Saturday, July 20, 2013

Convo Day, Dayah & Nazrol

Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar

Assalammualaikum...
Entry yang terakhir di Kuala Kangsar. Entry ni memang panjang ye. Dayah ngan Nazrol, konvo hari Ahad. Pepagi lagi dah start, around 7.30 pagi. Jadinya, Iwan dah hantar Dayah, ma, ngan abah pepagi ke Dewan Jubli Perak, pastuh balik homestay sambung tido. Mrs. Yan, Mr. Aid ngan Iwan gerak dalam pukul 9 pagi macam tuh. Mula la oprasi ktorang dok tergedik-gedik amik gambar dulu sebab ingatkan tak boleh masuk. Siap beli makanan lagi (perasaan perut harus diutamakan).

 Dewan Jubli Perak


Sedap gak kek dia

 Benda wajib ada masa konvo. Lelaki pun jadi mat bunga time nieh

Ada 1 cerita masa ktorang tengah beli makanan. Ktorang nampak ada brader ni dia jual ice blended guna susu kambing. Tapi ada flavor la. Minat nak beli. Ktorang pun tunggu. Derang baru nak start generator. Lama ktorang tunggu sampai Iwan dah abeh la makan dadih yang derang jual. Ktorang siap tengok budak Kolej Melayu Kuala Kangsar main ragbi lagi. At last sebab dah lama sangat tunggu, ktorang cakap nanti ktorang datang balik. Brader tuh pun macam dah pasrah dengan generator dia.

Pastuh Nazrol ngan Dayah lak sebok suruh ktorang masuk dalam dewan. Sebab tak lama lagi turn derang naik pentas. Try la naseb kot boleh masuk. Rupanya yang hado... Reason derang dewan dah penuh. Lama gak la ke hulu ke hilir dah macam orang apa ntah. At last nampak Dayah ngan Nazrol lepak ngan kawan-kawan derang kat toilet. Jadinya, secara tidak sengaja kami telah diseludup masuk ke dalam dewan tersebut. Wahahahaha... Duduk pun main selamba je ambik tempat orang. Bila dah masuk dalam tuh, ktorang tengok kat bahagian atas banyak je lagi kosong... Tipu sangat...

 Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Perak kali ke-10


Congratulation korang

 Yang 3 orang ni nak gak gedik...

 Official photographer : karyacahaya STUDIO

 Bunga everywhere




Ada 1 part yang menyentuh hati masa majlis ni. Mrs. Yan tak ingat dari Kolej Komuniti bahagian mana dan jurusan apa. Tapi nama peserta ni dipanggil akhir sekali dalam senarai jurusan yang diambil. Apa yang buat kami tersentuh sebab nama pelajar tuh dimulakan dengan Allahyarham ..... Ibu kepada pelajar tersebut sangat tabah naik ke atas pentas dengan memakai jubah konvo untuk wakilkan arwah anaknya. Suddenly satu dewan bergema dengan tepukan semangat dari hadirin. Sangat strong ibu tersebut dan semoga roh anaknya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Aminnnn...

Ok, berbalik kepada cerita brader yang jual Hi-goat ice blended tadi. Iwan lupa dia belum bayar lagi dadih yang dia makan kat gerai brader tuh masa nak tunggu dia siapkan Ice blended ktorang. Dia pun g balik ke gerai tuh sebab nak bayar. Untung-untung mana tau generator dah ok, boleh rasa ice blended. Tapi sadis giler sebab brader tuh gelak-gelak tengok duit RM1 yang Iwan bagi sebab tuh je rezeki dia tok hari tuh. Takpelah brader, ktorang doakan korang murah rezeki... Tapi yang tak best nya, kenapa ktorang yang kena hadap that situation. Sadis kot meniaga tapi dapat dugaan macam tuh.

Lastly, lepas Dayah ngan Nazrol settle amik gambar studio, sebelum balik ke PJ, family Mrs. Yan ngan family Nazrol g lunch sesama. Kami g ke 'lembah' balik. Siang memang meriah. banyak kedai bukak. Lepas tuh ada deretan kedai orang jual hasil kraftangan terutamanya labu sayong. Tapi bila malam, cuma deretan kedai yang kami dinner malam tuh je yang bukak. Dalam hati dah bunga-bunga sebab boleh la makan Pau Ibu lagi :)




Menu kami banyak gak. Disebabkan time tuh dah pukul 3 petang, pastuh mesti derang yang baru balik konvo tadi meluru ke sini jugak. Chenan terus meluru amik makanan dulu sebab takut abeh. Memang betul pun. Tak lama lepas tuh, makanan pun abeh. Orang ramai sangat. Ok, antara menu ktorang yang Mrs. Yan ingat:

- Ikan talapia bakar 2 ekor
- Ikan lebih kurang macam talapia gak saiz dia tapi taktau ikan apa 2 ekor... Hohohoho
- Tempoyak kepala ikan patin 2 ketul.
- Pajeri terung 1 pingaan
- Rebung masak lemak 1 pinggan
- Taugeh goreng 1 pinggan
- Ulam, sambal belacan, air asam
- Air oren 3 jug. 

Ada sayur lain gak tapi tak ingat dah. Total semua sekali dalam RM200 lebih kot. Sori sebab tak amik gambar banyak time ni. Lapa sangat dah rasa. Tok Chenan, terima kasih sebab open table. Lepas ni ktorang nak makan dekat Restoran Thai Chenan lak ea... :)


Sebelum balik, singgah beli Pau Ibu dulu

Abeh dah jalan-jalan Kuala Kangsar. Tapi yang takkan abeh kenangan yang ada. Banyak sebenarnya tempat yang menarik kat Kuala Kangsar ni. Rasa macam nak repeat balik je g sana sebab memang banyak lagi tempat yang ktorang tak sempat pegi. Dah alang-alang nanti boleh g Taiping lagi. 

-Thanks for reading- 


Friday, July 19, 2013

Menjejak PerakMan - Bukit Sapi

Bukit Sapi....
Ini satu lagi kawasan yang kome perlu pergi ....
kalo kome ke Lembah Lenggong.....
Disini dikatekan debu letusan Toba di Indonesia..
telah meletup pada 75,000 tahun dahulu......
kalo kome ke kawasan ni...
kome udah nampak pasir ato batuan nye lain......

Bukit Sapi
Kome boleh bace caption yang awok ambik di kawasan ni....
menerangkan secaghe terperinci ape pentingnye tempat ni kepada Lembah Lenggong....

Bukit Sapi
Kome tengok tanah dan pasirnye....
lain..... awok peghatikan ayam suke makan pasir kat sini.....
kate Bos Jabatan Warisan .....
kite boleh je makan pasir ni....
tapi soalannye.... kome lalu ke????
Bukit Sapi


Bukit Sapi
Sesi penerangan oleh Encik Syahrin .....
Pengarah Jabatan Warisan Malaysia Kawasan Tengah....
beliau antaghe tenaga utame sehingga Lembah Lenggong...
diishytiharkan sebagaei Tapak Warisan UNESCO

Errr.... ini selingan je.....
makan dulu selepas jenuh mendengo penerangan dan berlapo.....




'Lembah', Kuala Kangsar

Assalammualaikum...

Lama tak update ni... Malas sungguh la... Ni belum lagi time sebok buat kuih raya. Jangan kecik ati ea SnappySmoothie... Mrs. Yan tinggalkan kejap jer... Ok, untuk entry kali ni Mrs. Yan nak sambung cerita masa kat Kuala Kangsar hari tuh. Lepas je makan kat Salleh Stall, Kuala Sepetang, kami terus balik ke Damai Homestay. Tak singgah pun kat Taman Tasik Taiping yang tempat cerita Sepi shooting tuh sebab macam penat sangat. Balik terus tido macam tak sedar diri, pastuh sedar pun sebab Iwan call bagitau dia tak jumpa lorong nak masuk Taman Damai. Memang malam tak nampak signboard sebab lampu tak menyala. Dan dengan bermalasannya ktorang g la amik derang kat Petronas. Dekat je... Hohohoho...

Sampai je kat homestay, ktorang discuss nak makan kat mana. Iwan ngan abah balik keje je terus datang KK, sure tak makan lagi kan. Dan sebenarnya Yuna, errrr... Mrs. Yan tak tau pun nak makan kat mana.Nak la cari tempat yang happening cket. Tapi disebabkan tuh, Mrs. Yan pun pening kepala dok pikir dekat mana nak makan. Otak dok ligat-ligat pikir, tetiba teringat Nisa. Dia memang orang Taiping, so maybe dia tau la tempat makan kat Kuala Kangsar. Sebab Taiping ngan Kuala Kangsar tak jauh sangat. Plus dia ni memang kaki jalan.

Call Nisa, ok, dia angkat.

Mrs. Yan: Nisa, Kak Yan tak tau nak makan katne kat sini.

Nisa: Dulu penah makan, derang panggil tempat tuh 'lembah' tapi taktau la pulak nama dia apa. Dekat ngan tepi sungai. 

Ok, ligat pikir lagi. Kalo dekat dengan sungai, mesti dekat tempat mamat yang jual Pau Ibu hari tuh. Tapi mana Mrs. Yan nak ingat jalan dia. Dah la buta jalan, pastu hari tuh pegi naik bas kot... Memang tak ingat la... Tapi takpe, at least tau la nak makan kat mana. Suruh Dayah call Nazrol lak sebab sure derang tak makan lagi. Kena pulak tetiba Chenan kena g urgent meeting... Sian Nazrol ngan Cheno. Pastu yang kelakarnya nak cari kat mana homestay derang pun satu hal. Memang failed jalan betul lah. Chenan dah siap bagi direction pun sesat barat gak. Orang cakap lalu kat Jalan Istana. Yang ktorang lak g lalu jalan nak menuju ke istana. Bila sampai depan istana, semua dah blur. At last Nazrol ngan Cheno jalan kaki tunggu ktorang kat jalan besar... Hohohoho... Kenangan betul...

Dah amik derang, Mrs. Yan call Nisa balik nak tanya direction g 'lembah'. Start direction dari bulatan menara jam. Cerita ni pun sadis gak... Hohohoho...

Mrs. Yan: Hello Nisa, Kak Yan dah nak sampai bulatan yang ada jam tuh. Nak g 'lembah' macam mana ek?

Nisa: Ok, nanti kat depan Kak Yan nampak ada replika jet, nanti jet tuh kat sebelah kiri Kak Yan.

Tak lama lepas tuh Mrs. Yan memang nampak jet, pastu jet tuh memang kat sebelah kiri Mrs. Yan. yeyyy... excited... Ok, sambung...

Mrs. Yan: Nisa, jet kat sebelah kiri Kak Yan ni

Nisa: Kak Yan terus je nanti masuk kanan.

Dengan gelojohnya Mrs. Yan cakap ok... Nanti pape akak bagitau. Tapi bila jalan terus tuh, Mrs. Yan rasa macam mengikut alur jalan tuh pulak. Sedar-sedar ktorang dah dekat Bulatan Labu Sayong yang mana jika kami meneruskan pemanduan, kami akan bertemu kembali dengan Bulatan Menara Jam (Feeling cakap ngan bahasa baku sebab time tuh perut dah lapar...Huishhh).

Mrs. Yan call Nisa balik. Rupanya direction tak abeh lagi. Nanti jumpa bank apa ntah katanya... Pastu belok kanan. Adeyyy la...


Peta kat atas ni peta Kuala Kangsar. Arrow yang warna biru tuh la laluan ktorang. Memang tawaf betul la kan... Yang warna merah tuh pulak laluan yang sebenarnya. Kalo korang imagine, dari tempat kereta Mrs. Yan, ada bulatan, kiranya jet tuh belah kiri la kan... So Mrs. Yan pun confident la. Taktau la pulak bila dari arrow terakhir Mrs. Yan yang warna biru tu pun, kita tengok jet tuh kat sebelah kiri gak...

Akhirnya lepas tawaf Kuala Kangsar sebanyak 1 pusingan, Alhamdulillah, ketemu juga dengan kedai makan...

Arena Kuala Kangsar

Cheno & che Yah

Iwan, Dayah Nazrol

Makanan sampingan sementara tunggu lauk sampai. Sedap sotong kangkung ni. Pakcik ni siap kata kalo tak sedap tak payah bayar... wewewe :) Sori ni tak ingat berapa ringgit.



Menu ktorang malam tuh, amik je pakej RM40:
- Air oren 1 jug
- Tomyam campur
- Siakap 3 rasa
- Daging masak merah
- Kailan ikan masin
- Telur dadar

Yang lagi 1 set tuh ktorang amik:
- Air oren 1 jug
- Sup tulang
- Siakap 3 rasa
- Paprik
- Kailan ikan masin
- Telur dadar

Sebenarnya ktorang amik pakej menu yang sama tapi ktorang tuka sikit je menu. Tambah dengan Che Yah nak air carrot susu, ngan Cheno nak barli suam, semua sekali dalam rm84. Ok lah sebab makan pun untuk 8 orang.

Kebetulan ada expo, siap ada karaoke lagi. So kami singgah la kejap. Tapi tak beli apa pun.

Perut pun dah kenyang, balik umah apa lagi, tido dengan senang hati la sebab esok pepagi dah kena pegi Dewan Jubli Perak tengok Dayah konvo.

Tak lupa kat my GPS that nite, teng qiu Nisa... Jasamu dikenang :)

Miss Nisa yang sudah berpunya...

-Thanks for reading-



Thursday, July 18, 2013

Menjejak PerakMan - Bukit Bunuh

Awok ade janji nak berceghitekan kesah awok di Lembah Lenggong sebelum ni...
tapi asyik tergendala je....
untok tak nak bagi kome pening awok akan pecahkan ceghite ni kepade bebeghape kesah.....
kali ni awok nak tumpu pade Bukit Bunuh.....

dongeng oghang Lenggong dikatekan kawasan Bukit Bunuh ni mendapat name...
ateh satu peristiwa Suami Isteri....
dimana si Isteri dibunuh si suami....
tapi itu ceghite mulut ke mulut je....

berbalik pade ceghite Bukit Bunuh tadi...
Bukit Bunuh ni terletak di kawasan Kota Tampan, Lenggong....
kenape kawasan ni penting dalam kawasan Lembah Lenggong ni???
haaa..... gambo2 kat bawah akan menerangkan satu persatu.....


Ini gambaran ilustrasi pelukis....
tapi lebih kurang macam ni le PerakMan...
Berkumpoi dulu di Galeri Arkeologi Lenggong ....
ekspedisi terpakse menggunakan 4WD....

Bukit Bunuh
Diantara batu-batu meteor yang udah bercampur di Bukit Bunuh...
meghate2 ade batu ni kome...
kalo kome kesini....
kome akan nampak perbezaan batu ni.....
rasenye kome mesti tak nak ambik...
bile tau yang batu ni ade kesan radioaktif...
walopon tak tinggi......

Bukit Bunuh
Kome mungkin nampak macam takde ape...
tapi tapak di Bukit Bunuh ni membuktikan wujudnye penempatan awei manusia
di Asia Tenggara dan telah menukar sejarah arkeologi dunia....
Dikatakan ini tapak masyarakat zaman paleolitik....
ini merupakan tempat deme membuat peralatan seharian deme...
sebabnye semasa kajian ke ateh tempat ni...
deme jumpe bermacam2 alatan seharian yang masih elok tapi tertanam dek meteor..... 
Batu dalam batu....
batu yang di dalam batu ni lebih tua daghi batu yang diluo...
tu kome tengok betoi.... yang putih tu.....
Bukit Bunuh juga dipanggei Taman Meteor....
sebabnye dianggar 1.83 juta tahun dahulu...
meteor jatuh dikawasan ini dan merebak ke seluruh Lenggong...
ini bukan awok yang kate ye...
ini kajian arkeologi yang dibuat secaghe saintifik....


Kome nampak tak ade 2 pokok beso kat dalam gambo ni??
ok....ditengah2 antaghe pokok tu terletaknye satu kawah beso ....
dimana dipercayai 1.83 juta tahun dahulu....
meteor yang beso telah jatuh dikawasan ini......
kalo pokok2 kat bawah tu kecik lagi...
memang nampak lekukan macam kawah .....
Bukit Bunuh
Gambo daghi ateh puncak Bukit Bunuh....
kate media yang follow....
macam New Zealand..... kekekeke
Bukit Bunuh
Ehem...ehemmmmm.......
baghu2 ni le awok nak enterprem blog sendighi.....

Wednesday, July 17, 2013

Tapak Bazar Ramadan di Ipoh 2013

IPOH

Kelolaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
Ipoh Jaya (Berhampiran Rumah Kedai)
Maju Rapat
Taman SPPK
Tasek (Hadapan Medan Selera)
Kledang Jaya (Silibin)
Taman Jati
Bercham (Mobil)
Bandar Baru Putra
Klebang Restu
Klebang Jaya (Chemor)
Stadium
Taman Cempaka (Berhampiran Dataran)
Taman Temara / Taman Sri Sayang
Bercham Raya (Tapak Pasar Malam)
Tambun (Hadapan GiantTambun)
Chandan Desa
Tanjung Rambutan (Tanjung Perdana)
Chemor

Swasta
Desa Aman
UDA Ocean (Greentown)
Medan Gopeng
Rapat Setia



Mana Pelangi?

Assalammualaikum..


'Kadangkala Allah sembunyikan matahari,
 Dia datangkan petir dan kilat.
 Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar. rupa-rupanya 
Allah nak hadiahkan kita pelangi'

Kata-kata indah ini buat saya tersenyum. Betul. Walaupun pelangi yang akan dihadiahkan kat kita tu sekejap, tapi boleh memadamkan semua semua penderitaan yang dulunya terasa sangat perit.

Tak kisah la pelangi tu penuh ke separuh. Ianya tetap membahagiakan.

Tapi..kita tak tahu, bila pelangi akan hadir.

Pelangi itu misteri, bila, dimana, bagaimana, kita tak tahu.

Tapi percayalah, akan ada pelangi yang akan muncul.

DIA kan maha mendengar.

Kisah Misteri Kematian Mary Reeser


Ini adalah kejadian luar biasa yang sehingga kini tidak mampu dijelaskan oleh akal. Mary Reeser, lahir pada 1881, ditemui hampir seluruh badannya hangus dilahap api di rumahnya di Florida pada 1951. Tapi anehnya, walaupun seluruh tubuhnya rentung, kaki kirinya dalam keadaan elok. Sangat misteri!




Lebih aneh lagi, api seolah-olah hanya menyambar tubuh Mary Reseer saja. Ini kerana ruangan di

Gambar Belangkas