Monday, August 26, 2013

Pelumba negara Zulfahmi tempat ketujuh GP Indianapolis 2013



INDIANAPOLIS, Indiana 19 Ogos - Pelumba negara Zulfahmi Khairuddin menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh kategori Moto3 Grand Prix Indianapolis semalam.

Pada perlumbaan itu, pelumba pasukan Estrella Galicia KTM dari Sepanyol, Alex Rins muncul juara meninggalkan dua lagi pelumba senegara dengannya Alex Marquez (Estrella Galicia KTM) tempat kedua manakala Maverick Vinales (Team Calvo KTM) tempat ketiga.

Kedudukan pada GP Indianapolis itu meletakkan Zulfahmi yang berlumba mewakili pasukan Red Bull KTM Ajo di tempat ketujuh senarai keseluruhan pelumba setakat ini. - Agensi

Sumber: Utusan

MotoGP 2013: Marquez takluk GP Indianapolis



INDIANAPOLIS, Indiana 19 Ogos - Pelumba rookie Marc Marquez meneruskan penguasaan dalam MotoGP apabila menjuarai Grand Prix Indianapolis semalam.

Pelumba Sepanyol berusia 20 tahun itu memimpin perlumbaan sejak pusingan ke-13, sekali gus menafikan Jorge Lorenzo untuk menamatkan 27 pusingan dengan catatan masa 44 minit 52.463 saat.

Rakan senegaranya yang juga daripada pasukan Honda, Dani Pedrosa tempat kedua manakala pelumba Yamaha, Lorenzo yang juga penyandang juara dunia sekadar berpuas hati di tempat ketiga. - Agensi


Sumber: Utusan

Jose Mourinho mula tunjuk kehebatan membimbing Chelsea



LONDON - Jose Mourinho mempamerkan sentuhan magisnya di Chelsea apabila memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 ke atas Hull City di Stamford Bridge, semalam.

Pemain Brazil, Oscar meletakan Chelsea mendahului pada minit ke-13 apabila rembatan rendah pemain itu menewaskan penjaga gol Hull, Allan McGregor.

Frank Lampard, yang gagal menyempurnakan penalti pada minit keenam, menebus kesilapannya itu dengan menjaringkan gol kedua Chelsea menerusi sepakan bebas pada minit ke-25.

Sementara itu, penyerang Sepanyol, Roberto Soldado menyempurnakan penalti pada babak kedua dalam kemunculan sulungnya bersama Tottenham untuk pasukannya menang 1-0 ke atas Crystal Palace.

Tottenham diberikan penalti pada minit ke-50 setelah pertahanan Palace, Dean Moxey menampan bola dengan tangan hantaran silang Aaron Lennon.

Palace, yang dibimbing Holloway beraksi buat kali pertama dalam Liga Perdana sejak 2005 dan mereka hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-89 apabila Kagisho Dikgachoi melakukan percubaan namun dinafikan penjaga gol Hugo Lloris.

Sementara itu, dalam perlawanan awal pagi semalam, David Moyes 'lulus cemerlang' ujian pertama sebagai pengendali baharu Manchester United apabila menang 4-1 ke atas Swansea.

Robin Van Persie dan Danny Welbeck masing-masing menjaringkan dua gol sementara tuan rumah hanya mampu membalas menerusi jaringan tunggal Wilfried Bony pada minit ke-82.

Moyes menyifatkan kemenangan itu menyempurnakan impiannya untuk memulakan musim baru di Old Trafford. - AGENSI

Sumber: Utusan

Usain Bolt lengkapkan 3 pingat emas Kejohanan Dunia 2013



MOSCOW - Usain Bolt melengkapkan tiga pingat emas pada Kejohanan Dunia di Stadium Luzhniki di sini apabila mengetuai skuad 4x100 meter lelaki Jamaica memenangi acara tersebut, semalam.

Bersama rakan sepasukannya Nesta Carter, Kemar Bailey-Cole dan Nickel Ashmeade, Bolt memastikan pingat emas acara 4x100m dengan kepantasan 37.36 saat.

Amerika Syarikat terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dengan masa 37.56s manakala Britain memenangi pingat gangsa dengan masa 37.80s.

Sebelum itu, kelmarin Bolt mudah menambah pingat emas kedua peribadi di kejohanan tersebut apabila memenangi acara 200 meter.

Atlet berusia 26 tahun itu yang memenangi emas acara 100 meter kejohanan di sini sebelum ini, memastikan kejuaraan ketiga Kejohanan Dunia dalam acara 200 meter dengan masa 19.66 saat.

Dia mengatasi pelari senegara, Warren Weir yang menduduki tempat kedua dengan catatan peribadi terbaik 19.79s.

Pelari Amerika Syarikat, Curtis Mitchell pula meraih pingat gangsa dengan kepantasan 20.04s. Secara keseluruhan, Bolt sudah memenangi lapan pingat emas Kejohanan Dunia selepas memenangi acara 100 dan 200m di Berlin pada 2009, acara 200m di Daegu pada 2011 dan acara 100m di sini, Ahad lalu.

Dia juga memastikan kuartet 4x100 meter Jamaica memenangi emas pada kejohanan 2009 dan 2011 serta semalam.

Bolt, yang mengadu kesakitan pada bahagian kaki selepas mempertahankan emas acara 100m Ahad lalu, bermula perlahan dalam kalangan lapan pelari acara 200m akhir semalam. Namun dia mula memecut pada 100 meter terakhir.

"Saya mendesak diri saya supaya menjadi yang terbaik. Saya sangat gembira dengan kemenangan ini kerana acara 200 meter adalah kegemaran saya.

"Saya tahu ini bukanlah perlumbaan terpantas apabila memasuki 100 meter terakhir kerana saya sudah rasa agak keletihan dan saya mula melihat pencabar saya," katanya.

Ini bermakna Bolt menyamai pelari 200m wanita Amerika Syarikat, Allyson Felix dan jaguh trek Amerika Syarikat yang sudah bersara, Carl Lewis dan Michael Johnson yang memenangi lapan pingat emas Kejohanan Dunia. - AGENSI

Sumber: Utusan

50,000 peminat sambut Gareth Bale di Santiago Bernabeu



MADRID - Gareth Bale bakal disambut oleh 50,000 peminat Real Madrid di Santiago Bernabeu minggu ini apabila dia akhirnya melengkapkan perpindahan ke gergasi bola sepak Sepanyol itu.

Sumber rapat Real berkata, pemain sensasi Wales itu akan diperkenalkan sebagai bintang baharu mereka esok.
Cuma persoalannya kini, apakah perpindahan pemain sayap Tottenham itu akan memecah rekod dunia atau sebaliknya, kerana Real dan Spurs dalam peringkat akhir rundingan untuk menentukan kaedah pembayaran yang hendak dilakukan.

Sekiranya Tottenham mahukan bayaran dilakukan secara langsai, maka mereka harus bersedia menerima tawaran bernilai 78 juta pound (RM400.97 juta), namun jika kelab London itu mahukan bayaran yang lebih tinggi iaitu 85 juta pound (RM436.95 juta), maka mereka harus bersedia menerima ansuran.

Real hanya akan membuat bayaran pertama bernilai 20 juta pound (RM102.81 juta), manakala bakinya akan dilunaskan secara ansuran dalam tempoh tiga tahun berikutnya.

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo masih memegang status pemain termahal dunia apabila dibeli dengan harga 80 juta pound (RM411.25 juta) ketika Real mendapatkannya daripada Manchester United pada 2009, namun bayaran dilangsaikan sekali gus ketika itu.

Real mahu memastikan mereka tidak terlebih membayar Bale, yang bakal menikmati kontrak enam tahun dengan nilai 8 juta pound (RM41.13 juta) setahun, jumlah yang pastinya akan mengetepikan status Ronaldo sebagai penerima gaji tertinggi.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk menunggu sehingga Spurs melengkapkan urusan mereka dalam pasaran perpindahan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pengumuman rasmi.

Namun, ia dijangka tidak mengambil masa yang lama kerana pemain sayap Roma, Erik Lamela sudah di ambang untuk berpindah ke White Hart Lane menerusi bayaran 20 juta pound (RM102.81 juta).

Real sudah bersedia untuk memperkenalkan Bale dan ia dijadual berlangsung esok. Gergasi bola sepak Sepanyol itu menjangkakan kehadiran Bale akan disambut oleh puluhan ribu penyokong mereka.

Bale tidak berada di White Hart Lane ketika Tottenham menentang Swansea dalam saingan Liga Perdana Inggeris semalam dan dijangka tiba di Madrid, hari ini.

Sementara itu jurulatih Barcelona, Gerardo Martino menyelar yuran perpindahan rekod dunia Bale yang tinggi dengan menyifatkannya sebagai 'tidak menghormati' situasi ekonomi dunia. - AGENSI

Sumber: Utusan

Sunday, August 25, 2013

Lelaki Aneh Yang Obses Menjadi Bayi


Nama Stanley Thornton, seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat, tiba-tiba menjadi sebutan ramai di kalangan masyarakat tempatan dan juga luar negara kerana obses peliknya yang suka menjadi bayi.




Gara-gara perlakuan anehnya, dia terkenal dengan jolokan sebagai 'The Adult Baby'.

Ia bermula selepas kisah hidupnya yang disiar secara langsung dalam sebuah rancangan dokumentari bertajuk

3 generasi


Alhamdulillah, hari ini Allah kurniakan kesihatanyang baik untuk kami merapatkan silaturrahim... bermula jam 10:30 pagi, sudah bertolak keluar dari rumah demi memenuhi undangan untuk berhari raya.  Sebenarnya sudah ada jemputan utk tghr ini bagi Hana', undangan menyambut tarikh kelahiran + Hari Raya + do'a selamat. Tetapi nampaknya tidak dapat dipenuhi kerana perlu ke Kuala Lumpur. 
Oleh itu, awal pagi sudah ke kedai untuk membeli hadiah buat anak kawan tersebut... On d way hendak ke KL, singgah rumah kawan nak bagi hadiah tersebut...
Alhamdulillah, sepanjang jalan ke KL tiada jam ... (tak payahlah beli roti! hehehe) 

Sampai rumah MakCik yang pertama dah pukul 12:30 tghr ... berbual2 makan-makan sehingga jam 1:30tghr...Jam 1:30 kami ke rumah Pak Cik yang kedua ..Ramai Makcik-makcik dan sepupu sepapat yang lain dah sampai dan sedang menjamu selera Nasi Arab..! 
Kami pun terus menyambung majlis makan-makan lagi ...sambil berbual dengan makcik2 pakcik dan sepupu sepapat ... ada sepupu dari Singapura juga naik ke KL utk berkumpul..
'

(adik-beradik - makcik-makcik dan pakcik) - generasi pertama
Sebenarnya adik-beradik emak ada berbelas orang, tetapi yang masih ada dan sihat dapat berkumpul
ini sahaja

sepupu sepapat - generasi ke-2
dua pupu - generasi ke-3

Semoga pertalian silaturrahim ini dapat dieratkan lagi dan semoga ALlah menyatu-padukan hati-hati kami demi agamaMU Ya Allah...

Gambar Belangkas