Sunday, June 30, 2013

KELANTAN 1 JDT 0

Memang layak la kelantan menang. Aku x pandai main bola, tp reti gak tgk bola. Kelantan memang kebal, rajin, laju, pantas dan tenang walau di depan gol. Ada beberapa cubaan yg tidak tepat menunjukkan x susah la kelantan nak tembusi pertahanan Jdt. Tapi Jdt nk lepas sekali pun susah, nak try lagi la payah....tp peluang tercipta juga cuma kesudahan atau cubaan tak membuahkan hasil.

Nampak gah betul pemain2 kelantan. Walau pun terpaksa berhadapan dgn bekas rakan sepasukan.

Safee Sali awal lagi dah keluar, kenapa? Terkejut gak aku, xdan berpa minit dah kluar. Mungkin ada masalah kecederaan kot. Nak jugak tgk skill dia. Lama dah x tgk bola ni...

Tp walau teruk macamana pun bolasepak Malaysia, aku lebih suka tgk perlawanan bola team Malaysia lagi walaupon aku tahu dan kenal pemain2 terkenal dunia macam messi, terbaru neymar, ronaldo.....main memang skilfull, gerakan cantik pantas semua ada. Tp aku tgk maa berita sukan jer...

Macam motogp la, walau pun minat ngan rossi, tp tgk masa berita sukan jer tu pun kut kalu ada. Lani Zulfahmi dah masuk moto3, kalu ada siaran langsung nak gak tgk.....

Sokong lah sukan negara kita, jgn gaduh2 walau pun kita kuat. Jgn marah2 walau pun kita garang. Jgn maki2 walau pun suara kita tinggi.....jgn berlagak walau pun kita duit banyak...

jogho

Muhammad Ali

Assalammualaikum...

Ini anak buah baru lagi. Muhammad Ali nama diberi. Berat masa lahir 2.2kg je. Ali keluar awal 3 minggu. 

Ali sebiji muka abangcik Azhad masa baby dulu!! Ali ni tak banyak cerita, baik je.. Tidur je walaupun abang2 bising kat rumah tu. 


Ali dengan abang besar!!! 



Ali ngan maktok!!!



Okeylah.. Nanti2 kita cerita lagi ye.. 






Saturday, June 29, 2013

Ritual Pelik Memuliakan Tengkorak Orang Mati


Dia de los Natitas’ atau hari tengkorak merupakan ritual kuno di Bolivia, dimana mereka menghiasi tengkorak dengan rokok, kacamata hitam, bunga, dan daun koka yang diselenggarakan pada 9 November setiap tahun.




Sejumlah warga Bolivia percaya bahwa seorang manusia memiliki tujuh jiwa, dan salah satu dari jiwa mereka menetap dalam kerangka setelah mereka dikubur. Setelah jiwa-jiwa yang lain

Siapa nak cantik???

Assalamualaikum...apa khabar semua? siapa yang tak nak cantik kan..Tapi setiap orang sebenarnya adalah cantik.. Sebab cantik ni adalah subjektif...ok, hari ni, saya nak kongsikan petua yang mungkin pernah terdengar tapi kita buat2 tak dengar maklumlah petua ni kena selalu buat ''istiqamah'' barulah menjadi kan...jangan seperti hangat-hangat tahi ayam..




Petua Untuk Wanita Sentiasa Kelihatan Cantik


1. Anda disarankan minum banyak air. Elakkan atau kurangkan meminum minuman bergas atau air berperisa seperti kopi dan teh. Amalkan meminum air suam atau air mineral. Dengan meminum banyak air bersih, anda mudah membuang toksin dalam badan, serta dapat menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

2. Bersenam selalu semestinya ia baik untuk jasmani dan rohani. Berjalan di sekitar rumah pun merupakan suatu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam.

3. Selepas bangun tidur, disiplinkan diri anda untuk melakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.

4. Jangan merokok kerana merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.

5. Cukup tidur dan jangan selalu berjaga malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

6. Makan jangan berlebihan. Anda perlu makan tetapi jangan berlebihan. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan tetapi pastikan ia makanan sihat.

Thursday, June 27, 2013

Berehat Sekejap

Alahaiii...
sementelah awok sibuk dengan audit...
dan event yang bakei berlangsung ni...
awok cuti sekejap daghi berblog.....

tapi Insyallah....
minggu depan awok kembali menulih.....
dan kembali dengan ceghite2 dan info terkini untok kome...

pade yang masih sudi ke blog awok ni...
terima kasih awok ucapkan....
Insyallah ....
akan awok kunjungi blog kome nanti...

maap ye kome!!!
sementaghe tu.... moh kite ke Lenggong....
raikan Ulangtahun Pertama Lembah Lenggong - Tapak Warisan UNESCO......

Pelik! Gadis Menangis Air Mata Darah

Pakar perubatan di negara Chile bingung bagaimana seorang gadis, Yaritza Oliva, 20, boleh menangis dengan mengeluarkan air mata darah.


Oliva mengalami kejadian itu mulai awal ini dan sejak itu dia sering mengeluarkan darah melalui matanya sebanyak beberapa kali sehari.

Meskipun dia telah mendapatkan rawatan pakar, namun mereka gagal menemui sebarang bukti bahawa Oliva mengalami sebarang

Padang ke Bawah

uuiiii...gayat siot....tinggi sgt ke kt duduk. Tak takut jatuh ka?

Kenapa perlu  pandang ke bawah? Supaya kita bersyukur dgn apa yg kita ada sekarang. Tidak mengeluh, merungut dgn masalah yg menimpa padahal bila kita lihat di bawah org lain lg berat dugaannya, kesengsaraannya, penderitaannya, masalahnya. Dari kita mengeluh atau merungut lebih baik kita membantu mereka yg memerlukan, setakat yg mampu kalu x pun berdoa semoga Allah memberi pertolongan dan rahmat kpd mereka.

Kita x rasa malang, malu atau hina kerana ada yg lebih teruk daripada kita. Tp kalu dari segi ibadat kepada Allah kita kena pandang ke atas lak. Kita x leh selesa dgn apa yg kita dah buat berbanding apa yg nabi kita buat. Baru la kita akan sentiasa berusaha utk menconntohi nabi Muhammad s.a.w. Kalu dunia kita kna pandang ke bawah tp bab akhirat kena pandang ke atas.

Lagu tu la kot.....Wallahualam


Gambar Belangkas