Tuesday, October 9, 2012

Kamal Affendi sakit

Ni penganalisis jenayah yg selalu kluar kat tb la....kan x kenal kot.....Dia selalu bagi tips2 utk elak jenayah, menangani jenayah dll berkaitan jenayah. Kluar dlm berita kata sakit. Jadi sekali lagi google search membantu aku menyelidik info terbaru ni dan terjumpa utk di kongsi brsama. 
kamal affendi......semoga cepat sembuh. Aaamiin....

Kamal Affendi Hashim mengidap penyakit Arteriovenous malformation (AVM)AVM disebabkan oleh urat ekstra yang berada di dalam kepala dan urat tersebut akan mengganggu fungi koordinasi otak. Urat itu ada dalam kepala sejak beliau dilahir tetapi tidak disedari.  Sekali sekala, akibat AVM ini , beliau tidak mampu mengawal pergerakan tangan kanan dan selalu berasa sakit kepala.

Beliau merancang untuk membuat Cyberknife Surgery yang memerlukan kos RM 40.000 . Marilah kita sama-sama membantu , sama-sama meringankan beban yang ditanggung beliau dengan menyalurkan sedikit sumbangan ikhlas. Ini adalah nombor akaun Kamal Affendi Hashim – Public Bank 4007 85 2927.  Facebook Kamal Affendi

Adik Ahmad Adam Syukri

Pengasuh anak aku dan isteri aku duk bercerita pasal adik ni. Tu yg aku cari dalam google td dan jumpa la cerita yg paling menyayat hati ni.......


" AHMAD ADAM SYUKRI LAHIR PD 4/3/12 DAN TELAH MENGALAMI BRAIN DAMAGED Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI KEROSAKAN PD SARAF OTAK... "


" ADAM LAHIR SECARA VACUUM PD 4/3/12 DAN SEWAKTU KELAHIRANNYA ADAM KELUAR DALAM KEADAAN FLAT DAN KEKURANGAN OKSIGEN.SCAN MRI PD 9/3/12 MENUNJUKKAN OTAK ADAM MENGALAMI KEROSAKAN YG AMAT TERUK..ADAM TIDAK PANDAI MENELAN AIRLIUR DAN BERGANTUNG PADA MESIN OKSIGEN UNTUK TERUS HIDUP.ADAM JUGA PERLU BERGANTUNG PD MESIN SUCTION KRN TIDAK PANDAI MENELAN AIR LIUR UNTUK SEDUT AIR LIUR DLM RONGGA HIDUNG DAN MULUTNYA. MATA KANAN ADAM MENGALAMI INJURED,BEGITU JG DGN TELINGA SBLH KANAN YG TIDAK DAPAT MENDENGAR KRN KROSAKAN PD BHGIAN DALAM TELINGANYA. DOKTOR PAKAR OTAK MENGESAHKAN ADAM AKN TERLANTAR SEUMOR HIDUP DAN PELUANG UNTUK BERJALAN DAN HIDUP SPT KANAK2 NORMAL MMG AMAT TIPIS.DOKTOR PAKAR OTAK MENGKLASIFIKASIKAN KEROSAKAN OTAK ADAM SEBAGAI KEMATIAN SARAF OTAK.." : Sumber dari FB Adik Ahmad Adam Syukri

Semoga ibu bapa dan adik terus tabah. Rahmat Allah  sangat besar.
Mari lah menyumbang kepada Adik Adam
               MAYBANK : 1611 3633 1818
              CIMB          : 0204 0007 2922 01

Visit page Adam Ahmad Syukri www.facebook.com/AhmadAdamSyukri

Inspirational - F.R.I.E.N.D.S


F - Fight for you
R - Respect you
I - Include you
E - Encourage you
N - Need you
D - Deserve you
S - Stand by you

pisssttt...pissttt..saya tanam pokok bunga!

assalammualaikum..

dulu saya tak rajin nak tanam bunga-bunga ni, tapi sejak pindah ni, 
rasa takde seri la bila rumah takde bunga. nampak kosong je. 
sooooooo.. 
disuatu petang yang indah lagi damai, 
saya pergi ke kedai dan  membeli pokok bunga.
ayat karangan budak darjah 1, 
sweet kan..
hehehe
;)




 apa nama pokoknya saya tak tahu, tapi 
saya suka bunga-bunga ni.

bila nak buka pintu rumah, mesti senyum! 
senyum sebab ada bunga kat tepi pintu. 
suka sangat!!



1 pokok rm10 je.. saya beli 2.
 :)



ni tempat ikan, ada 1 lagi, tapi takde gambar la pula!!


adik yang jual tu cakap ni orkid hutan. 
senang nak jaga. bunga pun sentiasa ada. 
katanya!! 
betul ke tak kita nantikan ye 

4 pokok rm10 je,
murah kan..
:)


haa..ni pula balang kuih yang saya letak kat meja luar. 
siapa mai,ni yang saya jamu dulu.
 sambil borak kita makan yang ringan-ringan ye..


Monday, October 8, 2012

Mencari Ketenangan Dalam Kesibukan

Menjadi lumrah manusia, maka akan menjadi ingat, berwaspada dan bersiap sedia apabila diberi ingatan atau amaran selagi tiada ingatan yang masuk ke corong telinga, maka akan sentiasa alpa dan leka yang akhirnya tanpa benteng iman ampuh menjerumuskan mereka ke lembah kemurkaan.
        Apabila Allah S.W.T memberi ingatan. Tegahan atau amaran, ia mempunyai maksud disebaliknya. Kita boleh menjadi kafir apabila tidak mempercayainya, munafik apabila kurang yakin dan fasik apabila menganggap mudah lantaran dituruti runtunan hawa nafsu.
        Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
        Hadis ini memperlihatkan kepada kita betapa Rasulullah s.a.w begitu sekali bersungguh-sungguh tidak mahu umatnya kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang yang patut mereka bersungguh-sungguh merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh menyebabkan mereka ditimpa penyesalan.
        Sikap mengambil mudah ini menyebabkan begitu banyak orang Islam telah membiarkan kelima-lima masa atau keadaan itu hilang lesap tanpa dimanfaatkan. Dan ianya berlalu dengan pantas pula diisi oleh kelima-lima masa atau suasana yang merupakan lawannya itu.
         Manusia mudah leka apabila mereka dikurniakan nikmat seperti kelapangan hidup sehingga sewaktu mereka bermesra dengan anak-anak dan isteri, seakan-akan mereka tidak lagi didatangi waktu yang sempit yang membuatkan mereka merasa begitu menyiksakan.
         Masa kaya sebelum miskin dengan mengisi masa kaya ialah dengan menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberi keuntungan terutamanya di dalam kehidupan akhirat dengan cara menolong sanak saudara yang berkesempitan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak-anak yatim, orang-orang miskin, pergi ke Mekah menunaikan ibadat haji dan berzakat apabila telah cukup haul dan nisbahnya.
         Begitu juga cara untuk mengisi masa sihat sebelum datangnya masa sakit. Ketika sihat, seseorang manusia itu seharusnya mengenangi nikmat Allah yang dikurniakan ke atas dirinya dengan cara membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan yang ditanggung oleh orang yang sedang terlantar sakit. Ini pastinya boleh menolong kita atau seseorang itu untuk insaf dan kemudian berusaha mengisi masa sihatnya dengan cara membanyakkan ibadat kepada Allah S.W.T.
         Cuba kita yang sihat ini bayangkan, bagaimana jika sekiranya tiba-tiba sahaja kita ditimpa sakit dan terlantar di katil pada saat-saat kita masih berangan-angan untuk menyimpan ibadat setelah hari tua? Tidakkah kita akan menyesal kerana ditimpa kerugian yang datang tanpa kita sangka-sangka itu?.
        Seterusnya Rasulullah s.a.w menyuruh kita mengisi pula masa lapang sebelum datangnya masa sempit. Kebanyakkan manusia apabila kedapatan masa lapang, akal fikiran mereka terus terarah kepada kegiatan-kegiatan atau aktiviti-aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata. Padahal apa yang sepatutnya ialah mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah S.W.T. Bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas. Jika masa santai mereka itu dengan cara membawa keluarga bersiar-siar mengambil angin, melihat keindahan tumbuhan seperti bunga.
        Sudah tentu perkara terakhir yang merebut masa hidup sebelum tibanya masa mati. Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan yang tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah. Jika sudah didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya. Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah S.W.T. Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat.
        Masa mati adalah masa untuk menerima balasan. Balasan baik akan merasai nikmat kemanisannya. Balasan buruk pula akan merasai azab keperitaannya. Ini kerana masa hidup adalah hidup adalah masa bercucuk tanam, manakala masa mati adalah masa untuk menuai pula.
        Justeru demi memperolehi keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan terhadap saranan Rasulullah s.a.w yang amat penting seperti yang tersebut di dalam hadith tadi. Marilah kita isikan masa-masa yang lima itu dengan bersungguh-sungguh tenaga kita sebelum datangnya lima perkara yang penuh dengan duri dan ranjau yang mungkin akan menghitamkan muka kita setelah kita bangkit di Mahsyar nanti.
        Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran." 

(sumber: Laman Web Rasmi JAIS  http://www.jais.gov.my/)

Saturday, October 6, 2012

Parkir

Semester ini saya mendapat satu kelas di Fakulti Sains Gunaan. Bermakna saya perlu menghadapi masalah parking yang memang kritikal di kawasan Menara.  Strategi saya datang awal dan saya merancang ke tempat parkir bertingkat bersebelahan Pejabat pendaftar dan Dewan Sri Budiman. 
Walaupun kelas saya bermula jam 8:30pg, tetapi seawal jam 7:30pg saya sudah ke kampus dan terus menuju ke fakulti untuk punch-in, dan terus ke parkir bertingkat.  Selalunya saya sudah berada di kawasan parkir jam 7:45pg dan saya membaca buku ataupun Al-Quran terjemahan sementara menunggu jam 8:20pg. 
Minggu ini seusai habis kelas jam 10:30 pg, saya tidak terus kembali ke kereta kerana ramai pula anak murid yang datang bertanya...jadi saya lewat turun...sampai di kereta sudah jam 11:15pg..

Sampai sahaja di kawasan parkir, saya tergamam ! Hurmm...bagaimana saya hendak keluar?
Kelihatan sederetan kereta-kereta yang parkir melintang menghalang kereta saya dari keluar...

Chubs

Gambar Belangkas