Assalammualaikum...
Hari ni dah seminggu PRU-13 selesai. Sampai ke hari ni, masih lagi hangat orang mempertikaikan pasal pengiraan undi dan sebagainya. Tahun ni Mrs. Yan antara yang bertuah sebab dapat jadi kerani pengundian/mengira undi. Ada sebab kenapa Mrs. Yan tergerak nak menambah pengalaman ni. Niat Mrs. Yan sebab nak tengok sejauh mana kebenaran mengenai 'penipuan' yang telah dilakukan oleh pihak dan wakil SPR dalam pengiraan undi macam yang dicanang-canang orang sebelum ni. Betul ke ekkk? Tak salah serkap jarang, tapi tuduhan mestilah berasas.
5 Mei 2013, Ahad, hari semua rakyat Malaysia keluar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Tak kira parti mana yang kita sokong, siapa kita, apa bangsa dan agama kita, kita keluar pada hari yang sama untuk memilih pemimpin. Hari yang sebenarnya apa-apa pun boleh berlaku. Kalo zaman dulu, derang siap beli barang keperluan rumah tau sebelum hari mengundi. Langkah berjaga-jaga katenyer... Sebelum kita ke hari mengundi, kita flashback dulu sehari sebelum mengundi, 4 Mei 2013.
4 Mei 2013, Mrs. Yan ngan ahli kumpulan lain berkumpul kat Pusat Pengiraan Undi Berkelompok. Kat sini kami semua berkumpul untuk kira samada cukup atau tidak semua kelengkapan yang kami akan bawak esoknya. Setiap helai borang kami akan semak samada cukup atau tidak. Alatulis ada ke tidak. peti undi, sampul-sampul, sticker untuk peti undi segalalah kami akan pastikan semuanya cukup. Kat dewan ni banyak pintu tau. Kalo tak silap ada dalam 5 ke 6 pintu termasuk pintu utama. Mrs. Yan lupa. Proses akhir sekali sebelum kami diperkenalkan kepada polis pengiring, kami diberi buku kertas mengundi yang akan digunakan semasa mengundi. Sebelum tuh, semua pintu selain pintu utama dah ditutup dan kami dilarang keluar sebabnya kertas undi dah diedarkan. Polis ramai tau kalo ada yang berniat nak lari... Hohohohoho... Kami akan cek setiap no siri samada betul atau tak. Jangan salah anggap ea. No siri ni bukan tujuan nak detect kita ni mengundi apa. Siapa yang pergi mengundi mesti tau no siri tuh takde kena-mengena pun dengan no siri yang tertera kat nama korang. Yang no siri yang korang dapat tuh tujuannya untuk senang kerani menyemak nama pengundi. No siri yang dekat kertas undi pulak tujuannya untuk rujukan kami selepas mengundi untuk kira berapa ramai yang dah mengundi. Tepat atau tidak jumlah yang ada dengan agen-agen parti yang terlibat. Jadi, tolong jangan ragu dengan isu no siri. Memang dah terbukti takde kena-mengena langsung. Lepas cek kertas undi tuh dalam keadaan sihat (takde rosak dari segi nama calon, no siri dll) kami pergi lak ke tempat mengundi masing-masing menggunakan pintu utama dewan untuk kemas meja mengikut susunan yang dah ditetapkan. Bukan men susun ikut deco-deco Eric tau dan jangan ingat meja tuh dah tersusun. Kami sebagai KTM & KPU/KMU yang menyusunnya. Hohohohoho.... Selesai 1 hari tugas kami. Untuk pengetahuan, masa kami cek barang-barang tuh, kami tak disertakan dengan dakwat kekal tau. Kami pun tak tau macam mana bentuk dakwat tuh. Pihak SPR yang akan masukkan sendiri dalam setiap peti undi kami yg kat pusat pengiraan undi. Ini untuk langkah-langkah keselamatan jugak.
5 Mei 2013, Ahad. Bangun pagi wehhh... Pukul 4 pagi. Dah mengalahkan orang nak toreh getah Mrs. Yan rasa. Pukul 6 sampai kat pusat pengiraan undi berkelompok tuh untuk amik semua peralatan dan diiringi oleh polis. Bayangkan, kertas undi yang takde tanda pape tuh lagi, polis dah ikut kita. Punya la nak menjaga kesucian kertas undi tuh. Untuk pengetahuan, kertas undi, sampul-sampul, borang-borang dan dakwat kekal, pihak SPR letak dalam salah satu peti undi kita, derang ikat dengan benang, hujung telinga peti undi derang matikan dengan 'mouse tail' tau. Polis akan ikut masuk dalam kereta Ketua Tempat Mengundi (KTM) yang mana semua kelengkapan untuk mengundi termasuk peti undi tadi ada dengan KTM. Ingat senang ke huh...Satu je yang akan rasa masa proses ni berjalan. Setiap pihak ada perasaan tidak percaya pada pihak lain. Pihak SPR, petugas-petugas, polis, agen setiap parti, kami semua tak percaya antara satu sama lain sebabnya kami jugak akan tanggung semua risiko kalo terjadi apa-apa. Lagipun kami bukannya kenal sesama sendiri. Contohnya, pihak SPR tak boleh tetibe nak percaya kami sebagai petugas ni. Sebab tuh dakwat kekal tu pun, pihak SPR sendiri yang akan masukkan. Ni lah tempat semua peti-peti undi dan kelengkapan mengundi dikumpulkan. Semua preparation sebelum hari mengundi, dan semua keputusan undian ditempatkan kat sini. Tapi ni kawasan punya je tau. Bukan 1 Malaysia berkumpul kat sini.
Kami kena cek semua kelengkapan cukup atau tak. Gambar sebelah kanan, adik manis tengah tengok booklet ketas mengundi tuh ada cacat cela ke tak.
Ramai kan yang terlibat. Hari ni jugak kami dikenalkan dengan polis pengiring...
Tuh dia Mrs. Yan punya kad... Hohohohoho... Korang perasan tak perbezaan 2 peti yang kat belah kanan tuh. Meh Mrs. Yan explain sikit. Peti yang kosong tuh kalo diperhatikan, memang takde pape kat dalam dia (opkos lah.hahaha...) dan tak diikat dengan 'mouse tail' dan tali putih kat telinga peti undi tuh (peti undi pun ade telinga okkaip). Yang lagi satu tuh la ada korang punya kertas mengundi yang kosong, sampul-sampul, borang-borang, dan dakwat kekal kat dalam dia dan kalo korang perhatikan telinga peti undi nieh dah diikat dengan 'mouse tail' dan tali putih. Semua tuh kakitangan SPR yang buat. Kami cuma bawak peti yang dah siap diikat je.
Panjang berjela kan. Taktau la korang paham ke tak. Mrs. Yan cuma terangkan apa yang Mrs. Yan tau je. Jangan la main serkap jarang je kata PRU-13 tak telus segala bagai. Mrs. Yan bukan staf SPR tapi wakil yang diamanahkan untuk memastikan PRU berjalan lancar.
Satu lagi isu yang derang selalu pertikaikan adalah status kertas undi. Bagi orang awam, Waktu mengundi adalah 8pagi - 5petang. Selepas pukul 5 petang, peti-peti undi akan dibawa ke pusat pengiraan undi berkelompok. Hohohoho... Senangnya keja kami ea... Salah tuh ye kawan-kawan. Selepas pukul 5 petang tuh, kami bertungkus lumus membuat prosedur pengiraan kertas undi di depan agen-agen parti yang bertanding. Selagi derang tak puas ati, selagi tuh la kami dalam saluran memasing. tu yang boleh jadi keputusan lambat diumumkan. Semua keputusan sebenarnya dah tau masa dalam saluran lagi. Borang 13 dan Borang 14 pun dah diisi dan agen parti dah sign pun. Maksudnya kesemua agen parti dah sebulat suara dengan keputusan yang ada. Bukannye kami kena bawak kertas undi tuh ke pusat, kemudian baru dikira. Silap sangat tuh... kekekeke... Kalo korang nak detail, korang bukak la page ni. Takpun, lagi 5tahun, korang cuba lah macam mana rasanya jadi KTM @ KPU/KMU. Bukan susah pun. Tak stress lah. Apelah sangat kalo takat tak tido dekat 24jam, pastuh orang awam yang lain maki kata korang menipu kan. Kalo korang kata SPR menipu, korang silap. Kalo SPR menipu, maksudnya agen-agen parti yang dilantik sendiri oleh parti-parti yang bertanding pun menipu jugaklah. Sebab sepanjang proses pengundian, derang dengan taatnya duduk dengan kami semua.
Semoga rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, jangan terlalu taksub dengar cerita yang bukan-bukan. Kawan Mrs. Yan dapat 1 pengalaman tau masa PRU-13 ni. Derang berdepan dengan penyokong-penyokong tegar yang suruh derang kira semua kertas undi depan penyokong tuh. Jangan la sampai macam tuh. Ada yang cerita gebang macam tuh macam ni, itu tak betul, ini tak betul, tapi rupanya tak pernah pun bertugas masa hari pengundian. Bila dicabar masa PRU akan datang, jadi petugas dan cuba larikan peti undi, tersengih macam kerang busuk pulak... Tak gentle la sengih-sengih brader. Len kali bila kena cabar, cakap lah, ok, next PRU aku jadi petugas, aku try bawak lari peti undi. Baru ade syiokkk... :)
Ingat tau korang, jangan taksub sangat... Mrs. Yan takde la nak sokong mana-mana parti secara berlebih-lebihan. Apa yang Mrs. Yan kongsi ni pengalaman Mrs. Yan sendiri sepanjang PRU-13 berlangsung. Bak kata Ehsan, esok boleh cerita kat cucu, dulu nenek penah bertugas masa PRU. Wahahahaha gitu... (Baru 1st time jupe Ehsan tapi sonok berborak dengan dia). Entry ni pun boleh bagi cucu baca sebab masa tuh nenek pun dah tak berapa nak ingat cerita masa PRU-13. Kekekekeke...
-Thanks for reading-