Monday, July 29, 2013

Berbuka ;)

Assalammualaikum..

Puasa tahun ni saya banyak masak sendiri, beza la dengan tahun sebelum ni. Pasar ramadhan pun baru 2 kali je saya pi. Tiba-tiba terrrrrrrrajin pulak tahun ni memasak. Saya dah tak berapa lalu la lauk beli. Rasa tak sedap sangat-sangat!!! Kat rumah masak simple2 pun rasa sedap sangat! Padahal masak sayur, goreng ikan & sambal telur je.. ;) 

Hari sabtu kat kawasan rumah saya ni ada nat. Nat tu nama lain untuk pasar sehari. Orang perlis semua panggil pasar sehari tu nat. Sedap kan nama tu? hehe..

Setiap sabtu saya akan pi nat, beli barang rumah untuk seminggu. Balik rumah, terus proses. Ikan, ayam, sayur, semua saya dah siap pesiang, basuh, pastu simpan. Bila nak guna nanti senang. Bawang pun dah siap blender. Terus tumis je. Sebab tu la balik kerja je sempat la nak memasak. Tapi hari sabtu tu memang penat la.. terleleh saya urus semua benda mentah tu.

Antara menu berbuka yang saya suka dan dah masak kan, sayur wajib ada. Bayam goreng, kangkung goreng, sayur campur, bendi wajib arrr... bendi goreng buh kicap & bendi masak ayaq ( orang perlis suka ni).. Mat fariq pula suka kubis goreng macam kat mamak tu, ala...yang letak kunyit pastu pecahkan telur tu. Kalau masak yang tu laju la dia makan.

Menu lain yang saya dah masak, kari ikan, masak lemak cili api ikan, sambal telur, sambal sotong, sup ekor, tomyam putih, daging bakar, kambing bakar.

Menu yang saya baru belajar buat pun ada, biasa la..saya suka je buat jubaan berani hentam, tapi kalau tak jadi pun Mat Fariq telan je. Saya ada la buat ayam pandan, tengok resipi kat sini. Macam-macam ada. Senang rupanya buat ayam pandan ni, campur-campur bahan, blender, pastu gentel la. Bab gentel tu yang malas tu. Tapi ku gagahi jua demi nak makan. Nasib baik semua yang makan cakap sedap ;)

balut macam ni pun boleh


macam ni pun boleh

hasilnya!!
Semalam saya masak nasi daging. Tak tahu la tetiba je rajin nak masak nasi daging, resipi tanya kakak kat pejabat ni je, pastu ada la cari kat tenet, sama je resipinya. Menjadi nasi tu, tapi daging tu terhancur la pulak, daging lembut sangat la.. Air asam kerisik saya pun okey2 je.. tak la sedap sangat, tak la tak sedap... sooosooo je! (rekod: saya tak pandai buat sambal/air asam)

ni masa tengah masak, bila dah masak tinggal tulang je..daging hancur!

Saya tak berapa nak tangkap gambar makanan sangat sekarang ni, lagipun penat la. Kalau bulan tak puasa tu okey la, bulan puasa ni macam malas + penat + kekalutan nak siapkan makanan. So, takdelah sangat gambar makanan yang saya masak tu. Tapi saya tak tipu tau, saya masak betul2 tau!

Kebanyakan orang, hari cuti rajin masak, hari kerja beli. Tapi saya terbalik. Hari kerja masak, hari cuti buat akal nak makan kat luar.Penat tau buat kerja rumah..ngeeeee!!! Kami ada la berbuka kat Nasmir, makan kat Dadok. Berbuka kat rumah ibu, mak mertua & mak sedara harus la kan..

Sekarang ni masa sahur saya tak lalu nak makan nasi, soooo saya goreng telur + bawang, kasi cancur, gulung dalam warps. Terus selera tau!

best tau!

Kerja Sambilan Di Rumah|Job Di Rumah|Bisnes Jual Mainan Mudah

Assalamua'laikum & selamat sejahtera.
Kerja Sambilan Di Rumah | Job Di Rumah. Dah nak raya ni, ramai yang pening tentang satu perkara iaitu duit. Maklumlah, raya setahun sekali. Itu yang ramai antara kita berhabis duit beli itu dan ini. Bukan membazir, tapi demi kegembiraan anak isteri. Maka, peluang untuk tambah duit dengan kerja sambilan atau sampingan dari rumah antara yang menjadi pilihan ramai para bapa termasuklah suri rumah. 


Kerja sampingan dari rumah.
Soalnya, macam mana nak buat? Apa yang kita nak buat untuk dapatkan duit dengan hanya kita duduk di rumah? Takkan nak lenggang saja, tapi mengharap duit datang. Memang mustahil. Jadi saya kongsikan beberapa cara untuk buat duit sambilan@sampingan di rumah. 

1. Jahit baju kurung
Ok. Kalau tangan berseni, biasanya memang boleh menjahit. Tak tahu mana nak mula untuk menjahit, saya kongsikan ebuku oleh seorang pakar jahit tempatan. Terbukti memang boleh menjahit selepas ikut step by step yang ditunjukkan. Boleh baca antara testimonial mereka dah beli ebuku ni di artikel ini --> Testimonial Pembeli Ebuku Panduan Jahit Baju Kurung Moden, Riau/Pahang

2. Jual kuih muih
Kalau minat masak tapi tak tahu nak cari resepi yang benar-benar boleh bantu kita buat kuih yang sedap. Saya syorkan anda membeli resepi daripada mereka yang benar-benar pakar. Mereka yang terbukti ada pengalaman dalam bidang masakan. Antaranya ialah ebuku tentang panduan buat pau, bun dan pizza. Resepi cara nak buat putu bambu homemade yang keuntungannya mampu cecah RM300 sehari. Kalau minat, boleh baca dulu di sini --> Resepi Buat Bun Roti Pizza Mudah & Sedap & Panduan Best Video Buat Putu Piring Putu Bambu

3. Minat buat duit online
Ada caranya. Cuma kena melaburlah sikit. Antaranya ialah bisnes jual mainan. Tak perlu simpan barang, tapi anda masih boleh jual barang. Semuanya diajar lengkap. Tunggu anda beli dan buat balik apa yang diajar. Bisnes ni bisney ebay namanya. Kalau nak, boleh klik sini --> Panduan Bisnes Mainan dengan Ebay

Ini antara ruang dan peluang yang ada untuk buat duit sambilan sampingan di rumah. Tinggal untuk anda berani buat keputusan. Berfikir sahaj tak cukup. Sebab orang yang berjaya ialah mereka yang berani buat tindakan selepas berfikir. Bukan sekadar baca dan baca tanpa ada tindakan.

Adakah anda sanggup bertindak?

Selamatkah “Selamat Hari Raya” Kita??


Ramadan datang lagi dengan ribuan peluang untuk meraih kebaikan dan keberkatan.  Sebelumnya kita menunggu dengan pelbagai harapan dan azam.  Azam untuk melakukan yang terbaik.  Namun, mengapa nafsu masih tidak jinak?  Peluang keemasan terlepas dan terbiar……
Azam yang membara menjadi kendur dan akhirnya terbentur.  Hati menjadi korban dalam perang maha dahsyat dalam diri.  Mulut, telinga, mata, hidung dan seluruh diri masih tega dan rela dengan dosa.  Berpuasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga.  Kesan pada jiwa dan pancaindera masih di takuk lama.
Malangnya, tidak ramai antara kita yang menyedari hakikat ini.  ‘Mood’ hari raya kadangkala sudah menenggelamkan keberkatan Ramadan yang belum pun berakhir.  Beradabkah kita dengan Allah?
Apakah kekesalan pada Ramadan yang lalu akan berulang lagi tahun ini?  Hingga dengan itu apabila takbir Syawal bergema, kita sayu kerana terasa Ramadan telah pergi meninggalkan diri kita yang masih bergelumang dosa.  Rupa-rupanya, kita masih berangan-angan dengan rahmat dan pengampunan Allah tanpa berjuang penuh kesungguhan.  Kita kalah kerana selalu mengalah di jalan mujahadah.
Bayangkan ….dua orang tetamu sedang menuju pintu rumah kita.  Seorang yang lebih mulia berjalan di hadapan, sementara seorang lagi berjalan di belakang.  Siapakah yang patut kita alu-alukan dahulu?  Tentulah yang dihadapan.  Sudahlah dia lebih mulia, dia pula berjalan di hadapan.  Tentulah tidak beradab kalau kita mengalu-alukan tetamu yang dibelakang dan meminggirkan tetamu yang berjalan di hadapan.  Begitulah kita selalunya.
Hari raya ialah hari kemenangan dan kesyukuran, bukan hari kekalahan yang mempamerkan kekufuran.  Namun itulah yang berlaku kini.  Zikir kita dengan kalimah takbir, tahmid dan tasbih telah digantikan dengan nyanyian dan tarian yang melalaikan.  Pendedahan aurat, pergaulan bebas, pembaziran dan lain-lain perbuatan dosa dan sia-sia sudah begitu dominan dan membudaya.


Pengajaran:
Dengan segala bentuk kemungkaran itu, selamatkah kita pada hari raya ini?  Maksudnya bukan sahaja selamat dari kemalangan jalanraya ataupun mercun raya, tetapi yang lebih penting adakah kita selamat dari neraka dan masuk ke syurga?  Muhasabah diri kita….. sekiranya ini Ramadan terakhir, layakkah kita berhari raya? Jangan ‘gaduh’ nak balik raya… ikut giliran @ keperluan….Kita kena bijak mangenal pasti yang mana adat, yang mana ibadat. Pejam celik, tiba-tiba Syawal sudah hampir di ambang pintu.  Begitulah hakikat pantasnya masa berlalu…….

Kak Chak dan keluarga memohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan dan kesalahan zahir dan batin. Moga kita selamat pada hari raya ini. Amin.

Sunday, July 28, 2013

Ratu Cantik Wanita Islam

Pertandingan Ratu Cantik baik negara atau dunia x sesuai utk muslimah. Pihak berwajib pun dah larang. X sangka berani plak depa lawan. Jahil agama tu la jadinya. Dah terang nyata haram, tak tutup rambut pun dah haram inikan pula buka lagi ditayang2 gituan...hehehehe

Apa kata buat ratu cantik wanita Islam. Sapa paling cantik tp menutup aurat sempurna, pandai mengaji cukup tajwidnya, pandai masak, lipat kain dan bg anak pakai lampin dsbnya.....

“Kalau mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak melarang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.

Sapa nak jawab???? Sepatutnya ahli sukan pun yg pakai pakaian sewaktu dgnnya pun kena ban gak la....kan kan kan...

Menurut Wafa Johanna, “saya sangkakan akhirnya peserta Muslim akan dibenarkan menyertainya sekaligus mewakili Malaysia.  Saya juga menyangkakan perkara ini (sertai pertandingan ratu cantik) adalah okay, sebab pertandingan akhirnya akan diadakan di negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam iaitu di Indonesia.

Satu lagi isu ni nak kena batang hidung sapa x tau la. Ada ka penduduk Indon muslimah yg masuk pertandingan ni?

Erra Fazira pun nasihat supaya akur dgn larangan tersebut. Dia pun dulu masuk sbb belum ada larangan. Ada gak kawan depa yg suruh tukar agama. Baik punya kawan. Setan la tu....Maklumla kawan semua mat saleh, mak bapa kawen campur...bukn  macam kita, ketinggalan zaman...huhuhu...

Ingat dulu Mufti yg kena pecat pasal melarang umat Islam menyertai ratu cantik. Jgn biar ia berulang kembali.......

Setelah 9 tahun berpisah

Dah 9 tahun berjauhan, rupanya cinta kasih sayang masih utuh di dalam hati. Kalu tahu dulu buat pa la berpisah. Tp kan org dah kata, syg bini tinggal-tinggalkan, syg anak tgn-tgnkan. Mungkin Datuk Hattan ikut pepatah tu kot.



Hattan bersatu kembali dgn bekas isteri
Tahniah la kepada Hattan, biso bonar. Walau dah lama berpisah, manisnya x habis lagi dirasai, malah makin dirindui...

tahniah

Abby Abadi bersuami muda..

Alhamdulillah.....beruntungnya dia dapat pucuk muda no....selain dari berita perjuangannya dalam PAS, rasanya yg ni lagi menarik. Ada beberapa gambarnya bersama suami aku nampak kat FB dan laman berita online lain. Mesra bukan teman tapi mesra. Ni mesra halal yer. Nak letak logo halal JAKIM pun depa x marah....

mesra nya depa
padan la tu...

Tapi ada gak komen yg meluat menyampah la.Ada yg kata " Kalu dah suami isteri tu xyah la nak tunjuk mesra sangat....biasa2 sudah la". Puuuiiiiiii.....Suami isteri la kena tunjuk mesra, halal dah tu. Abih yg baru berkapel tu buleh la tunjuk mesra2....Awat la jadi bodo lagu tu....

Depa nak peluk ka, pegang tangan berjalan ka, naik motor sekali ka.....Tuhan pun marah, korang lak lebih2. Lain la kalu Abby x tutup aurat.....x elok la dipostkan...

Tahniah Abby...n Farhan..
Dah tu komen lak dari kaum sejenis abby gak. Hai....korang jeles ke tgk Abby happy. Korang suka tgk masa dia nangis2 bergaduh ngan NH dulu la.
korang suka ms ni kot




Bangkai Gajah Purba Berusia 39,000 Tahun


Dengan bulu yang kusut, ia menyerupai mainan yang amat disayangi jika dilihat sekali imbas tetapi bangkai seekor gajah purba atau mamot yang berusia 39,000 tahun itu merupakan tinggalan haiwan prasejarah yang terbaik pernah ditemui.




Bulu gajah betina spesies Woolly itu masih berada dalam keadaan asalnya walaupun ia ditemui dalam keadaan beku di Siberia, Rusia pada Mei lalu.

Gajah purba itu

Gambar Belangkas