Monday, August 26, 2013

Rafael Nadal, Azarenka juarai Cincinnati Masters 2013



CINCINNATI, Ohio 19 Ogos - Rafael Nadal kembali menghuni ranking kedua dunia selepas menjuarai kejohanan tenis Cincinnati Masters semala.

Pada perlawanan akhir itu, Nadal menewaskan John Isner 7-6 (10/8), 7-6 (7/3).

Kemenangannya itu juga yang kedua berturut-turut di gelanggang keras selepas menakluk Montreal Masters minggu lepas untuk mengumpul sembilan kejuaraan sepanjang tahun ini.

Sementara itu, Victoria Azarenka pula bangkit daripada kekalahan set pertama 2-6 kepada pemain nombor satu dunia, Serena Williams untuk menang dua set berikutnya 6-2, 7-6 bagi menjulang kejuaraan tersebut. - Agensi

Sumber: Utusan

La Liga 18/8/2013: Barcelona belasah Levante 7-0



MADRID 19 Ogos - Barcelona meraikan kedatangan pengurus baharunya, Gerardo Martino dengan membelasah Levante 7-0 pada perlawanan pertamanya dalam Liga Sepanyol.

Beraksi di Camp Nou, Barca tidak menunjukkan belas kasihan apabila berpesta gol menerusi jaringan Alexis Sanchez, Lionel Messi (2), Dani Alves, Pedro serta Xavi.

Barca selesa dengan kedudukan 6-0 pada babak pertama perlawanan. - Agensi

Sumber: Utusan

Kejohanan Dunia 2013: Emas 4X100 milik wanita Jamaica



MOSCOW 19 Ogos - Kuartet wanita 4x100 meter Jamaica memenangi pingat emas Kejohanan Dunia semalam. Kemenangan itu turut melengkapkan tiga pingat emas yang diraih Shelly-Ann Fraser-Pryce pada kejohanan tersebut.

Selain Fraser-Pryce, kuartet Jamaica yang dibarisi Carrie Russell, Kerron Stewart dan Schillonie Calvert turut mencatat rekod baharu kejohanan 41.29 saat.

Amerika Syarikat pula menang perak dengan catatan masa 42.75s selepas pelari Perancis dibatalkan lariannya kerana menukar baton di luar zon.

Disebabkan itu, Britain diisytiharkan menang gangsa dengan catatan 42.87s. - Agensi


Sumber: Utusan

Pelumba negara Zulfahmi tempat ketujuh GP Indianapolis 2013



INDIANAPOLIS, Indiana 19 Ogos - Pelumba negara Zulfahmi Khairuddin menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh kategori Moto3 Grand Prix Indianapolis semalam.

Pada perlumbaan itu, pelumba pasukan Estrella Galicia KTM dari Sepanyol, Alex Rins muncul juara meninggalkan dua lagi pelumba senegara dengannya Alex Marquez (Estrella Galicia KTM) tempat kedua manakala Maverick Vinales (Team Calvo KTM) tempat ketiga.

Kedudukan pada GP Indianapolis itu meletakkan Zulfahmi yang berlumba mewakili pasukan Red Bull KTM Ajo di tempat ketujuh senarai keseluruhan pelumba setakat ini. - Agensi

Sumber: Utusan

MotoGP 2013: Marquez takluk GP Indianapolis



INDIANAPOLIS, Indiana 19 Ogos - Pelumba rookie Marc Marquez meneruskan penguasaan dalam MotoGP apabila menjuarai Grand Prix Indianapolis semalam.

Pelumba Sepanyol berusia 20 tahun itu memimpin perlumbaan sejak pusingan ke-13, sekali gus menafikan Jorge Lorenzo untuk menamatkan 27 pusingan dengan catatan masa 44 minit 52.463 saat.

Rakan senegaranya yang juga daripada pasukan Honda, Dani Pedrosa tempat kedua manakala pelumba Yamaha, Lorenzo yang juga penyandang juara dunia sekadar berpuas hati di tempat ketiga. - Agensi


Sumber: Utusan

Jose Mourinho mula tunjuk kehebatan membimbing Chelsea



LONDON - Jose Mourinho mempamerkan sentuhan magisnya di Chelsea apabila memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 ke atas Hull City di Stamford Bridge, semalam.

Pemain Brazil, Oscar meletakan Chelsea mendahului pada minit ke-13 apabila rembatan rendah pemain itu menewaskan penjaga gol Hull, Allan McGregor.

Frank Lampard, yang gagal menyempurnakan penalti pada minit keenam, menebus kesilapannya itu dengan menjaringkan gol kedua Chelsea menerusi sepakan bebas pada minit ke-25.

Sementara itu, penyerang Sepanyol, Roberto Soldado menyempurnakan penalti pada babak kedua dalam kemunculan sulungnya bersama Tottenham untuk pasukannya menang 1-0 ke atas Crystal Palace.

Tottenham diberikan penalti pada minit ke-50 setelah pertahanan Palace, Dean Moxey menampan bola dengan tangan hantaran silang Aaron Lennon.

Palace, yang dibimbing Holloway beraksi buat kali pertama dalam Liga Perdana sejak 2005 dan mereka hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-89 apabila Kagisho Dikgachoi melakukan percubaan namun dinafikan penjaga gol Hugo Lloris.

Sementara itu, dalam perlawanan awal pagi semalam, David Moyes 'lulus cemerlang' ujian pertama sebagai pengendali baharu Manchester United apabila menang 4-1 ke atas Swansea.

Robin Van Persie dan Danny Welbeck masing-masing menjaringkan dua gol sementara tuan rumah hanya mampu membalas menerusi jaringan tunggal Wilfried Bony pada minit ke-82.

Moyes menyifatkan kemenangan itu menyempurnakan impiannya untuk memulakan musim baru di Old Trafford. - AGENSI

Sumber: Utusan

Usain Bolt lengkapkan 3 pingat emas Kejohanan Dunia 2013



MOSCOW - Usain Bolt melengkapkan tiga pingat emas pada Kejohanan Dunia di Stadium Luzhniki di sini apabila mengetuai skuad 4x100 meter lelaki Jamaica memenangi acara tersebut, semalam.

Bersama rakan sepasukannya Nesta Carter, Kemar Bailey-Cole dan Nickel Ashmeade, Bolt memastikan pingat emas acara 4x100m dengan kepantasan 37.36 saat.

Amerika Syarikat terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dengan masa 37.56s manakala Britain memenangi pingat gangsa dengan masa 37.80s.

Sebelum itu, kelmarin Bolt mudah menambah pingat emas kedua peribadi di kejohanan tersebut apabila memenangi acara 200 meter.

Atlet berusia 26 tahun itu yang memenangi emas acara 100 meter kejohanan di sini sebelum ini, memastikan kejuaraan ketiga Kejohanan Dunia dalam acara 200 meter dengan masa 19.66 saat.

Dia mengatasi pelari senegara, Warren Weir yang menduduki tempat kedua dengan catatan peribadi terbaik 19.79s.

Pelari Amerika Syarikat, Curtis Mitchell pula meraih pingat gangsa dengan kepantasan 20.04s. Secara keseluruhan, Bolt sudah memenangi lapan pingat emas Kejohanan Dunia selepas memenangi acara 100 dan 200m di Berlin pada 2009, acara 200m di Daegu pada 2011 dan acara 100m di sini, Ahad lalu.

Dia juga memastikan kuartet 4x100 meter Jamaica memenangi emas pada kejohanan 2009 dan 2011 serta semalam.

Bolt, yang mengadu kesakitan pada bahagian kaki selepas mempertahankan emas acara 100m Ahad lalu, bermula perlahan dalam kalangan lapan pelari acara 200m akhir semalam. Namun dia mula memecut pada 100 meter terakhir.

"Saya mendesak diri saya supaya menjadi yang terbaik. Saya sangat gembira dengan kemenangan ini kerana acara 200 meter adalah kegemaran saya.

"Saya tahu ini bukanlah perlumbaan terpantas apabila memasuki 100 meter terakhir kerana saya sudah rasa agak keletihan dan saya mula melihat pencabar saya," katanya.

Ini bermakna Bolt menyamai pelari 200m wanita Amerika Syarikat, Allyson Felix dan jaguh trek Amerika Syarikat yang sudah bersara, Carl Lewis dan Michael Johnson yang memenangi lapan pingat emas Kejohanan Dunia. - AGENSI

Sumber: Utusan

Gambar Belangkas