townsend dijatuhkan oleh Jonjo Shelvey.

Kemenangan Spurs itu ternyata sedikit sebanyak mengurangkan rasa sedih para penyokongnya yang bakal kehilangan pemain bintang mereka, Gareth Bale yang akan menyertai Real Madrid tidak lama lagi di samping membuktikan mereka mampu 'hidup' tanpa khidmat pemain antarabangsa Wales berkenaan.

Kejayaan meraih tiga mata itu memberikan Spurs permulaan paling baik semenjak empat musim lalu manakala Swansea terus dirundung malang kerana hanya meraih dua kemenangan dalam 13 aksi terakhir semenjak memenangi Piala Liga pada Februari lalu.

Dalam perlawanan tersebut, Tottenham ternyata lebih menyerlah berbanding lawannya dengan mengawal permainan malahan aksi beberapa pembelian terbaru mereka tidak menghampakan seperti Etienne Capoue, Nacer Chadli dan Paulinho.

Penjaga gol Swansea, Vorm beraksi cemerlang dengan banyak menyelamatkan percubaan jarak jauh daripada Paulinho sementara Hugo Lloris tidak kurang hebatnya apabila menafikan pelawat mendapatkan gol melalui Wayne Routledge dan Michu.

Penyokong Spurs pada mulanya cukup kecewa dengan keputusan pengadil tidak mahu memberikan sepakan penalti walaupun Townsend secara jelas dijatuhkan oleh Shelvey, namun hanya diberikan sepakan percuma.

Namun, kehampaan mereka terubat apabila pengadil, Neil Swarbick akhirnya tidak melakukan kesilapan serupa apabila dia memberikan sepakan penalti selepas Townsend yang sekali lagi dihalang oleh Shelvey.

Soldado ternyata tidak ada masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti berkenaan dan Spurs berjaya mempertahankan keputusan berkenaan sehingga tamat permainan dengan Lloris sekali lagi menjadi watak penting menafikan hajat Swansea mencuri sekurang-kurangnya satu mata dengan menepis bola rembatan Chico Flores. - AGENSI

Sumber: Utusan

EPL 27/8/2013: Man United seri 0-0 dengan Chelsea



MANCHESTER, United Kingdom 27 Ogos - Wayne Rooney kembali dalam kesebelasan Manchester United namun gagal memberi impak yang menyaksikan kelabnya seri 0-0 dengan Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris hari ini. 

Biarpun seri, Chelsea masih lagi mendahului liga dengan 7 mata tetapi lebih satu perlawanan berbanding pasukan lain. Masih terlalu awal untuk mengatakan pasukan mana yang mempunyai kelebihan untuk menjuarai EPL musim 2013/2014.

Misteri Penemuan Raksasa Laut Di Sepanyol


Penduduk di pinggir pantai selatan Sepanyol gempar, apabila menjumpai satu bangkai reput raksasa laut lengkap bertanduk sepanjang 4 meter, semalam.




Keadaan bangkai raksasa laut yang ditemui di tepi pantai di Villaricos, Sepanyol.

Menurut pihak berkuasa, makhluk itu ditemui seorang wanita tempatan berdekatan gua Almanzora di Villaricos, dalam keadaan badan dan kepala terputus.

"Ia

Bale ke Real dengan rekod perpindahan paling mahal dunia



LONDON - Tottenham Hotspur akhirnya bersetuju melepaskan Gareth Bale kepada Real Madrid dengan perpindahan rekod dunia bernilai 86 juta pound (RM442.32 juta), dan pengumuman rasmi akan dilakukan awal hari ini.

Tiada pertukaran pemain dilakukan untuk melengkapkan perjanjian tersebut, sebaliknya ia hanya melibatkan Bale, dan Real telah membayar wang secara tunai kepada Spurs seperti yang diminta oleh kelab London itu.

Sebelum ini, terdapat ura-ura Real akan menyerahkan penyerang mereka, Alvaro Morato selain bek kiri, Fabio Coentrao kepada Tottenham sebagai sebahagian daripada usaha untuk mendapatkan Bale.

Bale kini menginap di sebuah vila di Malaga, yang dipercayai milik ejennya, David Manasseh, yang bekerja untuk Stellar Group. Pemain berusia 24 tahun itu terbang ke Sepanyol kelmarin menaiki jet peribadi dan semalam, dia seharian menunggu keputusan rundingan yang berlangsung di antara wakilnya, Real serta Tottenham.

Dia akan berlepas ke Madrid untuk menjalani ujian kesihatan sebelum menandatangani kontrak enam tahun, yang dipercayai bernilai 8.5 juta pound (RM43.68 juta) setahun, iaitu jumlah sebelum cukai.

Pemain antarabangsa Wales itu kemudian akan diperkenalkan secara rasmi kepada penyokong Real di Stadium Santiago Bernabeu hari ini dan dijangka disambut oleh puluhan ribu peminat.

Real akan menentang Granada malam ini dan menerima kunjungan Athletic Bilbao di tempat sendiri, Ahad ini, di mana Bale dijangka membuat kemunculan pertama.

Yuran perpindahan Bale mengatasi rekod dunia yang sebelum ini dipegang oleh Cristiano Ronaldo, iaitu 80 juta pound (RM411.12 juta) ketika dibeli oleh Real daripada Manchester United pada 2009.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez sebelum ini mengatakan bahawa 86 juta pound adalah jumlah yang sangat besar untuk Bale tetapi Spurs sedar gergasi bola sepak Sepanyol itu amat terdesak untuk mendapatkan pemain tersebut dan berada di bawah tekanan hebat.

Real sudahpun menyediakan jersi No. 11 untuk Bale ketika pemain itu belum lagi menjadi milik, malah kesemua jersi tersebut sudah mula dijual di kedai milik kelab.

Spurs juga dikatakan lega kerana perjanjian sudah dicapai lebih awal sebelum pasaran perpindahan pemain ditutup pada 2 September ini.

Mereka sebelum ini menangguhkan penjualan Bale sehingga berjaya mendapat pengganti yang sesuai untuk pemain tersebut.

Selepas gagal mendapatkan pemain tengah Brazil, Willian yang dirampas pada saat akhir oleh Chelsea dengan bayaran 30 juta pound (RM154.17 juta), Spurs semakin hampir menandatangani pemain sayap antarabangsa Argentina, Erik Lamela dari Roma menerusi 26 juta pound (RM133.61 juta). - AGENSI

Sumber: Utusan

Keputusan penuh La Liga Sepanyol 26/8/2013



MADRID 26 Ogos - Perancang utama Arda Turan mempamerkan persembahan mantap membantu pasukannya Atletico Madrid membelasah Rayo Vallecano 5-0 dalam Liga Sepanyol semalam. - Agensi

Keputusan penuh La Liga Sepanyol 26/8/2013:
  • Elche 1 - Real Sociedad 1
  • Espanyol 3 - Valencia 1
  • Villarreal 2 - Real Valladolid 1
Sumber: Utusan

Cardiff lakar sejarah menang 3-2 ke atas Man City



CARDIFF 26 Ogos - Kelab dari Wales, Cardiff City mengejutkan Manchester City 3-2 pada aksi pertamanya dalam tempoh 51 tahun dalam saingan utama Liga Perdana Inggeris.

Sementara itu, Tottenham Hotspur terus mengekalkan rentak kemenangan selepas menewaskan Swansea 1-0. - Agensi

Sumber: Utusan

Gambar Belangkas