Dah lama teringin nak naik Bukit Bendera, nak tengok apa yang best sangat kat atas tu sampai ramai yang rekomen untuk pergi sana. Akhirnya tercapai juga hajat ke sana. Saya sekeluarga pergi pada hari Khamis, saja pilih hari bekerja sebab nak elak trafik jem dan nak elak beratur panjang beli tiket.
Kitorang ke pulau melalui jambatan jer sebab malas nak beratur naik feri. Cantik gak pemandangan kat Jambatan Pulau Pinang.
Walaupun hari Khamis, ramai gak yang melawat kat sini. Masa nak beli tiket kena beratur, masa nak naik keretapi pon kena beratur.
Di pintu masuk kat Stesen Bawah
Harga tiket di sini agak murah untuk pemegang MyKad & MyKid. Diskaun lebih kurang 50% gak. So jangan lupa bawa IC masing2, sebab dorang memang check satu persatu, memang takleh nak tipu. Harga tu termasuk tiket masuk ke Bukit Bendera dan tiket keretapi naik & turun (return tickets). Harga istimewa untuk rakyat Malaysia seperti di bawah;
Dewasa : RM8 (non-Malaysian RM30)
Kanak-kanak 2tahun ke atas & warga emas : RM4 (Non-Malaysian RM15)
Keluarga (2 dewasa + 2 kanak-kanak) : RM18
Bayi <2tahun : free
OKU : free
Rebut peluang untuk beli tiket keluarga tu sebab jauh lebih murah dari beli satu-persatu.
Saper yang tak pernah naik keretapi yang memanjat bukit pada kejunaman 45 darjah sepanjang 2km (funicular train) , ha... inilah masanya. Suspen woo... cerun giler. Rasa macam nak jatuh jer.. Memang pengalaman yang best (padahal masa tu takut..hoho!)
Inilah stesen bawah. Perhatikan tangga2 kat tempat nak naik/turun keretapi.. Keretapi ni memang tak lurus mcm bese.. yang ni naik menegak, tu yang ada tangga!
Keretapi ni berhenti di dua stesen, iaitu stesen tengah dan stesen atas. Kat stesen tengah tu takyah turun sebab untuk penduduk Bukit Bendera dan pekerja sahaja. Yup, kat bukit yang bercerunan amat dasyat ni, ada banyak rumah... ada tu nampak macam rumah lama dari zaman British agi. Mat Saleh suka tempat ni sebab kawasan tinggi gini kan sejuk..
Sampai je kat atas puncak Bukit Bendera tu, kitorang disambut dengan pemandangan Pulau Pinang yang amat indah. Ye, tak tipu! Udara pon nyaman jer, sepoi2 bahasa. Dari atas bukit tu, kita boleh nampak bandar Pulau Pinang, leh nampak jambatan, nampak feri lalu-lalang (tapi halus cam semut je laa...) dan macam2 lagi. Kat situ ada banyak teropong bagi sesapa yang nak zoom pemandangan tu.
Panorama indah dari atas puncak Bukit Bendera.
Bila dah sampai atas tu, kitorang rasa lapar. So jalan sket ada Astaka, kat situ ada food court. Kitorang pekena char kuew teow penang mari dan ABC. Sodap! Kat tingkat bawah food court tu ada Muzium Burung Hantu (Owl Museum). Tiket masuk RM10 je dewasa, kanak2 setengah harga.
Kat Astaka ni ada food Court Cliff Cafe dan Muzium Burung Hantu.
Abahnye layan anak2 main belon buih sabun kat astaka Bukit Bendera
Lepas makan kitorang pusing2 kat atas puncak Bukit Bendera tu. Disebabkan rombongan kitorang ada warga tua dan kanak2, jadi separuh naik taxivan. Agak mahal, RM30 untuk 4 orang dan RM50 untuk 6 orang. Depa pusing puncak bukit tu dalam 15-20minit.
Berbaloi tak RM30/RM50 untuk naik mende ni?
Saya dan suami jalan jer.. exercise la kononnye! Hehe!
Hampir kul 6 petang baru kitorang turun semula menggunakan keretapi menuruni cerun bukit tu. Alhamdulillah, selamat turun walaupun seriau naik keretapi tu. Percutian ni pon memang menarik.. anak2 gembira, so kira berbaloi lah.
Beberapa tips/komen sebagai panduan mereka yang berhajat ke sana :
1. Tiada tempat khas untuk parking kereta. Kena parking nun jauh...
2. Harga makanan di pintu masuk amat mahal. Erm, kerepek yang biasanya RM3 sepaket berharga RM6.50 di sana ye. Tapi saya beli je..sebab anak nak makan. Lapor sementara tunggu abah dorang beli tiket.
3. Masa kitorang pergi tu hari biasa pon orang dah ramai, inikan pula di hujung minggu dan cuti umum atau cuti sekolah. Sila jangkakan barisan yang panjang ketika beli tiket dan ketika nak naik keretapi.
4. Bawalah makanan ke atas bukit nun. Pada pengamatan saya, berpiknik secara free-style lebih menarik di bawah pokok sambil melihat keindahan Pulau Pinang dari puncak bukit itu daripada makan di dalam food court yang serabut dengan orang yang ramai (rasa macam makan kat shopping complex jek)
Signed Off!