Friday, April 12, 2013

Kes MURTAD di Malaysia




1. Lina Joy

Nama asalnya ialah Azlina Jailani. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu, keturunan Jawa dan berumur 42 tahun. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya dan menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur. Beliau pernah memohon untuk ditukar namanya kepada Azlina Lelani pada tahun 1997 tetapi ditolak disebabkan alasan telah bertukar agama Kristian. Permohonan kedua untuk menukar nama kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan kad pengenalan baru tertera perkataan Agama Islam. Ayahnya bernama Jailani bin Shariff dan ibunya bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan cara hidup sebagai Muslim.

Azlina mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil baptis yang dikeluarkan pada 11 Mei 1998 dilahirkan oleh ibu bapa Melayu pada 1963. Dia menukar agama Islam kepada Kristian Katolik pada usia 26 tahun pada 1998. Dia telah dibaptiskan dan cuba mendapatkan pengesahanan daripada Mahkamah Malaysia, tanpa melalui mahkamah syariah. Namanya di dalam kad pengenalan berjaya ditukar kepada Lina Joy pada 1999. Selagi dia dikatakan sebagai orang Islam, Lina Joy tidak boleh berkahwin dengan pasangannya yang beragama Kristian, seorang kaum India. Sebaliknya pasangannya hendaklah menukar agama kepada Islam.



2. Hartina Haji Kamaruddin

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Kartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak Kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina.



3. Siti Fatimah Abdul Karim

Siti Fatimah binti Ab Karim, 29 tahun dilahirkan pada tahun 1978, merupakan anak kepada pasangan India Muslim, Ab Karim Masoosai bin Abdullah dan Zaleha binti Mohd Ali. Beliau dibesarkan oleh ibubapa beliau mengikut agama Islam dan beliau sendiri mengamalkan ajaran Islam sehinggalah usia 20 tahun apabila beliau melarikan diri bersama teman lelakinya yang beragama Hindu. Namun begitu, dalam affidavitnya dan laporan yang diperolehi Jerusalem Post mendakwa bahawa beliau telah dibesarkan oleh neneknya yang beragama hindu sedangkan mengikut maklumat dari ibunya, nenek sebelah ibunya beragama Islam manakala nenek sebelah bapanya pula beragama Kristian.

Berdasarkan kenyataan dalam laman web juga pada tahun 2001, beliau telah membuat suatu deklarasi melalui ‘statutory declaration’ bahawa beliau seorang Hindu dan menukar nama kepada Revathi Masoosai tanpa membuat sebarang permohonan di Mahkamah Syariah untuk meninggalkan agama Islam. Oleh kerana itu, kad pengenalan diri beliau masih mencatatkan nama beliau sebagai Siti Fatimah binti Ab Karim dan agama beliau adalah Islam. Menurut ibunya, ibubapa serta keluarganya telah berusaha untuk mencarinya dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga namun kesemua usaha itu gagal kerana mereka sering diancam oleh keluarga teman lelakinya dan pernah bapa dan adik lelakinya ditahan dalam lokap polis berpunca dari pergaduhan antara kedua-dua belah pihak.

Setelah beberapa tahun melarikan diri bersama teman lelakinya, pada tahun 2004, beliau telah berkahwin dengan teman lelakinya, Suresh a/l Veerappan, seorang Hindu mengikut upacara perkahwinan agama Hindu. Oleh kerana itu, perkahwinan tersebut tidak boleh didaftarkan mengikut mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa kerana perbezaan agama.

Seterusnya, hasil daripada perkahwinan tersebut, pada 19 Disember 2005 beliau telah melahirkan seorang anak di Hospital Besar Melaka. Ibunya telah mendapatkan bantuan Jabatan Agama Islam Melaka untuk mendapatkan anak tersebut memandangkan Siti Fatimah masih seorang yang beragama Islam di sisi undang-undang.


4. Anak-anak Yusof bin Abdullah

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki,nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap. (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni, budak-budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.



5. Nyonya Tahir

SEREMBAN 23 Jan. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memutuskan bahawa Nyonya Tahir, wanita Melayu beragama Islam tetapi didakwa mengamalkan cara hidup orang Cina dan ajaran Buddha sejak lebih 80 tahun lalu, bukan beragama Islam semasa kematiannya.

Hakim Mohd. Shukor Sabudin dalam keputusannya juga membenarkan mayat Nyonya yang disimpan di rumah mayat Hospital Tampin sejak kematiannya Jumaat lalu, diserahkan kepada keluarga wanita itu untuk disemadikan mengikut agama Buddha.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar dan membicarakan kes-kes berkaitan dengan kepentingan orang Islam termasuk masalah akidah di negara ini.

Katanya, keputusan itu juga berdasarkan afidavit anak bongsu Nyonya, Chiang Ah Fatt, 40, dan keterangan bersama kakak Ah Fatt, Kwang Ying, 43, di mahkamah hari ini.

``Mahkamah yang berpuas hati dengan keterangan-keterangan tersebut memutuskan bahawa Nyonya yang memegang kad pengenalan bernombor 180425-04-5054 @ 02033418 adalah bukan beragama Islam semasa kematiannya.

``Mahkamah juga membenarkan keluarga dan warisnya menguruskan pengebumian Nyonya. Hospital Tampin juga diarahkan supaya menyerahkan mayat ini kepada keluarganya,'' kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam penghakiman lisan selepas mendengar permohonan sebelah pihak (ex-parte) oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) serta pengarahnya berhubung pengisytiharan agama Nyonya.

Jumaat lalu, plaintif memohon keputusan mahkamah bagi menentukan status agama Nyonya dan permintaan keluarganya bagi dikebumikan mengikut adat Cina dan agama Buddha.

Plaintif-plaintif diwakili oleh peguam syarie, Siti Harlina Shahran manakala peguam syarie, Koo Chin Nam yang dibantu oleh Kevin Koo S. K. bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Nyonya.

Sementara itu, peguam syarie, Muhamad Burok yang juga Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak persatuan itu.

Terdahulu, Hakim Mohd. Shukor memetik tulisan ulama Islam, Sheikh Abu Sujak dari Kitab Kifayatul Akhyar yang bermaksud: ``Barang siapa yang keluar daripada Islam, ia diminta bertaubat tiga kali. Jika bertaubat, dan jika tidak dia dibunuh, dan tidak boleh dimandikan, tidak boleh disembahyangkan dan tidak boleh dikuburkan di perkuburan orang Islam.''

Pada prosiding pagi ini, Siti Harlina memaklumkan kepada mahkamah bahawa Ah Fatt mengemukakan afidavit bagi meminta supaya mayat ibunya itu disemadikan mengikut adat Cina dan agama Buddha.

Antara lain kandungan afidavit itu ialah keputusan laporan penyiasatan Pejabat Agama Islam Alor Gajah, Melaka pada 7 Mei 1986 mengenai laporan bersekedudukan antara Nyonya dan suaminya, Chiang Meng.

Dokumen penyiasatan itu ditulis oleh Pemeriksa Hal Ehwal Agama 1 Daerah Alor Gajah, Melaka, Ab. Azit Abdullah melalui kadi daerah yang dialamatkan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka.

Sementara itu, Kwai Ying berkata, ibunya membuat wasiat dalam akuan bersumpah bahawa dia tidak akan kembali kepada agama Islam dan meminta disemadikan mengikut agama Buddha.

Dalam pada itu, Pegawai Agama Alor Gajah Melaka, Kamarul Saman Yaacub, 42, yang turut dipanggil memberi keterangan, mengesahkan laporan yang dibuat oleh Ab. Azit itu.

Beliau turut mengemukakan salinan asal dokumen itu kepada mahkamah.

Nyonya, 89, meninggal dunia kerana sakit tua kira-kira pukul 4 petang, Jumaat lalu di rumahnya di Taman Indah, Tampin dekat sini.

Status agama Nyonya disedari oleh anggota polis di Balai Polis Tampin apabila anak dan cucunya datang membuat laporan kematian.

Ini kerana dalam salinan kad pengenalan Nyonya jelas menunjukkan dia Melayu dan beragama Islam sedangkan anaknya menggunakan nama Cina dan beragama Buddha.

Petikan: Utusan Melayu 24 Januari 2006



6. Aisyah Bokhari

Pernah dengar cerita Aisyah Bokhari yang murtad tak lama dulu?Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.

Cerita mengenai isu murtad yang dibawa di sini memang agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita.Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja.Tahun 1998 saja,516 orang sudah murtad Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kitasendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2.Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhori setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga.Takde apa yang pelik pada dia, duduk dilembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya.Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

"Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhori boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.

Butir asal permohonan

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam CinaKristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh NurAisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."

Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedangdikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuanmenyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil,undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmihendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Ibu bapa Nor'Aishah Bokhari, gadis yang kononnya mengisytiharkan dirinya murtad, merayu anak mereka itu agar pulang ke pangkuan keluarga untuk bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti tahun-tahun lalu.

Mereka turut merayu jasa baik umat Islam di negara ini untuk mendoakan kerahmatan ke atas Nor'Aishah serta mengerjakan solat hajat sepanjang minggu terakhir bulan Ramadan ini agar gadis itu kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat.

Bapa gadis tersebut, Bokhari Md. Tahir, 62, seorang pesara guru, berkata, beliau terpaksa mengetepikan perasaan malu yang akan ditanggung oleh keluarganya kerana percaya anaknya sehingga hari ini masih lagi kekal menganut agama Islam.

''Ramai kawan-kawan saya memberi perangsang untuk membawa perkara ini ke pengetahuan umum kerana mereka percaya saya telah selesai menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah dengan baik,'' kata beliau dengan nada yang sebak ketika ditemui Utusan di sini, hari ini.

Beliau ditemani oleh isterinya, Samiah @ Aton Taha, 58, kakak dan abang kepada Nor'Aishah, Norashikin dan Nazaruddin.

Nor'Aishah melalui peguamnya mendakwa telah mengikrarkan satu surat akuan yang menyatakan bahawa dia ingin meninggalkan agama Islam untuk memeluk agama Katholik dengan memakai nama Aishah Felicia Bokhari pada 22 Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun kesahihan dakwaan itu masih tidak jelas kerana tiada pengakuan dan keterangan secara terbuka daripada Nor'Aishah sendiri mengenai perkara itu.

Pengakuan yang ada hanya menerusi seorang peguam tetapi ia diragui oleh keluarga Nor'Aishah berdasarkan kenyataan taubat yang dibuat oleh gadis itu di Jabatan Agama Islam Negeri Johor di Johor Bahru pada 18 Disember lalu.

Gadis itu bagaimanapun dilaporkan hilang pada 30 Disember lalu dan kini dipercayai berada bersama teman lelakinya, Joseph Arnold Lee, 28.

Pihak polis tidak menolak sebarang kemungkinan pasangan itu sedang bersembunyi di negara jiran.

Keterangan gadis itu amat penting bagi menentukan kesahihan pengakuannya untuk keluar daripada agama Islam.

Isnin lalu, Nor'Aishah menerusi peguamnya menarik balik satu permohonan writ habeas corpus terhadap bapa, ibu, abang dan seorang bapa saudaranya yang didakwa telah mengurung dan menahan beliau secara paksa.

Nor' Aishah bagaimanapun tidak hadir pada hari itu.

Bokhari seterusnya berkata, Nor'Aishah, 25, seorang anak yang menerima didikan agama yang cukup ketika menuntut di sebuah sekolah agama di Johor.

''Pendidikan agama yang diterimanya cukup untuk melayakkan beliau menjadi seorang ustazah,'' katanya.

Tambahnya, Nor'Aishah pandai membaca al-Quran dan turut menghafal beberapa surah penting.

Menurut Bokhari, Nor'Aishah dengan semua anggota keluarganya cukup baik.

''Kami adik beradik sememangnya rapat dan sering berkongsi dalam banyak perkara,'' kata kakaknya, Norashikin.

BOKHARI Md. Tahir dan Samiah @ Aton Taha tidak dapat menahan sebak mengenangkan nasib anak perempuan mereka, Nor'Aishah yang menghilangkan diri sejak 30 Disember lalu. Nor'Aishah kini dipercayai berada di negara jiran bersama teman lelakinya. - Gambar ZAINAL ABIDIN IBRAHIM.



sumber


Dalil-dalil larangan Murtad

Murtad adalah seburuk-buruk kekufuran, dan diantara dalil keburukannya ialah firman Allah SWT;

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ.

Maksudnya: Dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya) (al-Baqarah. 2: 217) :

Dan firmannya;

مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Maksudnya: Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah) kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka itu tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (al-Nahl. 16: 106)

Rahsia Murah Rezeki


Minta Izin Berzina Dengan anak dara orang

Di suatu kawasan perumahan di pinggir bandar.. Ada satu pasangan kekasih ini nak keluar berdating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya… maka berlakulah dialog berikut..

Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.

Teruna : Boleh ke?

Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.

Bapa Gadis : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi ini.

Teruna : Eh..

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa Gadis: Nak jalan kemana hari ni?

Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya

Bapa Gadis : Oh..

Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.

Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.

Teruna : Segan cik. Hehe

Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu Gadis: Eh.. Apa ayahnya ni?

Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe

Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?

Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit.

Bapa Gadis : Boleh takde masalah

Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?

Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu

Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni

Teruna : Berapa tu mak cik?

Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki

Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?

Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya

Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)

Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak

Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa

Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?

Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.



Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu Gadis : Abahnya!

Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot

Teruna : Kali terakhir bila?

Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.

Teruna : hmm..

Ibu Gadis : Kenapa?

Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar.

Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis.

Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan.

Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.

Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin.Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula

Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu.. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”
( TQS An Nuur 32).

Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia.
Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia TAKDE HUDUD, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.

Bapa Gadis : Serius lah sikit.

Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. InsyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.
Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 meter dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut.

Lantas si teruna memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi.

Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat.

Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis..

“Andai Allah telah memilih dirimu untukku, aku redha dan akan terus bersama mu, aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.”
“Petang ni takde mood nak keluar, sorry……..

Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.



p/s: Hanya sekadar cerita untuk di ambil sebagai iktibar. Ingatlah, apabila seorang lelaki dan wanita berdua-duaan, syaitan adalah orang yang ke tiga.

Kematian anak DERHAKA yang Hina

Seorang wanita tua berkongsi pengalaman beliau tentang sebuah kisah menyayat hati yang disaksikan suatu ketika dahulu. Cerita tersebut aneh dan menginsafkan kerana ia tentang seksaan Allah terhadap seorang anak yang derhaka kepada ibunya sendiri. Ia diceritakan olehNek Mariam. Begini ceritanya:

Jamilah 20an, (bukan nama sebenar) adalah seorang isteri yang malang. Beliau telah ditinggalkan suami sebaik sahaja melahirkan anak sulung mereka. Jamilah terpaksa akur dengan nasib yang menimpanya itu. Mujurlah beliau masih mempunyai ibu bapa yang mengambil berat akan dirinya.

Itulah yang dikata kasih sejati seorang ibu. Tiada tolok bandingannya walhal semenjak kita dalam kandungan lagi kasih sayang sudah dicurahkan sepenuh jiwa dan raga. Setelah Jamilah bergelar janda, Jamilah kembali ke rumah ibunya. Walaupun Jamilah tidak mendapat kasih sayang seorang suami namun beliau bertuah kerana masih mendapat kasih sayang dari ibu sejati. Jamilah dan anak kecilnya dijaga dan diberikan kasih sayang dengan sempurna. Soal makan dan minum Jamilah dan anaknya tidak menjadi masalah kerana Jamilah masih mempunyai bapa yang masih kuat mengerjakan ladang dan sawah. Bapa Jamilah keluar bekerja awal pagi dan pulang lewat petang. Manakala ibunya tidak banyak aktiviti di rumah hanya memberi makan haiwan ternakan sahaja. Adik-beradiknya semua sudah berkahwin dan membawa haluan masing-masing.

Jamilah merupakan anak bongsu dalam keluarga, mengenangkan nasib malang Jamilah, sudah tentu perasaan sayu dan kasihan dari ibunya membuak-buak bila melihat anak dan cucu kecilnya tidak terbela. Usia Jamilah masih remaja walaupun bergelar janda. Zaman remajanya masih lagi belum puas dikecapi tambahan pula fikirannya masih belum matang dalam erti hidup. Jamilah terasa dirinya begitu bebas dan terlepas dari belenggu ketika hidup bersuami dahulu. Jamilah tidak merasa sebarang kekurangan pada dirinya malah bertambah yakin kerana beliau masih muda dan masih kelihatan cantik. Segala urusan anak kecilnya diserahkan kepada ibu dengan alasan tidak biasa dengan karenah anak kecil. Sebenarnya Jamilah malas untuk menguruskan anak kecil yang merimaskan.

Pada mulanya, ibu Jamilah tidak perasan, maklum sahaja cucu sendiri, tentu tidak terasa bebannya. Hari berganti hari hidup Jamilah bertambah selesa. Beliau hidup di bawah jagaan yang sempurna. Semua soal makan minum, mengasuh anak kecil dan kerja rumah tangga semuanya diambil alih oleh ibu dan bapanya. Jamilah hanya menolong ala kadar sahaja agar tabiat malasnya tidak nampak ketara.

Perangai Jamilah semakin menjadi-jadi. Melaram dengan pakaian- pakaian fesyen terkini serta bersolek agar sentiasa cantik. Suatu hari, Jamilah telah menyampaikan hasratnya ingin ke pekan untuk mendandan rambut dengan fesyen terkini. Namun ibunya melarang kerana menurut orang ramai, kandungan bahan mendandan rambut ketika itu diperbuat dari bahan haram yakni lemak ****. "Ala, bukan nak makan **** tu, hanya sapu atas kepala agar rambut lebih hitam dan berkilat...." Jamilah memberi alasan agar permintaannya ditunaikan. Namun begitu ibunya tetap melarang. Maka berlakulah satu pertengkaran antara Jamilah dan ibunya sehingga beliau tergamak mengeluarkan perkataan kesat sambil menyumpah-nyumpah ibunya. "Binatang ****! Binatang anjing!" kata Jamilah semakin berani setelah melihat ibunya mendiamkan diri sambil menitiskan airmata.

Jamilah masih berdegil, nafsunya untuk kelihatan cantik dan bergaya semakin meluap-luap hingga tidak kira lagi soal halal dan haram. Matlamatnya supaya ramai lelaki melihat dirinya cantik macam primadona. Sekaligus saham dirinya akan naik mengatasi anak-anak dara sunti di kampung itu. Petang itu, bila Jamilah baru pulang dari pekan mendandan rambut, tiba-tiba beliau terdengar suara anak kecilnya menangis kuat teresak-esak. Hati Jamilah naik radang kerana beliau sangka ibunya sengaja membiarkan anaknya begitu kerana ingin membalas dendam. Dengan bengis, Jamilah terus naik ke rumah dan jadi seperti orang yang dirasuk syaitan, terus meluru ke bilik anaknya yang menangis itu. Anaknya diambil dan diletakkan di satu sudut di dapur dan terus menuju ke bilik ibunya untuk bertindak sesuatu. Mulutnya tidak henti-henti mengomel sambil menyumpah-nyumpah.

Sebaik sahaja beliau masuk, kelihatan ibunya sedang mengerjakan solat. Kerana terlalu marah, dikala ibunya sedang sujud, beliau bertindak menendang ibunya sambil berkata "Oi ****,anjing, beruk! Tak boleh harap .... menyusahkan orang, celaka!" Ibunya yang jatuh tersungkur di hadapan sejadah bangun mengaduh dan terpinga-pinga. Beliau tidak tahu apa sebabnya Jamila tiba-tiba naik angin. Setelah beberapa lama berlinanganlah airmata ibunya apabila menyedari perkara sebenar. Sebenarnya bukan niat ibunya membiarkan cucunya itu menangis keseorangan, ketika itu beliau sedang bersembahyang, maka terpaksalah membiarkan budak itu sebentar. Sudah seberapa daya beliau menyegerakan solatnya setelah sedar cucunya menangis kuat, namun belum sempat selesai solat, Jamilah terlebih dahulu datang menyepak punggungnya. Hati ibu mana yang tak hancur remuk mengenangkan anaknya yang sampai hati dan tergamak melakukan sebegitu terhadapnya berbanding kasih sayang yang telah dicurahkan secukupnya demi anak tercinta.

Ibu mana yang tidak sayangkan anak....dalam keadaannya yang sakit seluruh sendi akibat tersungkur atas tikar sembahyang tadi, beliau telah berdoa pada Allah agar dapat diampun dosa anaknya itu. Dengan takdir Allah, tiba-tiba Jamilah berteriak dari arah dapur. Macam sesuatu yang telah berlaku pada Jamilah mahupun cucunya. Dengan lemah longlai, tergesa-gesa beliau pergi mendapatkan Jamilah. "Jeritannya sungguh kuat hingga jiran berdekatan dapat mendengarnya. Tambah terkejut apabila kami semua menyaksikan seutas rantai besi tiba-tiba sahaja keluar memecah lantai dapur dan melilit dan merantai kaki Jamilah dengan kuat. Jamilah menjerit kesakitan dan anak yang dikendong terlepas dalam dakapannya. Ibu Jamilah separuh pengsan melihat keadaan Jamilah sebegitu....," jelas Nek Mariam yang merupakan salah seorang yang menyaksikan keajaiban Allah yang maha esa itu.

Maka berduyun-duyunlah orang kampung datang untuk membantu melepaskan cengkaman rantai besi yang melilit kemas di kedua-dua kaki Jamilah. Bertungkus-lumus orang cuba memotong besi itu namun tidak berjaya. Jamilah meraung sekuat-kuat hati kerana terlalu sakit. Akibatnya darah tidak henti mengalir membasahi lantai dapur. Setelah beberapa jam berlalu, rantai besi yang mempunyai kekuatan luar biasa itu masih juga tidak boleh dileraikan dari kaki Jamilah. Akibat pendarahan yang banyak, Jamilah meninggal di situ juga dengan riak muka yang amat menakutkan. Ibu Jamilah terpaku tidak mampu melakukan apa-apa. Beliau sedar itulah balasan Allah terhadap anaknya, cuma beliau tidak menyangkakan secepat itu. "Anehnya, sebaik sahaja Jamilah meninggal, rantai itu terurai dengan sendiri lalu masuk kembali ke dalam tanah. Kami semua begitu terpegun dan berasa insaf dengan apa terjadi. Itulah balasan Allah terhadap seorang anak yang derhaka," sambung Nek Mariam sambil menitiskan airmata.

Jenazah Jamilah diuruskan seperti biasa dan dikebumikan. Upacara membaca ayat suci Al Quran di atas kubur selama 7 hari memang sering dilakukan oleh masyarakat di Pantai Timur dan menjadi satu upacara kebiasaan kepada sesiapa yang baru dikebumikan. Semasa orang-orang kampung bergilir- gilir membaca Al Quran, maka satu lagi petunjuk dari Allah terjadi. "Pada waktu hampir subuh, mereka terdengar satu suara yang meraung- raung dari arah liang lahat. "Mak ooiii.....!! Ayah ooiii!! Tolonglah...! Allah Tuhanku....minta tolong...! Mak...ayah...tolonglah!" suara mendayu-dayu itu sungguh menyeramkan dan tidak henti-henti," cerita Nek Mariam lagi.

Salah seorang dari mereka bertindak memberitahu pada ibu Jamilah akan suara itu yang mereka syak datang dari arah liang lahat. Dengan bantuan jiran-jiran berdekatan, mereka segera ke kubur Jamilah untuk menggali kubur itu kerana mereka sangkakan Jamilah masih hidup. Setelah digali, alangkah terkejutnya bila melihat jasad Jamilah yang kaku dan berbalut itu telah bertukar rupa. Kepalanya menjadi kepala seekor ****! Masya Allah.... Ramai orang menyaksikannya ....satu lagi keajaiban yang sengaja Allah ingin memperlihatkan pada hamba-hambanya. Bertambah sedih dan sayu hati ibu Jamilah melihat keadaan anaknya begitu....

Malam itu beliau bermimpi, Jamilah datang kepadanya dengan keadaan yang amat buruk dan daif sambil berkata: "Tak payahlah ibu mengadakan kenduri arwah untuk saya, kerana saya telah terkeluar daripada Islam...." menyedari hakikat itu ibunya begitu terkejut dan tak henti-henti menangis sambil berdoa kepada Allah agar mengampuni dosa anaknya itu. "Maka tiadalah kenduri arwah dibuat untuk Jamilah. Itulah cerita tentang balasan Tuhan terhadap hambanya yang berdosa. Dosa pada Tuhan mungkin dapat diampunkan jika kita bertaubat nasuha, tetapi dosa pada manusia, lebih-lebih lagi kepada kedua ibu-bapa, harus kita sendiri memohon ampun dan maaf....Jika tidak tanggunglah dosa itu dan akan dikira dan dibalas setimpal di akhirat kelak..." Nek Mariam mengakhiri ceritanya yang penuh keinsafan sesuai untuk kita semua.

rahsia MATA kucing

 Mata kucing merupakan salah satu bukti kesempurnaan Allah dalam penciptaan. Allah telah menciptakan mata kucing dengan tatacara dan letak yang sesuai dengan makhluknya. Di salah satu ayat, Allah berfirman tentang kesempurnaan ciptaannya. Dia-lah Allah yang menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki nama - nama yang indah, apa yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada - Nya. Dan Dialah yang Maha Kuasa, lagi Maha bijaksana. (QS. Al - Hasyr 24)

 

Penglihatan malam kucing sangat kuat

Kucing boleh dengan mudah membezakan warna hijau, biru dan merah. Walaupun begitu, kelebihan sebenarnya dari mata kucing adalah agar dapat melihat di malam hari. Kelopak mata kucing terbuka di malam hari, ketika terkena sedikit cahaya, lapisan mata yang disebut iris membuat pupil mata membesar (hampir 90% mata) sehingga mereka lebih mudah melihat cahaya. Di saat mendapat cahaya yang lebih terang, system bekerja berlawanan untuk melindungi retina, pupil mengecil dan berubah menjadi garis tipis.Ada sebuah lapisan yang tidak terdapat pada mata manusia. Lapisan ini berada di belakang retina, berfungsi sebagai penerima cahaya. Ketika cahaya jatuh di lapisan ini langsung di pantulkan kembali, cahaya lewat dua kali melalui retina. Oleh kerana itu, kucing dapat melihat dengan mudah di saat cahaya hanya sedikit. Bahkan di saat gelap, di saat mata manusia tidak dapat melihat. Lapisan ini juga lah yang menyebabkan kenapa mata kucing bersinar di malam hari.


Lapisan ini disebut Kristal tapetum lucidum yang dapat memantulkan cahaya. Berkat kistal ini, cahaya yang jatuh di belakang mata di pantulkan kembali ke retina. Beberapa cahaya yang di pantulkan kembali ke lensa, sehingga mata bersinar. Berkat struktur ini, jumlah cahaya yang diterima mata meningkat sehingga boleh melihat dalam kegelapan. Oleh kerana itu, kucing boleh melihat lebih baik dalam gelap. Ini bukanlah bentuk dari bio-luminescence, sebab binatang tidak menghasilkan cahanya, melainkan hasil dari pemantulan.Alasan lain kenapa kucing boleh melihat dalam gelap juga kerana adanya sel-sel batang yang lebih banyak di bandingkang sel-sel kon di retina mereka.

Sebagaimana kita ketahui, sel - sel batang hanya sensitif pada cahaya. Mereka membentuk bayangan hitam atau putih bergantung kepada cahaya yang datang dari objek, tetapi mereka sangat sensitif walau hanya dengan sedikit cahaya. Berkat sel-sel batang ini, kucing dapat memburu dengan mudah di waktu malam. Seperti kita lihat, Allah menciptakan struktur mata yang sesuai dengan keadaan dan nutrisi yang mereka perlukan. Mata kucing mempunyai struktur dan ciri-ciri yang berbeza sesuai dengan keperluan mereka. Ini adalah salah satu contoh dari hasil ciptaan Allah.

Hasil ciptaan Allah yang unik ini terbukti dalam salah satu ayat:Pencipta langit dan bumi, ketika Dia ingin mencipta sesuatu, maka Dia hanya berkata "jadilah", maka jadilah ia. (QS. Al - Baqara 117)


Bola mata kucing lebih besar

Selain kemampuan melihat di waktu malam, bola mata kucing juga lebih besar di bandingkan yang dimiliki oleh manusia. Jika bidang penglihatan manusia hanya sampai 160 darjah, kucing boleh dengan mudah hingga 187 darjah. Dengan ciri-ciri ini, mereka boleh dengan mudah melihat ancaman yang ada. Ini adalah contoh karakteistik lain dari hasil ciptaan Allah dengan bentuk yang berbeza. Sebagaimana di katakan di dalam Al - Qur'an, karakteristik ini adalah pelajaran bagi orang - orang yang beriman; Dan sungguh, pada haiwan ternak itu terdapat pelajaran bagi kamu(Surah An - Nahl 66)

Struktur mata kucing berbeza dengan manusia

Pada mata kucing, terdapat membran ketiga yang disebut "nictitating membrane". Membran ini telus, dan bergerak dari satu bahagian mata ke bahagian yang lain. Sebagai contoh, kucing dapat mengelipkan mata mereka tanpa perlu menutup semuanya. Membran ketiga ini membolehkan mata kucing dilindungi ketika memburu. Selain itu, benda - benda lain seperti debu tidak mengenai mata mereka, sehingga mata mereka tetap bersih dan lembab, sehingga kucing tidak perlu sering mengedipkan matanya seperti manusia. Jika kucing mengedipkan mata mereka sepanjang waktu seperti manusia agar matanya tetap bersih dan lembab, hal ini akan menimbulkan kesulitan bagi mereka di saat memburu. Tidak mengedipkan mata merupakan salah satu kesempurnaan ciptaan Allah untuk makhluk ini.


Apakah mata kucing sensitif pada gerakan?

Kucing tidak dapat melihat dalam jarak dekat dengan baik sebagaimana halnya manusia dan tidak boleh fokus pada objek yang dekat dengan mereka. Tetapi Allah telah menciptakan rambut sensoris dengan mekanisme deria yang kuat untuk kucing. Berkat bau dan rambut sensoris, kucing dengan mudah mengesan dalam jarak dekat. Walaupun makhluk indah ini susah melihat dalam jarak dekat, mereka dapat dengan mudah merasakan dengan jarak dua hingga enam meter. Jarak ini cukup bagi kucing agar dapat memburu. Ciri-ciri lain pada mata kucing adalah mereka sensitif pada gerakan, keindahan dan yang sesuai dengan jarak penglihatan mereka.


Mata kucing dan otaknya memisahkan setiap gerakan bingkai demi bingkai. Otak kucing boleh merasakan lebih banyak gambar daripada kita. Sebagai contoh, mereka dengan mudah melihat tanda - tanda elektronik pada paparan TV di bandingkan manusia. Ini adalah bakat khas yang di berikan oleh Allah yang Maha Kuasa kepada semua kucing. Hal ini kerana kucing menangkap mangsa mereka mengikut objek yang bergerak.




Detail dan ragam yang mengagumkan di ciptakan Allah bagi kucing


Mata kucing di ciptakan dengan karakteristik luar biasa seperti makhluk lain. Ketika struktur dan ciri-ciri mata di uji secara individu, maka akan nampak fungsi-fungsi yang berbeza dan ini merupakan bukti dari kepelbagaian hasil ciptaan Allah. Variasi ini tidak dapat dikatakan sebagai hasil dari mutasi ataupun pilihan semula.
Allah telah memberikan mata yang sesuai dengan keperluan hidup dan nutrisi makhluknya. Mempunyai pengetahuan tentang sistem yang menakjubkan ini merupakan kesempatan bagi setiap orang untuk melihat kekuasaan dan pengetahuan Allah yang telah menciptakan makhluknya.


Kita harus berterima kasih kepada Allah yang telah menciptakan alam semesta ini. Adapun bagi orang - orang yang yang menolak ayat - Nya, Allah menggelarnya "pendusta", seperti di dalam ayat; Siapakah yang lebih zalim daripada orang - orang yang telah di peringatkan dengan ayat - ayat Tuhannya, lalu dia berpaling darinya dan melupakan apa yang telah di lakukan oleh kedua-dua tangannya? (QS. Al - Kahfi 57)

Kucing di ciptakan dalam bentuk yang ideal sesuai dengan persekitaran mereka, mereka perlu bernafas, makan, memburu dan mempertahankan diri agar tetap hidup. Oleh kerana itu, mereka harus mengenal dunia mereka, dan membezakan antara musuh dan mangsa mereka.

Dengan demikian, mereka memerlukan penglihatan khas untuk melihat persekitaran mereka. Bagaimanapun, Allah yang Maha Kuasa, Tuhan dari semua dunia, telah memberikan ciri-ciri yang mengagumkan seperti mata yang mempunyai struktur khas, bentuk dan ketajaman penglihatan untuk kucing. Penciptaan mata untuk kegunaan kucing merupakan pelajaran bagi orang - orang yang beriman sebagaimana di sebutkan di dalam Al - Qur'an; Dan disana terdapat pelajaran bagi kamu (Surah Al - mu'miniin 21) Ciri-ciri mata kucing berfungsi sesuai dengan undang-undang yang di tetapkan Allah.

Allah menciptakan mata ini dan setiap detailnya tanpa contoh lain. Hal ini dapat dilihat di dalam ayat - ayat bahawa Allah adalah pencipta semuanya; Allah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian lagi berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang Dia kehendaki. Sungguh, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. An - Nuur 45)

wallahualam

Sebab pa mat rempit naik motor badan senget....

Org kalut nak pi keja, dia buleh bawa 40 jer. Padahal kat depan x dak keta pun. Nasib baik aku naik moto jer. Buleh ciluk. Yg naik keta mesti angin, menyumpah seranah dalam keta. Ok gak, ada ekon, tak  la panas sgt. Hehhehehe

Yg aku ni dah la sakit perut nak meletup, nak kena singgah beli sarapan. Sabo sabo. Kena lak kakak ni silap bancuh air lak. Org minta nes tarik dia bagi ais. Kena banccuh lain. Aku dah tertonggek2 ni tahan kentut. Rasa macam nak terkeluar dah ni....

Baru aku faham kenapa org naik motor badan dia mesti senget. Rupanya dia tahan nak terberak macam aku pagi tadi. Nak lintas keta lak banyak, xleh duduk dah kena berdiri, kalu dak lagi dia tekan. Seksanya.....

The Butter Bar @Vancouver, Canada

My sister and her friend started this baking business called The Butter Bar and I think its been doing well. Everything is freshly baked and no, they do not sell those normal cakes like chocolate cakes or cheesecakes. Their Indonesian Kuih Lapis has had a huge demand. It takes a lot of work to make it but looks like its worth it.

Besides that, they also have spiral mooncakes and custom made cupcakes and cakes. One bestseller was their carrot cupcakes with cute handmade carrots on top.

They also come up with creative ideas for festivals like Christmas, Chinese New Year and other events.

Please visit their facebook page and click 'like' to show them your support (eventhough u r not in Vancouver ) :):)
Link: https://www.facebook.com/pages/The-Butter-Bar/196943510438797?refid=12

Butter Bar's latest creation: meringue!













Gambar Belangkas