Wednesday, July 3, 2013

Aweks Main gitar

Aku dulu pun belajar gak main gitar. Punya la susah. Alhamdulillah, kord2 yg biasa aku dah ingat, buleh la nak main lagu. Tp kena bagi kord siap2la. Kalu hrap aku cari sendri pakai sumbang la lagu tu.

Tapi sejak Yuna, Najwa Latif dan beberapa artis pompuan main gitar muncul (x ingat nama sori), makin ramai lak aweks2 main gitar keluar u tube duk cover lagu2 popular. Memang cemerlang la depa main gitar, sora pun buleh tahan. X kisah la apa pun tujuan depa upload video tu.

Aku pun rasa nak main gitar balik, tp byk sgt sukarelawan nak mai tulong petik gitar aku. Sampai x berbunyi kord yg aku main. Tunggu la anak2anda besar buleh main balik.

Walau macamana pun main gitar jgn sampai jadi najis (pinjam ayat zizan). Jgn sampai tnggal solat. Jgn sampai jd haram.....

Walllahualam....


Tuesday, July 2, 2013

Acheh dilanda gempa lagi

Ingat x masa tahun 2006 dulu,Acheh dilanda tsunami. Kali gempa pula, sib baik xdak tsunami. Mesti depa disana ketakutan. Kita di sini yg bergoyang sikit ja pun dah kecut perut. Di sana mesti lagi kuat kan. Beribu ribu bangunan musnah. 22 maut, ntah brp ramai cedera. Bertapa bertuahnya kita di Malaysia xdak gempa.

Tp di Malaysia byk jiwa melayang kerana kemalangan jalan raya, penyakit jantung, tiga serangkai kerana x jaga makan, keturunan, krg bersenam. Adakah kita sedar? Apa langkah yg telah kita ambil. Kalu la ada gempa, mungkin kita akan lebih sedar ke?

Walau pun hari2 ada eksiden maut, tp masih ramai yg x suka pakai helmet, tali pinggang keledar, langgar lampu merah, bawa laju, wheelie, meemandu terburu20....kebalkah kita

Wallahualam......semoga Alah melindungi mereka dan memberi hidayah kpd kita supaya tidak terus leka. Amin...


langit x selalunya cerah

Surat Cinta dari Majlis Bandaraya Ipoh

Saman
Surat cinta merangkap kad menyambut pose dari MBI....
hampehhhh

Awok punye le semangat nak berceghite pasei lawatan awok ke Lembah Lenggong minggu lepas....
tapi tak pasei2 le awok dapat saman parking Majlis Bandaraya Ipoh semalam....
kalo ikut kan mase deme saman tu pagi....
awok peghasan petang.....
terus awok delay kan dulu entri2 awok pasei Lembah Lenggong tu,....

yang memusykilkan awok bukan ape...
kat kete awok....
awok ade sticker parking yang sah sampei 11 Mac 2014 ......
dan saman yang dikenakan pade awok....
sebab tak bayo duit parking.....

sebenonye bende ni bukan le kali pertame jadi kat awok.....
tahun lepas.....selepas awok dapat 4 - 5 saman parking.....
awok buat surat aduan kepada Pejabat Dato Bandar Ipoh merangkap YDP MBI.....
rupe-rupenye lepas tu ..a.wok masih kena saman jugakkk...

awok tak pueh hati....
awok ke Bahagian Penguatkuasa deme.....
dan Bahagian Hasil kalo tak salah awok....
berjumpe dengan Pengarah deme......
dan rupenye deme ambil maklum pasei aduan awok....
tapi ngape le deme masih saman kereta awok??

awok kalo bende tak betoi memang awok lawan habis-habisan...
dan kesudahan ceghite tahun lepas tu....
awok menang...dan deme hapuskan semua saman parking awok....
tapi tak sangke pulak tahun ni kene jugak....

saman tu...kalo bayo awei RM20 ...kalo lambat RM30...
dan kalo lambat jugak ....tunggu surat mahkamah.....
kome bayangkan kalo 5 - 6 saman kome ade....
banyak jugak kome kene bayo....

MBI oh MBI.....

Mencari rezki

Seperti biasa,pagi2 lagi aku dah p market. Beli nasi lemak utk anak2ku. Biasa la kegemaran  mereka, nasi lemak dan telur sahaja tanpa sambal dan ikan bilis. Satu lagi feberet, gulai ikan masin atau gulai telur. Oleh kerana yg tu feberet depa, aku beli yg tu tiap2 hari sampai dah tak lalu dah. Lani aku buat switching je selang sari, kadang semua aku beli, ko pilih la nk makan yg mana.

Sebenarnya aku nak crita pasei tukang reper jam kat market tu. Aku bg dia jam lama aku, abih batri kot. Siap dia tukar batri, aku tanya berapa? Lima hinggit jer. Ok, aku pun bayar. Sambil duk kelebet jam baru, aku tanya, ni berapa? Dia kata 25 ja, aku tanya lagi, yg ni lak berapa, sambil tunjukkan jam g-shock yg xdak jarum. Dia kata tu murah siikit, 20 ja. OOOOOOOOO....

Aku pun ada jam gshock, beli d sg petani, tp harga 30 lebih  kot....dah pening, jarum duk merapu ja nih. Aku pun tanya, buleh reper dak? Dia kata mai tgk.....Dia pun duk kelebet sambil duk sembang ngan aku tanya duk mana dll....

Selepas 10-15 minit kot siap. Aku tanya berapa? Dia kata 3 hinggit, buh dalam tabung. Aik, upah reper jam buh dalam tabung. Dasat. Upah dia reper terus didermakan. Perrggghhh....Lagi  ramai org  reper, lagi byk la dermanya. Abih tu dia untung apa, jual batri, jam je kott.

Kita derma pa hari ni. Rasanya pendapatan dia sikit ja x leh nk lawan cikgu. Aku td pun dah 3 hinggit, aku sorang. Kalu ada 10 org reper kena 3 hinggit gak, x ke 30 hinggit dah dia derma sari ni....Aku derma pa hinggit hari ni???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Sepatutnya lagi byk gaji kita lagi byk kita buleh derma dok......

InsyaAllah.......




Kita berdoa kepada Allah semoga dimurahkan rezki, mengharapkan pemberianNya, tapi adakah kita juga sedia memberi sedangkan kita tahu rezki kita adalah pemberian Allah.

sedekah pembuka pintu rezki????





Monday, July 1, 2013

Lembah Lenggong Tapak Warisan UNESCO

Lembah Lenggong
Logo Tapak Warisan UNESCO.....
yang Bahasa Inggeris tu wajib....
yang Bahasa Perancis tu pun wajib...
cuma yang Bahasa Melayu tu ikut pade bahasa setempat negara yang berjaya.....
macam kes kita... Bahasa Malaysia le....



Uishhhh... udah lame tak bersiaran ni...
gatei pulak tangan ni nak menaip.....
kali ni awok nak berceghite pasei Lembah Lenggong pulak....
maklumle... minggu lepas awok jelajah Lembah Lenggong.....

awok ghase di Malaysia ramai yang tau....
Bandar Melaka dengan Georgetown sahaje yang diishytihar sebagei tapak warisan UNESCO....
tapi tak ramai yang tau....
di Malaysia ni udah ade 4 Tapak Warisan UNESCO...

Mulu, Kinabalu, Bandar Melaka dan Georgetown.....
dan terkini Lembah Lenggong juge telah diishytiharkan sebagei Tapak Warisan UNESCO.....
30 Jun 2013 meghupekan ulangtahun pertama Lembah Lenggong diisyhtiharkan sebagei Tapak Warisan UNESCO....
dan awok berkesempatan mengikuti lawatan ke kawasan2 yang berkenaan....

daghi tapak PerakMan dijumpai...
sampei le ke tapak Meteor jatuh pada 1.38 juta tahun dahulu.........
membawak ke kawasan debu Gunung berapi Toba yang berselerakan di Lembah Lenggong......
Gua Gunung Runtuh, Gua Kajang, Gua Puteri, Gua Ngaum, Bukit Sapi.....
dan tempat yang berkaitan dengan penempatan masyarakat Paleolitik, Neolitik dan Zaman Gangsa...
Alhamdulilah awok meghase.....

dan bageimana kesah kejayaan Malaysia untuk mendapatkan pengiktirafan ni...
bende ni takde atopon kalo ade tak diberi perhatian meluas oleh pihak media Malaysia....
sayang betoiiii...
kalo kome dengo...mau menitik ayo mate kome.....
awok sebagei anak Perak dan Malaysia meghase bangge dengan kesah kejayaan Lembah Lenggong mendapat pengktirafan UNESCO ni....
bukan mudah kome.....

itu sume akan awok ceghitekan di entri2 awok yang akan datang......

Misteri Injil Syaitan Untuk Menyeru Iblis


Berdasarkan kepada fakta bahawa kitab "Grand Grimoire" wujud atau tidak ia adalah sebuah buku yang dikenali sebagai "The Dragon Red" dan "Injil syaitan". Buku ini dikatakan benar-benar wujud kerana Gereja Roman Katolik secara rasmi mendakwa buku atau Gospel ini hak milik mereka, tetapi tidak pernah dipamerkan untuk tontonan orang ramai.




Hakikat bahawa ia telah ditemui di Jerusalem pada tahun

IUI...

Assalammualaikum..

Saya tak tahu post ni patut atau tak patut saya publish. Bagi sesetengah orang akan cakap tak perlu..Tapi bagi yang nak tahu akan rasa perlu.

Kat sini saya pernah cerita pasal rawatan yang pernah saya buat dalam usaha nak dapat zuriat.

Dan saya berhenti semasa bulan terakhir sepatutnya saya buat IUI.


14.6.2013 lepas, saya buat IUI.


Ceritanya, saya gi hospital sebab nak ambil surat pengesahan daripada doktor yang mengatakan saya pernah menjalankan pemeriksaan kat situ. Surat tu untuk permohonan anak angkat kat Jabatan Kebajikan Masyarakat. Boleh tengok  kat sini untuk info lanjut pasal permohonan anak angkat ye. Alkisahnya, doktor tak nak bagi, doktor cakap 'u give up cepat sngat la, kita teruskan rawatan ye'. Masa tu rasa nak marah je doktor tu, tapi saya ia kan aje la, siap bagi syarat, saya cakap kat doktor tu ' kalau terus sambung buat IUI nak la, kalau kena ulang macam dulu balik, saya tak mau.' Mengada tak saya? Haaaaa....sapa suruh tak nak bagi surat! Nasib baik doktor tu tak marah, dia cakap, jom chek!

Bila dah chek semua, doktor bagi tarikh untuk buat IUI.  

Proses iui ni simple je.. Macam biasa doktor akan scan masa day 2 priot, pastikan telur kita ada, pastu makan ubat , lepas 5 hari check lagi saiz telur, malamnya cucuk ubat. Masa cucuk tak sakit, tapi lepas sejam, sakit!!! Lenguh satu badan, besoknya pun sama. Lusa pagi tu, baru buat iui. 

Iui ini ialah proses memasukkan sperma suami terus kedalam rahim. Tak ada bedah2.. Doktor akan masukan paip terus ke rahim dan akan masukan sperma kedalam paip tu. Siap!!


Inilah biliknya. Kecil je.. Ada benda2 tu dan 1 katil je. Benda alah atas meja tu la alat untuk proses sperma, jangan tanya la nama & macam mana, saya tak tahu. 

Doktor yang buat ni doktor pakar, so saya meletakkan kepercayaan yang tinggi kat doktor tu. Bila percaya kat doktor tu, tak la saya rasa takut sangat. 

Doktor pun baik, walaupun bukan beragama Islam, masa nak masukan sperma tu, dia suruh saya baca doa. Baik kan?

Iui ni tak sakit, cuma rasa macam senggugut yang sikit2 tu. ala... boleh kata xsakit langsung la.  Masa dimasukan paip pun tak rasa apa langsung. Yang penting kita kena bertenang. Banyakan zikir dalam hati. 

Proses iui ni dalam 10-15 minit je.. 

Nama lain untuk iui ni ialah mandian berhadas. Kita tak boleh masukan sperma orang lain tau! Ianya sama seperti kita berzina kalau letak sperma orang lain!! No... No... No... Jangan... 


Bayaran kat hospital kerajaan RM 120 sahaja. Murah sangat. Ivf tu bukan harga sebenar tau, saya dah tanya, ada lagi bayaran lain. Tapi iui memang RM120 je, tak ada tambah2.. Rawatan bulanan sebelum ni pun free je.. 





















Lepas 2 minggu doktor suruh saya check if periot tak datang, tapi sayangnya periot datang tanpa diundang. 

Itu maknanya saya tak berjaya untuk iui ni. Takpa la, tak ada rezeki lagi. Allah tahu apa yang terbaik untuk saya, saya dan suami redha.. Mat fariq ajak buat sekali lagi, insyallah lepas raya ni baru saya nak buat lagi, bulan puasa ni tak nak la buat, kita puasa dengan tenang dulu ye..

Okeylah, panjang sangat ni, saya harap siapa je yang ada masalah macam saya tak putus berusaha dan berdoa ye, kita buat apa yang kita perlu buat. Tak payah nak malu, nak stress, nak down sangat. Jangan pula doa ja tapi tak berusaha. 



Yang penting, kita dan pasangan saling mencintai dan sayang satu sama lain. Kalau tak ditakdirkan memiliki zuriat sendiri pun kami redha. Mungkin itu yang terbaik untuk kami. 



Allah tahu segalanya. 

Okey.. Wassalam...
;)












Gambar Belangkas