Monday, August 26, 2013

Manchester City laung amaran belasah Newcastle 4-0



MANCHESTER 20 Ogos - Manchester City membuka kempen Liga Perdana Inggeris dengan bergaya apabila membenam Newcastle yang beraksi dengan 10 pemain 4-0 semalam.

City memperoleh gol menerusi David Silva, Sergio Aguero, Yaya Toure dan Samir Nasri, memusnahkan permulaan musim Newcastle yang tempang selepas pemainnya, Steven Taylor dibuang padang sebelum berakhir babak pertama. - Agensi

Sumber: Utusan

Scott Parker ikat kontrak 3 tahun bersama Fulham 2013



LONDON 20 Ogos - Pemain tengah England Scott Parker mengikat kontrak bersama Fulham selama tiga tahun, menurut kelab Liga Perdana itu.

Pemain berusia 32 tahun itu meninggalkan Tottenham Hotspur tanpa dinyatakan jumlah yuran perpindahannya selepas dua tahun bersama kelab utara London itu. - Agensi

Sumber: Utusan

Kemenangan Nadal lonjak beliau di tangga ke-2 dunia



CINCINNATI, Ohio - Rafael Nadal menjuarai tenis Terbuka Cincinnati buat kali pertama, semalam - kejuaraan kesembilan tahun ini yang sekali gus melonjakkan dia ke tangga ke-2 ranking dunia.

Kemenangan itu turut meletakkan Nadal antara pemain pilihan pada Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat selepas ini.

Diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan selepas kembali membuat penampilan daripada tujuh bulan menyepi gara-gara kecederaan, tidak menghalang juara Terbuka Perancis lapan kali itu berada di kemuncak prestasi.

Dia menewaskan pemain bukan pilihan dari Amerika Syarikat, John Isner 7-6 (10/8), 7-6 (7/3) pada perlawanan akhir di gelanggang keras, mengulangi kejuaraan di Montreal Masters seminggu sebelumnya.

"Sejak dari awal saingan, saya bermain menentang pemain-pemain terbaik dunia, mereka dalam kategori 50 terbaik. Dalam kejohanan lain anda mungkin bernasib baik mendapat lawan yang mudah tetapi di sini (Cincinnati) ia tidak berlaku.

"Menang dua kejohanan berturut-turut sememangnya sukar sebab bukan semua gelanggang sama, malah cuaca juga berlainan.

"Dalam hal ini, anda memerlukan tumpuan 100 peratus dan kejohanan ini benar-benar menguji kemampuan fizikal kita," katanya. - AFP


Sumber: Utusan

Masalah kecederaan pemain ganggu tumpuan Wenger



LONDON, England - Arsenal berdepan krisis pada awal saingan Liga Perdana Inggeris selepas pemain sayapnya Alex Oxlade-Chamberlain dilaporkan terlepas aksi selama enam bulan ekoran kecederaan, lapor Daily Mail.

Oxlade-Chamberlain adalah salah seorang daripada beberapa pemain yang mendapat kecederaan dalam aksi yang menyaksikan Arsenal tewas 1-3 kepada Aston Villa, meninggalkan pengurus pasukan, Arsene Wenger dihambat gelisah menjelang pertemuan kelayakan Liga Juara-Juara menentang Fenerbache, esok.

Wenger bagaimanapun masih menunggu keputusan ujian imbasan kedua kecederaan Oxlade-Chamberlain. 

Oxlade-Chamberlain, 20, mendapat kecederaan selepas berlaga dengan pemain pertahanan Villa, Antonio Luna dan Wenger menegaskan: "Dia terkeluar (daripada saingan menentang Fenerbache). Lututnya mengalami masalah. Kecederaan itu teruk."

Sebagai tambahan kepada kesengsaraan yang dihadapi oleh Wenger, Arsenal turut kehilangan Bacary Sagna, Kieran Gibbs, Tomas Rosicky serta Aaron Ramsey yang turut dilanda kecederaan malah belum pasti dapat diturunkan minggu ini.

Setakat ini, Thomas Vermaelen, Nacho Monreal, Mikel Arteta serta Abou Diaby disahkan terlepas aksi minggu ini disebabkan masalah kecederaan. - AFP


Sumber: Utusan

Juventus julang Piala Super Itali 2013



ROME - Juventus muncul juara Piala Super Itali buat kali keenam kelmarin selepas membelasah Lazio 4-0 dengan Carlos Tevez menjaringkan gol pertamanya buat juara Liga Itali itu.

Perlawanan tersebut dicemari sokongan berbaur perkauman dari Ultras Lazio sebelum perlawanan tamat dan amaran telah dibuat melalui pembesar suara.

Pada masa yang sama, kekecohan berlaku menyebabkan penyokong Juventus dilaporkan cedera. Atas padang, pemain gantian, Paul Pogba menjaringkan gol pada minit ke-23, kurang daripada tiga minit selepas dia masuk menggantikan Claudio Marchisio.

Giorgio Chiellini dan Stephan Lichtsteiner melebarkan penguasaan Juventus pada awal separuh masa kedua sebelum Tevez menjaringkan gol pada minit ke-56.

Kemenangan Juventus ke atas Lazio di laman mereka sendiri seolah-olah satu amaran buat pasukan lain dalam Liga Itali.

Pasukan bimbingan Antonio Conte sudah menjadi pasukan pilihan untuk memenangi saingan liga buat kali ketiga berturut-turut.

“Saya tahu kita akan hadapi perlawanan tersebut dengan perwatakan yang betul dan saya sangat gembira kerana kami telah meraih kejuaraan berganda liga dan Piala Super.

“Kami berhak muncul juara. Saya mahu memberi pujian kepada semua pemain. Saya tahu mereka mempunyai perwatakan yang betul dan ia berhasil. Ia akan menjadi tahun yang sukar, kami harus bermula seperti mana kami lakukan hari ini (kelmarin).

Kekalahan sudah tentu memberi kejutan kepada Lazio dan penyokongnya, yang masih lagi meraikan kemenangan ke atas Roma, Mei lalu.

“Kami lumpuh selepas gol kedua dan kami sedikit naif, tatkala Juve begitu klinikal. Mereka berhak juara, sekarang kami harus kembali berpijak di bumi nyata selepas memenangi perlawanan akhir ke atas Roma. 

Kami harus melihat kembali kelemahan dan bermula dari kosong," kata jurulatih Lazio, Vladimir Petkovic. - AGENSI


Sumber: Utusan

Rafael Nadal, Azarenka juarai Cincinnati Masters 2013



CINCINNATI, Ohio 19 Ogos - Rafael Nadal kembali menghuni ranking kedua dunia selepas menjuarai kejohanan tenis Cincinnati Masters semala.

Pada perlawanan akhir itu, Nadal menewaskan John Isner 7-6 (10/8), 7-6 (7/3).

Kemenangannya itu juga yang kedua berturut-turut di gelanggang keras selepas menakluk Montreal Masters minggu lepas untuk mengumpul sembilan kejuaraan sepanjang tahun ini.

Sementara itu, Victoria Azarenka pula bangkit daripada kekalahan set pertama 2-6 kepada pemain nombor satu dunia, Serena Williams untuk menang dua set berikutnya 6-2, 7-6 bagi menjulang kejuaraan tersebut. - Agensi

Sumber: Utusan

La Liga 18/8/2013: Barcelona belasah Levante 7-0



MADRID 19 Ogos - Barcelona meraikan kedatangan pengurus baharunya, Gerardo Martino dengan membelasah Levante 7-0 pada perlawanan pertamanya dalam Liga Sepanyol.

Beraksi di Camp Nou, Barca tidak menunjukkan belas kasihan apabila berpesta gol menerusi jaringan Alexis Sanchez, Lionel Messi (2), Dani Alves, Pedro serta Xavi.

Barca selesa dengan kedudukan 6-0 pada babak pertama perlawanan. - Agensi

Sumber: Utusan

Gambar Belangkas