Sunday, October 21, 2012

adik tunang..

:))








assalammualaikum..
20102012 lepas adik saya bertunang..
majlisnya kat rumah adik lelaki saya..
sebab buat kat situ adalah yang nak bertunang tu cuti tahunan tinggal 2hari je..
so saya yang cuti tahunan ada 14hari lagi ni kena la gi sana :)
sooo..layan gambar je yek..


ini 2 beradik memang macam2 ye.

anak perempuan pak shobri

adik dengan ibu.

suamiku beradu di kayangan

konon2 king la.. yang adik ipar pun layan je otak senget abang ipar dia.

  
ni baru siap..tengah keciwi ngan baju la tu.




baju ni dia punya idea, manik2 kat baju dan tudung tu dia jahit sendiri..jimat..

bunga tangan tu pun kami buat sendiri

   
baru lepas make up..



semua hantaran tu kami buat sendiri..


ayah yang beli buku kaya dan bahagia dengan syukur tu. 







dannnn.....













SEDAP.. SANGAT!!!






YANG ni tak sedap sangat




:)

Final Piala Malaysia 2012






















SIASATAN AKTIVITI PARANORMAL DI CERUN MAUT HULU KELANG

Episod kali ini kru PAG memaparkan siasatan aktiviti paranormal di sebuah kawasan bekas tapak tanah runtuh yang mengorbankan 4 nyawa dan meranapkan 14 buah biji banglo.Ada penduduk setempat yang menyatakan pada waktu tengah malam kawasan terbabit seringkali terlihat kelibat wanita berbaju putih dan sering terdengar kekecohan dan bunyi dentuman yang kuat dari lokasi tanah runtuh itu.Namun tidak dapat dipastikan apakah sebenarnya yang berlaku.Kali ini kru PAG akan cuba merungkai kejadian-kejadian aneh itu.

Tanah runtuh Bukit Antarabangsa 2008 adalah sebuah peristiwa kejadian tanah runtuh yang telah berlaku pada 6 Disember 2008 di kawasan Bukit Antarabangsa, Ulu Klang,Selangor, Malaysia. Empat orang terkorban dan 15 yang lain cedera di samping 14 buah rumah banglo ranap dalam tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi (waktu Malaysia). Tragedi itu berlaku kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan tragedi Highland Towers yang runtuh pada 11 Disember 1993.










Tetamu Allah

Malam Jumaat minggu lepas, akhawat surau At-Taqwa telah bersama-sama menziarahi jiran-jiran kami yang akan berangkat Ke Tanah Suci Mekah dan Madinah sebagai Tetamu Allah SWT ..

Pesanan Nabi Muhammad SAW menunjukkan bahawa kehidupan seseorang mukmin tidak akan  sempurna pada kaca mata Islam seandainya hubungan dengan jiran tetangga tidak dipelihara dengan baik serta hidup dalam harmoni.  Tambahan pula zaman sekarang menyebabkan masyarakat khususnya yang tinggal di bandar kurang berinteraksi dengan jiran. Masing-masing sibuk bekerja dengan waktu tidak menentu  telah mendorong melakukan hal masing-masing.

Sabda Baginda SAW bermaksud:
“Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jirannya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berkata yang baik dan hendaklah ia diam.” (Hadis riwayat Muslim)

Insyaallah ..Semoga semua mereka akan mendapat haji yang mabrur ...
Ameen

Yang bertudung biru di tengah adalah jiran SEBELAH RUMAH saya...tetapi dek kesibukan kerja, saya pun jarang dapat berbual dengan beliau...tegur pun sambil keluar masuk rumah semasa hendak pergi dan balik dari kerja ... (hurrmmm.... ) jadi semasa majlis sebegini lah baru dapat duduk berbual bertanyakan khabar masing-masing dengan tenang dan aman ... dan dapat bersalam dan berpelukan untuk mengeratkan ukhuwwah ....

 Bersalaman dan bermaafan
 Semoga Allah memelihara ukhuwwah kami semua di kejiranan ini...
Ameen

Baju Kurung | Panduan Jahit Baju Kurung | Belajar Jahit Sendiri

Baju Kurung | Panduan Jahit Baju Kurung | Belajar Jahit Sendiri Baju Kurung

Assalamua'laikum dan Salam 1Malaysia.

Teruja dengan tajuk kali ini? Isteri saya adalah antara mereka yang sudah lama teringin untuk belajar menjahit baju kurung sendiri. Baju kurung tak kira apa namanya, memerlukan asas jahitan yang baik dan juga tahap kesabaran yang tinggi. Kalau tidak ada asas jahitan baju kurung, pasti agak sukar untuk memulakan langkah pertama, tapi kalau kita sudah tahu caranya ia pasti akan lebih mudah dan menyeronokkan.

Asas ambil ukuran badan juga amat penting dalam memastikan baju kurung yang dijahit memuaskan hati dan selesa dipakai. Untuk entri kali ini, saya kongsikan artikel cara mudah mengambil ukuran badan untuk menjahit sendiri baju kurung di rumah.


Cara Mudah Mengambil Ukuran Baju Kurung (Guna baju contoh)


Ambil ukuran bagi tanda-tanda berikut;

A-B = Lebar bahu, ukur lurus di bawah lubang leher
D-J = Labuh baju
C-D = Labuh lengan
D-E = Lebar lengan
G-F = Lebar kekek
F-E = Lebar pesak atas
H-J = Lebar pesak bawah

Jangan lupa, pilihlah baju kurung (baju contoh) yang paling selesa dan padan dengan anda untuk dijadikan contoh ukuran.

Dapatkan sekarang di bawah;


Boleh rujuk entri ini untuk membaca promosi cara menjahit baju kurung sendiri di sini ---> Promosi ebook Cara Menjahit Baju Kurung Sendiri

Selamat mencuba!

Nota: Rujukan asal ialah blog Baju Hijau. Terima kasih.

Saturday, October 20, 2012

Penerbangan Tambang Murah di Asia

Bercuti dengan keluarga memerlukan balanja yang tinggi, terutama sekali untuk percutian yang melibatkan kapal terbang sebagai medium pengangkutan. Kewujudan penerbangan tambang murah membolehkan ramai orang biasa untuk terbang. Jadi tidak hairanlah bila Airasia menjadi pilihan setiap kali kita terfikir untuk menaiki kapal terbang. Namun, untuk mengurangkan kos perbelanjaan, amatlah wajar untuk kita tahu alternatif lain yang kita boleh gunakan sekiranya Airasia kehabisan tiket.

Menggunakan penerbangan tambang murah bukanlah bermaksud memilih perkhidmatan tidak berkualiti atau tidak selamat semata-mata untuk murah. Seperti syarikat penerbangan yang lain, kualiti dan keselamatan tetap menjadi keutamaan. Cuma, penerbangan tambang murah hanya memerlukan kita membayar bagi servis yang kita perlukan sahaja. Tidak perlu bayar kos makanan jika kita hanya mahu tidur disepanjang penerbangan, atau membayar 20kg muatan beg jika kita hanya mahu membawa sebuah beg sandang (backpack). Jadi, mengapa bayar lebih?

Sebenarnya ada lebih daripada 10 syarikat penerbangan tambang murah di Asia, namun kebanyakan daripada kita tak tahu tentang kewujudan mereka. Sebabnye kurang publisiti tentang syarikat penerbangan tersebut di Malaysia. Yang paling kerap kita dengar ialah Airasia dan Firefly.

Airasia adalah syarikat penerbangan tambang murah yang paling banyak menerima penganugerahan, bukan sahaja di Asia tetapi di peringkat dunia. Sejak 2009 sehingga 2012, syarikat milik anak Malaysia ini telah merangkul anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia. Firefly pula adalah anak syarikat Malaysia Airlines (MAS) yang tidak kurang hebatnya, namun lingkaran penerbangan masih amat terhad.

Antara syarikat penerbangan tambang murah lain yang perlu kita ketahui selain Airasia dan Firefly untuk mengambil kesempatan di atas tambang murah dan promosi-promosi yang sering diadakan ialah;

1. Tiger Airways - http://www.tigerairways.com 
Syarikat dari Singapura ini mempunyai laluan penerbangan yang luas, termasuk ke Eropah dan Australasia. Boleh naik dari KLIA dan Penang Airport. Kebanyakan penerbangan akan transit di Singapura dulu.
 
2. Jetstar - http://www.jetstar.com/my/en/home
Syarikat dari Australia ini juga mempunyai jaringan penerbangan yang luas.Kebanyakan promosi adalah untuk penerbangan dalam negara Australia sendiri.

3. Lion Air - www2.lionair.co.id/
Lion Air beribu pejabat di Indonesia. Kebanyakan tambang murah untuk penerbangan dalam negara Indonesia boleh didapati. Tahukah anda yang Lion Air juga terbang ke Melaka dan Jeddah? Menarik, bukan?
 
4. Spring Airlines - http://www.china-sss.com/en
Syarikat yang beribu pejabat di China ini hanya meliputi negara China dan beberapa lokasi di negara jiran seperti Bangkok sahaja.
 
5. Bangkok Airways - http://www.bangkokair.com/eng
Mereka terbang di dalam negara Thailand sahaja.
 
6. Hongkong Airlines - http://www.hongkongairlines.com/en_HK/homepage
Terbang di dalam negara China sahaja.
 
7. IndiGo - http://book.goindigo.in/skylights/cgi-bin/skylights.cgi
Terbang di dalam negara India sahaja.
 
8. Nokair - http://www.nokair.com/
Terbang di dalam negara Thailand sahaja.
 
9. Mandala - http://www.mandalaair.com/
Terbang di dalam negara Indonesia sahaja.

10. Jeju Air - http://www.jejuair.net/
Terbang di dalam negara Korea sahaja.

Rajin-rajinlah melawat website syarikat penerbangan di atas untuk mendapatkan promosi terbaru mereka yang kebiasaannya murah dari biasa. Ataupun langgani sahaja promosi mereka dengan mendaftarkan alamat email kepada mereka dan mereka akan hantar email kepada kita setiap kali promosi diadakan. Mudah, kan?

Signed off!

Bagaimana Merancang Percutian Keluarga


Percutian bersama keluarga bukan saja memerlukan belanja yang tinggi tetapi juga perancangan awal terutama sekali bila ahli keluarga kita ramai. Jadi amat penting untuk kita plan betul-betul mana nak pergi, bila dan siapa akan turut serta. Maklumat ni penting untuk:

1. Rancang Jadual Perjalanan / Program Lawatan
Ada yang pandang mudah tentang perkara ini, kononnye bila dah sampai di tempat yang dituju nanti tahulah apa nak buat. Tapi hakikatnya kita akan banyak terlepas sesuatu yang menarik jika tak rancang awal-awal. Hari pertama nak buat apa, kedua, ketiga dan seterusya. Jadi senang nak bajet duit dan keperluan percutian.

2. Buat Pengiraan Bajet (Budget Estimates)
Pengiraan bajet boleh dilakukan bila kita tahu berapa hari kita akan bercuti, program lawatan, berapa ramai turut serta, cuaca dan kos sara hidup di tempat tersebut.

Bila kita dan ada maklumat di atas, bolehlah kita buat pengiraan kasar tentang;
- kos agensi pelancongan (tour package) (kalau guna khidmat agensi pelancongan)
- kos beli barang-barang keperluan untuk ke tempat tersebut (contohnya baju sejuk tebal-tebal kalau nak melawat Korea di musim sejuk yang bersalji)
- kos makan-minum, jajan, aiskrim..
- kos tempat penginapan
- kos pengangkutan (tol, minyak kereta, bayaran teksi, tiket penerbangan, tiket keretapi atau lain-lain lagi)
- harga tiket masuk ke tempat-tempat lawatan
- kos beli buah tangan untuk dibawa balik (souvenirs)
- kos insuran perjalanan (jika perlu)
- wang reserve untuk keperluan semasa kecemasan(contohnya anak tetiba sakit so kena bawa jumpa doktor segera)
- lain ( contohnya tips untuk agen pelancongan)

Kita boleh gunakan internet untuk mendapat maklumat tentang harga dan kos-kos tertentu kalau kita tak tahu. Atau boleh saja bertanyakan kawan-kawan yang dah pernah ke sana untuk membantu kita membuat pengiraan.

3. Sediakan Wang Mengikut Pengiraan Bajet
OK, yang paling susah sebenarnya ialah menyimpan duit untuk percutian idaman ni. Sebaiknya jangan meminjam untuk bercuti. Memang ada agensi pelancongan yang menyediakan kemudahan bayaran ansuran, cuma pada saya tidak berbaloi berhutang semata-mata untuk bercuti. Ada banyak cara untuk mengurangkan bajet perbelanjaan... antaranya kalau tak mampu bercuti ke luar negara, bercuti sahaja di dalam negara, kalau tak mampun tinggal di hotel lima bintang bertukar sahaja ke homestay, kalau tak cukup duit tahun ini tunda sahaja ke tahun hadapan, dan sebagainya.

4. Plan cuti kerja dan mohon awal-awal
Untuk yang bekerja, penting untuk kita rancang tarikh bercuti dan bagitau bos awal-awal. bila bos tahu awal, dia boleh pon boleh merancang dari awal apa perlu buat bila kita takde.. contohnya dapatkan orang lain cover kita. kalau lambat bagitau, takut orang lain dah book cuti dulu, dan kita akan melepas.

5. Book Pengangkutan
Bila duit dah cukup dan cuti sudah diluluskan, bolehlah book pengangkutan utama seperti keretapi, bas ekspress atau kapal terbang. Pengangkutan jenis ni kena book awal terutama pada hujung minggu, musim perayaan dan cuti sekolah sebab tiket selalu cepat habis. Harga tiket juga akan bertambah mahal jika beli pada saat-saat akhir, ini amat benar untuk tiket kapal terbang. Tahukah anda yang harga tiket kapal terbang boleh mencecah tiga kali ganda lebih mahal dari harga pada 6 bulan sebelumnya? 

6. Book Penginapan
Sama seperti pengangkutan, booklah penginapan hanya selepas cuti diluluskan dan wang sudah cukup. Keperluan bercuti bersama keluarga agak unik jadi kita tentu ada kriteria tertentu bila memilih jenis dan lokasi penginapan tersebut, jadi booklah awal sebelum orang lain sambar dulu. Bila pilihan yang sudah disesuaikan dengan bajet sudah tiada yang kosong, kita mungkin terpaksa naik taraf jenis penginapan... akibatnya terpaksa tambah duit lagi. Tahukah anda yang kita boleh book pada harga yang amat murah sehingga 20% jika book awal? Caranya ialah dengan book online dari website-website yang boleh dipercayai seperti Booking.com dan Agoda.com. Cubalah..

7. Sediakan Keperluan Percutian
Kalau ke luar negara, jangan lupa tentang passport, visa dan vaksin (jika perlu). Paling kurang, kita perlukan bagasi dengan saiz yang sesuai dengan tempoh melancong dan berat yang dibenarkan oleh syarikat penerbangan (biasanya 20kg untuk kelas ekonomi. kalau nak lebih, kena tambah kos!). Insuran perjalanan untuk seisi keluarga juga amat wajar dan harganya tidaklah mahal. Jangan lupa sediakan keperluan percutian yang dirasakan mahal/sukar untuk didapati di tempat yang dilawati. Contohnya kamera, baju sejuk, pakaian renang dan sebagainya. Ohya, untuk yang ada penyakit tertentu, bawalah bekalan ubatan secukupnya. Mungkin berbaloi untuk mendapatkan surat doktor jika perlu membeli ubat tambahan nanti.

Mungkin ada lagi yang perlu dilakukan yang saya tidak senaraikan, tetapi sebagai panduan saya rasa senarai ini berbaloi unuk diberi perhatian.

Selamat bercuti!

Signed Off!

Gambar Belangkas