Thursday, March 7, 2013

Spring time!

Its still so cold! We had a day of 14 degrees celcius and after that the temperature plunged to 4 degrees. London is supposedly going to snow this weekend too.

Waiting for the day i can be jacketless n just slip on a dress without having to worry about the weather.
If you dont know, i love dresses :)




Wednesday, March 6, 2013

Apa saya buat time meeting!

Assalammualaikum..

Haaaa.... Saya suka lukis pokok time meeting!! Macam2 jenis pokok.

Tapi saya lukis cara saya la..

Best tau lukis pokok time meeting..

Rasa macam diawangan.. Muhahahhaa..

Sekali tengah meeting orang tanya! Nganga mak!! Hehe..

Pandai- pandai la ye cover!!

Bagi yang dah cekap melukis macam saya, semua tu kacang, tangan jalan, telinga jalan.. Tapi semua tu kena latihan yang jitu dan berterusan tau! Muhahhaa..


Cuba korang lukis pokok time meeting, mesti rasa macam tenang lagi mendamaikan.. Hehe..

Buat ajaran sesat pulak kan!

pissstttt..post ni pun saya buat masa tengah meeting tau..















Perbaharui insurans motor di POS

Pagi td lepas pos barang, tanya kak kaunter boleh dak renew roadtax insuran kat pejabat pos. Dia kata buleh! Bawa polisi dan geran. Polisi xdak kak! Tak pa wak mai geran ja, polisi kita buleh cek kat sini. Ya ka.....

Aku pun balik ambik geran. Bagi dia, dia cek kena la RM135.50. Road tax insurans utk motor kriss aku ni dah seminggu mampuih.....Sekejap jer siap, nak tunggu giliran ja lama sikit.

pejabat pos kecik


Kelmarin aku pi pej. pos nak pos barang. Ambik no dapat no. xx98, sekarang xx88. Lambat tu ada 10 org lagi duk tunggu. So aku p beli buhun sup bungkus kat bini aku, minum tea ais segelas, isap rokok daung. Balik hantar bihun sup. Dekat ja....Patah balik ke pej. pos, tgk2 no masa tu xx97. Maknanya lepas ni aku la. Tu dia aih, berapa byk keja aku buleh buat dari duk termenung tunggu giliran....

Menurut member aku yg keja kat maybank. Insuran naik lagi. Sbb dah terima BR1M! Heheheh ya ka....kutip balik ker? Ntah la...Kalu x ambik, xleh renew roadtax insurans. Ambik, kalu claim lambat kemain. Insuran insuran.....

Port Dickson Part 04 : Sunset


Mahahari Terbenam


Mr. Aid yang excited nak amik sunset. Sanggup  tuh g sengsorang. Mrs. Yan tido. Kuangkuangkuang...

Enjoy the view... 





-Thanks for reading-

Port Dickson Part 03 : Pantai Bagan Pinang


Bakar-bakar, Santai-santai

 

Lebih kurang pukul 10 pagi kami sekeluarga bergerak ke pantai. Cadangnya nak ke Teluk Kemang je. Tapi kebetulan ada Sambutan Hari Tentera Darat yang ke-80. Nampak macam meriah. Siap ada kereta kebal lagi. Memang ramai orang. Port Dickson ni kan Bandar Tentera Darat. Kami pun pergi ke Pantai Bagan Pinang. Ok pantai dia. Kebetulan orang pun tak ramai lagi masa tuh. Jadi kami dapat la ‘port’ yang best sikit. Bawah pokok, siap ada kerusi meja lagi. Pasang khemah, bentang tikar, campak semua barang-barang berharga dalam khemah tu, hidupkan api... Ucapaca bakar-membakar pun bermula. Seronok sebab dah lama tak buat macam tu. Macam biasa tukang bakar memang Iwan la. Takde dia, tak berasap dapur...Hamboi...

Biasanya kalau kami ber'BBQ' ni mesti ada ayam. Lepas tu adalah tambahan sotong, ‘hotdog’, dan last sekali Oblong kambing. Oblong ni nanti nak di'modified' jadi kebab kambing...huhuhuhu...Lepas tu, Dayah pulak kerja dia menggoreng. Kentang ada, nugget pun ada. Ada jugak kami buat ‘coleslow’ (boleh guna jugak untuk kebab nanti), ‘blackpepper sauce’, and lastly roti pita. Abah kali ni takde sibuk wat pape pun. Dia asyik dok menunggu bila kebab kambing tuh nak siap je. Untuk kebab kami guna Oblong Kambing jenama Sempoi. Sedaplah bagi yang suka ada rasa kambing tuh kan. Harga masa kami beli, RM24 untuk 10 keping. OKlah kan. 



Relax kan Che Mat








The Making Of Lamb Kebab



Lepas kenyang makan, sembang-sembang, bahan-membahan, air laut pun surut. Tetibe teringin lak nak cari siput sedut. Untung-untung boleh buat masak lemak. Tapi takde la pulak. Taktau kot macam mana nak cari. Huhuhuhuhu... Jadinya, kami takat cari remis jelah kat tepi pantai. Tu pun tak banyak. Dayah kata tak macam kat Pantai Remis. Iwan keluarkan layang-layang besar dia. Seronok tengok dia boleh terbang tinggi. Siap ada helang lagi terbang sebelah layang-layang tuh. Dia ingatkan best friend dia kot. Mr. Aid lak dok sibuk berkubang.


Iwan dengan layang-layang. 




Remis tak jumpa, benda lain yang banyak.


Pakcik ni tengah cari cacing untuk umpan ikan pari. Panjangkan cacing tuh.



Semua dah kepenatan, kami pun berkemas balik ke apartment dalam pukul 4lebih macam tuh. Rehatkan badan dulu, malam nak g dinner kat Medan Ikan Bakar MPPD lak. Hoyeyyyyy!!!

-Thanks for reading-


Port Dickson Part 02 : Matahari Pagi @ Pantai Bayu Beach Resort


Sweet-sweet


Pagi Sabtu dah menjelma. Sebelum ber'BBQ', Mr. Aid & Mrs. Yan ber’sweet-sweet’ dulu kat Pantai Bayu Beach tempat kami menginap. Sempat la amik gambar berdua-duaan. Tapi tak banyak pun yang sempat amik. Next time g boleh amik lagi.

Pantai ni boleh dikatakan privacy untuk hotel dan apartment Bayu Beach. Tapi tak tau la kalo ada gak orang luar yang masuk. Huhuhuhuhu… Tok BBQ hari ni kami tak buat kat pantai ni sebabnya arang pun tak beli lagi. Susah kalau ada barang yang tak cukup nanti.






-Thanks for reading-

Tuesday, March 5, 2013

Kisah seorang isteri~~Saya bahagia begini

Assalammualaikum..

Hari saya setiap hari isnin - jumaat bermula jam 6.15pagi. Bangun je, saya akan terus gi makan sesudu minyak habatul sauda dan segelas air. Habatul sauda kan bagus, so saya amalkan untuk kesihatan, dah malas makan vitamin-vitamin ni. Bukannya nampak sangat kesan bila makan vitamin-vitamin ni, so lebih baik amalkan pemakanan ikut Islam, Habatul sauda, insyallah ada kesannya, tapi kena berterusan la, seeloknya makan sebelum azan subuh, tapi saya ni selalunya makan masa azan subuh berkumandang, asyik terlajak je..

Okey, lepas tu saya akan panaskan  lauk untuk bawa bekal. Selalunya kalau ada lauk lebih yang semalam la, kalau habis,saya taklah bawa bekal. Tapi selalunya saya akan siapkan dari malam, macam ikan ke, puyuh ke, saya dah siap pesiang dan letak garam kunyit,so..pagi tu terus goreng je.

Lepas tu mandi, solat, iron baju. Lepas siap berbaju kerja, gi dapur baliak, masak air dan masukan bekal dalam bekas, bagi sejuk dulu baru masukan dalam bekas, kalau panas-panas nanti basi pulak. Buat susu untuk bekal saya, dan nescafe untuk suami.

Masukan bekal dalam kereta, panaskan kereta & siram pokok. Lewat macam mana pun saya akan siram, jarang sangat la saya tak siram. Kesian kat pokok tu, takde makanan..nanti dia haus..

Masuk rumah, salam suami, ambil sampah buang, pastu gi kerja.

Tu aktiviti pagi je tu.

Balik je kerja, selalunya saya akan selesaikan dulu kerja luar, bayar bil ke, gi tengok sedara-mara sakit kat hospital ke, gi beli barang-barang dapur ke.. kira tengok keperluan la.

Balik je, terus siram pokok.. Saya sayang pokok-pokok saya tau!! So, untuk kekalkan kesuburan pokok, kena pastikan 'makanan' dia cukup. Lepas tu rehat kejap depan tv, kalau suami balik awal, ada je la..Lapaq la, nak cucuq la, nak air la.. so, kena la buat kan.. Paling koman pun buat tea cicah ngan biskut hup seng! ;)

Okey, Dalam kul7 saya dah masuk dapur, siang apa yang patut, goreng apa yang ada, tumis apa yang tersedia. Kalau tak dan la nak siapkan masak tu, saya gi mandi n solat dulu, pastu sambung balik. kira ikut keperluan la.

Pastu makan. Lepas makan kemas dapur la pula kan..

Paling lewat pun, semua kerja saya akan berakhir jam 9.30 malam.

Tu la tugas harian saya. Tapi saya okey je, suami pun taklah bagi tekanan sangat, dia tu asalkan ada makanan je okey. Dia pernah gak cakap, 'abang kesian kat ayang balik masak pula, ayang kalau tak larat beli pun takpa'. Tapi saya yang nak masak, jemu sangat la makan kat kedai. Saya suka masak sendiri sebab tu la pengikat kasih sayang. Sedap ke, tak sedap ke, suami tetap makan. Saya tak nak jadi macam cerita ni . Saya betul-betul nak elakkan jadi macam tu.Saya tak nak kesal dikemudian hari.

Sebab tu la saya suka dan sangat suka apa yang saya buat. Saya akan pastikan saya masak sekurang kurangnya 4-5hari seminggu, yang lain tu makan luar @ tapau je.

Saya bahagia begini.

Gambar Belangkas