Monday, June 17, 2013

E-Buku Panduan Resepi Roti Bun Pau Pizza Mudah Sedap Boleh Jual

Assalamua'laikum.
Resepi Roti Bun Pau Pizza Mudah Sedap Boleh Jual. InshaAllah. Roti bun, pau mahupun pizza yang sedap, lembut, gebu dan paling penting resepinya mudah untuk dicari di kedai dan dibuat sampai menjadi. Inilah e-buku atau panduan cara nak buat roti bun pau dan pizza yang benar-benar boleh menjadi! Untuk mencari resepi roti bun, pau dan pizza yang benar-benar mudah dan sedap serta senang untuk dibuat pastinya bukan mudah. Betul tak?


Panduan asas & resepi bun, pau dan pizza yang mudah

Apa yang bakal saya kongsikan ialah antara perkara yang bakal anda dapat baca dan buat sendiri jika anda membeli e-buku panduan resepi bun pau dan pizza ni. Penulis e-buku ni adalah rakan saya sendiri, En.Hairul yang pernah berkerja sebagai chef di hotel dan akhirnya memilih untuk buat bisnes sendiri dan berkongsi pelbagai resepi dan antaranya ialah resepi cara nak buat roti bun pau dan pizza ni.

Antara perkara yang beliau kongsikan dalam e-buku panduan resepi roti bun pau dan pizza ialah;
  1. Teknik membancuh bahan-bahan bun.
  2. Teknik menguli doh bun dengan tangan
  3. Teknik membulatkan doh besar bun.
  4. Teknik membahagikan doh kepada bun kecil
  5. Teknik memasukkan inti bun
  6. Teknik membulatkan bun kecil style hotel
  7. Teknik gliss/egg wash dan membakar doh bun.
  8. Teknik menjadikan bun berkilat.
Kalau anda masih tiada asas dalam membuat roti bun pau dan pizza, jangan takut untuk mencuba kerana e-buku ni dalam bentuk video. Pasti lebih mudah untuk dipelajari. Cuba tengok snippet video ni;

Jika anda sememangnya berminat untuk belajar cara membuat roti bun pau dan pizza yang sedap, gebu dan mudah dibuat. Inilah panduannya. Klik link di bawah untuk beli e-buku panduan ni;
Selamat mencuba. Semoga anak-anak dan keluarga anda terkejut dengan kesedapan dan kegebuan dengan resepi roti bun pau dan pizza anda!

Sunday, June 16, 2013

Lata Kekabu, Lenggong


Alhamdulillah.....
2 haghi awok tak berblog sebab awok ke Lata Kekabu, Lenggong..
kali ni lain sikit perjalanan awok...
sebabnye awok bermalam di sini....

awok ke Lata Kekabu, Lenggong ni ateh tujuan reccee kawasan...
sebelum program sebeno akan berlangsung...
jadinye..daghi penat perjalanan sehaghi...
baik le awok bermalam disini dengan kengkawan...
kesah bermalam di Lata Kekabu, Lenggong ni di entri lain pulak la yeeee....

Takpe ...kome layan gambo je.....
koordinat GPS nye 5° 0' 39.34" N  100° 58' 43.24" E
mudah kalo kome daghi exit tol Kuala Kangsar....
kome terus je..........
jalan nak ke Grik, Pengkalan Hulu....
berjage2 dengan papan tanda Lata Kekabu, Lenggong di sebelah kiri kome....

Lata Kekabu
Lata Kekabu, Lenggong - Koordinat GPS nye 5° 0' 39.34" N  100° 58' 43.24" E ......

Lata Kekabu

Lata Kekabu


Lata Kekabu
Kawasan letak kereta pun luas....
Lata Kekabu
Jangan risau, kome Insyallah takkan sesat kat dalam Lata Kekabu, Lenggong ni

Lata Kekabu
Jalan masuk utame ke Lata Kekabu, Lenggong
Lata Kekabu
Surau untuk kemudahan semua 
Lata Kekabu
Tandas yang bersih

Lata Kekabu
Tapak perkhemahan....... bersih tempat ni....
memang terjaga...
sampei kan nak cari kayu api pun payah.....
Lata Kekabu
Dewan beso yang ade kat sini.....
Lata Kekabu
Ini surau lama, tapi sejak ada surau baru....
deme buat opis deme...

Lata Kekabu

Lata Kekabu
Tapak Jungle Tracking pun ade....
sesuai kalo nak buat kem motivasi....

Lata Kekabu
Lawo ayo nyeee....
Lata Kekabu
Ayor terjun kat Lata Kekabu, Lenggong....
ni lubuk yang paling dalam .............
lawoooo..... bejage2 kalo mandi kat sini.......

Lata Kekabu
Kome tengok amaran bahaye mandi kat Lubuk Dalam ni....

Lata Kekabu
Antaghe kemudahan yang ade disini...

Lata Kekabu
Kome bernaseb baek.....
tuuu...yang bergayut2 ateh pokok tu......
kome meghase leee....
Lata Kekabu
Udah rezeki awok dengan kengkawan......
sedapppp......... 
Lata Kekabu


Entri akan datang kesah pengalaman awok bermalam di Lata Kekabu, Lenggong ni dengan sleeping bag jee.......

Oh ye... ini kadar bayaran pada yang nak berkhemah dan gunekan kemudahan disini....

Lata Kekabu

Leonidas Belgian Chocolate

Amazing much!


Grany Brut cookies

The best chocolate chunks with almond cookies I have tried. Its probably the last cookie I will eat for the rest of the year. Too 'good' for my expanding waistline.

Penemuan Luarbiasa 200 Tapak Kaki Misteri


Penemuan lebih 200 kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk luar biasa dalam kebun getah berhampiran Kampung Kepis Baru, di sini, kelmarin, menggemparkan penduduk setempat.




Penduduk kampung itu, Adnan Pungut, 48, yang mendakwa orang pertama menemui kesan tapak kaki ganjil itu berkata, dia ke kebunnya jam 3 petang untuk membersih serta membakar longgokan kayu pokok getah yang ditebang.

DIY ISTANBUL.. Part 2 : Tempat Lawatan Menarik - Kalau ada 1 Hari Sahaja di Istanbul



Istanbul adalah sebuah kota yang besar. Banyak betul tempat menarik yang perlu dilawati. Bergantung kepada minat masing2, tentu ada saja yang akan menarik perhatian korang bila ke sini. Saya dan suami suka sejarah dan tamadun, jadi kami banyak menghabiskan masa dengan meneliti tinggalan sejarah. Ada sekumpulan pelajar Malaysia yang kami jumpa semasa di sana, mereka lebih teruja nak pergi tengok stadium bola. Ada pasangan lain dari Malaysia pula tak suka nak lepak kat satu tempat lama2, mereka jenis yang 'touch n go'.. katanya 1-2 hari sudah memadai di Istanbul sebab mereka nak tengok lokasi2 utama sahaja. Mereka jenis yang drive kereta dari satu negara ke satu negara.. 7 hari leh cover 4-5 negara.

So korang jenis yang macamana? Tanya selera sendri dulu agar korang leh plan betul2 mana nak gi. Tiket kapal terbang ke sana dah mahal so sebaiknya kena berbaloi gi sana puaskan hati.


Kalau ada 1 hari saja di Istanbul..

Bagi yang ke Istanbul atas urusan kerja, biasanya memang takleh nak luangkan terlalu banyak masa untuk sightseeing. Tapi rugi kalau tak menyelam sambil minum air sebab dah alang-alang sampai kota bersejarah ni kan. Saya cadangkan pergi ke area Sultanahmet (sebab tak sah pergi Istanbul kalu tak sampai ke sini, k!) Untuk ke sini, boleh naik tram dan turun di stesen Sultanahmet atau Gulhane ye. Kalu yang duk berdekatan, leh jalan kaki je.

Kat area Sultanahmet ni lah terletaknya bangunan/mercu tanda/kawasan pelancongan yang paling menarik, seperti di bawah :
1. Masjid Sultanahmet (a.k.a Masjid Biru)
2. Hippodrome - betul2 sebelah Masjid Biru (1 min berjalan)
3. Hagia Sophia - bertentangan ngan Masjid Biru (2min berjalan)
4. Basilica Cistern - seberang jalan dari Hagia Sophia (5min berjalan)
5. Pusing2 kat area Sultanahmet dan jalan kaki ke arah selat Bosphorus. Cara nak kenali Istanbul ialah dengan berjalan pelan2 tengok keindahan sekeliling... tau2 nanti dah sampai kat Sirkeci area (30min-1jam). Kalu malas jalan kaki, leh aar naik tram turun kat Srikeci Station.

Keenam-enam tempat ni memang dekat2 je antara satu sama lain. Tapi kena observe masa dan tarikh tempat2 ni tutup. Contohnya, Hagia Sophia tutup Selasa dan masa buka dari pukul 9am hingga 7pm pada musim panas. Yang ni korang kena check sendri kat laman web depa sebelum bertolak so that boleh plan betul2.

Masjid Biru
Buka 24/7 terutamanya untuk umat Islam. Jadi saya sarankan keluar pepagi katakan kul 8am terus ke sini dulu untuk solat sunat masjid dan sunat dhuha sebab tempat lawatan lain biasanya buka kul 9am. Kita yang ladies ni sebaiknya amik wuduk dari hotel sebab tempat nak berwuduk jauh sket dari masjid (tapi masih lagi dalam pagar masjid) dan kena bayau 1TL ye. Sumer toilet kat masjid2 utama dorang ni kena charge belaka..sebab pelancong ramai agaknya. Untuk yang lelaki senang je tempat wuduk ade dekat dan free sebab dikawasan terbuka kan... Lepas dah solat tu bolehlah melihat kecantikan masjid ni dari luar dan dalam. Ohya, takde entrance fee untuk Masjid Biru ni. Rasanya 30min - 1 jam untuk dihabiskan masa di sini.

 Salah satu pintu masuk Masjid Biru
Sebenarnya masjid2 di sini layoutnya lebih kurang sama. Memula ada pagar batu utama di sebelah luar. Lepas tu ada 3 pintu masuk lain pula dalam tu. Lepas tu baru leh masuk ke dalam masjid.

Nih la pandangan sebaik saja masuk...cantik..cantik..

 Ni pic bila dah masuk dalam pintu tadi.. subhanallah cantik! Masjid ni hasil kreativiti arkitek terkenal zaman Uthmaniyah yg bernama Sinai

 Nih kat dalam masjid. Serabut tul sebab ramai pelancong.
Kalu nak solat sunat, yang lelaki si ke bahagian depan skali. Yang pompuan kat bahagian belakang skali ade tempat solatnya.

Hippodrome
Hippodrome adalah satu dataran bersebelahan dengan Masjid Biru. Kuar dari Pintu A atau B atau C boleh nampak terus Hippodrome ni. Kat sini ada 3 mercu tanda. Dua biji obelisk mengapit satu tower yg ular melilit sesama depa, tapi kepala dah ilang. Kat sini 10min je la kot kalu nak spend masa pon. Takde ape sangat nak ditengok..

Hagia Sophia
Hagia Sophia atau dikenali dengan nama Aya Sofya oleh penganut Kristian pada zaman Constantinople adalah asalnya sebuah gereja. Sultan Muhammad II (a.k.a. Sultanahmet II a.k.a Fatih) telah berjaya menawan Kota Constantinople ini dah menukarkan namanye kpd Islambol (bermaksud 'Islam Sepenuhnya'). Baginda telah mengadakan solat Jumaat pertama sebaik saja berjaya menawan kota ini di bangunan ini yang telah ditukar menjadi masjid yang mana baginda sendiri mengimamkan solat tersebut. Namun (malangnye!) Kamal Atarturk telah menjadikan masjid ini sebuah muzium apabila beliau mengisytiharkan Istanbul sebagai negara sekular.

Kalau korang kekurangan masa, leh amik pics kat luar2 bangunan ni. Tapi kalu nak masuk entrance fee 25TL seorang. Kalu masuk dalam tu kena spend masa 1-2 jam, kalu tak macam tak berbaloi bayar mahal2 tapi tengok sepintas lalu je, tul tak? Kat dalam ni boleh tengok kesan tinggalan semasa ianya sebuah gereja dan semasa ianya sudah menjadi masjid. Sultan Muhammad II dah cover dinding2 yang ada pics tuhan Kristian dengan marmar dan cat. Jadi, saya agak sedih bila tengok banyak marmar/cat yang dah dikorek/ditanggalkan oleh kerajaan Istanbul sekarang untuk menonjolkan design2 gereja tu semula.

Setiap hari bangunan yang kaya dengan sejarah ni sentiasa ada ramai pelawat. Kaunter beli tiket dia punyelah panjang melingkau macam ular kena palu. Setiap hari camni, kosong xde orang beratur hanya pada hari dia tutup jer. So saya cadangkan korang datang awal dan beraturlah awal2 pagi sebab masa kitorang pegi aritu ku 8am pon dah ada orang queue.  Dia open kul 9am..

Di tengah2 antara Masjid Biru dan Hagia Sophia ni ada taman. Kalu penat berjalan leh lepak2 kat sini.
 

Ni pandangan kat dalam bangunan Hagia Sophia. Nampak tak pic Jesus diapit kalimah Allah & Muhammad tu? Dan yang kat kiri kanan ada pic angel terbang. Hmm..makin dah nampak macam gereja semula, dah kurang nampak macam masjid dah... sedey la weyy..!!

Ni adalah laluan untuk ke tingkat atas. Rasa macam dalam movie2 omputih yang princess dia duk kat tower tinggi tu... heheh...pusing2 nak sampai kat atas.

Basilica Cistern
Basilica Cistern terletak seberang jalan dari Hagia Sophia. Jalan kaki 5min je dah sampai. Beli tiket kat situ sebab Muzeum Card tak laku kat sini. Entrance fee 10TL seorang. Kat sini je dah kena luangkan masa 30min - 1jam. Basilica Cistern ni adalah tempat simpanan air bawah tanah dibiina oleh emperor Justinian pada zaman Byzantine (kalu tak silap la.. dah cam lupa2 sket..heheh). Tempat ni amatlah recommended sebab ianya memang an engineering wonder and mystique combined into one. Heheh...

Nape engineering wonder? Sebab tempat ni besor boleh simpan air sebanyak 80,000 m3 untuk kegunaan penduduk di zaman Byzantine tu. Nape mystique? Sebab tempat ni gelap jer disinari cahaya yang samar2 mcm dalam filem hantu, dan ade 2 biji kepala Medusa kat salah satu tiang2 tu. Owh ye, ada gak satu tiang tu yang dipanggil 'Tears Pillar' sebab tiang tu sentiasa ade air mengalir kat dia..padahal tiang2 lain xde pon. 

Dalam ni tak OKU/stroller friendly tau. So agak susah nak bawa stroller & kerusi roda masuk (erm, kalu tak salah takleh masuk kot..)
Inilah pintu masuk Basilica Cistern. Nampak mcm bangunan kedai bese jer... Sipi2 kitorang termissed.

Gelap dan sejuk... naik bulu roma I...

Kat 'Tears Pillar' ni leh wat wish kalu ndak. Ade lubang kat tiang tu, masukkan ibu jari dan pusingkan sket ibu jari tu sambil berniat dalam hati.. haa..macam yg minah tu wat (tapi yang Muslim xyah wat lah ye.. syirik)

Untuk sampai ke tiang berkepala Medusa ni kena jalan sampai ke hujung. Ada dua kepala; satu terbalik dan satu lagi mengiring. Zaman Byzantine ni dolu dorang percaya yang sesape yg tengok mata Medusa leh bertukar jadi batu. So bila letakkan camni, haa... tak jadi batu. 


So begitulah kiranya... nanti saya akan sambung lagi dengan tips2 lain...
Bye!



Gambar Belangkas