Monday, August 26, 2013

Kelayakan Liga Juara 2013 - Arsenal hadapi tugas getir



ISTANBUL - Arsene Wenger mengakui Arsenal perlu bangkit menunjukkan semangat juang yang tinggi apabila berdepan Fenerbahce pada aksi pertama timbal balik Kelayakan Liga Juara-Juara di Turki, hari ini.

Skuad bimbingannya mengalami kekalahan memalukan 1-3 kepada Aston Villa pada aksi sulung Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, Sabtu lalu.

Persembahan Arsenal nyata terlalu longgar sehingga mengundang kemarahan penyokong setia Gunners, yang membuatkan Wenger menjadi objek kemarahan kerana gagal menunaikan janjinya mendapatkan pemain-pemain baru berprofil tinggi.

Kumpulan yang menamakan diri mereka Arsenal Supporters Trust (AST) menggesa kelab itu lebih memikirkan untuk membentuk kembali pasukan daripada berbincang mengenai kontrak terbaru Wenger.

Selepas lapan tahun tanpa sebarang trofi, Wenger dan para pemainnya kini jelas berada dalam tekanan dan jika gagal melayakkan diri ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, ia mungkin menjadi bencana terbesar buat Arsenal bagi permulaan musim ini.

Tambah membebankan buat Wenger, dia dihantui banyak masalah kecederaan ketika berdepan Villa tempoh hari dengan hanya tinggal lapan pemain senior sahaja yang boleh turun pada perlawanan berkenaan.

Pemain tengah England, Alex Oxlade-Chamberlain mendapat kecederaan serius bahagian lutut, yang mungkin menyebabkan dia terpaksa direhatkan selama beberapa bulan sementara Kieran Gibbs, Bacary Sagna, Tomas Rosicky dan Aaron Ramsey menyertai Mikel Arteta, Nacho Monreal dan Thomas Vermaelen dalam senarai kecederaan.

Tugas berat menanti Wenger di Stadium Sukru Saracoglu dan dia mengakui barisan pertahanannya nampak terlalu rapuh bagi menghadapi Fenerbahce.

"Kami terlepas banyak peluang, tidak bernasib baik dan berdepan banyak kecederaan, jika dicampurkan semua sekali, kami memang berada dalam keadaan tidak begitu menyakinkan.

"Saya percaya musim kami akan bergantung tentang bagaimana kami bangkit terhadap kekalahan yang lalu selepas permulaan yang cukup mengecewakan, " katanya.

Hanya seorang sahaja pemain yang dibawa masuk sejak musim lalu selepas gagal mendapatkan Luis Suarez, Gonzalo Higuain dan Luis Gustavo, Wenger memerlukan seorang atau dua pemain baru bagi membangkitkan semula semangat para pemainnya di Emirates. - AFP


Sumber: Utusan

Moyes naikkan bidaan ke atas Fellaini dan Baines



ENGLAND - Manchester United bakal menaikkan bidaan kepada 36 juta pound (RM186 juta) bagi mendapatkan pemain Everton, Marouane Fellaini dan Leighton Baines.

Ia adalah langkah susulan United selepas Everton menolak bidaan awal 28 juta pound (RM144 juta) bagi mendapatkan dua pemain tersebut.

Sebelum ini pengerusi skuad Toffees, Bill Kenwright berang dengan sikap United yang mendesak Everton agar menjual aset utama di Goodison Park itu selain menyifatkan Red Devils sebagai biadap.

United berharap Everton mempertimbangkan tawaran baharu itu yang menyaksikan penambahan 8 juta pound (RM41.2 juta) berbanding jumlah bidaan pertama.

Pengurus United, David Moyes yakin mampu membawa dua pemain itu ke Old Trafford sebelum tempoh perpindahan ditutup.

"United tidak akan berputus asa dengan bidaan ini dan akan membida buat kali kedua dengan jumlah yang lebih tinggi.

"Kelab juga amat yakin semua ini akan selesai dengan baik.

"Dua pemain tersebut menjadi sasaran kami untuk memperkukuhkan pasukan ini.

"Everton ketika ini tidak mahu menjual pemain mereka itu namun apabila tiba masanya, mereka pasti menjualnya," kata Moyes.

Tawaran terbaharu United untuk dua pemain itu ialah 20 juta pound (RM103 juta) bagi mendapatkan Fellaini dan 16 juta pound (RM82.4 juta) untuk Baines. - AGENSI

Sumber: Utusan

Pemandu teksi rompak lelaki warga Bangladesh

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa terhadap pertuduhan merompak seorang lelaki warga Bangladesh menggunakan pisau, minggu lepas.
M. Ganapathy, 43, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompak berkumpulan wang tunai lebih kurang RM1,000 milik Md Rofiool Islam, 27, menggunakan pisau sebagai senjata yang boleh menyebabkan kematian di KTM Segambut, Sentul di sini pada 11.30 pagi 9 Okt lepas.
Bapa kepada seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh jugadikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Hakim Mohamad Sekeri Mamat membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 denganseorang penjamin dan menetapkan 6 Nov untuk sebutan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norasyikin Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Faizal Abdul Rahman. - BERNAMA

Planet baru seperti bumi dijumpai luar sistem solar

Gambar hiasan
WASHINGTON: Sebuah planet yang sama seperti bumi berdasarkan lokasi dan saiznya ditemui di luar sistem solar, demikian menurut ahli astronomi Eropah. Ia berjaya dikesan ketika mengelilingi sistem bintang pada jarak 40 trilion kilometer.

Bagaimanapun, planet yang sama seperti bumi itu didapati berada pada kedudukan terlalu hampir dengan bintang, yang mana ia mengelilingi hanya selang beberapa hari. - AP - mStar Online


Kesan buruk jika wanita tidur dengan memakai bra



Bra merupakan pakaian dalam wanita yang sangat penting untuk menjaga tekstur serta bentuk payudara seorang wanita. Namun bra juga mempunyai kesan buruk bila dikenakan secara serentak dalam waktu yang lama bagi seorang wanita.



Apa saja akibat buruk mengenakan bra? Ketahui juga alasan kenapa banyak orang menyarakankan anda untuk tidak mengenakan bra ketika tidur.



1. berpeluh

Ada bra yang direka khas untuk tidur, dam bra tersebut diperbuat daripada bahan yang menyerap peluh seperti nilon dan kapas sehingga boleh membuat payudara'bernapas '. Tetapi jika anda mengenakan bra biasa apabila tidur, anda boleh berpeluh dan kawasan dada menjadi lembab. Menurut laman web The Teen Growth, keadaan ini boleh menyebabkan geseran sehingga menimbulkan ruam dan luka.


2. ketidakselesaan

Bra sehari-hari dibuat untuk menyokong payudara dan menjaga agar bentuknya tidak turun atau melorot. Laman The Teen Growth menulis bahawa 'daily bra' tidak direka agar selesa apabila tidur. Kawat bra yang meliuk-liuk saat tubuh berbaring boleh menusuk-nusuk kulit sehingga membuat kegatalan


3. insomnia

Berangkat dari ketidakselesaan bra sehari-hari yang dikenakan apabila berbaring boleh membuat anda merasa kesukaran tidur. Dan akhirnya, keadaan tubuh anda di pagi hari menjadi tidak maksimum. Teen Health menjelaskan bahawa kebiasaan tidur dengan memakai bra boleh memberi kesan kepada kesihatan anda secara keseluruhan.


4. kanser Payudara

llmuan Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya 'Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras', menggunakan bra terlalu lama boleh meningkatkan suhu rangkaian payudaradan wanita yang memakai bra mempunyai kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua-dua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.


Kedua ilmuwan tersebut mengatakan bahawa tidur adalah waktu yang tepat untuk merehatkan payudara dengan tidak mengenakan bra. Tak hanya merehatkan otot, saat tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (mengeluarkan racun). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk menghasilkan hormon-hormon imuniti (kekebalan tubuh).


Mourinho mahu pastikan kemenangan ke atas United



LONDON - Selepas berjaya memastikan kemenangan sempena kepulangannya ke Chelsea Ahad lalu, Jose Mourinho perlu melakukan perkara yang sama apabila beraksi di tempat lawan menentang Aston Villa dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, hari ini.

Pengendali dari Portugal itu kembali ke Stamford Bridge Ahad lalu selepas enam tahun dan cepat menyesuaikan diri dengan rutin lamanya apabila menewaskan Hull City 2-0, sekali gus meneruskan rekod tanpa kalah skuad bimbingannya di tempat sendiri kepada 61 perlawanan.

Perlawanan tersebut menyaksikan Frank Lampard menjaringkan gol melalui sepakan bebas pada minit ke-25 namun skuad Mourinho perlu lebih mantap apabila bertemu Villa.

Villa mengejutkan Arsenal 3-1 di Stadium Emirates Sabtu lalu ketika Christian Benteke sudah mendapat sentuhan jaringan dan dilihat bersedia untuk membuang memori bergelut dalam zon penyingkiran musim lalu.

Lampard, salah seorang daripada lapan pemain yang pernah di bawah bimbingan Mourinho sebelum ini berkata, sasaran Chelsea musim ini adalah memberi cabaran dalam perebutan kejuaraan liga selepas menamatkan saingan musim lalu pada tangga ketiga dan keenam pada 2012.

"Saingan EPL sangat sukar sejak kebelakangan ini. Perlawanan menjadi semakin sengit dan pantas, jadi kami perlu sentiasa menang minggu demi minggu, itu yang perlu kami lakukan sekali lagi.

"Apa yang perlu kami tekankan di sini ialah Aston Villa baru sahaja menewaskan Arsenal kerana mereka begitu pantas dan memiliki barisan pemain yang muda, jadi kami tidak boleh biarkan begitu sahaja tanpa usaha," kata pemain tengah England berusia 35 tahun itu, yang meraih dua kejuaraan liga di bawah Mourinho pada 2005 dan 2006.

Mourinho mungkin melakukan penggiliran pemain kerana mereka bukan sahaja akan bertemu Manchester United Isnin depan tetapi selepas itu terlibat dengan perlawanan Piala Super UEFA di Prague pada 30 Ogos.

Juan Mata akan diberi peluang beraksi selepas hanya menghuni bangku simpanan ketika menentang Hull berikutan kecederaan buku lali manakala Romelu Lukaku atau Demba Ba dijangka membantu Fernando Torres pada bahagian serangan. - AFP

Sumber: Utusan

Manchester City laung amaran belasah Newcastle 4-0



MANCHESTER 20 Ogos - Manchester City membuka kempen Liga Perdana Inggeris dengan bergaya apabila membenam Newcastle yang beraksi dengan 10 pemain 4-0 semalam.

City memperoleh gol menerusi David Silva, Sergio Aguero, Yaya Toure dan Samir Nasri, memusnahkan permulaan musim Newcastle yang tempang selepas pemainnya, Steven Taylor dibuang padang sebelum berakhir babak pertama. - Agensi

Sumber: Utusan

Gambar Belangkas