Thursday, January 10, 2013

'mama toyak'

Assalammualaikum..

Kemarin saya keluar dari pejabat dalam kul 5.30 petang. Selalunya tepat kul 5 dah balik, tapi kemarin ada kerja sikit. Kangar ni memang la pekan kecil, tapi trafic light bercambah ye, jalan sikit jumpa trafic light, baru tekan minyak,dah jumpa lampu merah. Kiranya bandar metropolitan la.. ;D

Okey, masa saya berhenti kat lorong beri laluan, tiba-tiba je kereta bergoyang dengan sendirinya! hhhaaa..bukan hantu yang goncang ye, tapi kereta langgar belakang kereta saya!! 

Tapi tak tahu la kenapa, saya cool je..tak kalut macam sebelum ni. Saya tengok cermin belakang, nampak orang yang duduk sebelah tu angkat tangan macam nak tumbuk pemandu. Saya drive sampai  kat bus stop depan, berhenti. Kereta yang langgar pun ikut je. Dia naik kereta jenis lama,kereta meniaga.

Bila keluar, saya tengok kereta saya tak pecah, cuma bumper tu jatuh. Adik yang langgar tu pun cool je.. dia bagi no phone dia, dan suruh saya call bila dah baiki. Masa tu saya blur..Emmm...saya diam kejap.. 'Adik tunggu sat, kak nak call suami kak sat'.




Sementara tunggu suami sampai, isteri adik yang langgar tu ada cakap, 'kak, saya memang marah kat dia, tak hati-hati. Saya ni baru sudah belah perut, ada ketumbuhan. Sakit.'

Sesi siasatan pun bermula.
'Adik, macam mana tau kata ada ketumbuhan?'

'Saya gugur,lama dah la. masa cuci tu doktor nampak ada ketumbuhan, nak buat masa tu tak ada duit. Tapi ni dah makin membesaq, kena buat juga la.'

'Hospital kerajaan pun mahal ke?'

'Kena rm80 ja kak, tapi ubat tu yang mahal. Ni pun saya baru pi cucuk kemarin, patutnya saya masuk hospital,tapi tak ada sapa nak jaga anak ni (sambil tunjuk anak dia yang tengah main2 kat depan kami). Saya tak mau masuk la, ni pun ikut dia meniaga jugak.'

Pastu saya diam.. Kesian.. Masa tu saya terus niat, kalau kena tak sampai rm100, saya nak halalkan je.

Bila suami sampai, dia terus call kawan dia yang lebih tahu bab2 kereta ni. Masa tengah tunggu kawan suami sampai tu, Adik tadi bangun dari duduk dan terus je pi kat suami dia kat belakang bus stop. Pastu saya dengar bunyi meraung menangis dan makian. Alamak!!! Serbasalah saya! 

Masa tu dia cerita la kat suami apa yang dia cerita kat saya, suami saya pun cakap, kalau sikit-sikit tak payah minta duit, cat takpa, tak payah minta. 

Masa tu memang saya dengar adik tu tengah maki-maki suami dia. Kesian sangat. Nasib baik suami tu tak melawan. 

Isteri dia siap ajak suami saya report polis, nak bagi suami dia masuk lokap. Memang betul-betul marah.





Tiba-tiba...anak dia yang kecil tu dengan muka sedih mai kat tepi saya. 


Saya tanya dia 'awat adik?'

'mama toyak' (mama menangis)




Alahai...lagi la kesian. 


Nasib baik kawan suami sampai time tu, kalau tak dah nangis dah kat situ. Kawan suami buka tempat letak tayar spare, remok! teruk rupanya. Luaran nampak sikit ja, tapi dalaman agak teruk. Kami terus pi kedai, abang pomen tu tengok je terus cakap RM350.00. Cat RM200.

Adik yang langgar tu senyum. Cool je walaupun dah langar kereta  dan kena maki dengan isteri .
Dia bagitau dia memang tak ada duit. 

Terdiam saya ngan suami. 

Pastu isteri dia keluar dari kereta. 'Takpa,saya bayar sekarang. Kita selesai kat sini, takat dunia ja.. **(&#^#%$!@~@@#~&~%&^&* dia maki suami dia.

Suami saya pun cakap, cat takpa, kita tak payah kira, kita kira body kereta ni cukup.

'Takpa abang, kalau nak cat, abang bagi saya meniaga dulu sat, bagi saya simpan duit, nanti cukup duit abang pi cat kat sepupu saya.' Nada tahan sebak.

Masa dia bagi duit kat saya tu,saya serbasalah sangat. Berat hati nak ambil. Tapi ambil juga la kan, sebab dah bincang dengan suami pasal cat tu kami buat sendiri. memang takmau nak panjang-panjang cerita. Kira kita sama-sama la tanggung. Dia pun bertanggungjawab, tak lari. So kita sama-sama bertolak ansur. 

Kalau saya ni kaya, saya tak minta duit kat dia.
Kesian. 




Sedih sebenarnya bila ingat, pasangan muda yang dah ada anak tapi hidup macam tu. Saya rasa umur pasangan ni dalam 25 @ 26 tahun. Dua-dua ada rupa, yang suami manis, yang isteri pun manis. Anak pun cute je. eeeeemmm..habuan masing-masing. Banyak kita usaha, insyaallah banyak la kita dapat. 

Pengajaran untuk saya. Allah nak saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Makan pakai cukup, ada kerja, ada suami. Walaupun belum ada anak, tapi saya tetap bersyukur dan bahagia.
 


 
 


Pelik! Pungut Sampah Dan Kumpul Dalam Rumah


Hampir setiap inci lorong di tingkat atas rumah kediaman Anthony bertimbun dengan timbunan barangan, menjulang dekat dengan siling.




Terdapat beberapa gantung majalah dan beg pakaian yang penuh sesak dengan buku-buku, pakaian dan peralatan perkakasan sehingga menyukarkan untuk bergerak.

Walaupun tidak berselerak seperti tingkat atas, bilik keluarga hidup dalam keadaan ruang yang sempit.

Wednesday, January 9, 2013

Resepi Ayam Ros Bermadu

Assalamualaikum, 
Kalai ini kita kongsi resepi pula. Jom senaraikan bahan-bahan yang perlu. Sebelum itu, kali ini kita masak masakan ringkas, yang boleh dihidangkan bersama nasi. Nama masakan ini ialah ayam masak ros bermadu. Jom tengok senarai bahan yang perlu.
Bahan-bahan:
  1. Ayam separuh
  2. Bunga lawang (3), bunga cengkih (2), kayu manis (1)
  3. Bawang besar, bawang merah dan bawang putih - dikisar
  4. CIli kisar/ cili boh (dalam 2-3 sudu)
  5. Tomato 2-3 biji (dikisar)
  6. Cili muda merah 3 biji (dikisar)
  7. Serai sebatang, boleh dikisar jika mahu. Jika tidak ketukkan sahaja.
  8. Sos cili dan sos tomato -untuk memekatkan kuah
  9. Susu cair (1-2 senduk)
  10. Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan goreng ayam terlebih dahulu. Kemudian, ketepikan. ** TIPS UNTUK MELEMBUTKAN AYAM - Boleh gaul ayam bersama kunyit, garam dan tambah satu sudu madu. Perap sebentar, dan kemudian goreng.
  2. Tumis 3 beradik rempah (bunga lawang, cengkih dan kayu manis). Masukkan bawang kisar dan serai, tumis sehingga naik bau wanginya.
  3. Masukkan cili kisar, cili muda dan tomato yang dikisar tadi.
  4. Jika mahukan kuah sedikit pekat, boleh tambah sos tomato atau sos cili.
  5. Bila dah mendidih dan pecah minyak, masukkan gula dan garam secukup rasa.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, dan gaul sekata.
  7. Akhir sekali tambah susu cair dan masak dengan api sederhana. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi. 
Itulah resepi yang ingin dikongsikan hari ini. Bolehlah balik dan cuba nanti. Boleh makan bersama-sama keluarga. Selamat mencuba.

@Admin - Resepi mudah dan senang dihidangkan. Tapi rasa lain sikit. Best

Misteri Hantu Menyerupai Wajah Suami Dalam Gereja


Seorang nenek terkejut apabila melihat gambar ketika majlis pembaptisan cucunya yang dihantar melalui Facebook kerana penampakan kelibat hantu seakan wajah mendiang suaminya.




Gambar misteri ini ditangkap oleh Jamie, 29, anak kepada Puan Sewell dengan menggunakan telefon bimbitnya di Gereja St Martin, Canterbury, Kent. Keanehan foto ini hanya disedari setelah dilihat oleh Puan Sewell yang

Kembar Seiras Yang Berbeza Warna Kulit


Dua adik- beradik, Kian dan Ramee merupakan salah satu pasangan kembar seiras yang berasal dari England. Mereka mempunyai satu keistimewaan yang tidak ada pada pasangan kembar lain iaitu memiliki warna kulit dan mata yang berbeza.




Menurut ibu pasangan kembar, Kyle Hodgson, keadaan pelik yang dialami oleh kedua-dua orang anak perempuannya mula dikesan sejak mereka dilahirkan iagi. Pada ketika

London bound

1pound Megabus ticket to London. Im in the bus now, waiting to depart from Glasgow. Unfortunately we are bein delayed by a guy who smells of marjuana insisting on getting on the bus. He was at another stance earlier disturbing others. Can't imagine the gruelling journey with someone like him in the bus!

Misteri Struktur Pelik Di China


Beberapa imej pelik telah kelihatan di China yang dapat dilihat dari Google Map yang menunjukkan garisan-garisan yang aneh.




Ia terletak di Dunhuang, Jiuquan, Gansu, utara Sungai Shule, yang melintasi Banjaran Tibet ke barat ke Gurun Kumtag. Ia meliputi kawasan kira-kira satu batu panjang dan lebih daripada 3,000 kaki lebar.






Semua ni terletak dekat padang pasir Xinjian. Apa agenda China

Gambar Belangkas