Friday, April 12, 2013

Memoir Datin Seri Wan Azizah

Bab 1/6 : Kenapa Kak Wan ingin ceritakan
Ramai yang bertanya, ramai juga yang ingin tahu. Namun apabila memikirkan tiada keperluan bagi membicarakannya saya memilih untuk diam sahaja sebelumnya. Terfikir juga saya, sampai bilakah semuanya harus saya pendam sahaja? Indah, manis, sedih, geram, marah, kasihan, meluat dan jijik semuanya ada. Ia adalah sebahagian daripada aturan Allah kepada kami sekeluarga dan saya redha, cuma di sana ada tuntutan bagi kita sebagai hambaNya agar sentiasa berusaha membuang segala kefasadan dan mengambil segala kebaikan. Saya adalah seorang wanita biasa yang mempunyai keinginan dan impian tersendiri. Bezanya cuma, saya adalah isteri kepada seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim.

Pernah saya ditanya oleh teman-teman, “Bagaimana Kak Wan berjumpa dan akhirnya berkahwin dengan Dato Seri?” Ada juga yang bertanya, “Apakah Dato Seri yang memikat Kak Wan atau sebaliknya?” Saya hanya menjawabnya dengan sebuah senyuman.

Anak-anak dan cucu semasa perkahwinan Ihsan dan Syaheedah

Tidak kurang tertanya, “Bagaimanakah Kak Wan menghadapi ujian yang paling berat apabila Dato Seri dituduh, dilucutkan jawatan, dipukul ganas dan dipenjarakan? Bagaimana pula anak-anak Kak Wan menerimanya?” Saya terfikir, bagi menjawabnya secara lisan pastinya banyak keterbatasan yang wujud. Lantas saya fikir sesuai jika saya anyam katakata tersebut di atas lembaran kertas dan menjawab secara bertulis kepada tuan puan sekalian.
Bersama Hana, umur 1.

Bukanlah mahu membuka pekung di dada, bukan juga mahu bermegah-megah. Cukup sekadar ia dianggap sebagai sebuah perkongsian, daripada seorang wanita biasa, ibu kepada enam anak, yang pernah menjadi seorang doktor perubatan, yang pernah menjadi suri rumah kepada seorang suami, pernah menjadi isteri kepada Timbalan Perdana Menteri dan pernah juga menjadi seorang isteri kepada banduan politik yang terpenjara dan terpisah daripada sentuhan kasih sayang seorang suami selama enam tahun lamanya!
Bagi sesetengah pasangan, perpisahan yang memakan masa beberapa hari sudah mengundang resah gelisah. Bayangkanlah pula perpisahan yang dipaksa ini menyebabkan kami sekeluarga tidak dapat berhubung, tidak bertanya khabar, tidak mengetahui kondisi kesihatan beliau, sudah makan atau belum, bagaimana pula dengan ubat-ubatan yang perlu beliau ambil? Hanya Allah yang maha mengetahui, dan janganlah disamakan mereka yang sudah diuji dengan mereka yang belum teruji.

Anwar bersama Izzah, Nuha dan Ihsan

Paling pilu, apabila anak yang bertanya dalam rengekan, “Mama, papa di mana?” Ditanya lagi, "Mama, bila papa akan balik?" Diberi sebuah harapan, “Mama, nanti Bila papa balik kejutkan kami ya?” Semua soalan itu saat ditanya oleh anak-anak terutama anak yang bongsu bagaikan sembilu yang menusuk kalbu. Jika diikutkan hati dan perasaan wanita saya, pasti tiada lagi senyuman yang mampu saya hadiahkan buat mereka.
Apabila mereka sudah sedar ataupun tersedar di tengah malam, segera terpancur daripada mulut mereka, “Papa sudah balik, mama?” Namun ada soalan yang tidak pernah ditanya oleh anak-anak kami, “Apakah papa sudah tidak sayangkan kita, mama?”
Kerana mereka tahu, betapa dalam kasih papa pada mereka. Betapa papa mereka adalah papa yang terbaik di dunia ini kepada mereka.
Saya tabahkan hati, cekalkan jiwa. Sekalipun hati dan sanubari remuk redam mendengar soalan-soalan keramat itu daripada anak-anak kami. Kerana saya tahu, andai saya tewas, mereka juga tewas. Mungkin juga, suami saya akan tewas. Doa munajat terapi terbaik,
hanya kepada Allah dipisahkan saya bertawakal selain daripada usaha yang dijalankan.
Sekeluarga semasa harijadi Hana, umur 3

Ya, enam tahun bagi sesetengah orang mungkin angka yang kecil dan tidak bermakna. Enam tahun mungkin sangat sekejap berbanding dengan tahanan lain yang memakan masa berbelas malah berpuluh tahun. Namun atas dakwaan dan kesalahan apa dan mana membuktikan beliau perlu direguk mendekam di dalam penjara selama itu?

Tuduhan demi tuduhan direka cipta dan jalan buntu menimpa sehingga akhirnya mereka terpaksa menjadikan undang-undang negara sebagai badut sarkas di bawah telunjuk mereka. Saya bukan pemain politik atau politikus, saya tidak pernah mempunyai cita-cita menggunung yang mahu didaki bagi sebuah impian politik. Saya mahu tetap setia dan menumpahkan segala kudrat keringat kepada seorang suami dan anak-anak, agar nanti saat Allah bertanya di mahsyar mengenai tanggungjawab saya sebagai seorang isteri, saya mampu menjawab tenang, insya-Allah.
Takdir Allah, suami saya yang terlibat dengan segalanya yang bernama politik. Sebagai wanita Islam, saya berusaha menjadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali. Saya infakkan seluruh jiwa raga kepada beliau sekaligus perjuangan beliau tidak pernah menyesal. Kerana saya sedar perjuangan beliau bukan perjuangan untuk dirinya sendiri, bukan untuk kami sekeluarga. Jelas perjuangan beliau semenjak saya mengenali beliau sehingga saat ini adalah demi rakyat dan negara. Tidak pernah berubah, tidak pernah beranjak walau sepicing pun daripada falsafah tersebut.
Keluarga di perkahwinan Ihsan dan Syaheedah

Persoalan demi persoalan terus timbul. Seluruh negara malah dunia mahukan penjelasan dan butiranbutiran terperinci. InsyaAllah akan saya ceritakan dalam siri penulisan ini setakat yang termampu cerita di balik tabir ini, agar menjadi perkongsian sekaligus pedoman kepada tuan puan agar kita semua faham bahawa kezaliman adalah musuh yang paling utama kepada manusia dan dunia ini. Islam dan juga agama-agama lain begitu sekali melarang dan mengharamkan kezaliman. Yang sudah menjadi mangsa kepada kezaliman manusia adalah suami saya sendiri, mana tahu sedikit hari lagi, suami, isteri, anak tuan puan pula…?

Bab 2/6: Zaman Kanak-Kanak Kak Wan
Ayah kandung saya, Dato’ Wan Ismail Wan Mahmood adalah seorang anak kampung sejati, beliau membesar di Sungai Bakap, Seberang Perai, Pulau Pinang. Antara kegemaran kami adalah mendengar beliau bercerita mengenai zaman mudanya yang penuh dengan pengalaman indah, lucu dan kadang-kala sedih. Antara cerita yang masih segar di ingatan saya adalah bagaimana beliau berusaha menonton pertunjukan bangsawan. Sebenarnya beliau tidak mampu membeli tiket sekalipun harganya 2 sen ketika itu. Oleh yang demikian beliau mengambil keputusan memanjat pokok untuk menonton pertunjukan bangsawan itu. Persis sahaja dengan gambaran yang dilakar oleh Datuk Lat dalam komik Kampung Boy.

Ayah kandung

Ayah kandung dikurniakan anugerah Dato’ atas khidmatnya yang tidak berbelah bahagi sebagai pegawai kerajaan selama 30 tahun. Beliau merupakan ahli Majlis Keselamatan Negara yang diberikan tugas khas berkenaan dengan perang psikologi menghadapi ancaman Komunis. Beliau sempat berkhidmat di bawah tiga orang Perdana Menteri. Sedikit sebanyak ayahlah yang menjadi sumber inspirasi saya bekerja sebagai doktor awam di hospital kerajaan. Ibu kandung saya, Datin Mariah binti Haji Khamis, adalah seorang suri rumah sepenuh masa dan semasa muda pernah menolong ibunya membuat dan menjual kuih-muih.
Pakcik Che Rus

Saya dilahirkan pada 3 Disember 1952. Jana bijana saya adalah Hospital Kandang Kerbau, Singapura. Pada saat itu, Singapura masih sebahagian daripada Tanah Melayu. Beberapa lama selepas saya dilahirkan, keluarga saya berpindah ke Alor Setar. Saya mempunyai lima orang adik-beradik, saya merupakan anak kedua. Saya mempunyai seorang kakak dan seorang adik lelaki yang menjawat jawatan profesor di USM. Seorang lagi adik perempuan saya adalah bekas jurufoto di Bernama dan adik perempuan bongsu saya adalah seorang peguam. Paling ketara dan secara tidak langsung kami dibesarkan dengan pengajaran bahawa hidup ini adalah sebuah perkongsian dengan rakyat.
Ibu dan adik beradik saya

Yang wajar kami sumbangkan sedaya yang mampu kepada masyarakat. Itulah prinsip dan nilai yang tertanam dalam diri kami adik-beradik. Mungkin kerana faktor inilah juga saya akhirnya mengambil jurusan kedoktoran yang sememangnya pekerjaan yang berorientasikan khidmat kepada rakyat.
Dalam usia yang semakin meningkat, segala seri wajah dan usia muda yang berlalu sentiasa saya kenangkan. Ramai yang tidak tahu, saya adalah anak angkat kepada pakcik dan makcik saya sendiri apabila ibu ayah kandung berhijrah ke London semasa saya berusia tiga tahun. Mereka tidak membawa saya kerana faktor kewangan yang tidak mengizinkan. Saya diamanahkan oleh kedua ibu bapa kandung saya kepada pakcik dan makcik saya sendiri, Che Rus bin Tahir dan Wan Asma binti Haji Wan Mahmood yang tinggal di Alor Setar. Merekalah ibu bapa kedua saya, sehingga hari in saya berasa beruntung kerana pernah mempunyai dua orang bapa dan dua orang ibu. Makcik adalah suri rumah sepenuh masa manakala pakcik adalah seorang pegawai kerajaan berjawatan Ketua Merinyu Kesihatan (Chief Public Health Inspector) bagi negeri Kedah dan Perlis. Saya juga perasan bahawa pakcik saya sangat mirip Tun Hussein Onn!
Baju dan kasut raya, umur 6

Semasa kecil, seperti kanak-kanak biasa, saya berbasikal ke sekolah dan bermain bersama kawan di taman. Seperti anak-anak Melayu pekan lain, saya dibesarkan dengan didikan agama dan adat istiadat Melayu. Ibu dan ayah angkat saya sangat menitikberatkan soal pendidikan agama dan diajar sendiri oleh mereka membaca, menulis dan mengaji al-Quran.
Ibu dan makcik Asma

Malah apabila keperluan timbul, mereka menghantar saya ke rumah Ustazah Mak Guru bagi mendalami bacaan al-Quran dan ilmu-ilmu fardhu-ain dan fardhu-kifayah. Saya tahu, ada politikus-politikus yang beranggapan melalui rupa zahir, bahawa saya bukan Melayu tetapi orang Cina. Entahlah, saya sendiri kadang-kala kurang faham dengan politik. Isu bercorak peribadi seperti ini pun dijadikan sebagai bahan kontroversi berpolitik. Hampir sepanjang hidup dewasa saya sebagai isteri Anwar Ibrahim, saya ditanya dan dipersoal dengan soalan seputar isu tersebut. Besar sangatkah isu keturunan bangsa saya? Hakikatnya adalah saya memang orang Melayu yang dibesarkan dengan semua adat istiadat Melayu. Keluarga belah ayah kandung saya berasal dari Pasir Mas, Kelantan terus kepada usul keturunan Melayu Patani. Sehingga kini, masih ramai lagi saudara mara kami daripada belah ayah yang menetap di Pasir Mas dan di Kampung Laut, Kelantan. Sementara di sebelah emak kandung saya, datuknya dipercayai adalah seorang Baba Melaka.

Saya, umur 12

Alhamdulillah, meskipun saya dibesarkan oleh keluarga angkat, namun tidak pernah sedetik pun saya dianggap sebagai orang luar dan disisihkan. Malah segala-galanya sempurna bagi seorang kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan bimbingan serta kasih sayang. Saya amat bersyukur kerana diberikan kenikmatan kehidupan yang normal lagi sederhana. Namun dalam masa yang sama, saya sedar masih ramai kanak-kanak Malaysia miskin yang tidak mendapat peluang yang sewajarnya. Malah yang lebih menyedihkan lagi apabila mereka tidak mempunyai peluang melanjutkan pengajian tinggi meskipun mempunyai potensi yang luas kerana kecerdasan minda. Justeru di manakah silapnya? Bagaimana sekarang ini pula masih ketara kemiskinan, sebagaimana yang dapat kita lihat sendiri di pendalaman Sabah dan Sarawak, negeri yang kaya dengan hasil mahsul buminya namun amat daif dari segi infrastuktur asas seperti sekolah, jalan raya dan tenaga eletrik. Kadang-kadang saya semacam tidak percaya bahawa Malaysia sudah Merdeka selama 54 tahun kerana masih terlalu banyak golongan miskin dan kekurangan. Walaupun ibu bapa angkat saya bukan daripada golongan berada, berkat sokongan dan kasih sayang yang dicurahkan serta komitmen saya dalam pelajaran, saya berjaya melanjutkan pelajaran di Kolej Tunku Kurshiah (TKC). Semasa di TKC, saya memang suka bergurau dan kerap kali aktif berlakon di dalam skit-skit komedi. Walaupun masa di TKC dipenuhi suasana gembira jenaka, kerana asuhan yang baik daripada ibu bapa angkat saya, saya tidak pernah abaikan ibadah wajib yang ditetapkan dalam Islam.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1676x799.
Bersama rakan kelas saya di Kolej Tunku Kurshiah

Kadang kala saya menegur kawan-kawan yang tinggal satu dom dengan bertanya, “Kawan sudah solatkah?” Niat bertanya bukanlah untuk menyindir kawan-kawan saya, yang semuanya masih sangat rapat dengan saya. Namun apabila melihat ada yang meringan-ringankan solat, saya terasa ada tanggungjawab untuk saya menasihati mereka. Bukankah ingat memperingati itu bermanfaat kepada sesama orang Islam? Saya juga tergeli hati apabila kawan-kawan mengusik balik dan memanggil saya pencegah maksiat comel. Namun saya tahu perkara yang saya buat adalah perkara yang wajar. Bukankah Rasulullah meninggalkan pesan kepada kita dengan mengatakan jika kita melihat sesuatu kemungkaran maka cegahlah dengan tangan, jika tidak mampu dengan lisan, dan jika tidak mampu juga maka dengan hati. Jikalau dahulu saya mengajak kawan-kawan saya untuk menunaikan solat, sekarang saya mengajak rakyat menentang kerajaan zalim. Kedua-dua usaha ini berdasarkan pegangan saya bagi mengikuti saranan Allah untuk berpesan-pesan atas kebenaran dan berpesan-pesan atas kesabaran. Hanya kepada Allah kita akan kembali.

Berlakon dalam skit komedi TKC

Bab 3/6: Kak Wan semasa di Universiti

Saya masih ingat, pada zaman saya bersekolah rendah. Oleh kerana ayah angkat saya adalah seorang pegawai kerajaan berjawatan Merinyu Kesihatan, beliau bertanggungjawab bagi memberikan ceramah dan penerangan dalam kempen-kempen kesihatan dan kebersihan kepada rakyat khususnya di negeri Kedah dan Perlis. Jelas di ingatan saya, bagaimana pada suatu hari beliau membawa balik sebuah model nyamuk aedes yang agak besar. Ayah menerangkan kepada saya dengan panjang lebar mengenai nyamuk tersebut, bermula dari habitat pembiakannya sehinggalah ia menjadi nyamuk.

Dengan rakan -rakan universiti di Dublin

Saya menjadi semakin ingin tahu, sehingga akhirnya saya berjumpa dengan istilah yang mewakili ilmu berkenaan dengan kajian-kajian mengenai binatang, tumbuhtumbuhan malah angkasa raya dan sebagainya; ia adalah sains. Bagaimana sekecil-kecil nyamuk itu, ada hati, jantung, saluran darahnya yang tersendiri. Bagaimana mungkin ada yang mampu mencipta sistem yang hebat ini? Lama saya fikirkan, bagaimana pokok yang pelbagai jenis dengan pelbagai kegunaan, bagaimana pula bebunga mengembang dan sebagainya. Ianya sungguh indah. Siapa yang cipta? Pernahkah kita bertanya siapakah yang menciptakan semua itu?
Semasa pelajar di Dublin, Ireland

Mungkinkah manusia yang lemah boleh menciptakan sistem yang sangat kompleks, hebat dan telus itu? Akan tetapi dengan hanya menghantar seekor nyamuk sahaja, Allah boleh menghancurkan seseorang itu sebagaimana yang termaktub dalam sejarah, seorang penguasa yang zalim, angkuh dan sombong bernama Namrud akhirnya mati akibat serangan seekor nyamuk!

Minat saya kepada sains membawa saya ke institusi perubatan Royal College of Surgeons in Ireland di kota Dublin, Ireland, bagi menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran. Selama di sana saya berkenalan dengan beberapa orang pelajar sahabat senegara malah dari negara-negara lain. Bersama merekalah saya selalu berjumpa dan berborak tentang kursus perubatan, mengenangi makanan kampung yang sedap, cuaca Ireland yang sejuk sekali, dan juga mengadakan diskusi serius mengenai Islam. Antara pengalaman geli hati yang tidak dapat saya lupakan sewaktu belajar di Ireland, adalah apabila mengenangkan masyarakat Katolik Ireland yang tak pernah jumpa Muslimah Melayu memakai tudung, yang selalu salah anggap dan menegur saya sebagai seorang rahib.

Sewaktu kecil apabila saya membaca alQuran, saya memang tak faham sangat apa mesej dan makna sebenarnya yang mahu disampaikan Allah menerusi al-Quran. Masa muda, saya kerap melagukannya tanpa fahaman yang sangat dalam. Semasa di Ireland, saya memilki tafsir al-Quran dalam bahasa Inggeris. Saya membacanya saban hari dengan tekun dan khusyuk, subhana-Allah, tafsirannya benar-benar hebat. Pertama kali dalam hidup ini, saya merasakan nikmat yang cukup besar apabila memahami maksud al-Quran, apa yang Allah mahu sampaikan kepada kita. Bait demi bait dan baris demi baris saya tekuni, sungguh saat itu saya merasakan kenikmatannya. Akhirnya saya faham mengapa al-Quran dinyatakan oleh Allah sebagai penawar, mengapa dalam al-Quran dikatakan ada kisah-kisah yang terindah, mengapa membaca al-Quran akan mendatangkan ketenangan apatah lagi jika memahami maksud yang tersurat dan tersiratnya.

Kadang-kadang kegerunan menyelubungi diri dan jantung tergoncang sendiri, kadang-kadang saya rasa sangat nyaman dan tenang, malah ada kalanya saya akan tersenyum sendirian apabila membaca naskhah tersebut. Ia adalah pengalaman spiritual yang sangat bermakna buat diri saya sendiri. Mengenangkan hal tersebut, saya sering kali tidak menyedari ada butir-butir air yang meleleh membasahi pipi. Ah, sungguh sukar untuk digambarkan perasaan itu. Mungkin itulah yang dipanggil ‘saadah’ iaitu kebahagiaan, selepas datangnya ‘sakinah’ iaitu ketenangan. Sakinah yang saya jumpai hasil daripada membaca dan memahami teks al-Quran kemudian menjadi saadah yang tidak terucapkan, hanya Allah yang tahu… hanya Allah yang tahu. Pada suatu hari, saya menghadiri sebuah persidangan Islam di Manchester, England. Saya masih ingat, tahun itu adalah 1973. Tanpa disangka-sangka, dalam persidangan tersebut saya terjumpa dengan seorang gadis yang sangat istimewa. Hati saya berdetak dan pandangan saya tertancap pada wajahnya, “Subhana-Allah, gadis ini seakan ada nur yang memancar-mancar dari wajahnya.” Saya tertegun ketakjuban melihat wajah, akhlak dan bicara beliau. Saya tahu dan sedar, kecantikan dan kemanisan yang ada pada dirinya adalah kerana tingginya kebahagiaan dirinya dek kerana iman kepada Allah. Kecintaan dan pengharapan serta penyerahan spenuhnya kepada Allah menyebabkan wajahnya dikurniakan wajah yang sangat sejuk dan mendamaikan bagi dipandang. Nah, itulah kecantikan yang sejati dan hakiki, fikir dan renung saya.
Bersama pesakit di hospital

Ukhwah terjalin indah walau dalam perkenalan yang singkat, rupanya beliau berasal dairpada Holland dan baru saja memeluk Islam. Beliau kemudian memilih nama yang cukup indah bagi diabadikan sebagai gelaran barunya sebagai seorang Islam, Bashiera. Pertemuan singkat yang diakhiri perpisahan yang begitu membekas di hati itu tidak akan saya lupakan sampai ke hujung nyawa saya. Walaupun kini Bashiera sudah menjadi sebahagian daripada sejarah hidup saya, namun… kerana hadiah yang diberikannya pada akhir perjumpaan kami amat besar makna dan ertinya, saya akan terus berterima kasih dan menyimpan hadiah tersebut. Sehelai tudung yang menyempurnakan diri saya sebagai seorang muslimat.

Saya pulang ke tanah air dengan segulung ijazah yang sungguh bermakna, membawa gelaran doktor perubatan yang terpikul segunung amanah di bahu. Semestinya keutamaan saya adalah menyumbang kepada masyarakat di tanah air, itu adalah kewajipan, tanggungjawab sekaligus amal jariah saya kepada rakyat Malaysia. Alhamdulillah, saya juga telah mengharumkan nama negara apabila menjadi pelajar terbaik fakultiperubatan perbidanan dan ginekologi dan dianugerahkan pingat emas yang digelar MacNaughton-Jones Gold Medal for Obstetrics and Gynaecology. Pada saya, iaadalah satu bukti di mana wanita Malaysia mampu memberikan yang terbaik malah mengharumkan nama Malaysia. Sekembalinya dari Ireland, saya terus memulakan tugas di Hospital Besar, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, saya sangat menyukai dan sentiasa cuba memberikan servis terbaik kepada para pesakit. Saat yang paling menggembirakan pada saya adalah, apabila pesakit keluar hospital, sihat pulih melambaikan tangan mengucapkan selamat tinggal kepada saya. Melakukan sesuatu bagi kebaikan orang lain dan menolong para pesakit adalah sebenarnya satu nikmat. Senyuman yang menggambarkan kesihatannya sudah bertambah baik menjadi penawar bagi hati yang sunyi saat itu.
Bersama Anwar, Izzah & Nuha di Dublin

Bukan sunyi daripada rahmat dan Kasih sayang Allah. Namun sunyi dek kesibukan di hospital yang sentiasa memerlukan doktor. Kala umur saya sudah menginjak 26 tahun, saya belum lagi bertemu jodoh. Itulah kesunyian seorang doktor bujang, yang boleh dikira sedikit di lewat usia patut kahwin, dan saya memikirkan kemudian meluruskan harap kepada Allah.
Anwar Ibrahim, MCKK

Sehinggalah... saudara Anwar Ibrahim datang melamar saya.





Bab 4/6: Kisah Cinta Kak Wan dan Anwar

Semua orang mengimpikan sebuah pertemuan manis yang akan dikenang sampai ke akhir hayat. Ramai juga yang berusaha mengejar apa yang panggil sebagai cinta sejati. Bagi si teruna menjadi impiannya bertemu dengan gadis idaman, begitu juga bagi seorang gadis yang mengimpikan seorang jejaka impiannya muncul dan menyatakan hasrat bagi menyunting bunga nan mekar. Semua ini dianggap sebagai sebuah kejayaan apabila mereka bersatu secara sah sebagai suami isteri.

Tatkala mula menjalankan tugas sebagai seorang doktor, umur saya sudah mencecah 26 tahun. Satu angka yang kritikal bagi seorang gadis pada zaman tersebut andai belum bertemu jodoh. Bukan tidak ada yang mahu, semasa masih bergelar pelajar di Ireland ada beberapa orang pelajar daripada negara luar mahu melamar, semestinya tidak dibenarkan oleh kedua ayah dan kedua ibu saya. Mesti habiskan pengajian dahulu, pesan mereka dan saya akur.

Tiba-tiba nama Anwar Ibrahim muncul dalam hidup saya. Anwar Ibrahim… satu nama yang sangat terkenal. Ya, beberapa tahun sebelum itu beliau sudah sangat daripada dikenali barisan sebagai seorang kepimpinan mahasiswa khususnya di Universiti Malaya. Sekadar itu sahaja. Itu pun lama sebelum saya ke luar negara. Namun sekeping gambar yang diambil oleh seorang rakan sekelas saya sewaktu di Ireland, membawa Anwar kepada saya. Gambar tersebut diambil semasa saya menghadiri kelas pengajian bahasa Arab. Pada suatu hari, seorang kenalan datang berjumpa saya, dia kemudian memaklumkan kepada saya bahawa Anwar Ibrahim sedang mencari calon isteri dan bertanya sama ada saya berminat atau tidak?
Saya terkejut, pada waktu itu Anwar Ibrahim sudah menjadi presiden kepada sebuah gerakan Islam yang bernama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau sudah sangat tersohor di Malaysia. Saya pula hanya seorang doctor siswazah di Hospital Besar, Kuala Lumpur.
Saya serba salah dan mengambil sikap acuh tidak acuh. Namun selepas mendengar cakap-cakap daripada kawan-kawan mengenai beliau, saya kemudian mengubah keputusan, “Saya setuju setakat jumpa beliau,” hati mula berbicara. Daripada cakap-cakap orang dan pembacaan mengenai beliau, saya mula jatuh hati kepada prinsip dan perjuangan yang didokong oleh beliau. Selain daripada itu, beliau juga dilihat masyarakat semasa sebagai seorang pemimpin, intelektual Islam yang berwibawa dan juga… hensem!? Jika ada yang bertanya, “Apakah kalian ‘berdating’ dahulu?” atau “Apakah kalian memberi dan menerima hadiah istimewa yang dikenang-kenang sampai saat ini?” Mungkin ada juga yang akan bertanya, “Pernahkah Datuk Seri hadiahkan sebarang bunga kepada Kak Wan?” dan sebagainya. Jawapannya adalah….

Satu pertemuan diaturkan di rumah seorang kawan. Saya hanya bersiap ala kadar kerana saat itu jujurnya, saya masih ragu akan perasaan diri sendiri. Namun saya gagahkan jua kerana mahu melihat sendiri bagaimanakah rupanya Anwar Ibrahim, apakah beliau benar sebagaimana yang dibicarakan orang ramai? Saya menanti, semuanya sudah tersedia. Tibatiba, satu panggilan telefon masuk dan tuan rumah menjawab. Beliau kemudian datang kepada saya dengan wajah yang sedikit redup, “Mohon maaf, saudara Anwar tidak jadi datang kerana perlu ke Iran bagi mewakili belia Islam Asia bagi meraikan kejayaan Revolusi Iran selepas menjatuhkan kerajaan Shah Iran.”
Saya hanya mampu tersenyum, “Mungkin bukan jodohku,” gumam saya dalam hati. Rasa lega berseli dengan rasa hampa. Ah, apakah perasaan itu. Saya sendiri kurang jelas dengan perasaan diri sendiri saat itu. Kehidupan diteruskan dan saya terus menjadi seorang doktor yang melakukan rutin kedoktorannya. Sehinggalah pada suatu hari, tiba-tiba ada pesanan kepada saya yang ada orang mahu berjumpa dengan saya dan orang tersebut sedang menunggu saya di kantin hospital. Saat itu saya masih dalam duti, membuat pemeriksaan kepada para pesakit. Hati tertanya-tanya, “Siapakah yang datang? Apakah mungkin… ah, tidak mungkin….”
Selesai sahaja tugasan, saya bergegas ke kantin hospital dan sengaja datang dari arah yang tidak dapat dilihat oleh orang, dari jauh saya melihat seorang lelaki sedang duduk keseorangan. Kemudian saya mengamati beliau agak lama juga sebelum saya berjumpa dengannya. Ternyata apa yang terlahir di hati saya saat itu adalah, “Benarkah ini adalah Anwar Ibrahim? Ternyata dia sangat kurus dan cengkung malah memakai cermin mata yang berbingkai besar. Kelihatannya tidaklah sehebat sebagaimana yang diperkatakan.” Kemudian saya menyapa dan kami duduk bersembang, namun tidak lama. Beliau perlu segera beredar kerana ada beberapa mesyuarat dan perkara yang perlu diuruskan.Saya kemudian dapat merasai apa yang dinamakan wibawa seorang tokoh pimpinan. Mendengar bait-bait kata yang dilafazkan beliau serta celupan dan curahan pemikiran beliau, saya akhirnya mengakui mengapa beliau yang sangat belia pada waktu itu boleh pergi sejauh itu dalam aktivisme, kemasyarakatan dan perjuangan.

Itulah antara siri-siri perjumpaan yang kemudian membawa kami kepada pasangan yang sah bergelar suami isteri selang setahun kemudian. Tiada perjumpaan atau apa yang dipanggil ‘dating’.
Hubungan kami kebanyakan melalui talipon; berjumpa sekadar perlu, itu pun kebanyakan di hospital tempat saya bekerja.

Sebagai penggerak kepada gerakan mahasiswa dan belia, Anwar sentiasa dilihat sebagai ‘aktivis nakal’ kepada kerajaan pada waktu itu, sekaligus saat beliau menyatakan hasrat mahu menyunting saya kepada ayah kandung, ada ketidaksetujuan daripada beliau. Namun semuanya menjadi sangat baik selepas lahirnya cahaya mata sulung kami, Nurul Izzah. Tidak pernah saya bayangkan, kemudiannya saya akan menjadi isteri kepada seorang ahli politik. Suami saya kemudian mula mendaki ke mercu kerjaya sebagai menteri, bermula dengan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (bahagian Hal Ehwal Agama Islam), kemudian Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pertanian, Menteri Pelajaran dan paling akhir adalah Menteri Kewangan sekaligus Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sehinggalah saat yang tidak pernah kami semua dapat bayangkan… gegaran dan pergeseran kian membarah, namun suami saya tidak sekali pun menampakkan wajah gusarnya apabila bersama kami. Sekali pun, beliau tahu kondisi dirinya juga dalam bahaya saat itu.

Bab 5/6: Peristiwa Anwar ditangkap
Sudah hampir 13 tahun berlalu, namun semuanya makin jelas terakam di kotak minda malah kadang-kadang mendatangkan perasan yang bercampur baur. Sedih, marah, geram dan sebagainya. Namun kemudian saya sedar bahawa di sebalik segala ujian ada beribu jenis kebaikan. Allah juga menyatakan bahawa tidak akan diuji hambanya itu melainkan mereka mampu menghadapinya. Saya tabahkan diri, tenteramkan jiwa, kembali kepada-Nya dan sentiasa merafakkan seluruh pergantungan dan pengharapan kepada-Nya, Alhamdulillah, semuanya berlalu dengan baik.

Anwar semasa menjadi TPM.

Mengimbau kembali titik hitam itu seakan memaksa saya berhadapan dengan suatu realiti yang dahsyat, yang hanya kita dapat bayangkan dalam filemfilem aksi dan konspirasi sahaja. Hakikatnya ia terjadi kepada kami, anak-anak kami, di rumah kami, kepada saya dan suami saya.
Anwar bersama Yusuf al-Qaradawi

Ironinya kami sekeluarga tidakpun merasai bahawa ada sesuatu hal yang tidak kena beberapa lama sebelum peristiwa hitam tersebut terjadi. Suami saya juga tidak banyak bercerita sehinggalah kepada hari pemecatan beliau. Mungkin ada yang tertanya, “Datuk Seri tidak ceritakan apa-apakah mengenai krisis beliau dengan pihak-pihak tertentu?” Jawapannya adalah, “Tidak dan tidak pernah.” Beliau pulang ke rumah rasmi Timbalan Perdana Menteri yang kami diami pada ketika itu sebagaimana biasa. Tidak banyak yang dibicarakan mengenai kerja-kerja rasmi kerajaan mahupun parti di rumah, beliau adalah suami dan bapa kepada anak-anak kami di rumah. Dan saya juga menghormati suami dengan tidak bertanya mengenai perkara yang tidak mahu dia kongsikan.

Saya tahu ianya hanya kerana satu sebab, suami saya tidak mahu kami sekeluarga khususnya saya bersusah hati dan tertekan dengan situasi yang sedang dihadapinya. Saban hari dia pulang dan jujurnya saya perasan sedikit perubahan dan ketegangan yang sedang dihadapinya namun saya tetap mengabil sikap tunggu sehingga dia yang menceritakannya kepada saya.
Penyokong-penyokong Reformasi.

Masih jelas terpahat di ingatan saya bagaimana keadaan saat peristiwa hitam itu berlaku, saya kira semua sudah maklum bagaimana ia terjadi. Bagaimana rumah kami dicerobohi oleh sekumpulan skuad tindak khas bersut lengkap dengan topeng masing-masing. Mereka masuk dengan cara memecahkan pintu rumah sedangkan pada masa itu ada orang ramai di dalam rumah kami.
Sekeluarga sebelum serbuan polis

Mereka juga menyerbu masuk tanpa adab dan moral sebagai menghormati tuan rumah, dengan tidak membuka kasut terlebih dahulu dan terus sahaja menyerbu lantas menyelongkar seluruh isi rumah kami. Dalam keadaan huru-hara itu, rumah kami terus sahaja diselerakkan oleh mereka. Namun ada satu perkara yang tidak pernah saya ceritakan kepada umum dan saya mahu kongsikan di sini. Saya yakin dan pasti anggota skuad yang terlibat dalam siri serbuan malam itu adalah pengawal peribadi yang sudah bersama dengan suami saya saban tahun sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Serbuan Polis, Anwar di tangkap

Kami mengenali secara baik rupa dan peribadi kesemua pegawal keselamatan tersebut. Menjadi kebiasaan kepada saya dan suami menjamu mereka makan tiap-tiap hari. Hubungan kami dengan mereka sangat baik. Saat mereka menyerbu masuk, saya telah cam mereka. Mereka mencari-cari di mana suami saya bagi diberkas. Beberapa kali saya bertentang mata dengan mereka dan kebanyakannya mengalihkan wajah dan mata mereka daripada bertentang dengan saya. Saat itu saya perasan mata mereka merah dengan lelehan air mata. Saat itu, saya juga menangis faham bahawa mereka dipaksa menangkap pemimpin yang dihormati mereka, dipaksa melakukan tindakan tidak bertamadun tersebut.
Anak-anak menuntut keadilan.

Paling menyedihkan saya adalah serbuan dilakukan pada masa Isyak dengan cara senjata sub-machine gun diacu-acukan. Tegang dan Biadab sekali dan tidak berperikemanusiaan, sedangkan kami anak-beranak, saudara-mara dan para pendokong ada di sana pada waktu itu. Malah suami dan ayah kepada anak-anak saya diheret mereka dengan cara yang mengaibkan dan menakutkan di depan anak-anaknya sendiri.
Kad-kad Hari Raya dari penyokong-penyokong Reformasi

Wajah takut anak-anak yang berusia lima ke belasan tahun pada masa itu masih terbayangbayang di ingatan saya sehingga sekarang. Sekalipun mereka sudah besar dan ada yang sudah berumah tangga, namun peristiwa tersebut mendatangkan trauma dan kesan yang panjang kepada mereka. Paling menakutkan saya sendiri, selepas suami saya dibawa oleh para anggota polis dengan sebuah van khusus, kami dibawa dengan sebuah van lain dan apabila van sudah bergerak barulah saya menyedari bahawa seorang daripada anak kami tidak ada bersama dalam van tersebut. Pada saat pencerobohan berlaku anak kami telah berlari masuk ke dalam bilik tidur dan mendiamkan diri penuh ketakutan di sana. Trauma yang dihadapi olehnya agak teruk dan berpanjangan sehingga beberapa lama.

Saya ingat dengan jelas, apabila kami sampai di Bukit Aman, anggota yang bertanggungjawab berkali-kali memujuk saya agar balik dengan mengatakan semua akan baik dan beres. Dalam keadaan yang bercampur baur itu saya merayu kepada beliau, “Kamu Muslim dan saya pun Muslim. Janji kepada saya sebagai seorang Muslim bahawa suami saya akan diuruskan secara professional. Janjikan Anwar diberi hak asasinya mengikut prosedur undang-undang yang betul.” Beliau memperakukan permintaan saya itu. Namun sebenarnya pada ketika itu, beberapa pintu dari situ, suami saya sedang dibelasah sehingga separuh mati oleh Ketua Polis dengan matanya tertutup gelap dan tangannya terikat di belakang. Demikianlah antara siri pencabulan undang-undang yang terus berlangsung sehingga pada hari ini khususnya dengan pelaksaan ISA yang tidak kunjung padam.

Pada keesokan hari, saya didatangi oleh seorang kawan yang mahu menyampaikan suatu maklumat. Beliau mengenali beberapa anggota polis yang ditugaskan menjaga suami saya, dan hendak menyampaikan berita mengenai keadaan suami saya di dalam bilik tahanan pada ketika itu. Namun berita yang dibawa oleh beliau bukanlah berita yang baik. Beliau dengan berat hati memberitahu saya ada maklumat daripada dalam mengatakan seorang anggota polis yang diarahkan menukar bab lampu dalam sel tahanan suami saya, mendapati beliau dalam keadaan terbaring kaku serta kepalanya ditudung penuh. Dengan air mata yang membasahi mukanya, kawan itu memberitahu saya bahawa suami saya dikhuatiri sudah meninggal dunia! Allah… saat itu hanya Allah yang tahu bagaimanakah perasaan saya… air mata tidak tertahan lagi dan saya hanya mampu berdoa, “Ya Allah, tabahkanlah diriku yang lemah ini ya Allah. Sungguh diri hamba-Mu yang kerdil ini sudah dizalimi dan dianiaya ya Allah, kasihanilah diriku dan anak-anakku ya Allah….”

Bab 6/6: Perjalanan Kak Wan ke medan politik
Akhirnya hari yang ditunggutunggu pun tiba, hari pertama kami anak beranak dapat menatap wajah dan batang tubuh insan kesayangan kami yang telah menghilang selama sembilan hari. Paling kurang kami semua tahu dia masih hidup! Masih lagi dikurniai Allah demi sebuah perjuangan, demi sebuah keadilan! Saat kami bertentang mata dan anak-anak berjumpa dengan ayah mereka, percayalah, hanya Allah yang tahu perasaan di sanubari ini. Kerinduan yang bercampur baur dengan kerisauan, kadang pula geram dan amarah datang menjelang, namun semuanya diredakan dengan sebuah senyuman, dengan ucapan nasihat daripada insan yang kami sayang itu.

Bersama Almarhum Ustaz Fadzil Noor mendoa kebebasan Anwar

Saat itu juga, jelas pada wajah beliau khususnya di kawasan mata kesan lebam-lebam, sudah saya agak, kerajaan zalim memang tidak boleh dipercayai. Gelodak jiwa kembali menakul pemikiran, menepis rasional dan emosi tidak mampu ditawan lagi. Kesabaran juga punya hadnya, punya kadarnya. Benar, Islam mengajar sabar. Namun Islam juga mengajar kezaliman wajib ditentang! Perancangan dan nasihat daripada teman dan taulan saya dengar dan nilaikan, akhirnya saya dengan rela hati terjun ke dalam dunia yang tidak pernah saya bayangkan. Dunia yang jauh daripada nurani kedoktoran saya, iaitu gelanggang politik yang penuh dengan ranjau dan duri.
Bersama banduan politik terkemuka: Nelson Mandela

Nekad… saya nekad. Menentang kezaliman dan menjulang keadilan menjadi agenda hidup kemudiannya. Jika ada yang berkata, “Wan Azizah hanya berpolitik dan bercakap mengenai keadilan kerana suaminya yang ditangkap, jika tidak tiadapun….” Saya katakan, “Ya, kerana Anwar, kerana dia suami saya. Memang itu adalah asbabnya. Selepas saya benar bergelumang dalam perjuangan politik kemudiannya, saya sedar agenda keadilan adalah agenda sejagat, agenda si marhaen hinggalah sang bangsawan. Ia adalah agenda zaman berzaman dalam negara Islam dan bukan Islam, ia adalah hak setiap insan malah binatang dan tanaman. Keadilan benar menjadikan saya rela berjuang dengan keringat, darah dan air mata.”

Kemudian kami diberikan kebenaran bagi melawat Anwar dalam jangka masa yang sudah ditetapkan, sebulan sekali. Dalam bulan pertama, saya perasan perubahan yang ketara terjadi kepada beliau. Bermula daripada mata yang lebam tidak kebah-kebah, rambutnya juga mulai gugur, mukanya cengkung dengan begitu ketara. Beliau juga mengadu sakit di bahagian belakang. Naluri dan ilmu kedoktoran saya kuat mengatakan, ada sesuatu yang tidak kena kepada beliau. Justeru, dengan usaha sulit beberapa pihak yang simpati, kami berjaya menyeludup keluar sampel air kencing beliau bagi diperiksa.

Ujian dijalankan dan betapa luluhnya hati saya saat mendapat keputusan daripada ujian air kencing tersebut yang mengatakan kemungkinan besar suami saya diracun dengan arsenik! Disyaki arsenik dimasukkan ke dalam makanan beliau di dalam penjara. Apakah maksudnya ini? Untuk tahun-tahun kemudiannya, kami hanya boleh berjumpa dengan berdindingkan cermin lutsinar. Sekalipun kami dapat nampak dengan jelas wajah dan tubuh badan beliau dan beliau juga dapat melihat kami namun tiada sebarang sentuhan dapat dibuat sepanjang tempoh tersebut. Melihat keletah anak-anak ketika itu sangat meruntun hati kewanitaan dan keibuan saya. Bagaimana mungkin saya dapat tahan dengan kezaliman ini, ayah kepada anakanak yang tidak bersalah dipisahkan atas dosa dan kesalahan yang tidak dapat dibuktikan.
Melihat mereka berebut mahu mendapatkan perhatian dan menceritakan apa yang berlaku kepada mereka sepanjang tidak berjumpa menggamit jiwa ini. Seketika kemudian saya sedar, penjara ini juga adalah nikmat kurniaan Allah kepada kami.
Saya tidak pernah ingat, bilakah waktu dalam tempoh suami saya menceburi politik beliau ada masa yang sangat berkualiti bagi bersama anak-anak dan saya sendiri. Kesibukan politik telah merampas hampir 20 tahun hak anak-anak saya dengan ayah mereka. Namun, pabila di penjara semuanya terlunas. Anak-anak mendapat hak mereka kembali dan saya sangat bahagia sekalipun ada dinding yang memisahkan kami sekeluarga. Namun kami percaya Allah tidak selamanya memenangkan kezaliman, kalaupun tidak di dunia, di akhirat akan terbalas jua. Ketidakadilan wajib ditentang, kerana sebuah negara dan masyarakat hanya akan mencapai takah tertinggi dalam ketamadunan agama dan bangsa mereka tatkala keadilan secara optimum dijalankan mengikut lunas dan fitrah kemanusiaan.
Majlis perkahwinan Izzah dan Raja Shahrir

Masih saya ingat, saat anak gadis sulung kami melangsungkan perkahwinan beliau dengan jejaka pilihannya. Alhamdulillah, suami saya dibenarkan keluar tetapi hanya bagi menjadi wali; tidak dibenarkan bersama dalam kenduri. Selepas sahaja akad nikah, Anwar mendakap Izzah lantas dinyanyikan sebuah lagu yang cukup syahdu buatnya. Saya, menantu kami dan seluruh keluarga serta hadirin merasakan kesyahduan itu. Ia berakhir tidak lama kemudian, Anwar dimasukkan van penjara. Saya tersentak buat kesekian kalinya, dengan realiti kami yang dicemari dengan ketidakadilan.

Hari demi hari diteruskan dan saya tidak lagi menoleh walau sesaat ke belakang. Saya sedar saya kini bukan lagi seorang doktor pakar mata, saya sedar saya bukan lagi seorang isteri kepada ahli politik yang berstatus menteri dan saya sedar saya bukan lagi hanya mama kepada anak-anak saya. Saya kini adalah ahli politik yang membawa gagasan keadilan sejagat agar ia diluhurkan di bumi bertuah ini.

Apabila suami saya dibebaskan dan kembali menumpahkan kudratnya pada perjuangan politik, dalam diam saya terperasan perbezaan yang besar pada sosok yang saya kenal lebih daripada 30 tahun ini. Beliau bukan lagi Anwar Ibrahim yang dahulu… beliau bukan lagi Pak menteri yang disibukkan oleh mereka yang oportunis di sekeliling pinggang. Beliau saya lihat seakan telah ditarbiyahkan dan diislahkan akan pemikiran dan perjuangannya. Berlakunya tajdid dalam diri beliau, seolah Anwar yang kini berusia 63 adalah sama dengan Anwar tatkala dirinya berumur 23 tahun. Perjuangan, semangat dan idealismenya adalah demi sebuah keadilan sejagat, demi kesejahteraan rakyat.


Saya bersyukur kepada Allah, kerana pada saat ini kami masih bersatu dalam dakapan kasih sayang Allah meskipun tiada siapa yang tahu, apa kan berlaku esok mahupun lusa...
 xxcreditxx




Kes MURTAD di Malaysia




1. Lina Joy

Nama asalnya ialah Azlina Jailani. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu, keturunan Jawa dan berumur 42 tahun. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya dan menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur. Beliau pernah memohon untuk ditukar namanya kepada Azlina Lelani pada tahun 1997 tetapi ditolak disebabkan alasan telah bertukar agama Kristian. Permohonan kedua untuk menukar nama kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan kad pengenalan baru tertera perkataan Agama Islam. Ayahnya bernama Jailani bin Shariff dan ibunya bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan cara hidup sebagai Muslim.

Azlina mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil baptis yang dikeluarkan pada 11 Mei 1998 dilahirkan oleh ibu bapa Melayu pada 1963. Dia menukar agama Islam kepada Kristian Katolik pada usia 26 tahun pada 1998. Dia telah dibaptiskan dan cuba mendapatkan pengesahanan daripada Mahkamah Malaysia, tanpa melalui mahkamah syariah. Namanya di dalam kad pengenalan berjaya ditukar kepada Lina Joy pada 1999. Selagi dia dikatakan sebagai orang Islam, Lina Joy tidak boleh berkahwin dengan pasangannya yang beragama Kristian, seorang kaum India. Sebaliknya pasangannya hendaklah menukar agama kepada Islam.



2. Hartina Haji Kamaruddin

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Kartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak Kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina.



3. Siti Fatimah Abdul Karim

Siti Fatimah binti Ab Karim, 29 tahun dilahirkan pada tahun 1978, merupakan anak kepada pasangan India Muslim, Ab Karim Masoosai bin Abdullah dan Zaleha binti Mohd Ali. Beliau dibesarkan oleh ibubapa beliau mengikut agama Islam dan beliau sendiri mengamalkan ajaran Islam sehinggalah usia 20 tahun apabila beliau melarikan diri bersama teman lelakinya yang beragama Hindu. Namun begitu, dalam affidavitnya dan laporan yang diperolehi Jerusalem Post mendakwa bahawa beliau telah dibesarkan oleh neneknya yang beragama hindu sedangkan mengikut maklumat dari ibunya, nenek sebelah ibunya beragama Islam manakala nenek sebelah bapanya pula beragama Kristian.

Berdasarkan kenyataan dalam laman web juga pada tahun 2001, beliau telah membuat suatu deklarasi melalui ‘statutory declaration’ bahawa beliau seorang Hindu dan menukar nama kepada Revathi Masoosai tanpa membuat sebarang permohonan di Mahkamah Syariah untuk meninggalkan agama Islam. Oleh kerana itu, kad pengenalan diri beliau masih mencatatkan nama beliau sebagai Siti Fatimah binti Ab Karim dan agama beliau adalah Islam. Menurut ibunya, ibubapa serta keluarganya telah berusaha untuk mencarinya dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga namun kesemua usaha itu gagal kerana mereka sering diancam oleh keluarga teman lelakinya dan pernah bapa dan adik lelakinya ditahan dalam lokap polis berpunca dari pergaduhan antara kedua-dua belah pihak.

Setelah beberapa tahun melarikan diri bersama teman lelakinya, pada tahun 2004, beliau telah berkahwin dengan teman lelakinya, Suresh a/l Veerappan, seorang Hindu mengikut upacara perkahwinan agama Hindu. Oleh kerana itu, perkahwinan tersebut tidak boleh didaftarkan mengikut mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa kerana perbezaan agama.

Seterusnya, hasil daripada perkahwinan tersebut, pada 19 Disember 2005 beliau telah melahirkan seorang anak di Hospital Besar Melaka. Ibunya telah mendapatkan bantuan Jabatan Agama Islam Melaka untuk mendapatkan anak tersebut memandangkan Siti Fatimah masih seorang yang beragama Islam di sisi undang-undang.


4. Anak-anak Yusof bin Abdullah

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki,nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap. (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni, budak-budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.



5. Nyonya Tahir

SEREMBAN 23 Jan. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memutuskan bahawa Nyonya Tahir, wanita Melayu beragama Islam tetapi didakwa mengamalkan cara hidup orang Cina dan ajaran Buddha sejak lebih 80 tahun lalu, bukan beragama Islam semasa kematiannya.

Hakim Mohd. Shukor Sabudin dalam keputusannya juga membenarkan mayat Nyonya yang disimpan di rumah mayat Hospital Tampin sejak kematiannya Jumaat lalu, diserahkan kepada keluarga wanita itu untuk disemadikan mengikut agama Buddha.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan membicarakan kes-kes berkaitan dengan kepentingan orang Islam termasuk masalah akidah di negara ini.

Katanya, keputusan itu juga berdasarkan afidavit anak bongsu Nyonya, Chiang Ah Fatt, 40, dan keterangan bersama kakak Ah Fatt, Kwang Ying, 43, di mahkamah hari ini.

``Mahkamah yang berpuas hati dengan keterangan-keterangan tersebut memutuskan bahawa Nyonya yang memegang kad pengenalan bernombor 180425-04-5054 @ 02033418 adalah bukan beragama Islam semasa kematiannya.

``Mahkamah juga membenarkan keluarga dan warisnya menguruskan pengebumian Nyonya. Hospital Tampin juga diarahkan supaya menyerahkan mayat ini kepada keluarganya,'' kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam penghakiman lisan selepas mendengar permohonan sebelah pihak (ex-parte) oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) serta pengarahnya berhubung pengisytiharan agama Nyonya.

Jumaat lalu, plaintif memohon keputusan mahkamah bagi menentukan status agama Nyonya dan permintaan keluarganya bagi dikebumikan mengikut adat Cina dan agama Buddha.

Plaintif-plaintif diwakili oleh peguam syarie, Siti Harlina Shahran manakala peguam syarie, Koo Chin Nam yang dibantu oleh Kevin Koo S. K. bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Nyonya.

Sementara itu, peguam syarie, Muhamad Burok yang juga Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak persatuan itu.

Terdahulu, Hakim Mohd. Shukor memetik tulisan ulama Islam, Sheikh Abu Sujak dari Kitab Kifayatul Akhyar yang bermaksud: ``Barang siapa yang keluar daripada Islam, ia diminta bertaubat tiga kali. Jika bertaubat, dan jika tidak dia dibunuh, dan tidak boleh dimandikan, tidak boleh disembahyangkan dan tidak boleh dikuburkan di perkuburan orang Islam.''

Pada prosiding pagi ini, Siti Harlina memaklumkan kepada mahkamah bahawa Ah Fatt mengemukakan afidavit bagi meminta supaya mayat ibunya itu disemadikan mengikut adat Cina dan agama Buddha.

Antara lain kandungan afidavit itu ialah keputusan laporan penyiasatan Pejabat Agama Islam Alor Gajah, Melaka pada 7 Mei 1986 mengenai laporan bersekedudukan antara Nyonya dan suaminya, Chiang Meng.

Dokumen penyiasatan itu ditulis oleh Pemeriksa Hal Ehwal Agama 1 Daerah Alor Gajah, Melaka, Ab. Azit Abdullah melalui kadi daerah yang dialamatkan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka.

Sementara itu, Kwai Ying berkata, ibunya membuat wasiat dalam akuan bersumpah bahawa dia tidak akan kembali kepada agama Islam dan meminta disemadikan mengikut agama Buddha.

Dalam pada itu, Pegawai Agama Alor Gajah Melaka, Kamarul Saman Yaacub, 42, yang turut dipanggil memberi keterangan, mengesahkan laporan yang dibuat oleh Ab. Azit itu.

Beliau turut mengemukakan salinan asal dokumen itu kepada mahkamah.

Nyonya, 89, meninggal dunia kerana sakit tua kira-kira pukul 4 petang, Jumaat lalu di rumahnya di Taman Indah, Tampin dekat sini.

Status agama Nyonya disedari oleh anggota polis di Balai Polis Tampin apabila anak dan cucunya datang membuat laporan kematian.

Ini kerana dalam salinan kad pengenalan Nyonya jelas menunjukkan dia Melayu dan beragama Islam sedangkan anaknya menggunakan nama Cina dan beragama Buddha.

Petikan: Utusan Melayu 24 Januari 2006



6. Aisyah Bokhari

Pernah dengar cerita Aisyah Bokhari yang murtad tak lama dulu?Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita mengenai isu murtad yang dibawa di sini memang agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita.Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja.Tahun 1998 saja,516 orang sudah murtad Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kitasendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2.Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhori setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga.Takde apa yang pelik pada dia, duduk dilembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya.Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

"Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhori boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.

Butir asal permohonan

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam CinaKristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh NurAisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."

Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedangdikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuanmenyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil,undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmihendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Ibu bapa Nor'Aishah Bokhari, gadis yang kononnya mengisytiharkan dirinya murtad, merayu anak mereka itu agar pulang ke pangkuan keluarga untuk bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti tahun-tahun lalu.

Mereka turut merayu jasa baik umat Islam di negara ini untuk mendoakan kerahmatan ke atas Nor'Aishah serta mengerjakan solat hajat sepanjang minggu terakhir bulan Ramadan ini agar gadis itu kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Bapa gadis tersebut, Bokhari Md. Tahir, 62, seorang pesara guru, berkata, beliau terpaksa mengetepikan perasaan malu yang akan ditanggung oleh keluarganya kerana percaya anaknya sehingga hari ini masih lagi kekal menganut agama Islam.

''Ramai kawan-kawan saya memberi perangsang untuk membawa perkara ini ke pengetahuan umum kerana mereka percaya saya telah selesai menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah dengan baik,'' kata beliau dengan nada yang sebak ketika ditemui Utusan di sini, hari ini.

Beliau ditemani oleh isterinya, Samiah @ Aton Taha, 58, kakak dan abang kepada Nor'Aishah, Norashikin dan Nazaruddin.

Nor'Aishah melalui peguamnya mendakwa telah mengikrarkan satu surat akuan yang menyatakan bahawa dia ingin meninggalkan agama Islam untuk memeluk agama Katholik dengan memakai nama Aishah Felicia Bokhari pada 22 Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun kesahihan dakwaan itu masih tidak jelas kerana tiada pengakuan dan keterangan secara terbuka daripada Nor'Aishah sendiri mengenai perkara itu.

Pengakuan yang ada hanya menerusi seorang peguam tetapi ia diragui oleh keluarga Nor'Aishah berdasarkan kenyataan taubat yang dibuat oleh gadis itu di Jabatan Agama Islam Negeri Johor di Johor Bahru pada 18 Disember lalu.

Gadis itu bagaimanapun dilaporkan hilang pada 30 Disember lalu dan kini dipercayai berada bersama teman lelakinya, Joseph Arnold Lee, 28.

Pihak polis tidak menolak sebarang kemungkinan pasangan itu sedang bersembunyi di negara jiran.

Keterangan gadis itu amat penting bagi menentukan kesahihan pengakuannya untuk keluar daripada agama Islam.

Isnin lalu, Nor'Aishah menerusi peguamnya menarik balik satu permohonan writ habeas corpus terhadap bapa, ibu, abang dan seorang bapa saudaranya yang didakwa telah mengurung dan menahan beliau secara paksa.

Nor' Aishah bagaimanapun tidak hadir pada hari itu.

Bokhari seterusnya berkata, Nor'Aishah, 25, seorang anak yang menerima didikan agama yang cukup ketika menuntut di sebuah sekolah agama di Johor.

''Pendidikan agama yang diterimanya cukup untuk melayakkan beliau menjadi seorang ustazah,'' katanya.

Tambahnya, Nor'Aishah pandai membaca al-Quran dan turut menghafal beberapa surah penting.

Menurut Bokhari, Nor'Aishah dengan semua anggota keluarganya cukup baik.

''Kami adik beradik sememangnya rapat dan sering berkongsi dalam banyak perkara,'' kata kakaknya, Norashikin.

BOKHARI Md. Tahir dan Samiah @ Aton Taha tidak dapat menahan sebak mengenangkan nasib anak perempuan mereka, Nor'Aishah yang menghilangkan diri sejak 30 Disember lalu. Nor'Aishah kini dipercayai berada di negara jiran bersama teman lelakinya. - Gambar ZAINAL ABIDIN IBRAHIM.



sumber


Dalil-dalil larangan Murtad

Murtad adalah seburuk-buruk kekufuran, dan diantara dalil keburukannya ialah firman Allah SWT;

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ.

Maksudnya: Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya) (al-Baqarah. 2: 217) :

Dan firmannya;

مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Maksudnya: Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah) kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka itu tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (al-Nahl. 16: 106)

Rahsia Murah Rezeki


Minta Izin Berzina Dengan anak dara orang

Di suatu kawasan perumahan di pinggir bandar.. Ada satu pasangan kekasih ini nak keluar berdating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya… maka berlakulah dialog berikut..

Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.

Teruna : Boleh ke?

Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.

Bapa Gadis : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi ini.

Teruna : Eh..

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa Gadis: Nak jalan kemana hari ni?

Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya

Bapa Gadis : Oh..

Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.

Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.

Teruna : Segan cik. Hehe

Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu Gadis: Eh.. Apa ayahnya ni?

Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe

Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?

Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit.

Bapa Gadis : Boleh takde masalah

Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?

Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu

Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni

Teruna : Berapa tu mak cik?

Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki

Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?

Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya

Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)

Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak

Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa

Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?

Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.



Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu Gadis : Abahnya!

Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot

Teruna : Kali terakhir bila?

Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.

Teruna : hmm..

Ibu Gadis : Kenapa?

Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar.

Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis.

Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan.

Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.

Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin.Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula

Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu.. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”
( TQS An Nuur 32).

Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia.
Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia TAKDE HUDUD, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.

Bapa Gadis : Serius lah sikit.

Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. InsyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.
Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 meter dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut.

Lantas si teruna memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi.

Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat.

Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis..

“Andai Allah telah memilih dirimu untukku, aku redha dan akan terus bersama mu, aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.”
“Petang ni takde mood nak keluar, sorry……..

Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.



p/s: Hanya sekadar cerita untuk di ambil sebagai iktibar. Ingatlah, apabila seorang lelaki dan wanita berdua-duaan, syaitan adalah orang yang ke tiga.

Kematian anak DERHAKA yang Hina

Seorang wanita tua berkongsi pengalaman beliau tentang sebuah kisah menyayat hati yang disaksikan suatu ketika dahulu. Cerita tersebut aneh dan menginsafkan kerana ia tentang seksaan Allah terhadap seorang anak yang derhaka kepada ibunya sendiri. Ia diceritakan olehNek Mariam. Begini ceritanya:

Jamilah 20an, (bukan nama sebenar) adalah seorang isteri yang malang. Beliau telah ditinggalkan suami sebaik sahaja melahirkan anak sulung mereka. Jamilah terpaksa akur dengan nasib yang menimpanya itu. Mujurlah beliau masih mempunyai ibu bapa yang mengambil berat akan dirinya.

Itulah yang dikata kasih sejati seorang ibu. Tiada tolok bandingannya walhal semenjak kita dalam kandungan lagi kasih sayang sudah dicurahkan sepenuh jiwa dan raga. Setelah Jamilah bergelar janda, Jamilah kembali ke rumah ibunya. Walaupun Jamilah tidak mendapat kasih sayang seorang suami namun beliau bertuah kerana masih mendapat kasih sayang dari ibu sejati. Jamilah dan anak kecilnya dijaga dan diberikan kasih sayang dengan sempurna. Soal makan dan minum Jamilah dan anaknya tidak menjadi masalah kerana Jamilah masih mempunyai bapa yang masih kuat mengerjakan ladang dan sawah. Bapa Jamilah keluar bekerja awal pagi dan pulang lewat petang. Manakala ibunya tidak banyak aktiviti di rumah hanya memberi makan haiwan ternakan sahaja. Adik-beradiknya semua sudah berkahwin dan membawa haluan masing-masing.

Jamilah merupakan anak bongsu dalam keluarga, mengenangkan nasib malang Jamilah, sudah tentu perasaan sayu dan kasihan dari ibunya membuak-buak bila melihat anak dan cucu kecilnya tidak terbela. Usia Jamilah masih remaja walaupun bergelar janda. Zaman remajanya masih lagi belum puas dikecapi tambahan pula fikirannya masih belum matang dalam erti hidup. Jamilah terasa dirinya begitu bebas dan terlepas dari belenggu ketika hidup bersuami dahulu. Jamilah tidak merasa sebarang kekurangan pada dirinya malah bertambah yakin kerana beliau masih muda dan masih kelihatan cantik. Segala urusan anak kecilnya diserahkan kepada ibu dengan alasan tidak biasa dengan karenah anak kecil. Sebenarnya Jamilah malas untuk menguruskan anak kecil yang merimaskan.

Pada mulanya, ibu Jamilah tidak perasan, maklum sahaja cucu sendiri, tentu tidak terasa bebannya. Hari berganti hari hidup Jamilah bertambah selesa. Beliau hidup di bawah jagaan yang sempurna. Semua soal makan minum, mengasuh anak kecil dan kerja rumah tangga semuanya diambil alih oleh ibu dan bapanya. Jamilah hanya menolong ala kadar sahaja agar tabiat malasnya tidak nampak ketara.

Perangai Jamilah semakin menjadi-jadi. Melaram dengan pakaian- pakaian fesyen terkini serta bersolek agar sentiasa cantik. Suatu hari, Jamilah telah menyampaikan hasratnya ingin ke pekan untuk mendandan rambut dengan fesyen terkini. Namun ibunya melarang kerana menurut orang ramai, kandungan bahan mendandan rambut ketika itu diperbuat dari bahan haram yakni lemak ****. "Ala, bukan nak makan **** tu, hanya sapu atas kepala agar rambut lebih hitam dan berkilat...." Jamilah memberi alasan agar permintaannya ditunaikan. Namun begitu ibunya tetap melarang. Maka berlakulah satu pertengkaran antara Jamilah dan ibunya sehingga beliau tergamak mengeluarkan perkataan kesat sambil menyumpah-nyumpah ibunya. "Binatang ****! Binatang anjing!" kata Jamilah semakin berani setelah melihat ibunya mendiamkan diri sambil menitiskan airmata.

Jamilah masih berdegil, nafsunya untuk kelihatan cantik dan bergaya semakin meluap-luap hingga tidak kira lagi soal halal dan haram. Matlamatnya supaya ramai lelaki melihat dirinya cantik macam primadona. Sekaligus saham dirinya akan naik mengatasi anak-anak dara sunti di kampung itu. Petang itu, bila Jamilah baru pulang dari pekan mendandan rambut, tiba-tiba beliau terdengar suara anak kecilnya menangis kuat teresak-esak. Hati Jamilah naik radang kerana beliau sangka ibunya sengaja membiarkan anaknya begitu kerana ingin membalas dendam. Dengan bengis, Jamilah terus naik ke rumah dan jadi seperti orang yang dirasuk syaitan, terus meluru ke bilik anaknya yang menangis itu. Anaknya diambil dan diletakkan di satu sudut di dapur dan terus menuju ke bilik ibunya untuk bertindak sesuatu. Mulutnya tidak henti-henti mengomel sambil menyumpah-nyumpah.

Sebaik sahaja beliau masuk, kelihatan ibunya sedang mengerjakan solat. Kerana terlalu marah, dikala ibunya sedang sujud, beliau bertindak menendang ibunya sambil berkata "Oi ****,anjing, beruk! Tak boleh harap .... menyusahkan orang, celaka!" Ibunya yang jatuh tersungkur di hadapan sejadah bangun mengaduh dan terpinga-pinga. Beliau tidak tahu apa sebabnya Jamila tiba-tiba naik angin. Setelah beberapa lama berlinanganlah airmata ibunya apabila menyedari perkara sebenar. Sebenarnya bukan niat ibunya membiarkan cucunya itu menangis keseorangan, ketika itu beliau sedang bersembahyang, maka terpaksalah membiarkan budak itu sebentar. Sudah seberapa daya beliau menyegerakan solatnya setelah sedar cucunya menangis kuat, namun belum sempat selesai solat, Jamilah terlebih dahulu datang menyepak punggungnya. Hati ibu mana yang tak hancur remuk mengenangkan anaknya yang sampai hati dan tergamak melakukan sebegitu terhadapnya berbanding kasih sayang yang telah dicurahkan secukupnya demi anak tercinta.

Ibu mana yang tidak sayangkan anak....dalam keadaannya yang sakit seluruh sendi akibat tersungkur atas tikar sembahyang tadi, beliau telah berdoa pada Allah agar dapat diampun dosa anaknya itu. Dengan takdir Allah, tiba-tiba Jamilah berteriak dari arah dapur. Macam sesuatu yang telah berlaku pada Jamilah mahupun cucunya. Dengan lemah longlai, tergesa-gesa beliau pergi mendapatkan Jamilah. "Jeritannya sungguh kuat hingga jiran berdekatan dapat mendengarnya. Tambah terkejut apabila kami semua menyaksikan seutas rantai besi tiba-tiba sahaja keluar memecah lantai dapur dan melilit dan merantai kaki Jamilah dengan kuat. Jamilah menjerit kesakitan dan anak yang dikendong terlepas dalam dakapannya. Ibu Jamilah separuh pengsan melihat keadaan Jamilah sebegitu....," jelas Nek Mariam yang merupakan salah seorang yang menyaksikan keajaiban Allah yang maha esa itu.

Maka berduyun-duyunlah orang kampung datang untuk membantu melepaskan cengkaman rantai besi yang melilit kemas di kedua-dua kaki Jamilah. Bertungkus-lumus orang cuba memotong besi itu namun tidak berjaya. Jamilah meraung sekuat-kuat hati kerana terlalu sakit. Akibatnya darah tidak henti mengalir membasahi lantai dapur. Setelah beberapa jam berlalu, rantai besi yang mempunyai kekuatan luar biasa itu masih juga tidak boleh dileraikan dari kaki Jamilah. Akibat pendarahan yang banyak, Jamilah meninggal di situ juga dengan riak muka yang amat menakutkan. Ibu Jamilah terpaku tidak mampu melakukan apa-apa. Beliau sedar itulah balasan Allah terhadap anaknya, cuma beliau tidak menyangkakan secepat itu. "Anehnya, sebaik sahaja Jamilah meninggal, rantai itu terurai dengan sendiri lalu masuk kembali ke dalam tanah. Kami semua begitu terpegun dan berasa insaf dengan apa terjadi. Itulah balasan Allah terhadap seorang anak yang derhaka," sambung Nek Mariam sambil menitiskan airmata.

Jenazah Jamilah diuruskan seperti biasa dan dikebumikan. Upacara membaca ayat suci Al Quran di atas kubur selama 7 hari memang sering dilakukan oleh masyarakat di Pantai Timur dan menjadi satu upacara kebiasaan kepada sesiapa yang baru dikebumikan. Semasa orang-orang kampung bergilir- gilir membaca Al Quran, maka satu lagi petunjuk dari Allah terjadi. "Pada waktu hampir subuh, mereka terdengar satu suara yang meraung- raung dari arah liang lahat. "Mak ooiii.....!! Ayah ooiii!! Tolonglah...! Allah Tuhanku....minta tolong...! Mak...ayah...tolonglah!" suara mendayu-dayu itu sungguh menyeramkan dan tidak henti-henti," cerita Nek Mariam lagi.

Salah seorang dari mereka bertindak memberitahu pada ibu Jamilah akan suara itu yang mereka syak datang dari arah liang lahat. Dengan bantuan jiran-jiran berdekatan, mereka segera ke kubur Jamilah untuk menggali kubur itu kerana mereka sangkakan Jamilah masih hidup. Setelah digali, alangkah terkejutnya bila melihat jasad Jamilah yang kaku dan berbalut itu telah bertukar rupa. Kepalanya menjadi kepala seekor ****! Masya Allah.... Ramai orang menyaksikannya ....satu lagi keajaiban yang sengaja Allah ingin memperlihatkan pada hamba-hambanya. Bertambah sedih dan sayu hati ibu Jamilah melihat keadaan anaknya begitu....

Malam itu beliau bermimpi, Jamilah datang kepadanya dengan keadaan yang amat buruk dan daif sambil berkata: "Tak payahlah ibu mengadakan kenduri arwah untuk saya, kerana saya telah terkeluar daripada Islam...." menyedari hakikat itu ibunya begitu terkejut dan tak henti-henti menangis sambil berdoa kepada Allah agar mengampuni dosa anaknya itu. "Maka tiadalah kenduri arwah dibuat untuk Jamilah. Itulah cerita tentang balasan Tuhan terhadap hambanya yang berdosa. Dosa pada Tuhan mungkin dapat diampunkan jika kita bertaubat nasuha, tetapi dosa pada manusia, lebih-lebih lagi kepada kedua ibu-bapa, harus kita sendiri memohon ampun dan maaf....Jika tidak tanggunglah dosa itu dan akan dikira dan dibalas setimpal di akhirat kelak..." Nek Mariam mengakhiri ceritanya yang penuh keinsafan sesuai untuk kita semua.

Gambar Belangkas