Friday, January 11, 2013
Pesta Pelik Gusti Manusia Dengan Kuda
Setiap tahun, apabila tiba musim panas, penduduk-penduduk di perkampungan Galicia, barat daya Sepanyol akan berpusu-pusu memenuhi dataran pergunungan Sabucedo untuk menjalankan pesta tradisional yang dikenali sebagai 'Rapa Das Bestas'.
Festival ini memerlukan mereka untuk menangkap dan menundukkan kuda liar dengan tangan kosong, membersihkan serta memangkas bulu haiwan tersebut sehingga rapi
Misteri Tapak Kaki Gergasi Manusia Di Afrika
Sains mengatakan bahawa bangsa-bangsa manusia gergasi tidak wujud. Adakah gergasi pernah hidup di Bumi? "Tapak kaki Goliath", adalah panggilan penduduk tempatan terhadap tapak kaki gergasi ini. Ia menjadi salah satu daripada rahsia Afrika Selatan.
Michael Tellinger menunjukkan salah satu gambar bukti yang terbaik bahawa terdapat gergasi di Bumi pada masa dahulu kala. Ahli-ahli geologi amat
Misteri Tukul Besi Kuno Di London
Misteri artifak ini sentiasa menjadi perdebatan hangat di antara penyokong teori penciptaan dan teori Darwin. Jadi apakah ia? Artifak tukul besi London yang dikelilingi oleh jisim pepejal batu "Cretaceous". Pemegang tukul diperbuat daripada kayu dan sebahagiannya telah menjadi batuan.
Ia ditemui di London, Texas. Pada Jun 1936, semasa Max dan Emma Hahn berjalan-jalan di Red Creek,
Thursday, January 10, 2013
Pelik! Almari Khas Untuk Seterika Pakaian
Steamrail merupakan produk buatan sebuah syarikat perusahaan barangan elektronik, DisplaySense yang terletak di Amerika Syarikat. DisplaySense merupakan sebuah syarikat yang menjual barangan melalui sistem dalam talian. Menurut jurucakap DisplaySense, Jim Moody, produk sebegini adalah yang pertama kalinya dicipta di dunia.
Almari steamrail didatangkan sekali bersama-sama beberapa komponen
'mama toyak'
Assalammualaikum..
Kemarin saya keluar dari pejabat dalam kul 5.30 petang. Selalunya tepat kul 5 dah balik, tapi kemarin ada kerja sikit. Kangar ni memang la pekan kecil, tapi trafic light bercambah ye, jalan sikit jumpa trafic light, baru tekan minyak,dah jumpa lampu merah. Kiranya bandar metropolitan la.. ;D
Okey, masa saya berhenti kat lorong beri laluan, tiba-tiba je kereta bergoyang dengan sendirinya! hhhaaa..bukan hantu yang goncang ye, tapi kereta langgar belakang kereta saya!!
Tapi tak tahu la kenapa, saya cool je..tak kalut macam sebelum ni. Saya tengok cermin belakang, nampak orang yang duduk sebelah tu angkat tangan macam nak tumbuk pemandu. Saya drive sampai kat bus stop depan, berhenti. Kereta yang langgar pun ikut je. Dia naik kereta jenis lama,kereta meniaga.
Bila keluar, saya tengok kereta saya tak pecah, cuma bumper tu jatuh. Adik yang langgar tu pun cool je.. dia bagi no phone dia, dan suruh saya call bila dah baiki. Masa tu saya blur..Emmm...saya diam kejap.. 'Adik tunggu sat, kak nak call suami kak sat'.
Sementara tunggu suami sampai, isteri adik yang langgar tu ada cakap, 'kak, saya memang marah kat dia, tak hati-hati. Saya ni baru sudah belah perut, ada ketumbuhan. Sakit.'
Sesi siasatan pun bermula.
'Adik, macam mana tau kata ada ketumbuhan?'
'Saya gugur,lama dah la. masa cuci tu doktor nampak ada ketumbuhan, nak buat masa tu tak ada duit. Tapi ni dah makin membesaq, kena buat juga la.'
'Hospital kerajaan pun mahal ke?'
'Kena rm80 ja kak, tapi ubat tu yang mahal. Ni pun saya baru pi cucuk kemarin, patutnya saya masuk hospital,tapi tak ada sapa nak jaga anak ni (sambil tunjuk anak dia yang tengah main2 kat depan kami). Saya tak mau masuk la, ni pun ikut dia meniaga jugak.'
Pastu saya diam.. Kesian.. Masa tu saya terus niat, kalau kena tak sampai rm100, saya nak halalkan je.
Bila suami sampai, dia terus call kawan dia yang lebih tahu bab2 kereta ni. Masa tengah tunggu kawan suami sampai tu, Adik tadi bangun dari duduk dan terus je pi kat suami dia kat belakang bus stop. Pastu saya dengar bunyi meraung menangis dan makian. Alamak!!! Serbasalah saya!
Masa tu dia cerita la kat suami apa yang dia cerita kat saya, suami saya pun cakap, kalau sikit-sikit tak payah minta duit, cat takpa, tak payah minta.
Masa tu memang saya dengar adik tu tengah maki-maki suami dia. Kesian sangat. Nasib baik suami tu tak melawan.
Isteri dia siap ajak suami saya report polis, nak bagi suami dia masuk lokap. Memang betul-betul marah.
Tiba-tiba...anak dia yang kecil tu dengan muka sedih mai kat tepi saya.
'mama toyak' (mama menangis)
Alahai...lagi la kesian.
Nasib baik kawan suami sampai time tu, kalau tak dah nangis dah kat situ. Kawan suami buka tempat letak tayar spare, remok! teruk rupanya. Luaran nampak sikit ja, tapi dalaman agak teruk. Kami terus pi kedai, abang pomen tu tengok je terus cakap RM350.00. Cat RM200.
Adik yang langgar tu senyum. Cool je walaupun dah langar kereta dan kena maki dengan isteri .
Dia bagitau dia memang tak ada duit.
Terdiam saya ngan suami.
Pastu isteri dia keluar dari kereta. 'Takpa,saya bayar sekarang. Kita selesai kat sini, takat dunia ja.. **(&#^#%$!@~@@#~&~%&^&* dia maki suami dia.
Suami saya pun cakap, cat takpa, kita tak payah kira, kita kira body kereta ni cukup.
'Takpa abang, kalau nak cat, abang bagi saya meniaga dulu sat, bagi saya simpan duit, nanti cukup duit abang pi cat kat sepupu saya.' Nada tahan sebak.
Masa dia bagi duit kat saya tu,saya serbasalah sangat. Berat hati nak ambil. Tapi ambil juga la kan, sebab dah bincang dengan suami pasal cat tu kami buat sendiri. memang takmau nak panjang-panjang cerita. Kira kita sama-sama la tanggung. Dia pun bertanggungjawab, tak lari. So kita sama-sama bertolak ansur.
Kalau saya ni kaya, saya tak minta duit kat dia.
Kesian.
Sedih sebenarnya bila ingat, pasangan muda yang dah ada anak tapi hidup macam tu. Saya rasa umur pasangan ni dalam 25 @ 26 tahun. Dua-dua ada rupa, yang suami manis, yang isteri pun manis. Anak pun cute je. eeeeemmm..habuan masing-masing. Banyak kita usaha, insyaallah banyak la kita dapat.
Pengajaran untuk saya. Allah nak saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Makan pakai cukup, ada kerja, ada suami. Walaupun belum ada anak, tapi saya tetap bersyukur dan bahagia.
Pelik! Pungut Sampah Dan Kumpul Dalam Rumah
Hampir setiap inci lorong di tingkat atas rumah kediaman Anthony bertimbun dengan timbunan barangan, menjulang dekat dengan siling.
Terdapat beberapa gantung majalah dan beg pakaian yang penuh sesak dengan buku-buku, pakaian dan peralatan perkakasan sehingga menyukarkan untuk bergerak.
Walaupun tidak berselerak seperti tingkat atas, bilik keluarga hidup dalam keadaan ruang yang sempit.
Wednesday, January 9, 2013
Resepi Ayam Ros Bermadu
Assalamualaikum,
Kalai ini kita kongsi resepi pula. Jom senaraikan bahan-bahan yang perlu. Sebelum itu, kali ini kita masak masakan ringkas, yang boleh dihidangkan bersama nasi. Nama masakan ini ialah ayam masak ros bermadu. Jom tengok senarai bahan yang perlu.
Bahan-bahan:- Ayam separuh
- Bunga lawang (3), bunga cengkih (2), kayu manis (1)
- Bawang besar, bawang merah dan bawang putih - dikisar
- CIli kisar/ cili boh (dalam 2-3 sudu)
- Tomato 2-3 biji (dikisar)
- Cili muda merah 3 biji (dikisar)
- Serai sebatang, boleh dikisar jika mahu. Jika tidak ketukkan sahaja.
- Sos cili dan sos tomato -untuk memekatkan kuah
- Susu cair (1-2 senduk)
- Garam dan gula secukup rasa.
- Panaskan minyak dan goreng ayam terlebih dahulu. Kemudian, ketepikan. ** TIPS UNTUK MELEMBUTKAN AYAM - Boleh gaul ayam bersama kunyit, garam dan tambah satu sudu madu. Perap sebentar, dan kemudian goreng.
- Tumis 3 beradik rempah (bunga lawang, cengkih dan kayu manis). Masukkan bawang kisar dan serai, tumis sehingga naik bau wanginya.
- Masukkan cili kisar, cili muda dan tomato yang dikisar tadi.
- Jika mahukan kuah sedikit pekat, boleh tambah sos tomato atau sos cili.
- Bila dah mendidih dan pecah minyak, masukkan gula dan garam secukup rasa.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, dan gaul sekata.
- Akhir sekali tambah susu cair dan masak dengan api sederhana. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi.
@Admin - Resepi mudah dan senang dihidangkan. Tapi rasa lain sikit. Best
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...