Saturday, December 8, 2012

Walnut Italian chocolate, Glasgow Christmas Market 2012 (Part 1/3)

I had the most amazing Italian chocolate bar from the Glasgow Christmas Market! It was sold in slices, like cakes. At first it looked too small, but when I bought one, took one bite, it was sinfully good and and irresistible. I finished more than half the slice in one go and I had to tell myself to stop. I loved it and it would be a fantastic, unforgettable gift for anyone. The shop also sells a variety of chocolates, some with alcohol.

For more reviews about my other lovely experiences at Glasgow Christmas Market 2012 soon, please CLICK HERE (Part 2) and CLICK HERE for Part 3.

These are chocolate bars, not cakes :)

Walnut chocolate bar


Friday, December 7, 2012

Melawat Petrosains KLCC

KLCC memang bestlah! Macam-macam boleh buat kat sana. Kali ni saya nak kongsi pasal Petrosains yang berada di tingkat 4 bangunan Suria KLCC. Bagi yang belum kemana-mana cuti sekolah ni, apa kata ambil kesempatan ni untuk bawa anak-anak ke sana. Yang tak ada anak pon patutnye kena pergi. Best tempat nih!


Nak tau apa yang menarik kat Petrosains?
1. Kita leh belajar tentang sains - betapa mudah dan simplen sebenarnya nak belajar sains nih
2. Boleh tengok pameran-pameran
3. Dapat rasa sendiri aktiviti sains seperti Dark Ride, Petrojaya, Geotime Diorama dan banyak lagi!

Tempat ni bagus untuk memupuk minat anak-anak kepada sains. Tukarkan persepsi diorang yang sains ni bukannya membosankan, tetapi sebenarnya amat menarik!

Harga tiket masuk Petrosains seperti di bawah :
Jangan lupa bawa Mykad/mykid sebab harga lebih murah. Lebih lanjut, klik sini.

Bagi yang tak tahu, kita leh dapat diskaun masuk ke Petrosains. Antara yang membolehkan kita dapat diskaun :
1. Ahli KFC Chicky Meal - dapat 15% diskaun
2. JCard/Aeon Member atau Aeon Credit Card - 15% diskaun tak kira dewasa atau kanak-kanak
3. Ahli kelab Rakan Muda - 15% diskaun gak
4. Pemilik kad Mesra (kad yang boleh collect points kalau beli minyak kat stesen Petronas) - sama gak 15%
5. Pemilik kad Plusmiles - beli 2 tiket leh dapat tiket ketiga dengan diskaun 50%
6. CIMB Junior - leh dapat 15% diskaun
7. Ahli i-Kid Club - 15% diskaun

Jadi jangan lupa bawa kad-kad di atas sebagai bukti untuk dapat tiket yang super-murah!!

Signed off!



Ramuan-ramuan terpilih untuk menghasilkan optiberry.


Ramuan-ramuan dalam menghasilkan Optiberry.

  1. Blueberry liar,bilberry liar, cranberry, elderberry, biji raspberry  untuk aktiviti antioksidan.
  2. Blueberry  liar dan strawberry untuk perlindungan kardiovaskular.
  3. Bilberry liar untuk  sokongan gula darah
  4. Blueberry liar  dan strawberry untuk fungsi otak dan kejelasan mental
  5. Strawberry ialah untuk  anti penuaan
  6. Cranberry untuk kesihatan saluran kencing
  7. Blueberry dan bilberry liar untuk penglihatan yang baik
  8. Bilberry liar untuk kesihatan kulit
Ini menunjukkan bahawa perbezaan dan fungsi2 di antara enam berry terjadilah OPTIBERRY. Dapat disimpulkan bahawa SUPPLEMENT OPTIBERRY ADALAH MERANGKUMI SEMUA KHASIAT BERI-BERI..




Tak Mampu Tapi Nak!!





Assalammualaikum..

Saya ada  keinginan yang saya rasa saya tak akan mampu lakukan. Saya teringin sangat pergi mengembara ke tempat - tempat yang sangat indah. Tak mau bajet2 ni.. Saya nak mewah. hehehe.. baru best!! Kalau boleh nak bawa sendiri kapal terbang. Ala.. kapal terbang persendirian. Haaa....Mampu??

Saya nak pergi tempat yang langsung tak tercemar. Tempat yang tak ada benda-benda canggih ni. Tak-tak canggih pun, nak la yang pakai baju. Kalau tak pakai baju tu saya pun lari... muhahahaa..


Saya nak tengok aurora dengan mata saya sendiri. Nak duduk mengadap aurora ni. Saya dah jatuh hati tau dengan aurora ni. Teringin sangat. Bagi saya aurora adalah anugerah ALLAH kepada kita.. Benda yang tak tercapai dik akal fikiran.. Tersangat indah..



Lagi satu, saya pernah tengok pasal resort safari, kat luar negara, Afrika rasanya.. Mewah sangat!! Bila bangun pagi, jenguk kat tingkap, boleh nampak zirafah, harimau, rusa, kuda belang kat luaq tu.. Haaa.... Teringin tau!! Restoran pun macam tu.. Berani betul diaorang ni buat resort bahaya ni. Laku pulak tu!! Ish..teringin tau!!

ish..ish... bestnya

cantik!!

  
kalau gajah mai langgaq agak2 runtuh tak??






Kenapa saya kata semua impian ni ialah impian yang tak akan saya capai??? Sebab saya tahu, semua ni memerlukan banyak duit. Nak pi Kota Kinabalu pun dok tunggu tiket murah tau! Apatah lagi semua ni.

Tapi mana la tau kan.. Kot-kot rezeki Allah nak bagi. Kuasa ALLAH boleh mengatasi segalanya. Kalau saya dimurahkan rezeki dan berpeluan buat memenuhi semua impian ni, saya tulis dalam blog yek.. muhahahhaa..


Thursday, December 6, 2012

Tentera Malaikat

Ini jolokan yg diberi kepada tentera komando Gaza Al-Qassam. Dianggotai golongan muda, terpelajar dan ulama mampu memberi tentangan hebat kepada tentera Israel.

As Syahid Sheikh Izzuddin al Qassam
Pernah menembak jatuh pesawat Israel. Digeruni oleh Israel kerana x pernah tewas walaupun bilangan tentera Israel lebih ramai. Hanya menggunakan senjata api model lama. Ada roket buatan sendiri utk membedil kawasan Israel dan meninggalkan kesan yg besar.

Nak jadi ahli tentera Malaikat ni? Ada syarat2nya......


  1. Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
  2. Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
  3. Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
  4. Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
  5. Berdisiplin dan mentaati amir.
  6. Mencintai dan bersedia untuk syahid.
Sebenarnya syarat di atas bukan perlu utk menanggotai mereka sahaja tapi perlu sebagai seorang yg bergelar Muslim. 

solat jgn sesekali dilupa

lagi gambar dan info klik sini

Wednesday, December 5, 2012

Patutla Islam larang makan babi....

Saja nak share info menarik berserta gambar yg menarik yg x mampu aku hasilkan. Jadi aku minta kebenaran adminnya utk share di sini. Selamat membaca.....info babi

ini adalah siput babi....

Servis badan

Selalunya setiap orang yang mempunyai kenderaan mesti akan mengatur jadual servis kenderaan mereka.  Samada sebulan sekali atau 2 bulan sekali, atau beberapa bulan sekali mengikut keperluan dan penggunaan kereta tersebut...  break mesti di periksa, minyak hitam perlu ditukar,tayar juga mesti diganti jika telah "botak" ...dan lain-lain lagi ...
Tetapi pernahkah kita terfikir untuk men"servis" badan kita sendiri ???
"servis: badan??? 
"Apa tu?" tanya seseorang ..

Jika mengikut umur kita ... sepanjang hidup kita berapa kali kita servis badan kita? 
Jika sekarang umur kita sudah lewat 30an, atau 40an...bermakna sudah 40 tahun lebih segala organ-organ dan jantung kita berkerja tanpa henti ...kalau mesin buatan manusia bekerja tanpa henti sepanjang 40 tahun , mesti sudah jem atau rosak ...bayangkan juga kereta yang kita guna selama 40 tahun tanpa servis? mesti enjin nya sudah rosak dan sebagainya ...

begitu juga badan kita... kita perlu "servis" badan kita secara fizikal dan juga mental (spiritually).
2 minggu lepas saya secara tiba-tiba (entah bgmn kaki saya boleh terpelecuk atau lutut saya tiba-tiba macam "wobbly", sedar-sedar saya sudah tertiarap jatuh ...Alhamdulillah insiden ini berlaku di hadapan rumah, bukan semasa saya sedang shopping ke ...huhu..kalau idak tentu rasa malu yang amat jatuh depan orang ramai ...hehehe
namun kesannya, lutut kiri, bahu kiri dan tulang pipi sebelah kiri rasa sakit dan sengal .. Alhamdulillah tak ada yang patah ... tapi lebab juga lah ...cepat-cepat saya ambil minyak gamat dan urut perlahan-lahan ditempat yang sakit... jadi semalam, saya pun pergilah berurut dengan seorang tukang urut ni.  selepas maghrib rasa mengantuk sangat ... lepas Isya' terus tertidur dengan nyenyak..Alhamdulilah sekali lagi di atas nikmat Allah itu... Alhamdulillah ...pukul 4 pagi saya sudah terjaga...badan rasa sangat segar pagi ini   dan semasa bangun juga tak ada rasa sakit-sakit badan dan tumit kaki seperti biasa ... ringan sangat rasa badan ...agaknya beginilah apabila umur semakin meningkat dewasa, 6 jam waktu tidur sudah mencukupi ... sekarang baru faham kenapa ibu bapa kita dulu selalu bangun awal pagi tanpa rasa mengantuk hingga ke siang nya ...

Banyak juga perkara dapat saya lakukan ... nak solat tahajjud, kita ABC...so duduk saja dan berdoa untuk anak yang akan menduduki subjek SPM terakhir pagi ini ...
selepas itu, jenguk2 dapur dan buat apa yang patut, sambung gosok baju yang tak habis lagi semalam ... dan teman Abi sahur, insyaAllah Abi puasa sunat Khamis dan untuk Wafa' sekali yang sedang periksa SPM.

Alhamdulillah ..syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberikan kesihatan yang baik kepada ku dan seisi keluarga ... dan untuk men"servis" badan secara mentally...kita perlulah memperbanyakkan solat, beribadah, berzikir dan membaca ayat-ayat Al-Quran untuk menyucikan terutama nya seketul daging di dalam badan kita ini , iaitu HATI...
 
 Amin

Gambar Belangkas