Saturday, October 6, 2012
Friday, October 5, 2012
rumah ku syurga ku :)
assalammualaikum..
saya nak bercerita pasal rumah :)
boleh dikatakan sejak booking rumah, saya sibuk tengok pelan. nak tambah rumah la konon. :))
bila dapat kunci, lagi la semangat kan. masa merenung pelan tu, saya teringat kata-kata mak bos saya, katanya, dia tengok, banyak orang buat rumah besar2 tapi bila meninggal, nak mandi jenazah tak ada tempat. sempit je.
terus saya terfikir dan membayangkan, macam mana ye saya nak memudahkan proses memandikan jenazah saya nanti???
gerun sebenarnya membayangkan semua tu. tapi...ingat mati kan bagus!
jadi..
saya sediakan tempat untuk 'itu'...
;)
inilah rumah saya,
insyallah hingga ke nafas terakhir..
nanti saya letak gambar rumah yang dah cat ye
:)
Cuti Awal Bulan
Salam pagi Sabtu. Alhamdulillah pagi ini di mulai dengan hujan Rahmat. Hujan renyai mulai turun selepas waktu Subuh. Sejuk terasa di pagi hari...
Gembira terasa hari ni kerana anak ke-3, ke-6 dan ke-7 ada balik dari asrama dan kolej. Kak Long Asma' pula dapat cuti satu hari ni..kerana kawan Kak Long, Syamim dari Terengganu (sama belajar di Jordan dahulu) ada datang dan tidur di rumah. So, pagi-pagi rumah sudah riuh kerana masing-masing kelaparan mencari sarapan ... macam ni nak masak pun bersemangat kerana ramai yang akan makan ..
En Suami pula pagi lagi sudah pergi kerja...jadi pagi-pagi sudah bahagi kerja. Zubair tolong vacuum ruang tamu dan ruang makan... Mu'adz banyak menolong di dapur...tolong basuh periuk belanga dan pinggan mangkuk..tolong goreng ayam (nak masak kicap sebentar lagi) ..
Ammar tolong basuh dan sidai baju ..
Alhamdulillah, lega rasa bila anak-anak dah balik...
tq abang :)
Bibik
Di waktu-waktu sibuk begini, betapa daku mendambakan seorang bibik di rumah yang dapat menolong ku membuat kerja-kerja rutin di rumah.... Awal-awal pagi sudah bangun membuat kerja rumah, kemudian terkejar ke pejabat pula, tengahari perlu pulang semula ke rumah memastikan makanan ada buat anak Bongsuku Hana apabila dia pulang dari sekolah... memastikan baju telah dibasuh dan disidai. jika sudah kering perlu diangkat masuk ke rumah jika tidak mahu basah ditimpa hujan.
Sekarang pula kedua ibu-bapaku ada di rumah...makan-minum mereka perlu dijaga dan disediakan..kadang-kala daku tidak sempat hendak membuat sarapan, lalu pagi-pagi keluar ke kawasan perumahan di hadapan mencari kakak jual nasi lemak...balik kerja pula harus memikirkan apakah menu yang hendak dimasak...jika tak larat, nampaknya masak di restoren ajelah ... huhu
Rasa seperti tidak cukup 24jam sehari ...tak cukup 2 kaki dan 2 tangan ...
Ya Allah, berilah daku kalapangan dan ketenangan fikiran untuk meneruskan kehidupan ini...Ameen
bz! bz! bz!
assalammualaikum..
minggu ni sangat sibuk. kejap saya kat pejabat, kejap saya kat padang, kejap saya kat kuala perlis, kejap saya kat arau! letih.
nama pun kerja kan. cari makan.
bak kata linda on, busy is good!
alhamdulilah la ada kerja kan.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...