Monday, July 29, 2013

Selamatkah “Selamat Hari Raya” Kita??


Ramadan datang lagi dengan ribuan peluang untuk meraih kebaikan dan keberkatan.  Sebelumnya kita menunggu dengan pelbagai harapan dan azam.  Azam untuk melakukan yang terbaik.  Namun, mengapa nafsu masih tidak jinak?  Peluang keemasan terlepas dan terbiar……
Azam yang membara menjadi kendur dan akhirnya terbentur.  Hati menjadi korban dalam perang maha dahsyat dalam diri.  Mulut, telinga, mata, hidung dan seluruh diri masih tega dan rela dengan dosa.  Berpuasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga.  Kesan pada jiwa dan pancaindera masih di takuk lama.
Malangnya, tidak ramai antara kita yang menyedari hakikat ini.  ‘Mood’ hari raya kadangkala sudah menenggelamkan keberkatan Ramadan yang belum pun berakhir.  Beradabkah kita dengan Allah?
Apakah kekesalan pada Ramadan yang lalu akan berulang lagi tahun ini?  Hingga dengan itu apabila takbir Syawal bergema, kita sayu kerana terasa Ramadan telah pergi meninggalkan diri kita yang masih bergelumang dosa.  Rupa-rupanya, kita masih berangan-angan dengan rahmat dan pengampunan Allah tanpa berjuang penuh kesungguhan.  Kita kalah kerana selalu mengalah di jalan mujahadah.
Bayangkan ….dua orang tetamu sedang menuju pintu rumah kita.  Seorang yang lebih mulia berjalan di hadapan, sementara seorang lagi berjalan di belakang.  Siapakah yang patut kita alu-alukan dahulu?  Tentulah yang dihadapan.  Sudahlah dia lebih mulia, dia pula berjalan di hadapan.  Tentulah tidak beradab kalau kita mengalu-alukan tetamu yang dibelakang dan meminggirkan tetamu yang berjalan di hadapan.  Begitulah kita selalunya.
Hari raya ialah hari kemenangan dan kesyukuran, bukan hari kekalahan yang mempamerkan kekufuran.  Namun itulah yang berlaku kini.  Zikir kita dengan kalimah takbir, tahmid dan tasbih telah digantikan dengan nyanyian dan tarian yang melalaikan.  Pendedahan aurat, pergaulan bebas, pembaziran dan lain-lain perbuatan dosa dan sia-sia sudah begitu dominan dan membudaya.


Pengajaran:
Dengan segala bentuk kemungkaran itu, selamatkah kita pada hari raya ini?  Maksudnya bukan sahaja selamat dari kemalangan jalanraya ataupun mercun raya, tetapi yang lebih penting adakah kita selamat dari neraka dan masuk ke syurga?  Muhasabah diri kita….. sekiranya ini Ramadan terakhir, layakkah kita berhari raya? Jangan ‘gaduh’ nak balik raya… ikut giliran @ keperluan….Kita kena bijak mangenal pasti yang mana adat, yang mana ibadat. Pejam celik, tiba-tiba Syawal sudah hampir di ambang pintu.  Begitulah hakikat pantasnya masa berlalu…….

Kak Chak dan keluarga memohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan dan kesalahan zahir dan batin. Moga kita selamat pada hari raya ini. Amin.

Sunday, July 28, 2013

Ratu Cantik Wanita Islam

Pertandingan Ratu Cantik baik negara atau dunia x sesuai utk muslimah. Pihak berwajib pun dah larang. X sangka berani plak depa lawan. Jahil agama tu la jadinya. Dah terang nyata haram, tak tutup rambut pun dah haram inikan pula buka lagi ditayang2 gituan...hehehehe

Apa kata buat ratu cantik wanita Islam. Sapa paling cantik tp menutup aurat sempurna, pandai mengaji cukup tajwidnya, pandai masak, lipat kain dan bg anak pakai lampin dsbnya.....

“Kalau mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak melarang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.

Sapa nak jawab???? Sepatutnya ahli sukan pun yg pakai pakaian sewaktu dgnnya pun kena ban gak la....kan kan kan...

Menurut Wafa Johanna, “saya sangkakan akhirnya peserta Muslim akan dibenarkan menyertainya sekaligus mewakili Malaysia.  Saya juga menyangkakan perkara ini (sertai pertandingan ratu cantik) adalah okay, sebab pertandingan akhirnya akan diadakan di negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam iaitu di Indonesia.

Satu lagi isu ni nak kena batang hidung sapa x tau la. Ada ka penduduk Indon muslimah yg masuk pertandingan ni?

Erra Fazira pun nasihat supaya akur dgn larangan tersebut. Dia pun dulu masuk sbb belum ada larangan. Ada gak kawan depa yg suruh tukar agama. Baik punya kawan. Setan la tu....Maklumla kawan semua mat saleh, mak bapa kawen campur...bukn  macam kita, ketinggalan zaman...huhuhu...

Ingat dulu Mufti yg kena pecat pasal melarang umat Islam menyertai ratu cantik. Jgn biar ia berulang kembali.......

Setelah 9 tahun berpisah

Dah 9 tahun berjauhan, rupanya cinta kasih sayang masih utuh di dalam hati. Kalu tahu dulu buat pa la berpisah. Tp kan org dah kata, syg bini tinggal-tinggalkan, syg anak tgn-tgnkan. Mungkin Datuk Hattan ikut pepatah tu kot.



Hattan bersatu kembali dgn bekas isteri
Tahniah la kepada Hattan, biso bonar. Walau dah lama berpisah, manisnya x habis lagi dirasai, malah makin dirindui...

tahniah

Abby Abadi bersuami muda..

Alhamdulillah.....beruntungnya dia dapat pucuk muda no....selain dari berita perjuangannya dalam PAS, rasanya yg ni lagi menarik. Ada beberapa gambarnya bersama suami aku nampak kat FB dan laman berita online lain. Mesra bukan teman tapi mesra. Ni mesra halal yer. Nak letak logo halal JAKIM pun depa x marah....

mesra nya depa
padan la tu...

Tapi ada gak komen yg meluat menyampah la.Ada yg kata " Kalu dah suami isteri tu xyah la nak tunjuk mesra sangat....biasa2 sudah la". Puuuiiiiiii.....Suami isteri la kena tunjuk mesra, halal dah tu. Abih yg baru berkapel tu buleh la tunjuk mesra2....Awat la jadi bodo lagu tu....

Depa nak peluk ka, pegang tangan berjalan ka, naik motor sekali ka.....Tuhan pun marah, korang lak lebih2. Lain la kalu Abby x tutup aurat.....x elok la dipostkan...

Tahniah Abby...n Farhan..
Dah tu komen lak dari kaum sejenis abby gak. Hai....korang jeles ke tgk Abby happy. Korang suka tgk masa dia nangis2 bergaduh ngan NH dulu la.
korang suka ms ni kot




Bangkai Gajah Purba Berusia 39,000 Tahun


Dengan bulu yang kusut, ia menyerupai mainan yang amat disayangi jika dilihat sekali imbas tetapi bangkai seekor gajah purba atau mamot yang berusia 39,000 tahun itu merupakan tinggalan haiwan prasejarah yang terbaik pernah ditemui.




Bulu gajah betina spesies Woolly itu masih berada dalam keadaan asalnya walaupun ia ditemui dalam keadaan beku di Siberia, Rusia pada Mei lalu.

Gajah purba itu

Saturday, July 27, 2013

Lokasi Paling Pelik Diserata Dunia


Planet Bumi adalah ciptaan yang menakjubkan untuk diteroka dengan daya tarikan nilai estetika. Malah di era yang sarat dengan teknologi ini, wujud beberapa tempat yang dianggap sebagai pelik. Mari kita lihat tempat-tempat yang paling pelik di bumi.

Kauai, Hawaii




Kauai adalah pulau yang paling kuno di Hawaii yang keempat terbesar yang terletak di pulau-pulau utama. Lava ditepi pantai

Semangat Memasak

Semalam awok ngabokan yang awok nak masak haghi ni....
itu yang pagi2buta awok udah ke paso.......
semangat betoi...kekekek

ade le 2 - 3 lauk awok rancang nak masak haghi ni....
tapi nanti2 le awok kabo lauk ape...
segan pulak....

maklumle...
masak syok sendighi....
tengok le jadi ke idak lauk awok nanti ni...

Selamat memasak ye kome!!!!

Gambar Belangkas