Monday, August 26, 2013

EPL 2013 - United dan Chelsea bakal berentap awal musim



LONDON - Hanya seminggu musim baharu Liga Perdana Inggeris bermula, perhatian kini tertumpu kepada pertembungan dua calon utama untuk meraih kejuaraan utama musim ini iaitu antara Chelsea yang akan berdepan dengan juara bertahan, Manchester United, Isnin ini.

United memulakan saingan musim ini dengan kemenangan 4-1 ke atas Swansea pada minggu lalu.

Namun Chelsea akan menjadi penentu aras sebenar kepada keupayaan pengurus baru Red Devils, David Moyes yang akan bertemu Liverpool dan Manchester City selepas ini.

Chelsea yang kembali mendapat sentuhan pengurus baru, Jose Mourinho, menang 2-0 ke atas Hull City dan meneruskan pungutan tiga mata dengan menewaskan Aston Villa 2-1 pada pertengahan minggu ini.

Sekiranya kelab London itu mampu mengejutkan Red Devils di Old Trafford, Chelsea berpeluang menjarakkan diri sebanyak enam mata pada permulaan musim dengan kelebihan satu perlawanan namun pemain tengah Unied, Ryan Giggs tidak mahu perkara itu terjadi.

"Pada musim pertama Mourinho di Chelsea, dia sentiasa bermula baik dan kami sukar untuk mengejar kedudukan mereka pada akhirnya," kata Giggs. - AFP

Sumber: Utusan

Iklan percuma Facebook 2013 - FB Ads


Adakah anda seorang peniaga yang menjual barangan secara online ataupun anda seorang yang pakar dalam bisnes internet? Jika YA jawapan anda, pengiklanan di Facebook mungkin menjadi suatu medium penting bagi anda meningkatkan hasil jualan di internet.

Saya ingin berkongsi satu Facebook group dimana anda bebas mengiklankan pelbagai produk ataupun bisnes anda kepada ahli group bila-bila masa sahaja dengan syarat anda haruslah mempunyai akaun Facebook. Zaman sekarang boleh dikatakan semua orang mempunyai akaun Facebook masing-masing bukan? Jadi sertailah sekarang group iklan percuma Facebook kerana ianya adalah PERCUMA!

Tenis Terbuka AS 2013: Nadal dan Federer bakal berentap



NEW YORK 23 Ogos - Rafael Nadal berpotensi berdepan Roger Federer seawal suku akhir sementara pilihan pertama, Novak Djokovic diramal bertemu penyandang juara Andy Murray pada separuh akhir selepas undian tenis Terbuka Amerika Syarikat dibuat semalam.

Antara pemenang Nadal dan Federer, salah seorangnya diramal menentang pemenang antara pilihan keempat dari Sepanyol, David Ferrer atau pilihan kelapan dari Perancis, Richard Gasquet dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Saingan wanita pula menyaksikan pilihan utama Serena Williams dalam laluan menentang pilihan kelapan, Angelique Kerber pada suku akhir dan pemenangnya akan menentang sama ada pilihan ketiga dari Poland, Agnieszka Radwanska atau pemain China, Li Na di separuh akhir.

Sementara itu, pemain pilihan kedua, Victoria Azarenka dari Belarus dan pemain Republik Czech, Petra Kvitova diundi dalam satu kumpulan dan dijangka bertemu di suku akhir. - Agensi

Sumber: Utusan

Liga Europa 23/8/2013: Spurs belasah Dinamo Tbilisi 5-0



PARIS 23 Ogos - Tottenham Hotspurs membuka saingan Liga Europa dengan membelasah Dinamo Tbilisi 5-0 dalam perlawanan semalam.

Deretan gol Spurs hadir menerusi pemain muda Andros Townsend, Paulinho, dua jaringan daripada Roberto Soldado serta Danny Rose. - Agensi

Sumber: Utusan

EPL 22/8/2013: Chelsea menang 2-1 ke atas Aston Villa



LONDON 22 Ogos - Jaringan Branislav Ivanovic pada babak kedua menyelamatkan Chelsea daripada persembahan suram apabila menang 2-1 ke atas Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi ini.

Chelsea memimpin perlawanan menerusi jaringan sendiri pemain Villa, Antonio Luna sebelum Christian Benteke menyamakan kedudukan. - Agensi

Sumber: Utusan

Keputusan play-off pertama Liga Juara-juara Eropah 2013



GENEVA 22 Ogos - Arsenal memadam kritikan dengan mempamerkan permainan kelas tinggi menewaskan Fenerbahce 3-0 dalam pertemuan pertama play-off Liga Juara-Juara.

Kieran Gibbs, Aaron Ramsey dan Olivier Giroud masing-masing menjaringkan satu gol. - Agensi

Keputusan play-off pertama Liga Juara-juara Eropah 2013:
  • Dinamo Zagreb (CRO) 0 - 2 Austria Vienna (AUT)
  • Ludogorets Razgrad (BUL) 2 - 4 Basel (SUI)
  • Steaua Bucharest (ROM) 1 - 1 Legia Warsaw (POL)
  • Schalke 04 (GER) 1 - 1 PAOK (GRE)
  • Fenerbahce (TUR) 0 - 3 Arsenal (ENG)


Sumber: Utusan

Neymar jaring gol bantu Barcelona seri 1-1 dengan Athletico



MADRID 22 Ogos - Neymar menjaringkan gol pertama buat Barcelona dalam aksi Piala Super yang menyaksikan Catalan terikat 1-1 dengan Atletico Madrid awal pagi ini.

Namun, lebih membimbangkan buat Barca apabila `ayam tambatannya', Lionel Messi terpaksa dikeluarkan disebabkan kecederaan.

David Villa sebelum itu mengejutkan bekas kelabnya dengan menjaringkan gol buat tuan rumah seawal minit ke-12. - Agensi

Sumber: Utusan

Gambar Belangkas