Salam pagi Sabtu. Alhamdulillah pagi ini di mulai dengan hujan Rahmat. Hujan renyai mulai turun selepas waktu Subuh. Sejuk terasa di pagi hari...
Gembira terasa hari ni kerana anak ke-3, ke-6 dan ke-7 ada balik dari asrama dan kolej. Kak Long Asma' pula dapat cuti satu hari ni..kerana kawan Kak Long, Syamim dari Terengganu (sama belajar di Jordan dahulu) ada datang dan tidur di rumah. So, pagi-pagi rumah sudah riuh kerana masing-masing kelaparan mencari sarapan ... macam ni nak masak pun bersemangat kerana ramai yang akan makan ..
En Suami pula pagi lagi sudah pergi kerja...jadi pagi-pagi sudah bahagi kerja. Zubair tolong vacuum ruang tamu dan ruang makan... Mu'adz banyak menolong di dapur...tolong basuh periuk belanga dan pinggan mangkuk..tolong goreng ayam (nak masak kicap sebentar lagi) ..
Ammar tolong basuh dan sidai baju ..
Alhamdulillah, lega rasa bila anak-anak dah balik...