Monday, April 1, 2013

Indah

Assalammualaikum..


Dunia ni indah kan? Tambah-tambah kita kat Malaysia ni. Ada banyak tempat menarik. Ada pantai, ada sungai, ada air terjun, ada hutan, ada kampung, ada bandar, ada macam- macam!! Kita patut bersyukur tau! Kita dilahirkan di tempat yang sangat menarik, aman, damai, tenteram. Tapi kita kena la sama-sama jaga keamanan, ketenteraman, kedamaian kita ni. Jangan la gaduh-gaduh ye. 

Cuaca kat Malaysia pun terbaik! Biasalah, ada hari panas, ada hari hujan, kadang-kadang banjir, kadang-kadang kemarau. Allah nak bagi kita merasa semua keadaan la tu. Salji je tak merasa lagi kat Malaysia ni. Tapi..... kalau tetiba turun salji kat Malaysia ni, cuak gak kan? hehe..

Hujan batu pernah turun kat Perlis ni, tapi masa tu saya kecil lagi, tak ingat. Ibu la yang cerita.. Teringat nak merasa hujan batu.. Tapi nak batu yang comel-comel je, tak mau yang besaq-besaq. Eh!! boleh pilih pulak kan?!  (:

Bab makanan tak payah cakap la, macam-macam! Sebut je, insyallah ada. Tapi kena la siapkan duit ye.. Saya bab makan memang tak berkira. Saya rela tak beli baju & kasut semata-mata nak makan tau. Makanan kat Malaysia sangat menggoda. Sebab tu badan makin naik ni, dulu-dulu-dulu-dulu boleh la, makan banyak badan tak naik, sekarang ni dah macam apa dah! Tapi saya rasa badan naik sebab minum susu la, bukan sebab makan banyak! kikikikiki...percaya ke??  (: 

Apapun, saya rasa kita patut bersyukur. Kita patut 'menjiwai' setiap nafas kita, setiap perkara yang berlaku kepada kita. Tak kira la baik ke buruk sesuatu perkara tu. Tak kira la teruk atau indah sesuatu itu. Kita kena 'menjiwainya'.

Hidup akan lebih indah begitu.

Percayalah..  

(:


Kabel @ Kroni

Perlu @ Tidak


Assalammualakum...

Tajuk yang mungkin boleh mengganggu gugat ketenteraman jiwa sedikit. Tapi jujurnya ni tak berkait dengan unsur-unsur politik okkaip... Kalo unsur-unsur berkenaan biarlah ada saluran yang telus yang lebih layak menilai untuk memberikan pendapat. Secara sedar atau tidak, masalah yang berkaitan dengan kabel dan kroni ni sebenarnya sangat menular dikalangan kita. Tak kira bangsa. Maksud kroni ni secara amnya adalah kenalan yang boleh membawa kepentingan yang  dasarnya lebih ke arah sesuatu yang negatif. Dan biasanya kenalan tersebut mempunyai pangkat atau kepentingan yang boleh mempengaruhi apa-apa keputusan dalam sesebuah pengurusan. Ini pendapat Mrs. Yan. Kabel biasanya adalah 'direct languange' yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu faedah yang diperolehi menggunakan pertolongan mana-mana kenalan yang biasa kita sebut 'kroni' tadi. Dengan kata lain disebut sebagai 'orang dalam'.



Pilih mana satu kabel hang nak
sumber Mr. Google

Punca terjadinya kebiasaan pihak-pihak tertentu menggunakan kabel @ kroni nieh, mungkin secara jelasnya untuk mencapai sesuatu peluang yang derang nak. Keje senang. Jumpa orang dalam, mintak tolong adjust, then dapat apa yang kita nak. Tak payah sibuk nak merayu, ikut prosedur macam yang orang lain terpaksa tempuh. Dah alang-lang kenal kan, guna jela. Kalo tak guna nanti tak tau la bila nak dapat kan. Dan mentaliti yang macam ni lama kelamaan kita anggap seperti sesuatu yang biasa yang menjadi lumrah zaman sekarang. Aspek yang selalu kita pandang kalo berlaku sesuatu ialah apa kebaikan dan apa keburukan yang kita boleh nampak. Hal ni tak terkecuali dengan penggunaan sistem 'orang dalam' nieh (sistem ker? Hentam la ko Timah).


Nobita yang menumpang kelebihan Doraemon
sumber Mr. Google

Apa baiknya :
Secara am yang kita boleh nampak bila dah berkabel ni, kebaikan adalah untuk individu atau kumpulan yang menggunakan sistem nieh. Secara terangnya mesti comfirm dapat punya. Takde salahnya kalo kita cukup kriteria atau melebihi dari kriteria yang ditetapkan. Mungkin bagi sesetengah orang benda ni kejam, tapi takpelah. Kita yakin kita boleh, dibuktikan lagi dengan kriteria yang bagus, apa ada masalah kan. Selain untuk kepentingan kita, ia jugak boleh memberi manfaat kepada organisasi yang memilih kita. Kabel yang ada tuh kita gunakan sebagai platform untuk kita dapatkan apa yang kita nak tanpa perlu berusaha keras macam orang lain yang tak boleh nak berpaut di mana-mana.

Apa buruknya :
Haaaa... Ini yang kita kena nilaikan sebenarnya. Apa buruknya penggunaan kabel. Tak melampau kalo Mrs. Yan takrifkan hal ni sedikit sebanyak boleh dikatakan sebagai satu penindasan kepada yang berhak. Individu atau pihak yang tidak mempunyai apa-apa kriteria ataupun tidak memenuhi kriteria menggunakan sistem 'orang dalam' ni untuk memenuhi kehendak. 'Orang dalam' yang berpengaruh tersebut pun menggunakan kuasa yang ada. Hasilnya, tak mustahil akan memberi kesan pada organisasi tersebut. Kuantiti lebih dari kualiti. Kepakaran kurang dari pelbagai aspek. Mrs. Yan nak bercakap lebih pun takut. Tapi itu hakikatnya. Dan itulah yang terjadi disekeliling kita.

Contoh yang terjadi tak semestinya dalam sektor pekerjaan. Sedar atau tidak, perkara ni dah pun menular ke sistem pendidikan kita. Mrs. Yan bagi contoh, pelajar yang cemerlang dalam UPSR, PMR contohnya. Mrs. Yan pernah dengar parent student ni siap kena merayu-rayu 2-3 kali supaya anak dia ditempatkan di sekolah berasrama. Pelajar tuh pun sampai frust kenapa dia macam tak layak duduk di sekolah berasrama. Ko-kurikulum pun bagus, ada jawatan. Nak sambung belajar lepas SPM pun payahnya lah. Sampai yang kata ko kena guna kabel dulu baru boleh dapat. Tu nak sambung belajar je tuh. Ini apa yang Mrs. Yan dengar. Luahan hati parent. Kesian Mrs. Yan tengok. Tapi masa Mrs. Yan dulu Alhamdulillah tak lah seteruk ni. Mrs. Yan still dapat sambung belajar walaupun takde 'orang dalam'. Jangan sampai pelajar pandai tidak mendapat hak yang sepatutnya. Lagipun kalo tak gunakan kabel pun persaingan untuk sambung pelajaran dah semakin sengit. Terlalu ramai budak yang pandai sekarang ni. Kalo dah campur dengan faktor 'orang dalam' ni, kemudian pelajar kurang berjaya pulak yang terpilih, Mrs. Yan tak nampak di mana kebaikannya. Tapi kalo pelajar tuh cemerlang, layak untuk memasuki mana-mana sekolah berasrama atau IPT, tak salah untuk memanfaatkan kenalan dan orang-orang yang berpengaruh tersebut. Tapi jangan sampai kita seolah-olah menjual pendidikan pulak ye.

Dari segi merebut peluang pekerjaan lagi lah hebat. Yang ni banyak sangat Mrs. Yan rasa. Mrs. Yan ada dapat surat panggilan temuduga dari satu Syarikat Air tapi di luar Selangor sebagai juruteknik. Lama dah. Masa mula-mula baru nak mencari tapak untuk hidup. Mrs. Yan gerak dengan adik, Si Iwan. Kami orang pertama sampai time tuh. Ingatkan sampai awal, interviewnya awallah. Ghupenye yang hado. Kena ikut senarai dalam kertas tuh. Mrs. Yan dalam nombor 10 kalo tak silap. Dalam senarai tuh Mrs. Yan sorang je pompuan dan Mrs. Yan rasa yang tinggal luar dari negeri tuh. Hahahahaha....Tetiba sampai la calon-calon lain. Yang takleh blah tuh diapit mak bapak. Sekarang ni taktau la sape lelaki sape pompuan. Bukan sorang tau calon yang datang dengan mak bapak. Yang membuatkan Mrs. Yan terkedu boleh lak parent tuh g jumpa interviewer, pas2 cakap, encik, ni anak saya. Amiklah anak saya ye. Ada jugak yang datang, cakap macam ni, 'encik saya yang tepon hari tuh, ni anak saya ye. Tolong amik anak saya'. (Longhat yang digunakan dirahsiakan ea). Mrs. Yan pandang Si Iwan, Si Iwan pandang Mrs. Yan. Si Iwan cakap, 'kalo aku jadi ko kak, aku balik dah'. Memang rasa nak balik pun. Sedeyyyyy....


Kami dah ada calon sendiri
sumber Mr. Google

Tuh yang cerita macam tuh. Ada lagi yang dapat masuk kerja, masuk-masuk terus je as a permanent ok. Melampau nieh. Berapa banyak tangga hang daki nieh. Bila risik-risik, takde langsung kriteria yang membolehkan dia dapat jawatan tuh. Ini kan pulak nak dapat permanent. Huh... Kuota yang sepatutnya diisi oleh orang yang sepatutnya telah 'dirampas' oleh orang yang mementingkan diri. C'mon la... Kalo hebat jangan la sampai nak menganiaya orang. Dan kami yang teraniaya sebab takde 'orang dalam' akan mengabdikan diri dengan menghadiri interview untuk berkali-kali sampai la ada pihak yang bersimpati.... choyyyy... (apahal ko tetibe emo ni Kiah). Mrs. Yan tak emo, tapi tanya la sesiapa, berapa ramai yang suka berdepan dengan interviewer. Mrs. Yan memang tak suka. Hahahahahaha....

Mungkin cerita ni sebahagian yang kita nampak yang besar kan. Tapi banyak jugak hal kecik-kecik yang terabai. Belum lagi dengan cara khidmat 'orang dalam berbayar'. Kamoo kamoo sendiri boleh rasa dan penah rasa. Apa salahnya yang si 'orang dalam' tuh pun tengok la qualitification orang yang menagih pertolongan tuh. Jangan sampai nanti yang dikatakan bodoh bukannya orang yang menagih, tapi awak yang memberi.  Dan kepada yang tidak layak tetapi menggunakan 'khidmat' sebegini, tolonglah carikan kabel yang kuat untuk anak-anak anda pada masa akan datang supaya anda tidak merasa bersalah kalo nanti anak-anak anda pulak yang menerima nasib seperti orang yang telah anda aniaya.

Hopefully entry ni takde menyinggung mana-mana pihak. Cuma cuba untuk memberi pandangan apa yang terjadi.


-Thanks for reading-

Sunday, March 31, 2013

Ganjil Kucing Ini Memiliki 4 Cuping Telinga


Terdapat seekor kucing mempunyai keunikkan tersendiri dan tiada pada kucing yang lain iaitu kucing mempunyai 4 cuping telinga. Kucing ini bernama Yoda dan dilahirkan dengan 2 pasang telinga. Pemiliknya, Valarie dan Ted Rock memelihara Yoda dua tahun yang lalu selepas mengunjungi sebuah bar di Chicago, Yoda diletakkan di dalam sebuah sangkar berdekatan pintu masuk untuk dijadikan tarikan.




Watch The Mask (1994) Movie Online For Free Without Downloading

see-turkeyThe Mask one of my favorite Jim Carrey movies. It's also from the funniest film I have ever seen in my life. The mask is a movie that can be enjoyed by anyone. Cameron Diaz will never forget this movie, it's her acting debut and one of the best performance of her career. You will always get entertained when you watch this film. A must-see for those who want to laugh so much FUN!.

How to watch The Mask For Free - click on the play icon in the middle of the screen and wait for movie to load. Enjoy the movie.

if you want to watch The Mask (1994) movie online on full screen, All you have to do is click on play icon. It's very easy. It's very easy. It's very easy. Watch The Mask 1994 Online Free Here No Downloading Required.

Enjoy watching and Don't forget to leave a comment to let others know that video is working fine.

Watch Footloose (2011) Movie Online For Free Without Downloading

see-turkeyFootloose is not as good as the original but still a good remake! The storyline is the same as original with just a few updates. The music and dancing are good. It's an entertaining movie that's filled with good music and dance. I would recommend it to everyone if you go to see it with your friends, you probably won't regret it. Don't forget to leave a comment after you watch it and let us know your thoughts.

How to watch Footloose For Free - click on the play icon in the middle of the screen and wait for movie to load. Enjoy the movie.

if you want to watch Footloose (2011) movie online on full screen, All you have to do is click on play icon. It's very easy. It's very easy. It's very easy. Watch Footloose 2011 Online Free Here No Downloading Required.

Enjoy watching and Don't forget to leave a comment to let others know that video is working fine.

Watch August Rush (2007) Movie Online For Free Without Downloading

see-turkeyAugust Rush is a touching movie with some great music. if you are a music fan, you will probably love this film. I hope everyone will enjoy this movie. Have a great weekend.

How to watch August Rush For Free - click on the play icon in the middle of the screen and wait for movie to load. Enjoy the movie.

if you want to watch August Rush (2007) movie online on full screen, All you have to do is click on play icon. It's very easy. It's very easy. It's very easy. Watch August Rush 2007 Online Free Here No Downloading Required.

Enjoy watching and Don't forget to leave a comment to let others know that video is working fine.

Daerah Lestari Bandar Bestari

Daerah Lestari Bandar Bestari

Lawatan pada 27hb Mac 2013 ke DAERAH LESTARI BANDAR BESTARI, Kampus PFI Jasin, Melaka. 

Inilah kampus baru untuk pelajar-pelajar FSKM dan Fak Perladangan (Agrotek) di Jasin, Melaka.

Lawatan tapak yang dilakukan minggu lepas menyaksikan hampir ~80% (menurut pihak kontraktor) sudah siap... tinggal 129 hari lagi (pada hari Rabu 27hb Mac 2013) (jika ditolak sehingga ke hari ini tinggal 124 hari lagi) countdown sehingga ke hari penyerahan ke UiTM pada 18 Julai 2013.
countdown!
Perbincangan dengan pihak kontraktor
Pemandangan dari pintu hadapan
Peta keseluruhan tapak (berwarna hijau)
 Inilah gambar Fakulti

Sains Komputer & Matematik di site office
Tadika juga disediakan ..(jadi staf yang mempunyai anak kecil jangan risau..sudah ada tempat penjagaan anak-anak)
Asrama / Kolej bagi para pelajar
Bangunan Perpustakaan yang sangat besar

Bangunan FSKM yg terletak bersebelahan Perpustakaan ...(senang lah pelajar dan pensyarah hendak pergi library, jalan kaki sebelah bangunan sahaja)
Akan terdapat 12 buah makmal komputer semuanya, 4 buah makmal di setiap aras ...
Ada gaya Engineer tak? nak pergi site kena pakai topi keselamatan dan kasut boot..!
 Berat ya amat boot tu!!Dah lah besar ... Jalan dah macam robot aja ...sebab takut semasa jalan boot tu tertanggal ! hehe
 Our Deputy Dean pun dah ada gaya Engineer !
Kawasan ini adalah penempatan bilik-bilik pensyarah ...
Pemandangan fakulti dari bhgn dalam ...bangunan ini berbentuk U

Ini adalah bangunan yang menmpatkan bilik-bilik kuliah ... terdapat 16 bilik kuliah, 8 bilik tutorial, 1 audiotorium, 3 Dewan Kuliah ...dan ...hurmm..terlupa pula apa lagi ..tapi yg pasti bangunan ini ada lif!
Juga terletak berdekatan dgn bangunan FSKM ...

Akhirnya hari sudah hampir petang, kami pun berundur diri kerana perjalanan balik ke Shah ALam juga akan mengambil masa beberapa jam..Semoga apa yang dirancangkan akan memberi kebaikan dan menafaat kpd semua orang yang terlibat ...
Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berilah jalan Kemudahan bagi mereka terutamanya adik-adik pimpinan ku atau sesiapa sahaja yang akan menduduki Daerah Lestari Bandar Bestari ini...Ameen. 

Gambar Belangkas