Monday, August 26, 2013

Tenis Terbuka AS 2013: Nadal dan Federer bakal berentap



NEW YORK 23 Ogos - Rafael Nadal berpotensi berdepan Roger Federer seawal suku akhir sementara pilihan pertama, Novak Djokovic diramal bertemu penyandang juara Andy Murray pada separuh akhir selepas undian tenis Terbuka Amerika Syarikat dibuat semalam.

Antara pemenang Nadal dan Federer, salah seorangnya diramal menentang pemenang antara pilihan keempat dari Sepanyol, David Ferrer atau pilihan kelapan dari Perancis, Richard Gasquet dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Saingan wanita pula menyaksikan pilihan utama Serena Williams dalam laluan menentang pilihan kelapan, Angelique Kerber pada suku akhir dan pemenangnya akan menentang sama ada pilihan ketiga dari Poland, Agnieszka Radwanska atau pemain China, Li Na di separuh akhir.

Sementara itu, pemain pilihan kedua, Victoria Azarenka dari Belarus dan pemain Republik Czech, Petra Kvitova diundi dalam satu kumpulan dan dijangka bertemu di suku akhir. - Agensi

Sumber: Utusan

Liga Europa 23/8/2013: Spurs belasah Dinamo Tbilisi 5-0



PARIS 23 Ogos - Tottenham Hotspurs membuka saingan Liga Europa dengan membelasah Dinamo Tbilisi 5-0 dalam perlawanan semalam.

Deretan gol Spurs hadir menerusi pemain muda Andros Townsend, Paulinho, dua jaringan daripada Roberto Soldado serta Danny Rose. - Agensi

Sumber: Utusan

EPL 22/8/2013: Chelsea menang 2-1 ke atas Aston Villa



LONDON 22 Ogos - Jaringan Branislav Ivanovic pada babak kedua menyelamatkan Chelsea daripada persembahan suram apabila menang 2-1 ke atas Aston Villa dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi ini.

Chelsea memimpin perlawanan menerusi jaringan sendiri pemain Villa, Antonio Luna sebelum Christian Benteke menyamakan kedudukan. - Agensi

Sumber: Utusan

Keputusan play-off pertama Liga Juara-juara Eropah 2013



GENEVA 22 Ogos - Arsenal memadam kritikan dengan mempamerkan permainan kelas tinggi menewaskan Fenerbahce 3-0 dalam pertemuan pertama play-off Liga Juara-Juara.

Kieran Gibbs, Aaron Ramsey dan Olivier Giroud masing-masing menjaringkan satu gol. - Agensi

Keputusan play-off pertama Liga Juara-juara Eropah 2013:
  • Dinamo Zagreb (CRO) 0 - 2 Austria Vienna (AUT)
  • Ludogorets Razgrad (BUL) 2 - 4 Basel (SUI)
  • Steaua Bucharest (ROM) 1 - 1 Legia Warsaw (POL)
  • Schalke 04 (GER) 1 - 1 PAOK (GRE)
  • Fenerbahce (TUR) 0 - 3 Arsenal (ENG)


Sumber: Utusan

Neymar jaring gol bantu Barcelona seri 1-1 dengan Athletico



MADRID 22 Ogos - Neymar menjaringkan gol pertama buat Barcelona dalam aksi Piala Super yang menyaksikan Catalan terikat 1-1 dengan Atletico Madrid awal pagi ini.

Namun, lebih membimbangkan buat Barca apabila `ayam tambatannya', Lionel Messi terpaksa dikeluarkan disebabkan kecederaan.

David Villa sebelum itu mengejutkan bekas kelabnya dengan menjaringkan gol buat tuan rumah seawal minit ke-12. - Agensi

Sumber: Utusan

Gareth Bale menang 2 Anugerah dari PFA musim 2012



LONDON - Pemain Tottenham Hotspur Gareth Bale menerima penghormatan daripada rakan sepasukannya apabila memenangi Anugerah Pemain Terbaik dan Pemain Muda Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA), semalam.

Bekas pemain Southampton itu merupakan pemain ketiga yang memenangi kedua-dua anugerah pada musim yang sama dan pemain yang kelima menerima dua hadiah utama.

"Ini merupakan penghormatan terbesar buat saya.

"Tanpa (kerjasama) rakan sepasukan tidak mungkin saya dapat memenangi anugerah ini. Lihat sahaja calon-calon yang disenaraikan, terdapat beberapa pemain yang merupakan nama-nama besar dalam bola sepak." katanya.

"Mereka (pemain Spurs) begitu hebat pada musim ini dan begitu juga pengurus (Andre Villas-Boas). Saya mungkin tidak memperoleh anugerah ini tanpa mereka. Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada mereka," kata Bale.

Sementara itu, Pengerusi PFA, Gordon Taylor berkata: "Gareth telah melalui musim yang cemerlang. Impaknya sama seperti yang ditunjukkan pemain Wales, Ryan Giggs."

Bale telah menjaringkan sebanyak 19 gol dalam Liga Perdana musim ini dan menghadapi saingan sengit daripada pemain Liverpool, Luis Suarez serta pemain Manchester United, Robin van Persie.

Suarez yang kini menjalani penggantungan 10 perlawanan selepas menggigit pertahanan Chelsea Branislav Ivanovic minggu lalu, turut terpilih disenaraikan dalam pasukan impian PFA.

Turut terpilih dalam pasukan impian PFA ialah penjaga gol United, David de Gea, pemain tengah Michael Carrick dan dua pemain Chelsea, Eden Hazard dan Juan Mata. - AFP

Sumber: Utusan

Moyes hanya buang masa pancing Fellaini - Martinez



LONDON - Roberto Martinez memberitahu pengurus Manchester United, David Moyes dia hanya membazirkan masa semua orang dengan tidak henti-henti memburu dua bintang Everton, Marouane Fellaini dan Leighton Baines.

Martinez berang dengan sikap Moyes yang tetap mengejar dua tonggak mereka walaupun tawaran 28 juta pound (RM144.29 juta) yang dikemukakan untuk Baines dan Fellaini ditolak, kelmarin.

Martinez difahamkan telah berjaya menyakinkan tonggak pertahanan England, Baines, 28, untuk kekal dalam pertemuan mereka minggu lalu, namun masa depan Fellaini, 25, tidak begitu jelas.

Klausa perlepasan pemain tengah Belgium itu dalam kontraknya sudah luput, bulan lalu.

Dalam klausa tersebut, Fellaini boleh meninggalkan Everton sekiranya terdapat tawaran bernilai 23.5 juta (RM121.10 juta) sebelum akhir Julai, namun tiada mana-mana kelab yang memenuhi nilai tersebut. United pula menegaskan, nilai pemain itu adalah lebih rendah daripada yang ditetapkan.

Everton tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dan Martinez pula menegaskan, sebarang usaha untuk memancing pemain-pemainnya harus dihentikan segera.

"Semua yang berlaku telah dicatatkan dan setiap spekulasi terpaksa ditangani oleh pengurus, kelab dan pemain, jadi semua ini membuang masa. Saya tidak mahu lagi masa saya dan pemain terbuang begitu saja," tegas Martinez.

Everton turut menganggap, usaha United untuk menyambar dua tonggak mereka sebagai satu penghinaan dan menegaskan, mereka langsung tidak tertarik dengan pendekatan United.

Moyes, yang merupakan bekas pengurus Everton bagaimanapun percaya, dia masih mempunyai harapan untuk mendapatkan dua bekas pemainnya itu kerana Everton tidak pernah mengisytiharkan kedua-dua pemain tersebut bukan untuk dijual.

Juara Liga Perdana Inggeris itu bersedia untuk kembali mengemukakan tawaran yang telah ditingkatkan kepada 36 juta pound (RM185.52 juta).

Martinez turut menggesa pihak Liga Perdana dan Persatuan Bolasepak England (FA) supaya berubah peraturan dengan menutup pasaran perpindahan pemain sebaik saja musim baharu bermula.

"Saya tidak setuju jika pasaran perpindahan dibuka ketika liga sedang berlangsung kerana ini adalah tempoh yang amat penting buat semua pasukan," katanya. - AGENSI

Sumber: Utusan

Gambar Belangkas