Tuesday, April 9, 2013

Wordless Wednesday #32

 Kenangan di Kerteh, Terengganu April 2013





Cosmo buffet in Aberdeen

When I was in Aberdeen, I had one of the best buffet in the UK. Cosmo recently opened and the food served at the buffet tables were really delicious. Aberdeen was its first branch. They do have other locations now according to their website. None in Glasgow yet.

We made reservations online was not aware that Cosmo was fully booked for two whole weeks! So, we arrived at the restaurant thinking we had a reservation. But, all was good when it only took us 20minutes to get seats as walk-in customers. Thats the difference I noticed between Malaysian buffets and UK buffets. The people here do not spend hours filling their tummy and making their moneys worth unlike us in Malaysia. We can sit at the buffet for hours.

The service at Cosmo was very good. The interior and set up of the restaurant was well organised too. Another advantage of Cosmo is that it was located in Union Square shopping mall. This was the shopping mall where the main train station of Aberdeen was located. So, imagine just taking a train from Glasgow and arriving at Aberdeen, straight into the shopping mall and Cosmo is there. Fantastic!

Cosmo food reminded me of Malaysia. They had various sections like Indian, Japanese, Teppanyaki, Grilled meat, Dim sum and others. They did serve delicious freshly grilled lamb, lamb curry and salmon teriyaki. I opted out of trying any chicken. I only ate the seafood and lamb. They also had papadam and prawn crackers!

Unfortunately, dim sum standard there was not good. Siu mai tasted weird. Ha kou skin was not nice. They did have char siew pau and custard pau too which did not look appetizing to me to bother trying.

Dessert was a variety of cakes and ice creams. Most of the cakes looked good but it really was not that nice to eat. We shared half of every dessert because we were really full from the main meals.

Overall, I would highly recommend this place as its still better than other buffets.





















Monday, April 8, 2013

Taman Negara ~ Sangat menarik!!



Assalammualaikum..

Semangat ni nak cerita.. ;)

Saya baru je balik dari Taman Negara, Pahang. 3 hari 2 malam kat sana. Best sangat tau! 

Kami sampai tengah hari, sampai-sampai tu, terus makan, pastu baru check-in & solat. Lepas tu bersiap-siap nak gi mandi sungai.




Nak bermandi manda pun kena panjat-panjat gak ye, jauhnyer 800m. Kira kami mandi peluh dulu la sebelum mandi sungai tu. Tapi masa tu semua semangat, laju je jalan. Walaupun penat, bila sampai tu, fuhhh...berbaloi-baloi.. Air sejuk sangat. Orang pun tak ramai. Best.


Kami berjalan lebih kurang 15-20 minit gak rasanya. Lama kami madi kat sini. Kul 6 petang baru kami balik. Puas berendam!


 Satu nasihat saya, kalau boleh, pakailah kasut yang khas untuk mandi, sebab kat sini banyak batu-batu kecil, kalau berkaki ayam, sakit. 

Ala...tak mahal pun kasut mandi tu.. ;)



Lagi satu, bawa air ye.. Saya jamin sesiapa sahaja akan dahaga sepanjang jalan tu.












Lepas mandi, malam tu kami sepatutnya ada aktiviti masuk hutan, tapi sayangnya hujan. Lebat pulak tu..

So, aktiviti malam tu makan dan tidur je.

Kami makan sedap.. Patin masak tempoyak!! memang terbaik aaarrrrr... Habis!!


Besoknya, pagi-pagi kami dah bersarapan, dan siap sedia nak masuk hutan. Kul 9 pagi kami dah masuk meredah hutan belantara..Ecewahh.. Belantara la sangat!


Perjalanan kami 2km mendaki, 2km turun.  Penat & best. Apalah sangat 4km  tu kan, tapi jangan lupa ye, bukan jalan rata, tapi mendaki. Sebab tu tu la terasa jauh sangat perjalanan tu.



Jangan lupa bawa air ye, dahaga sangat!! Saya je bawa 3 botol air!! 


Banyak mat-mat & minah-minah saleh kat sini. Siap bawa anak-anak lagi. Kecil-kecil pulak tu. Diaorang semua menghayati keindahan hutan kita. 

Kita??? Errrr.... Tepuk dada tanya minda. ;)





Saiz bukan halangan ye. Yang penting kemahuan. 

Lagipun bersama-sama kami ada guide yang terlatih. Baru-baru ni dia dapat sijil dari kedutaan sebab dia pikul mat saleh yang beratnya 100kg++ yang patah kaki masa mandi sungai. Jauh tu dia pikul. So..kami memang tak risau la. Rasa selamat je..






Sebenarnya jalan yang macam papan tu baru je siap tahun lepas. Sebelum ni semua jalan atas tanah je.

Guide bagi kami merasa dua-dua jalan. Jalan yang senang dan jalan yang penuh berliku. 

Menarik tau!!






Masa sampai kat kawasan lapang yang nampak pemandangan indah ni, ingatkan dah puncak bukit terisek, tapi salah.. ada lagi 400m nak sampai tau!

Ku gagahi jua..

Tapi nasib baik jalan mendatar je.. tak lah tinggi sangat nak mendaki.

Dalam 10 minit dari kawasan lapang tu dah sampai kat Bukit Terisek.

Alhamdulilah.. Dapat tengok Gunung Tahan. Pemandangan yang sangat indah.



Terjumpa pulak dengan mat saleh yang cute ni. 
So..bergambar dulu la ye..

Baik diaorang ni, ramah.. ;)


Heee.... gatai kejap!!

Okey, kami lepak sini dalam 10 minit, lepas tu masa untuk turun. 

Nak pi ber'canopy walk' pulak. 

Masing-masing semangat nak mencabar kegayatan sendiri. Wah..wah...

Canopy walk ni best tau.  Tapi siapa yang gayat tu kena berhati-hati la sikit ye.

Kami ni kira untung tau, tak payah beratur, pandai guide kami ejas masa, kalau tak memang kena tunggu lama. sebab ramai orang.

Jauhnya dalam 250m, rasanya la.. lupa-lupa ingat dah.. ;)

Kita kat atas ni tak boleh jalan dekat-dekat tau, kena jarak 10m antara satu sama lain, so tak boleh la nak bergosip kat atas tu. 


Nak cakap kena main jerit-jerit manja ye.. ;)

Masa ni semua dah penat dan lapar, tapi muka masing-masing teruja je nak berjalan 'atas pokok'.

Tak ada sorang pun yang berani main goyang-goyang titi tu. Semua takut..

Muahahahhahaaa.....





Habis sesi pagi. Panjat bukit kul9 pagi, sampai bawah kul1 tengah hari. Lama tuu kami berhutan-hutanan..
Sangat penat tapi sangat berbaloi..

Petang tu aktiviti yang dinanti-nantikan. Rapid shooting!!!  Yang ni tak ada gambar. Takada siapa yang berani bawa keluar camera ye.. semua basah!!  Masa ni enjoy sangat!! Saya tak pernah lagi main lumba-lumpa bot macam tu, siap melawan arus sungai lagi. 

Bercawan-cawan air sungai tu masuk dalam perut ni ha.. kira halal je la.. ;)  Saaaaaaaaaaangat best! 5 bintang!!!

Dengan basah-basah tu, kami gi kampung orang asli. Belajar menyumpit, hidupkan api dalam masa kurang 30 saat dan diberi penerangan pasal kehidupan diaorang. Best jugak!!



Kami ada la bawa buah tangan sikit. Bawa makanan sikit, baju sikit..  Siapa yang nak pergi, saya syorkan bawa la buah tangan kat diaorang ni, kesian tau..




Lepas beramah mesra dengan orang asli tu, kami mandi sungai lagi!!!  Masa ni semua main macam budak-budak! Best sangat. 





Kul6 lebih baru kami balik tau. Sebenarnya rasa macam nak mandi sampai malam!!  muhahahaa..

Sepatutnya malam tu kami masuk hutan, ganti yang malam 1st tu, tapi malam ke2 pun hujan gak. So terpaksa dibatalkan.

Lepas makan malam, dalam kul 10 lebih hujan pun dah reda, kami gi night safari pulak. Masuk kebun kelapa sawit yang gelap gelita! Takut tau! Kami disambut oleh burung hantu. ;) 

Binatang yang kami nampak, rusa, kucing hutan, musang apa tah namanya, tapi sangat comel, dan lembu. heehehheee... banyak najis gajah kat situ, tapi nasib baik tak jumpa gajah tau! Kat tengah-tengah hutan tu kan, tetiba je abang driver tu matikan enjin dan tutup lampu. Semua cuak je!! Dia cakap kita duduk diam dalam 5 minit kat sini. 

Ya allah.. takutnya masa tu.. Takut kot-kot gajah mai kat kami.. Masa tu kan.. saya dongak tengok langit.. Bintang banyak sangat. Cantik... Terpegun jap..

Rasanya tak sampai 5 minit kami kat situ, masing-masing menyembang dengan nada berbisik. hehehee.. semua takut, abang driver tu pun malas nak tunggu la kot. Sorry abang driver ;)

Tu aktiviti terakhir kami. Besok tu lepas sarapan, terus balik.

Kesimpulannyer, semua aktiviti kat sini buat kami semua bertambah rapat. Sifat setia kawan bertambah. Harap sangat aktiviti ni akan buat kami jadi satu pasukan yang lebih baik dari sebelum ni. Saya juga harap sangat kami semua akan lebih mencintai alam semulajadi kita. hargai hutan kita. go green!!






Nak iklan sikit.. ni la guide kami. Kak Maya & Atan. Diaorang ni memang terbaik. Jaga kami macam anak-anak. Ambil berat, call je berdesuppppppppp sampai. Yang penting diaorang ni terlatih. Pakej yang ditawarkan pun sangat murah. Makanan yang disediakan sangat sedap!  Setiap RM yang dikeluarkan berbaloi-baloi tau! Kira puas hati sangat!! So..kalau ada yang nak gi sana, cari la diaorang ye.. kalau nak no fon, minta kat i ye.. email i, baru i bagi no ye..






Bonuslink

Errmmm...
dah lama tak menulis ni...
jadi kekok pulak.......
tapi takpe le...
nak lepas rindu menulis.....

ceritanya semalam....
awok ni dah lama guna Shell ....
dan dah lama jugak daftar guna kad Bonuslink....
dan selama guna ni tak pernah lagi reedem point kad Bonuslink...

semalam,
kebetulan awok nak isi minyak di Shell Jalan Pasir Puteh, Ipoh...
saje2 le mintak adik cashier tu tengokkan point yang tak pernah lagi awok tengok...
hasilnya.......

sejak dari 2008 awok guna Bonuslink...
point terkumpul yang awok ada dalam18454 .....
alang-alang dah tau point awok banyak....
terus awok tanya adik tu apa benda yang boleh dituko dengan point awok ni...

jawapan pertama dia....
minyak la bang....
ape lagi...... selamat RM60 awok....
terus guna point isi minyak kereta 'sport' awok tu....

moralnya....
jangan guna kad reward apa2 kalo tak tau pun apa kegunaannya....
hihihi.....terima kasih Bonuslink....







Perang Yang Terjadi Gara-gara Seekor Babi Ditembak


Ini bukan perang melawan Flu Babi atau Swine Flu, tapi Perang yang terjadi sebab tertembaknya seekor babi.




Jangan terkejut, tapi itulah keunikan perang ini sehingga disebut Pig War yang terjadi pada tahun 1859 antara Amerika dan Inggeris.

Sebenarnya inti dari perang ini adalah pertikaian perebutan Pulau San Juan, yang ada di antara Pulau Vancouver dan tanah besar Amerika Utara.

Perang Babi

Berdoalah… Allah itu Maha Mendengar


Terbaca nukilan dari Kak Chaq dari emel rasa ingin dikongsikan dgn anda semua......Persoalannya kenapa??????????

Salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah al-Sami’.  Allah maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan dan luahan rasa daripada hamba-hambaNya pada setiap masa, tempat dan ketika,  Antara suara yang paling Allah cintai selain daripada tangisan hambaNya yang bertaubat ialah doa daripada hambaNya yang meminta.

Allah setia mendengar rintihan hamba-hambaNya ibarat “kekasih” yang saling mencintai.Jika ada jutaan manusia mengadu dan merintih dalam doa mereka kepada Allah, Allah tetap mendengar rintihan dan doa tanpa jemu tanpa mengira pangkat, darjat, harta dan rupa.
Keadaan ini berbeza dengan sikap manusia, sesama mereka terlalu ego dan bersikap berat sebelah, termasuk dalam soal mendengar.  Ya….jika orang yang bercakap itu tinggi pangkatnya, maka orang bawahan senyap terpaku membisu.  Tetapi jika yang bersuara itu orang bawahan, mungkin mendengarnya sambil lewa atau cepat-cepat memotong cakap sebelum sempat dihabiskan percakapannya.  Kalau si kaya menegur, semua pihak tunduk akur.  Tetapi apabila si miskin yang mengadu, ramai yang berpaling dan menunjukkan reaksi selamba.

Mengapa begitu sikap kita?  Mengapa kita tidak boleh terdidik dengan sifat Allah yang mendengar?  Malah lebih malang lagi, kita begitu berat hati untuk menadah tangan berdoa kepadaNya. Mengapa?  Adakah mereka rasa Allah tidak mendengar atau malas hendak berdoa?

Sebenarnya, malas berdoa ialah tanda kekerasan hati dan kesan daripada keras hati itu akan menyebabkan kita ditimpa kesusahan di dunia dan azab di akhirat. Sebaliknya, dengan berdoa hati akan menjadi lembut, fikiran akan menjadi cerdas, perasaan akan menjadi tenang dan anggota akan menjadi cergas.  Jadi, doa bukan petanda lemah.  Tetapi ia adalah sifat manusia gagah. 

Berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui.  Doa ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada Tuhannya. Kita memberi bukan untuk menerima.  Kita menabur budi bukan untuk dianggap berjasa.  Apa yang sepatutnya diharapkan ialah keredaan Allah semata-mata.  Sesungguhnya apa yang dijanjikan-Nya lebih baik, kekal dan abadi.

Namun bukan mudah untuk mendapat keikhlasan  Dalam samar mainan rasa kekadang, malah selalu, kita menagih penghargaan dan terima kasih daripada manusia.  Padahal manusia sering mengecewakan kita.  Sudah masyhur kata bijak pandai, “ Siapa yang mengharapkan terima kasih atas kebaikan yang dilakukannya akan mengalami sakit jiwa”. Mengapa?  Berdoalah selalu moga Allah mempermudahkan urusan kita di dunia dan akhirat…. Amin
Secubit sayang…..

“Ballighu ‘anni walau ayah”
Kak Chaq

Sunday, April 7, 2013

Rewang @ Kenduri Kak Zura

7 April 2013


Assalammualaikum...

Semalam kami satu famili pulun abeh untuk majlis kenduri kawen jiran kami, Kak Zura. Abah, Iwan, n Nazrol masak untuk makanan tetamu, Mrs. Yan, emak, Dayah n Zani buat untuk makan beradap. Penatnya takyah cakap la. Even buat makan beradap untuk 12 orang pun mencabar, ni kan lagi kaum-kaum Adam yang dok siapkan makanan tetamu.

Maybe 1 kelebihan jugak sebab parent  Mrs. Yan pandai masak. Abah memang pandai masak dalm kuantiti yang banyak macam kenduri. Memang selalunya pun jiran-jiran panggil abah tok masak. Ma pulak akan buat makan beradap. Jadi kami adik-beradik yang lain-lain akan menjadi assistant derang. Sonok bila 1 famili sibuk.

Mrs. Yan tak banyak amik gambar. Pastuh konon-konon macam tak reti je nak guna kamera Si Iwan. Hahahahaha... Buley macam tuh? Menu untuk tetamu kalo tak silap Mrs. Yan daging masak hitam, ayam goreng panas-panas tuh, sos ayam, dengan dalca sayur. Menu makan beradap ada udang galah goreng, ayam golek, sayur campur, ikan siakap 3 rasa, buah, trifle dengan air tembikai laici. Semuanya 2 set. Gambar masa kat meja pengantin Mrs. Yan malas nak amik sebab derang lepak-lepak kat meja pengantin tuh. Hohohohoho....




Sori Zani. Takde niat pun nak sabotaj muka hang. Hahahahaha...
Tengs to Lina n Cik Zah sebab tolong angkat lauk :)



Nazrol yang menggigih walaupun tak sihat

Badang-badang Mrs. Yan


Desert - Trifle


Nota kaki : Sian kat Mr. Aid tak dapat join. Rugi tau tak dapat makan ayam panas-panas.

-Thanks for reading-

Gambar Belangkas