Assalamua'laikum & Salam 1 Malaysia.
Tips Temuduga PTD m41 2014 | Panduan Lulus Exam PTD. Tips dan Panduan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik. Akhirnya keputusan panggilan temuduga PTD sesi 2014 sudah bermula. Ramai yang dah mulakan langkah dengan mencari tips, panduan, petua untuk lulus peperiksaan/exam PTD. Apakah anda sudah bersedia dengan pelbagai bentuk soalan PTD? Berapa banyak pecahan soalan yang ada? Ada contoh tak untuk soalan bahagian esei/karangan untuk sesi temuduga PTD tahun ini?
Tips dan Panduan Temuduga Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 2014
Kemaskini terkini Temuduga PTD M41.
Hampir pasti, mungkin ada soalan esei BM BI untuk calon temuduga PTD M41. Itu yang dikhabarkan dalam sesi outreach sebelum peperiksaan online PTD yang lalu.
Adakah anda salah seorang calon temuduga PTD? Dah bersedia untuk menghadapi antara saat paling penting dalam hidup anda? Atau semua tips temuduga sudahpun berada dalam "tangan" anda dan hanya menunggu masa untuk ditemuduga? Jika YA, tahniah saya ucapkan dan jika anda ingin berkongsi tips lulus temuduga di ruangan komen.
Persediaan menghadapi temuduga PTD M41.
- Baca dan fahamkan dasar-dasar utama kerajaan.
- Tahu dan fahamkan tugas seoarang Pegawai Tadbir Diplomatik M41 dengan baik.
- Asah kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Asah kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Berikan perhatian terhadap isu-isu semasa dan fikirkan apa pandangan kita terhadap sesuatu isu tersebut.
- Memahami perihal/struktur pentadbiran negara. (sumber asal: Tips Lulus Temuduga PTD M41)
Inginkan bantuan untuk hadiri temuduga PTD?
Saya sarankan untuk anda download panduan Bijak Temuduga di bawah. Jangan risau, jika tak puas hati, jaminan wang anda dipulangkan tanpa banyak soal. Yang penting, anda ingin berusaha untuk persiapkan diri dengan selengkap-lengkapnya!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ramai yang berjaya dipanggil untuk sesi peperiksaan, tapi ramai yang terkedu dan terkejut dengan bentuk soalan yang ditanya. Kenapa? Sebab calon tak bersedia sepenuhnya. Alangkah bagusnya jika calon tahu serba sikit tentang bentuk soalan yang bakal ditanya nanti, pasti calon mampu melakukan persediaan untuk lulus temuduga peperiksaan PTD (pegawai tadbir diplomatik).
Elok saya teruskan kepada perkongsian kenapa ramai calon gagal dalam peperiksaan PTD (pegawai tadbir diplomatik). Antara tips dan panduan PTD ialah;
1. Calon tak tahu format asas peperiksaan PTD. Ini memang masalah utama calon, tak tahu bentuk soalan yang nak dijawab nanti. Untuk pengetahuan bakal calon peperiksaan PTD, ada beberapa format antaranya ialah;
- Seksyen A – Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.
- Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
- Seksyen C – Pengertian Dan Kefahaman Terhadap Esei-esei.
- Seksyen D – Esei Bahasa Melayu.
- Seksyen E – Esei Bahasa Inggeris.
- Seksyen F – Sahsiah Diri
Nak tahu lebih lanjut tentang contoh soalan Peperiksaan PTD? Klik pautan di bawah;
2. Masalah 2 - Tak cukup masa untuk ulangkaji. Nak-nak kalau calon seorang yang sedang bekerja. Mana nak cari sumber bacaan dan rujukan. Lebih-lebih lagi berkenaan dengan dasar transformasi kerajaan yang terkandung dalam GTP. Apa itu GTP? Apa itu ETP? Dan pelbagai lagi bentuk serta contoh soalan.
Di sinilah saya mampu membantu anda dengan menunjukkan jalan pintas menyelesaikan masalah bahan bantu rujukan untuk lulus peperiksaan bertulis pegawai tadbir diplomatik. Terpulang pada anda, apakah anda rela melepaskan peluang yang datang hanya mungkin sekali dalam seumur hidup anda?
Dapatkan segera panduan, tips dan contoh soalan peperiksaan pegawai tadbir diplomatik sekarang. Hanya tinggal lagi 2 hari untuk anda persiapkan diri untuk lulus peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik!
Selamat berjaya saya ucapkan kepada semua calon PTD! Semoga berjaya.