Wednesday, October 31, 2012

Sweet

Kalau dah hero!


Assalammualaikum..

Kalau dah namanya hero, memang main lawan2 la kan.. Saya diarahkan oleh 2beradik ni utk ambil gambar masa depa dok main lawan2.

Layan aje la..

Tak ambil gambar kang banyak bunyi..
Lagipun tak rugi kodak pun..

:)









Main la lawan2 tu, jangan nangis dah!

Bini2 Perkasa

susah ni la kalu duk serumah

Pura2 baik

dont go anywhere

Allamak!!!
Syok gak melayan citer merapu ni kat TV3.....Selamat menonton.....

ganas 18SG nih...

Tuesday, October 30, 2012

Nama

Assalammualaikum..

Tiba-tiba rasa nak cerita pasal nama. Haaaa... macam boring kan? Ala...baca la dulu, baru tau boring ke tak.. :)

Okey, mula dengan ayah.

Sebelah ayah tak ramai. Ayah anak tunggal.
Nama chaq    : Ishak Bin Jaya
Nama tok      : Jam Bt Jahaya.

Pendek je nama arwah chaq & tok. Nama ayah chaq & tok pun nak sama je.. Dulu saya selalu je keliru. Ni pun saya main agak2 je.. muahahahha..


 Dulu saya pernah tanya tok, camna boleh letak nama ayah Mohd Shobri. Tok cakap, bidan yang sambut ayah yang suruh buh nama tu, tok ikut je....

Camtu je! Senang sungguh..

 ;)
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keluarga sebelah ibu besar. Ibu anak ke3 daripada 5 orang adik beradik.
Nama tok wan  : Abdul Rahman Bin (saya tak ingat) 
Nama tok         :  Wan Ma Bt (saya tak ingat)  aloo..tak ingat la pulak! sorry yek

Nama paklong : Badrishah
Nama bibik     : Suriati
Nama ibu        : Fudziyah
Nama pakcik  : Ambarshah
Nama Paksu   : Hariri

Tak ada persamaan langsung kan. Orang dulu-dulu mana ada ingat nak letak nama bagi sama macam orang sekarang ni kan..



Badrishah + Rechine    :  
Mamat, nama dalam ic tak ingat..hehe.. Merissa tapi kami semua panggil dia  Lily..  Vivi Elissa kami panggil Echa..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suriati + Ahmad Rajee :  
 Ahmad Izumi, Ahmad Iriawan, Indra Maya, Indra Mawar, Indra Bayu

 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fudziyah + Mohd Shobri :Afrida, Fidayu, Mohd Amirul, Dazita
 
Persamaan nama kami ialah 6 huruf. Ayah nak semua anak2 ikut dia, 6 huruf cukup! tak nak lebih2. Bunyi lain takpa, asalkan hurufnya sama. Kecuali lelaki, Mohd tu tak termasuk la kan..

Ibu nak letak nama kakcik Afrida Indra Yana. Nama kawan indon ibu masa kerja kat Singapore dulu. Tapi ayah tak mau panjang2, so ambil yang depan je la.

Saya pula, ibu cakap zaman tu ramai yang letak nama Idayu, ibu pun nak nama anak dia ada ayu kat belakang, tapi dia olah sendiri, so jadi la Fidayu. Senang je kan.

Ibu cerita, Mohd Amirul tu adalah nama yang diperuntukan untuk saya jika saya lelaki. Masa yon lahir tu, ibu lupa nama amirul tu, punya la pikir ngan ayah, nak ingat balik. Disebabkan tak ingat, ibu dan ayah dah setuju nak letak nama Mohd Eizani (ingat2 lupa ni), tapi dah rezeki, masa ayah dok pakai seluar nak gi daftar nama, tiba2 ibu teringat nama Amirul tu. Sooo..jadilah Mohd Amirul.

Dazita pula ibu ambil nama pengarang. Ibu baca surat khabar dan kat bawah tu ada tertulis nama pengarang. Terbekenan dan jadila nama si bongsu yang gagah tu Dazita. hehe..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ambarshah + Wati (saya tak ingat nama penuh) :  Melati, Delima, Aqa
Cukup 1 pokok. Bunga, buah dan akar.. hehe..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hariri + Fara Diba :  Indah, Hamka, Zia Al - Attash, Al - Ikhlas, Widuri
Ni semua nama2 yang sempoi. Paksu memang pandai pilih nama.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pelbagai kan nama2 kami ni. Kalau perasan, sorang pun tak ada nama Nur, Siti, Nurul dan lain2 nama depan yang kebanyakan orang melayu letak! Rasanya disebabkan itu kami semua masa zaman sekolah kena duduk depan sebab dalam senarai nama kelas, kami orang yang dihadapan.

No pendaftaran SPM saya 007 tau!! Dah macam minah bond dah! :)




Misi akhir tahun

Assalammualaikum..

Misi akhir tahun saya dah 50% berjaya. Selebihnya insyallah minggu depan baru dapat keputusan.



Saya tak boleh nak cerita lebih-lebih, tapi doakan kejayaan misi saya tu ye.

oh gembiranya!
 
:)
 
;)
 
;) 


Monday, October 29, 2012

Cara buat borang tempahan

Dunia perniagaan secara online berkembang pesat,mempunyai satu laman web atau blog perniagaan adalah perlu bagi peniaga memperkenalkan jualan masing masing.Borang tempahan adalah suatu kemestian bagi sesuatu blog atau web perniagaan bagi membolehkan pelanggan memesan sesuatu barangan.Untuk tutorial kali ini saya akan tunjukan cara membuat borang tempahan yang membolehkan pelanggan memesan barangan dari laman blog perniagaan anda.
borang tempahan

Terdapat banyak laman web yang menyediakan borang tempahan secara online.Salah satunya adalah laman web response-o-matic.com.

Langkah bagimembuatnya:
1.Masuk ke web response-o-matic.com
2.Klik pada get started….

3.Isikan form signup yang muncul,isikan ruangan nama,email dan password dan klik sign up, paparan untuk sign in akan muncul jika anda telah berjaya mencipta akaun dengan response o matic.
4.Buka email anda untuk pengesahan pendaftaran, masukkan email dan password tadiuntuk log in
5.Selepas pengesahan email anda akan dibawa kepaparan bagimencipta form.Terdapat ruangan nama dan email(boleh dipinda dengan mengklik pada edit),klik pada add question untuk menambah butiran yang diperlukan pada form,bila dah siap klik pada continue.




6.Kemudian muncul option untuk form yang akan anda buat.Yang bertanda upgrade adalah option yang perlu anda bayar jika hendak menggunakannya.Pada bahagian ini masukkan butiran pada email & sms
notifications supaya bila ada tempahan anda akan menerima email,kemudian klik continue.
borang tempahan
 

7.Paparan kod html akan muncul,salin kesemua kod ini.
kod html

8.Log in ke blog anda
9.Klik pada pages dan pilih new page….blank page
page baru


new page

10.Masuk kan nama pages sebagai borang tempahan.klik tab HTML dan pastekan kod yang disalin tadi pada ruangan tersebut(bukan pada mode compose).Kemudian klik pada publish.
publish posting

Pada pages akan keluar senarai page yang telah dibuat tadi
senarai page

Tentunya bagi laman web atau blog perniagaan anda perlu membuat pages(halaman) seperti senarai produk,borang tempahan,hubungi saya dsb.Anda perlu buat langkah bermula pada langkah ke 9 untuk membuat halaman(page) yang berasingan.Pada pages terdapat tiga pilihan iaitu:

  • Top tabs ----tab navigasi berada diatas
  • Side links ----tab navigasi akan berada ditepi blog
  • Don’t show---jika anda ingin membuat link dengan butang link tersendiri.Anda perlu buka page dan ambil link yang terpapar pada ruangan search dibrowser.
Sebelum ini juga ada posting tentang membuat pages dan anda boleh rujuk disini.
Selamat mencuba …:)

klik butang +1 jika suka artikel ini :) :)

Promosi Tiket Percuma Legoland

Musim cuti sekolah semakin hampir. Ramai yang dah mula berfikir kemana nak bawa anak-anak bercuti. Biasalah, asal cuti sekolah sahaja tentu tak sah kalau tidak bercuti bersama keluarga. Kalau tak dapat pergi lama-lama, pergi sehari pon cukuplah. Ada juga bahan untuk anak-anak bercerita di sekolah nanti.

Semasa berhenti di stesen minyak Petronas sekembali dari mengambil anak balik sekolah tadi, saya membeli air kotak Dutch Lady untuk anak seorang satu. Di belakang setiap kotak ada voucher promosi untuk ke Legoland Johor. Ia tertulis 'Kids Go Free'.. maksudnya kanak-kanak di bawah umur 11 tahun boleh masuk Legoland tanpa bayaran. Wah, ini sudah bagus, betul tak?

Gunting saja voucher di belakang kotak minuman Dutch Lady dan tunjukkan di kaunter Legoland Malaysia.

Tiket masuk ke Legoland agak mahal sebenarnya. Harga setiap tiket berharga lebih dari RM100/seorang. Jadi, amatlah rugi jika tidak memanfaatkan voucher dari Dutch Lady ini. Harga air kotak baru RM1.80, jadi bayangkan berapa banyak kita boleh jimat dengan menggunakan voucher ini.

Harga sebenar di kaunter dan pembelian secara atas talian (online)

Promosi ini akan berakhir pada Mac 2013. Jadi sesuai sangatlah kalau nak bawa anak-anak ke Legoland pada cuti sekolah ini!

Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.legoland.com.my/dutchlady/

Signed-off!


Gambar Belangkas