Tuesday, July 9, 2013

Posa x mati kan????

Pinjam dialog upin ipin bila disuruh posa oleh opahnya.

Alhamdulillah, hari pertama posa, sahur, terawih semalam....semangat membara semuanya...

Mudah2an terus membara hingga ke hujung ramadan.....

Bila kurang aktiviti makan ni rasa macam byk masa lak. Mai kerja jd awal sbb x kena p market beli nasi lemak anak2. Jln lengang, mana p abih keta2. Pakat cuti  ka hari pertama ramadan? Penang mana cuti awal ramadan. Kedah yer la. Tu la adik aku duk terbongkang di rumah sbb dia kerja di kedah....Sia2 ja....kalu kerja xdak la dah meninggi matahari baru nak bangun...


Kt tepi jln pun x byk keta parking. Kedai makan dah tutup...Sbb tu jln lengang, dah x jem la. Dulu pun duk jem pasai keta duk parking tepi jalan la kot.

Bila aktiviti makan di kurangkan, byk benda menjadi senang. Cuma petang satni, bazar ramadan, dia mai jem pulak. Kedai makan pun dah start bukak utk org beli utk berbuka....

Makan oh makan.....makanan juga merupakan penyumbang tinggi kepada penyakit kronik spt jantung darah tinggi kencing manis dll. Makan bkn sj kena kurang tp makan juga kena pilih2.....

Wallahualam....

Wordless Wednesday


ahakkkkkk

Monday, July 8, 2013

Britain's thriftiest guy

I am amazed at how his mum works as an ironing lady earning 5pounds per hour but is able to save up till 20000 pounds for each child.
http://www.dailymail.co.uk/femail/article-2358543/Im-Britains-stingiest-dad--proud-it.html

Misteri Penemuan Kota Purba Heracleion


Sejarah tamadun Mesir Purba sememangnya menyimpan 1,001 kisah misteri yang sudah tentunya masih belum dapat diungkai sepenuhnya.




Kini, sebuah penemuan yang menakjubkan telah berlaku apabila sebuah kota pelabuhan purba Mesir, iaitu Kota Heracleion telah ditemui selepas hilang dalam lipatan sejarah selama 1,200 tahun.

Sebuah kota era Mesir purba iaitu Kota Heracleion telah ditemui oleh

Yeaaatyeeee.....sok posa

Alhamdulillah, insyaALLAh kalu panjang umur esok kita stat posa. Bulan yg dinanti2 oleh org yg memburu pahala. Inilah peluang utk menambah koleksi pahala utk menjadi bekal di akhirat kelak.

Bulan pengampunan, keberkatan dan keselamatan dari api neraka. Ada satu malam yg mana pahala ibadat pada malam itu bersamaan seribu bulan. Xdak di bulan lain cuma x tau malam bila, di 10 malam terakhir.

Bersolat terawih, khatam Quran, berzikir, solat2 sunat. Jgn ingat makan jer. "Nak buka posa nk masak apa? Sahur nak makan apa? Nabi bukak posa pun ngan kurma dan air jer.


Sibuk cari baju raya, buat kuih raya padahal raya nanti makan mee kari la, laksa la. Kuih x sentuh pun. Dah seminggu raya baru la pakat cari saki baki kuih raya...

Sembahyang terawih jgn p cari yg imam baca surah pendek2, buat 8 ja, lagi lama lagi byk rakaat lagi byk la pahala, buat selagi terdaya. Sekadar menggingatkan, saya pun sama gak...hehehehehe

Utk elak mngantuk masa terawih, masa buka jgn la makan byk2, simpan makan lepas terawih. Makan Moorel!!

Wallahualam.....

Selamat Berpuasa



Selamat Berpuase pade semue....
maapkan segale ketelanjuran kate awok....
kekhilafan dan kekurangan awok....
mane yang kurang tu mintak haleikan nye....
moge kite semue menjadi mukmin yang lebih baik daghi semalam....

Damai Homestay, Kuala Kangsar

Assalammualaikum...
 
Sambungan dari cerita singah-menyinggah kat R&R hari tuh, lepas je dari R&R Tapah, kami terus ke Kuala Kangsar. Sebulan sebelum bertolak, Mrs. Yan dah sebok memikir kat mana nak tido nanti. Kami semua ada 6 orang. Kalo nak amik hotel, harga 1 bilik pun mesti dalam RM90-RM100 lebih macam tuh. At least mesti nak 2-3 bilik. Dari Mrs. Yan bazirkan duit untuk tido kat hotel, baik Mrs. Yan try tengok homestay. 

Kalo dah jodoh tuh kan, mesti jumpa jugak. Mrs. Yan jumpa Damai Homestay nieh. Kami berjumpa masa nak check-in ni jer. Sebelum ni, semua soalan, bayaran pendahuluan, kami just contact melalui telefon ngan mesej. Nama owner Damai Homestay ni Kak Noremah. Sangat baik. Layan jer apa yang Mrs. Yan tanya. Lepas tuh pulak, rumah ni dekat dengan Dewan Jubli Perak, tempat Dayah amik sijil nanti. Untuk booking, Kak Noremah mintak RM50 je duit pendahuluan. Baki nanti kita bayar masa check in.

Dari R&R Tapah, Mrs. Yan da mesej Kak Noremah ni. Takut la kalo dia tertunggu-tunggukan. Lepas tuh, dapat mesej akak bagi direction untuk ke homestay. 'Ok, keluar Tol Kuala Kangsar (exit 143), jumpa traffic light pertama, ambil kanan. Lepas tu jumpa traffic light ke 2,3, 4 dan 5 semua terus je. Sampai traffic light ke 6 ambil kanan. Jumpa bulatan, ambil tegak, lebih kurang 1km ada sekolah dan petronas, depan sikit sebelah kanan ada Taman Damai'. Signboard yang ke-6 tuh nanti, kita akan jumpa Dewan Jubli Perak belah kiri kita. Tak susah nak cari. Tapi kalo sampai malam tuh payah sikit la sebab lorong masuk ke Taman Damai ni gelap, jadi tak nampak signboard.

Banyak sebenarnya homestay kat KK ni. Tapi Damai Homestay ni buat Mrs. Yan suka sebab kemudahan katil yang disediakan. Ok, sekarang Mrs. Yan nak bagi tau detail pasal Damai Homestay nieh;

- Sewa RM180-RM200 untuk 1 malam. (Mrs. Yan kena RM190. Weekend kot)
- Owner: Puan Noremah Rashid (012-5614627)
- Alamat rumah: 18, Taman Damai 4, Kuala Kangsar, Perak (direction macam yang Mrs. Yan tulis kat atas tuh)

Kemudahan:
Rumah ni jenis teres 2 tingkat. Ada 4 bilik;

3 bilik tingkat atas:
- Bilik tidur utama (Master bedroom) : 1 katil queen, toilet siap ada bathtub, almari, kipas ngan aircond

- Bilik 2 : 1 katil queen, 1 katil single, almari, kipas, aircond, toilet yang bersambung dengan bilik 3.

- Bilik 3 : 2 katil single, almari, kipas, toilet yang bersambung dengan bilik 2.

1 bilik tingkat bawah :
- Bilik 4 : 1 katil queen, ada toilet, almari ngan kipas

Selain tuh, homestay ni ada 2 ruang tamu, ada 1 ruang makan. Kat sini jugak ada meja makan untuk 6 orang, dan last skali ada ruang dapur untuk memasak. Peti ais, seterika, tv pun ada kat sini. 

Sampai je kat umah ni, tengok pintu rumah dah terbukak. Kak Noremah dah sampai awal rupanya. Tengok-tengok apa yang patut. Mesra tau orangnye. First time masuk rumah, Mrs. Yan tanya berapa ribu beli rumah. Kepochi tak... Rumah besar... Seronoknya kalo dapat tinggal kat rumah macam tuh... Rupanya, ramai yang menginap kat situ pun tanya soalan yang sama. Hohohoho... Naseb baik kami booking awal sebabnya pagi tuh pun ada orang tanya samada still kosong ataupun dah penuh.

Disebabkan seronok sangat tengok rumah, kami tak amik gambar pun... Gambar-gambar kat bawah ni nanti ihsan dari KNizam Artwerk. Tapi ni gambar lama sebab ada sikit ubahsuai perabot kat dalam ni.
 
 Pintu masuk, dan pelan ke Damai Homestay
 
 Belah kiri ruang tamu utama yang sekarang. Belah kanan ni ruang tamu kedua. Pintu masuk kat ruang tamu ni. 
 
 Belah kiri ni ruang makan yang menghubungkan dapur untuk masak, yang belah kanan ni ruang rehat tingkat atas.
 
 Belah kiri master bedroom, belah kanan ni bilik ke 2 kalo tak silap. bilik ke 2 ni dah tambah dengan 1 lagi katil single.
 
Ni bilik ke 3 ngan ke 4.
 
Pendapat Mrs. Yan pasal Damai Homestay nieh, mestilah rasa berbaloi. Kalo 15 orang duduk pun ok. Tapi kena jaga la kebersihan sebab rumah memang bersih. Alhamdulillah tak rasa seram ke apa sepanjang duduk kat sini. InsyaAllah kalo ke KK lg, rumah ni lah tempat kami tuju untuk bermalam. 
 
Untuk Kak Noremah, terima kasih la bebanyak sebab bagi rumah yang selesa untuk kami. Terlebih terkurang tuh mintak halal la ea.... Mane la tau kan rumah ada bersepah ke apa. Maklum lah terkejar-kejar nak balik... Hukhukhuk...
 
-Thanks for reading-


Gambar Belangkas