Sunday, November 18, 2012
Makan malam
assalammualaikum..
Semalam anak-anak sepupu saya bermalam kat rumah. Semua ni budak bandar. Datang sini semperna cuti sekolah. Diaorang ni penggemar kari. So makteh yang masak kekadang sedap kekadang tak sedap ni pun buat satu keputusan yang bijk. Masak kari telur, goreng ayam, sayur dan sambal belacan! Laju diaorang ni makan. Siap puji sedap. Memang puas hati tengok diaorang ni makan. Padahal takde la sedap sangat, tapi dah diaorang tu suka.. hehehe..
Alhamdulilah... kenyang diaorang.
Kakak balqis yang paling besar tu UPSR dapat 6A 1B tau! Dia sekolah cina, so banyak la paper UPSR dia. Kesian....... sekolah rendah dah banyak paper, makteh dulu 4 paper je..tu pun 2A je kakak ooiii...
Ok, nanti makteh masak lagi yek.
;)
Kemunculan Malaikat Yang Membantu Pejuang Chechnya
Dalam berjihad di jalan Allah SWT, kejadian pelik dan aneh seringkali berlaku. Kejadian seperti ini sudah pun dirakam oleh Allah swt dalam al-Quran sejak 1,400 tahun yang lampau. Peristiwa di Badar {1} dan semasa di Perang Hunain menyaksikan segerombolan bantuan malaikat turun membantu Rasulullah saw dan para sahabat di medan perang. Kejadian aneh ini disaksikan sendiri oleh para sahabat dan terdapat kesaksian mereka terkandung dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim.
Tiada yang mampu dikatakan selain daripada memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt dan laungan takbir. Kejadian bantuan daripada tentera Allah ini turut sama berlaku di beberapa tempat terpilih seperti yang diberitakan berlaku di pergunungan Chenchya.
Inilah keistimewaan yang Allah swt berikan kepada pejuang-pejuang yang sentiasa meletakkan agama Allah di tempat paling atas berbanding perkara-perkara lain. Tiada sebab untuk Allah swt tidak memberi pertolongan sekiranya hal sedemikian memberi kemenangan kepada Islam. Maha Suci Allah Yang Maha Pemberi Pertolongan.
Ikutilah penceritaan daripada seorang Mujahiddin yang menjadi saksi kepada kejadian aneh ini. Moga Allah swt melimpat gandakan pahala kepada mereka dan menempatkan mereka di syurga yang telah dijanjikan.
Kesaksian Para Malaikat Memberi Bantuan
Kami berperang dalam satu batalion bersama komandan operasi, dan selama perjalanan kembali dari Grozny menuju ke sebuah gunung tiba-tiba muncul jet pejuang Rusia yang menerjunkan ratusan tentaranya. Kami mulai bersiap siaga. Pada waktu itu kami dalam keadaan berkaki ayam pada malam yang gelap gelita serta di atas tanah yang dipenuhi salji.
Tentara-tentera Rusia tersebut mendarat di atas gunung sedangkan kami berada dibawahnya. Hal ini membuat sudut pandangan kami menjadi tidak jelas, sedangkan bagi pihak mereka sangat jelas. Oleh sebab posisi mereka yang berada di atas kami menyebabkan kami tiada tempat untuk berlindung.
Tapi tiba-tiba mereka diliputi kekacauan dan ketakutan dan mereka pun mulai menembak. Dan aku bersumpah atas nama Allah, kami melihat mereka menembak ke atas, padahal posisi kami di bawah.
Komander Khattab
Kemudian keadaan tiba-tiba berubah menjadi tenang dan hening. Kami pun menunggu hingga setengah jam. Komandan Khattab berkata,
“Saya ingin beberapa orang untuk mendaki gunung bagi mengetahui apa yang sedang terjadi dan mengapa mereka menghentikan tembakan”.
Seluruh mujahidin mengangkat tangannya. Maka komandan Khattab hanya memilih tujuh mujahiddin untuk mendaki ke atas. Setelah satu jam menunggu, kami mendengar tujuh mujahiddin yang ditugaskan untuk menyiasat melaungkan takbir di atas gunung. Laungan takbir tersebut memecahkan kesunyian malam.
Laungan Takbir
Dengan rasa ingin tahu kami pun mendapatkan mereka. Sampai di atas gunung, segera kami bertanya kejadian sebenarnya. Sesaat kemudian seluruh Mujahidin bertakbir. Ternyata kami menemukan kejadian yang mengejutkan, ratusan tentara Rusia telah terpenggal.
Melihat keadaan tentara-tentara Rusia tersebut, kami beranggapan mayat mereka dipenggal dengan pedang yang begitu tajam, atau paling tidak mungkin dengan gergaji elektrik. Kami yakin tidak mungkin seorang manusia mampu melakukannya. Tambahan pula, tentera Russia terkenal dengan kecekapan dan kemahiran mereka dalam selok-belok peperangan.
Satu lagi kejadian aneh di mana senjata api mereka iaitu Kalashinkov masih tergengam di tangan mereka dan tidak sedikitpun mengalami kerosakan. Pisau-pisau dan senjata mereka yang lain pun masih lagi elok.
Jumlah tentara Rusia yang terpenggal ada sekitar ratusan orang. Melihat kepada hal sedemikian, kami menyedari bahawa sesungguhya Allah telah mengirim para malaikat-Nya untuk menolong kami. {2}
Allahuakbar. Dengan kisah ini diharapkan agar kita semua dapat menerima pengajaran bahawa Allah sentiasa disisi kita dan pastinya akan memberikan bantuan tatkala kita memerlukan. Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan kepada saudara kita yakni para pejuang Hamas dan orang-orang awam di Gaza sana.
[via]
_______________________________________
1. Sila lihat semula artikel Malaikat Jibril Dan Kudanya Dalam Perang Badar
2. Dipetik daripada buku “Karamah Mujahidin dari Masa ke Masa” oleh Abu Muhammad
19.11.12
19.11.88 - 19.11.2012 = 24 tahun
SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE 24
kepada anak bujang saya,
ZAID BIN MOHD HASLAN
Pengalaman Melawat Bukit Bendera (Penang's Hill)
Dah lama teringin nak naik Bukit Bendera, nak tengok apa yang best sangat kat atas tu sampai ramai yang rekomen untuk pergi sana. Akhirnya tercapai juga hajat ke sana. Saya sekeluarga pergi pada hari Khamis, saja pilih hari bekerja sebab nak elak trafik jem dan nak elak beratur panjang beli tiket.
Kitorang ke pulau melalui jambatan jer sebab malas nak beratur naik feri. Cantik gak pemandangan kat Jambatan Pulau Pinang.
Walaupun hari Khamis, ramai gak yang melawat kat sini. Masa nak beli tiket kena beratur, masa nak naik keretapi pon kena beratur.
Di pintu masuk kat Stesen Bawah
Harga tiket di sini agak murah untuk pemegang MyKad & MyKid. Diskaun lebih kurang 50% gak. So jangan lupa bawa IC masing2, sebab dorang memang check satu persatu, memang takleh nak tipu. Harga tu termasuk tiket masuk ke Bukit Bendera dan tiket keretapi naik & turun (return tickets). Harga istimewa untuk rakyat Malaysia seperti di bawah;
Dewasa : RM8 (non-Malaysian RM30)
Kanak-kanak 2tahun ke atas & warga emas : RM4 (Non-Malaysian RM15)
Keluarga (2 dewasa + 2 kanak-kanak) : RM18
Bayi <2tahun : free
OKU : free
Rebut peluang untuk beli tiket keluarga tu sebab jauh lebih murah dari beli satu-persatu.
Lebih lanjut, lawati http://www.penanghill.gov.my/index.php/ticket-and-train
Saper yang tak pernah naik keretapi yang memanjat bukit pada kejunaman 45 darjah sepanjang 2km (funicular train) , ha... inilah masanya. Suspen woo... cerun giler. Rasa macam nak jatuh jer.. Memang pengalaman yang best (padahal masa tu takut..hoho!)
Inilah stesen bawah. Perhatikan tangga2 kat tempat nak naik/turun keretapi.. Keretapi ni memang tak lurus mcm bese.. yang ni naik menegak, tu yang ada tangga!
Keretapi ni berhenti di dua stesen, iaitu stesen tengah dan stesen atas. Kat stesen tengah tu takyah turun sebab untuk penduduk Bukit Bendera dan pekerja sahaja. Yup, kat bukit yang bercerunan amat dasyat ni, ada banyak rumah... ada tu nampak macam rumah lama dari zaman British agi. Mat Saleh suka tempat ni sebab kawasan tinggi gini kan sejuk..
Sampai je kat atas puncak Bukit Bendera tu, kitorang disambut dengan pemandangan Pulau Pinang yang amat indah. Ye, tak tipu! Udara pon nyaman jer, sepoi2 bahasa. Dari atas bukit tu, kita boleh nampak bandar Pulau Pinang, leh nampak jambatan, nampak feri lalu-lalang (tapi halus cam semut je laa...) dan macam2 lagi. Kat situ ada banyak teropong bagi sesapa yang nak zoom pemandangan tu.
Panorama indah dari atas puncak Bukit Bendera.
Bila dah sampai atas tu, kitorang rasa lapar. So jalan sket ada Astaka, kat situ ada food court. Kitorang pekena char kuew teow penang mari dan ABC. Sodap! Kat tingkat bawah food court tu ada Muzium Burung Hantu (Owl Museum). Tiket masuk RM10 je dewasa, kanak2 setengah harga.
Kat Astaka ni ada food Court Cliff Cafe dan Muzium Burung Hantu.
Abahnye layan anak2 main belon buih sabun kat astaka Bukit Bendera
Lepas makan kitorang pusing2 kat atas puncak Bukit Bendera tu. Disebabkan rombongan kitorang ada warga tua dan kanak2, jadi separuh naik taxivan. Agak mahal, RM30 untuk 4 orang dan RM50 untuk 6 orang. Depa pusing puncak bukit tu dalam 15-20minit.
Berbaloi tak RM30/RM50 untuk naik mende ni?
Saya dan suami jalan jer.. exercise la kononnye! Hehe!
Hampir kul 6 petang baru kitorang turun semula menggunakan keretapi menuruni cerun bukit tu. Alhamdulillah, selamat turun walaupun seriau naik keretapi tu. Percutian ni pon memang menarik.. anak2 gembira, so kira berbaloi lah.
Beberapa tips/komen sebagai panduan mereka yang berhajat ke sana :
1. Tiada tempat khas untuk parking kereta. Kena parking nun jauh...
2. Harga makanan di pintu masuk amat mahal. Erm, kerepek yang biasanya RM3 sepaket berharga RM6.50 di sana ye. Tapi saya beli je..sebab anak nak makan. Lapor sementara tunggu abah dorang beli tiket.
3. Masa kitorang pergi tu hari biasa pon orang dah ramai, inikan pula di hujung minggu dan cuti umum atau cuti sekolah. Sila jangkakan barisan yang panjang ketika beli tiket dan ketika nak naik keretapi.
4. Bawalah makanan ke atas bukit nun. Pada pengamatan saya, berpiknik secara free-style lebih menarik di bawah pokok sambil melihat keindahan Pulau Pinang dari puncak bukit itu daripada makan di dalam food court yang serabut dengan orang yang ramai (rasa macam makan kat shopping complex jek)
Signed Off!
TANAH UNTUK DISEWA DIBATU 8 GOMBAK SELANGOR
AMAT SESUAI UNTUK STOR, BENGKIL BESI, BENGKIL KERETA KERETA BAS DAN LORI
Keluasan 15000 kaki persegi
Kemudahan Jalan Bertar, Api dan Air Sedia ada
Harga Sewaan Yang Berpatutan
Keluasan 15000 kaki persegi
Kemudahan Jalan Bertar, Api dan Air Sedia ada
Harga Sewaan Yang Berpatutan
Sila Hubungi:-
Talian H/P : 017 2020207
E.Mail : mrham5757@gmail.com
Https : www.pakarhartanah.blogspot.com
TANAH UNTUK DISEWA DI SUNGAI PUSU GOMBAK
SESUAI UNTUK STOR, BENGKIL KERETA, BENGKIL BESI, DAN LAIN LAIN KEGUNAAN
LOKASI: Berdekatan dengan UIA Gombak, (Tepi Jalan )
KELUASAN: 10000 Hingga 20000 Kakipersegi
KEMUDAHAN: Api dan air sedia ada
Kadar sewaan yang Rendah,
LOKASI: Berdekatan dengan UIA Gombak, (Tepi Jalan )
KELUASAN: 10000 Hingga 20000 Kakipersegi
KEMUDAHAN: Api dan air sedia ada
Kadar sewaan yang Rendah,
Sila Hubungi:-
Talian H/P : 017 2020207
E.Mail : mrham5757@gmail.com
Https : www.pakarhartanah.blogspot.com
berkelah @ kebun ayah..
assalammualaikum..
pagi tadi kami berkelah kat kebun getah ayah.
best sesangat..
happy betul anak-anak buah yang duduk kat bandar ni, bebas main kotor!
selalunya kena marah,tapi hari ni buat la apa sahaja..
enjoy!!
jakun kejap bila tengok ada tokwan yang tengah menoreh.
siap ikut ke satu pokok ke satu pokok.
tokwan tu pun melayan..
punya la dok cerita kat depa..pot pet pot pet!
tapi bila tanya balik, diaorang cakap,tak tahu la, tak faham..
kebun ayah yg dijga rapi.. |
hiii..kami nak makan ni.. |
penuh minat.. |
ikut je tokwan tu |
adik ajar abag ye.. |
kopi lagi!! |
ni betul2 santai.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...