Monday, July 8, 2013

Damai Homestay, Kuala Kangsar

Assalammualaikum...
 
Sambungan dari cerita singah-menyinggah kat R&R hari tuh, lepas je dari R&R Tapah, kami terus ke Kuala Kangsar. Sebulan sebelum bertolak, Mrs. Yan dah sebok memikir kat mana nak tido nanti. Kami semua ada 6 orang. Kalo nak amik hotel, harga 1 bilik pun mesti dalam RM90-RM100 lebih macam tuh. At least mesti nak 2-3 bilik. Dari Mrs. Yan bazirkan duit untuk tido kat hotel, baik Mrs. Yan try tengok homestay. 

Kalo dah jodoh tuh kan, mesti jumpa jugak. Mrs. Yan jumpa Damai Homestay nieh. Kami berjumpa masa nak check-in ni jer. Sebelum ni, semua soalan, bayaran pendahuluan, kami just contact melalui telefon ngan mesej. Nama owner Damai Homestay ni Kak Noremah. Sangat baik. Layan jer apa yang Mrs. Yan tanya. Lepas tuh pulak, rumah ni dekat dengan Dewan Jubli Perak, tempat Dayah amik sijil nanti. Untuk booking, Kak Noremah mintak RM50 je duit pendahuluan. Baki nanti kita bayar masa check in.

Dari R&R Tapah, Mrs. Yan da mesej Kak Noremah ni. Takut la kalo dia tertunggu-tunggukan. Lepas tuh, dapat mesej akak bagi direction untuk ke homestay. 'Ok, keluar Tol Kuala Kangsar (exit 143), jumpa traffic light pertama, ambil kanan. Lepas tu jumpa traffic light ke 2,3, 4 dan 5 semua terus je. Sampai traffic light ke 6 ambil kanan. Jumpa bulatan, ambil tegak, lebih kurang 1km ada sekolah dan petronas, depan sikit sebelah kanan ada Taman Damai'. Signboard yang ke-6 tuh nanti, kita akan jumpa Dewan Jubli Perak belah kiri kita. Tak susah nak cari. Tapi kalo sampai malam tuh payah sikit la sebab lorong masuk ke Taman Damai ni gelap, jadi tak nampak signboard.

Banyak sebenarnya homestay kat KK ni. Tapi Damai Homestay ni buat Mrs. Yan suka sebab kemudahan katil yang disediakan. Ok, sekarang Mrs. Yan nak bagi tau detail pasal Damai Homestay nieh;

- Sewa RM180-RM200 untuk 1 malam. (Mrs. Yan kena RM190. Weekend kot)
- Owner: Puan Noremah Rashid (012-5614627)
- Alamat rumah: 18, Taman Damai 4, Kuala Kangsar, Perak (direction macam yang Mrs. Yan tulis kat atas tuh)

Kemudahan:
Rumah ni jenis teres 2 tingkat. Ada 4 bilik;

3 bilik tingkat atas:
- Bilik tidur utama (Master bedroom) : 1 katil queen, toilet siap ada bathtub, almari, kipas ngan aircond

- Bilik 2 : 1 katil queen, 1 katil single, almari, kipas, aircond, toilet yang bersambung dengan bilik 3.

- Bilik 3 : 2 katil single, almari, kipas, toilet yang bersambung dengan bilik 2.

1 bilik tingkat bawah :
- Bilik 4 : 1 katil queen, ada toilet, almari ngan kipas

Selain tuh, homestay ni ada 2 ruang tamu, ada 1 ruang makan. Kat sini jugak ada meja makan untuk 6 orang, dan last skali ada ruang dapur untuk memasak. Peti ais, seterika, tv pun ada kat sini. 

Sampai je kat umah ni, tengok pintu rumah dah terbukak. Kak Noremah dah sampai awal rupanya. Tengok-tengok apa yang patut. Mesra tau orangnye. First time masuk rumah, Mrs. Yan tanya berapa ribu beli rumah. Kepochi tak... Rumah besar... Seronoknya kalo dapat tinggal kat rumah macam tuh... Rupanya, ramai yang menginap kat situ pun tanya soalan yang sama. Hohohoho... Naseb baik kami booking awal sebabnya pagi tuh pun ada orang tanya samada still kosong ataupun dah penuh.

Disebabkan seronok sangat tengok rumah, kami tak amik gambar pun... Gambar-gambar kat bawah ni nanti ihsan dari KNizam Artwerk. Tapi ni gambar lama sebab ada sikit ubahsuai perabot kat dalam ni.
 
 Pintu masuk, dan pelan ke Damai Homestay
 
 Belah kiri ruang tamu utama yang sekarang. Belah kanan ni ruang tamu kedua. Pintu masuk kat ruang tamu ni. 
 
 Belah kiri ni ruang makan yang menghubungkan dapur untuk masak, yang belah kanan ni ruang rehat tingkat atas.
 
 Belah kiri master bedroom, belah kanan ni bilik ke 2 kalo tak silap. bilik ke 2 ni dah tambah dengan 1 lagi katil single.
 
Ni bilik ke 3 ngan ke 4.
 
Pendapat Mrs. Yan pasal Damai Homestay nieh, mestilah rasa berbaloi. Kalo 15 orang duduk pun ok. Tapi kena jaga la kebersihan sebab rumah memang bersih. Alhamdulillah tak rasa seram ke apa sepanjang duduk kat sini. InsyaAllah kalo ke KK lg, rumah ni lah tempat kami tuju untuk bermalam. 
 
Untuk Kak Noremah, terima kasih la bebanyak sebab bagi rumah yang selesa untuk kami. Terlebih terkurang tuh mintak halal la ea.... Mane la tau kan rumah ada bersepah ke apa. Maklum lah terkejar-kejar nak balik... Hukhukhuk...
 
-Thanks for reading-


Pelik! Terapi Kecantikan Guna Darah Sendiri


Kecantikan adalah hal yang sangat dipuja wanita. Semua cara dilakukan, termasuk cara-cara mengerikan yang tidak biasa. Misalnya .. mengambil darah dari tubuh sendiri, darah diolah, kemudian disuntik kembali pada wajah.




Oke .. ini memang sedikit menyeramkan, tetapi Kim Kardashian yang merupakan selebritis Hollywood sudah cuba terapi kecantikan ini.

Apakah selamat dan terbukti ampuh membuat

Aberdeen beach


Aberdeen beach is more happening than Balmedie beach. Both are situated in Aberdeen, 20 minutes drive apart. But Aberdeen beach is nearer to the city, hotels and it has rows of restaurants nearby. It lacks the sand dunes that Balmedie beach has. Summer time at Aberdeen Beach was packed with people if its a good weather and there will be a long wueue at the ice cream stand.
The beaches are really clean and the sand is better than the ones down south of England.



Ulasan drama Inggeris The Miracle Worker


Pertama kali aku menonton cerita ini di sebuah kedai makan waktu petang dalam pukul 6:00 hari Ahad dan ditayangkan tv3 tiga tahun yang lepas. Aku dengan kawan-kawan aku boleh melangut tengok sampai habis cerita tu. Bukan kami sahaja pekerja-pekerja kedai makan dan bossnya juga melangut sama. Biasanya orang melangut tengok filem aksi ini
melangut tengok filem zaman 1880an yang kostum pakaian orang putih ketika itu sangat
bersopan dan masih tinggi nilai moralnya. Kalau orang yang tak berapa reti tengok drama berat dan tak suka tengok cerita klasik macam kawan-kawan aku boleh melangut, kira hebatlah aura filem ni dan diberitakan juga drama ini selalu dilakonkan semula di sekolah-sekolah di Amerika.

Siapa yang tidak kenal Helen Keller antara manusia hebat yang dijadikan Allah di atas muka bumi ini. Seorang yang buta,pekak dan bisu tetapi berjaya menjadi seorang penulis, aktivis dan pensyarah yang termahsyur. Tidak terungkai di fikiran kita bagaimana hidup orang yang sebegitu rupa tetapi inilah hakikatnya kebesaran Allah. Setiap kekurangan sebenarnya ada kelebihan dan hikmah yang sangat besar.

Filem ini bukan sahaja berkenaan Helen Keller tetapi isi terpenting di dalam filem ini berkenaan orang yang bertanggungjawab mencetuskan inspirasi kejayaan kepada Helen iaitu Anne Sullivan sebab itulah tajuknya diberikan "The Miracle Worker".

Kisah berlaku di tahun 1890an di Alabama, A.S. Helen seorang anak yang bijak dan ketika itu berumur dalam lingkungan 7 tahun menghadapi masalah komunikasi dengan ibubapanya. Ini menyebabkan Helen kecewa kerana sukarnya dia hendak menyuarakan kehendak isi hati dan kesunyian serta kegelapan yang menyelubungi dirinya menjadi punca Helen meluahkannya dalam bentuk keganasan. Dan sikap ganas dan barannya
tidak dapat dikawal langsung oleh ibubapanya. Tekanan yang diberikan Helen kepada ibubapanya menyebabkan ibubapanya mencari pertolongan dari Institut Orang-orang Buta Perkins setelah dinasihatkan oleh seorang doktor.Institut Perkins telah menghantar pelajar terbaiknya Anne Sullivan untuk mendidik Helen. Anne Sullivan adalah seorang rabun yang hampir buta matanya juga. Tetapi semangat percaya kepada diri sendiri dia tidak menganggapnya sebagai kekurangan malah yakin dia mampu membantu Helen.

Di rumah, keluarga Helen tidak begitu percaya dengan kemampuan Anne kerana dia juga cacat penglihatan. Kerja pertama Anne bermula di meja makan. Melihat Helen yang tidak beradab dengan mengambil dan memakan makanan dari pinggan orang lain Anne terus menghalang Helen dan Helen memberontak sehingga memecahkan pinggan mangkuk di atas meja. Anne masih tidak mahu memberinya makan sehingga dia beradab di meja. Ini
memberi tekanan kepada ibubapa Helen kerana mereka merasakan cara Anne terlalu kasar dan kejam. Bagi mereka kasih sayang itu adalah dengan memanjakan Helen dan memenuhi kehendaknya. Anne memberikan kata dua kepada ibubapa Helen supaya tidak mencampuri urusannya dengan Helen.

Sifat Anne yang degil, keras dan tegas memang kena dengan Helen seumpama buku bertemu ruas. Bapa Helen tidak sanggup melihat anaknya diperlakukan begitu keras dan mahu memecat Anne tetapi dipujuk isterinya supaya memberi masa lagi. Anne menegur layanan manja diberikan ibubapa Helen kepada anaknya. Kerana dimanjakan berlebihan itulah Helen tidak mampu untuk berdikari dan seterusnya akan hanya bergantung hidup pada ibubapa. Anne umpamakan perangai Helen lebih buruk dari perangai haiwan peliharaan
dan kecacatan yang ada pada keluarga Helen itu lebih besar dari kecacatan yang Helen hadapi. Kata-kata Anne mengguris hati ibubapa Helen tetapi mereka masih memberi peluang untuk Anne meneruskan usahanya mendidik Helen. Anne berkata demikian kerana pengalaman masa kecilnya yang memanjakan adik lelakinya menyebabkan adiknya menjadi
seorang yang penakut dan sentiasa hidup di bawah ketiaknya.

Anne meminta kebenaran untuk dia duduk berdua dengan Helen di sebuah rumah di ladang keluarga Helen kerana ini akan memudahkannya mengajar Helen dengan lebih baik kerana Helen hanya akan bergantung hidup pada Anne tanpa kehadiran ibubapanya. Dengan berat hati mereka memberikannya dua minggu sahaja. Walaupun masa diperuntukkan terlalu
pendek Anne terpaksa mengikut juga.

Anne menggunakan sifat marah dan sifat bijak yang ada pada diri Helen untuk mengawal dan mengajar. Helen tidak akan diberikan ganjaran jika tidak mengikut kata Anne. Helen cepat menangkap ejaan-ejaan isyarat tangan yang diajar Anne tetapi masih tidak mampu untuk menghubungkannya dengan benda-benda yang dipegang. Contoh; Helen
menyentuh anjing dan Anne mengejakannya itu "dog" pada tangan Helen tetapi Helen mengejanya "water". Jika hendak makan diejanya "cake" dan dia tidak mengerti "cake" itu sebagai kek dan inilah yang tidak dapat ditangkap oleh Helen dan menjadikan Anne buntu tetapi masih tidak putus asa untuk terus berusaha sehinggalah tarikhnya sudah tamat.

Apabila kembali ke rumah semula Helen menunjukkan sikap lamanya yang biadap di meja makan yang sebelum ini diikuti dengan baik semasa di bawah penjagaan Anne di rumah terpencil itu. Ini menyebabkan Anne kecewa dan marah pada ibubapa Helen yang tidak memberikan masa yang lebih panjang kepadanya untuk mendidik Helen. Anne dengan kasar dan biadapnya juga menghalang Helen dari memakan makanannya tetapi didesak oleh ibubapa dan nenek Helen supaya jangan mengganggu Helen. Tetapi akhirnya ibu Helen merasakan apa yang di buat Anne betul dan dibenarkan Anne membuat apa sahaja terhadap Helen. Ketika itulah Anne mendukung Helen bersama dengan jag air dan menyuruh Helen mengepam air untuk diisi ke dalam jag yang ditumpahkannya di meja makan. Anne
mengajar memegang pam dan mengeja perkataan pam dan memegang air dan mengeja perkataan air. Di saat inilah Allah turunkan ilham pada Helen makna hubungan perkataan "water" itu dengan air yang disentuh. Detik itulah bermulanya kehidupan baru pada Helen Keller.

Jika sesiapa yang menonton cerita ini sudah pasti tidak akan terhenti di situ sahaja bahkan ia memberi motivasi kepada kita untuk mencari cerita selanjutnya tentang dua manusia hebat ini. Mengikut sejarah Anne Sullivan telah menjadi guru, mentor dan sahabatnya sehingga ke akhir hayat Anne. Dan Anne juga mengajar Helen bercakap dengan
menggunakan cara "Tadoma" iaitu dengan menggunakan sentuhan bibir dan getaran kerongkong pada orang lain ketika bercakap.

Sejarah hidup mereka berdua telah menjadi pedoman hidup beribu-ribu manusia yang cacat sebagai kekuatan melawan kecacatan fizikal dan juga pedoman kepada kita yang sempurna fizikal tetapi cacat jiwa.

Tidak rugi untuk membeli cd ini untuk dijadikan koleksi dan ditonton bersama keluarga dan tidak rugi juga untuk diberikan hadiah kepada anak, murid-murid dan guru serta sesiapa sahaja kerana motivasi sejarah ini mungkin dapat menghidupkan semula jiwa kita yang tidur. Inilah salah satu filem terhebat yang pernah aku tonton. Adios!!.

Buat Kerja Sampingan Online Dirumah | Cara Buat Duit Online

Assalamua'laikum dan salam sejahtera.
Kerja Sampingan Online Dirumah | Cara Buat Duit Online. Duit memang dirasakan tak pernah cukup. Kalau boleh, siang malam kita nak kerja untuk buat duit sampingan. Tak kiralah online mahupun offline. Janji ianya halal dan memberi pulangan. Tak banyak, sikitpun jadilah asalkan dapat menampung perbelanjaan seharian. Apa yang bakal saya kongsikan ialah peluang-peluang yang ada untuk anda buat duit secara online. Maksudnya, bukan setakat buat duit sampingan di rumah, malah sewaktu anda sedang tidur mahupun sedang bercuti bersama keluarga. Ianya bukan scam dan tipu, insyaAllah ia sudah membantu mereka yang benar-benar berusaha untuk mendapatkan duit sampingan di rumah secara online melalui pelbagai cabang dan lubang. 

Cara buat duit online di rumah mudah dan dijamin tak tipu 

Jual e-book cara buat duit di rumah

Serius, ini yang saya katakan paling mudah untuk berjaya dilaksanakan dalam misi buat duit secara online. Apa itu e-book? E-book ni senang cerita ialah "buku dalam format pdf" iaitu buku yang kita boleh baca menggunakan smartphone, ipad dan komputer kita. Rata-rata semuanya sudah menggunakan gajet canggih. Inilah masanya anda menjual e-book yang mereka cari! Mereka 'terdesak' dan anda berikan apa yang mereka nak!


E-book apa yang nak dijual? 
Macam-macam e-book ada. Ada ebook tentang kesihatan, tentang buat duit dengan hartanah, ebook kecantikan, ebook keagamaan, ebook resepi masakan dan pelbagai lagi pilihan. Tinggal untuk anda pilih ebook yang dicari-cari oleh rakan-rakan taulan di FB dan media sosial anda. 

Perlu bayar ke nak dapatkan ebook ini?
Tak. Ianya PERCUMA 100%.

Apa yang perlu dilakukan jika berminat?

  • Anda ke laman ini --> Kedai Ebook
  • Anda buat pendaftaran percuma
  • Pilih ebook di ruangan Marketplace atau pilih saja ikut kategori yang anda suka di bahagian kanan laman tersebut.
  • Anda klik ebook yang anda minat.
  • Promosi ebook tersebut di laman sosial anda. Copy link/banner dan pastekan link tersebut.
  • Ada orang beli, anda dapat komisen.
Mudahkan? Anda hanya perlu buat promosi dengan cara anda sendiri. Lagi ramai prospek, lagi tinggi kemungkinan untuk anda mendapat komisen jualan. 

Jangan risau, jika ada komisen, saya yakin anda akan dibayar. Tiada sebarang unsur penipuan di sini. Saya sendiri pernah merasa komisen dengan menjual 2 ebook dari laman ini dan mendapat komisen sebanyak RM50. RM50 jer? Itu baru 2 ebook. Cuba bayangkan anda dapat menjual 3 ebook seminggu. Sebulan 12 ebook. RM300 sebulan!

Nak tengok bukti sebenar boleh buat duit sampingan dengan jual ebook?

Anda boleh rujuk laman utama saya di sini --> Bukti Buat Duit Sampingan Di Rumah Dengan JomNiaga 

Apa tunggu lagi, jika berminat terus saja daftarkan diri anda di laman berikut;

Daftar Untuk Mula Menjual & Mendapat Duit Secara Online


Selamat berusaha dan semoga berjaya buat duit sampingan di rumah, di dalam kereta dan juga semasa anda tidur!

Nak cara lain? Boleh juga cuba laman di bawah;

Buat kerja dirumah



TM Resort Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Kali ini (1 Julai 2013) kami ke Pulau  Pinang dan bercadang hendak menginap di Batu Feringghi. Setelah melawat kawasan pantai dan chalet-chalet yang ada aku rasa tak berapa berkenan dengan chalet-chalet di kawasan Batu Feringghi ini. Kawasannya seperti perkampungan setinggan pula. Banyak pula lalat. Jadi kami bercadang nak menginap di tempat yang ekslusiflah kononnya. Tengah cari-cari tempat nak tidur ternampak papan tanda TM Resort. Apa lagi terus serbulah sebab  kawan aku yang ada sekali ini kerja dengan TM. Jadi dapatlah harga pekerja.  RM90 hari biasa dan RM110 hari luar biasa.  TM Resort ini dibuka untuk orang luar juga. Harga RM200 hari biasa dan RM250 hari luar biasa.  Setiap unit harganya sama.

Bahagian hadapan resort

Bahagian dalam resort. Boleh berendam tu.

Kalau tak cukup kolam dia silalah ke kolam lagi besar yg berada depan resort ni

Cafe sunyi sepi

Lobi pun sunyi sepi


Masa kami datang kawasan ini amat sunyi tiada penghuni lain. Hanya dua unit sahaja yang berpenghuni. Tapi aku suka sebab rasa macam TM resort  ini AKU YANG PUNYA. hehe. Setiap unitnya mengadap ke laut.

Aku menginap di unit 104.

Pro
----
1. Bilik ada dua. Katil queen satu dan katil single dua. Boleh sumbat seramai mungkin.
2. Bilik air dua. Tisu tandas disediakan, Ada tap air panas lagi.
3. Ada kitchen kabinet. Bawa dapur gas mini dan pinggan mangkuk kalau nak main masak-masak.
4. Ada sofa, tv, mini peti ais, cerek, aircond. Ruang tamu hanya kipas.
5. Soket kuasa merata-rata.
6.  Channel tv biasa. Tidak ada astro.

Kontra
---------
1. Pintu utama tak boleh kunci dari dalam. Guna selak saja. Tawakallah ya.
2. Flush tandas di dua bilik tak berfungsi. Kena angkat penutup air dia dan tarik flush dia dari dalam. Dahlah berat penutupnya kalau jatuh pecah kena kaki macam mana? Nak guna cara kuno simbah-simbah tak ada timba pula.
3. Pengelap kaki di bilik air tak ada.
4. Tak ada sachet. Beli sendiri.
5. Tak mesra OKU sebab tidak ada lif. Unit bermula di tingkat satu tiada unit di ground floor. 

Ini video bilik tu.



Food Court Pantai Batu Burok

Ini sambungan percutian dari Pulau Kapas hari tu. Selepas keluar dari Pulau Kapas kami singgah pula di Kuala Terengganu cari makan tengah hari. Kami makan di food court Pantai Batu Burok. Komen....tak sedap. Nasi diisi dalam kertas bungkusan dilapik dengan pinggan kertas. Macam mana nak ada selera nak makan. Kedai sebelah-sebelah pun berkira siap pesan lagi kalau dah makan hantar balik ke kedai asal. Air pun tak boleh pilih kedai kena beli dari kedai yang kita duduk. Kalau tengok peniaga-peniaga kedai ni tak tak tegur jiran kedai sebelah semua bawa hal masing-masing. Siap ada orang kedai tu cakap "saya tak campur orang lain". Baguslah tu patutlah tak maju kedai-kedai di sini.  Sesuai sangatlah nama pantai tu dengan perangai orang kedai di sini. Penuh dengan hasad dengki. Ingatkan di KL saja ada masalah macam ini di sini pun ada.  Nak cerita masa nak bayar kami tunjuklah terung yang kami makan ada ulat. bila tunjuk pada tokey kedai dia kata kita pun tak tahu ada ulat dalam tu. bila dah jawapan macam tu maksudnya memang tak ada diskaunlah ya. Dasar orang kemaruk duit dan dasar orang tak reti nak meniaga tapi nak meniaga juga macam tulah jawapan dia. Minta maaf pun tak nak. inilah gambar kedai yg kami makan tapi aku makan kedai sebelah dia. Sotong goreng kat tangan tu sedap yang lain-lain tak berapa. Moral ceritanya lain kali sila jangan makan di food court Pantai Batu Burok yang buruk tu. Adioss!!








Gambar Belangkas