Thursday, September 27, 2012

Edisi Kantoi Mansor Othman

Orang kata cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Betul ker istilah ni? Belasah jer. Ni kes Mansor Othman, Tim. Ketua Menteri Pulau Pinang kata LGE tokong, sombong angkuh la. Last2 kantoi.

Moral of the story, x kira la politik ka apa ka.....jgn main kutuk belakang, berani kata depan2 la. Baru gentleman. Ni dah kantoi, terlajak perahu boleh undur, terlajak kata tanggung la sendiri.

Sama gak dalam rumahtangga, persahabatan, kutuk kawan belakang kawan. Sekali kawan pecah rahsia, malu oooo. Sekali bini dapat tahu, kalau merajuk xpa lagi, kena berperang terus kena tidur luar. Hahahaha.....

kalau depan gini, belakang pun kena gini la gak.....
Sebelom nak kata apa2, fikir dulu. Macam aku kata dalam blog ni la. Semua nya cara selamat, nanti disoal balik x la teruk sgt. Utk pengajaran kita la. Bukan nak kata depa ni x baik. Yg baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan.

Pendek kata, xyah la kutuk org. X suka, p nasihat tuan punya badan. Atau minta tolong kawan nasihatkan dia. Itu lebih baik. Bukan org lain, kawan kita gak.

Tv3 memang kerja dia cari isu jer. Wartawan pun licik2. Pasang spy oooo. Baru leh dapat berita sensasi.

Sama gak kat FB ka twitter ka, nak post apa2 pun kn hati2 jgn sampai menyinggung perasaan org, menghina org. Buat secara umum, x ler pedas sgt. Sapa makan cili dia la rasa pedasnyerrr....

Wednesday, September 26, 2012

rumah pakcik nyan

-sekadar gambar hiasan-
assalammualaikum..

semalam saya dapat sms dari kawan, katanya rumah pakcik nyan kena ribut. teruk. dia nak pakai baju kering pun tak ada. semua basah sebab bumbung semua tercabut. 

alahai..kesiannya. dah la dia tinggal berdua je. anak dia pula oku. rumah tu pun dia menumpang.

kalau la saya banyak duit, dah tentu2 saya gi baiki rumah dia sekarang juga! semoga ada badan yang bertanggungjawab membantu dia. takpun bawa dia gi duduk rumah kebajikan ke. tapi tolong jangan pisahkan dia dengan anak lelaki dia. abang tu nampak je normal, tapi minda dia macam kanak2. walaupun dah berusia 40an. dia tak makan nasi, makan 'cucoq' yang pakcik nyan buat je. dah la dia manja ngan ayah dia.

ya allah, besarnya dugaan yang kau berikan kepadanya.

 semoga semua urusan akan dipermudahkan. 

kita sama2 doa bagi semuanya pulih seperti sediakala ye.. doa anda sangat saya hargai.. terima kasih..




-petang ni baru saya nak gi rumah pakcik nyan-


Mail for me

Mail from Google for me! Sounds so cool.... Feeling proud when it is actually nothing yet laaa ;)

Gambar-Gambar Raya di bulan Syawal

Bulan Syawal telah pun berlalu...tetapi kenangan semasa menyambut Syawal masih belum tercoret di blog ini... sebulan selepas Ramadhan, diri ini masih merindui suasana dan ruh Ramadhan. Sangat berbeza perasaan nya...adakah kerana syaitan telah di"bebas" kan dari ikatan selepas bulan Ramadhan? atau kerana kita "terlampau" banyak makan...???
Ya Allah..ampuni lah dosa-dosa hambaMu ini jika terlalai dan terleka ...ampunilah daku, ampunilah daku dan keluarga ku, ampunilah kedua ibu bapa kami samada yang sudah meninggal atau yang masih hidup..ampunilah kami Ya Allah!!!!!!!
Bagaimanakah kita hendak mengekalkan apa yang kita sentiasa lakukan di bulan Ramadhan???? Kenapa selesai sahaja Ramadhan, diri kita seakan-akan "hanyut" semula?? terleka dek kesenangan dunia ??? terleka dek kemewahan dunia?? terleka dek terlampau banyak makan??? hurrmmm... ni nak kena buat kajian dan cerita di lain entri..
Sedia maklum bahawa di negara-negara lain di dunia ini, tidak ada sebuah negara pun yang mana kebanyakan penduduk adalah beragama Islam, menyambut Syawal seperti orang-orang di MALAYSIA!
Orang lain sambut Raya sehari sahaja, tapi kita di Malaysia sambut sehingga habis bulan Syawal ...itupun ada yang tidak sempat nak buat rumah terbuka, buat selepas bulan Syawal....lalu dipanggil lah majlis "ramah mesra" ..sebab nak panggil majlis Raya , bulan Syawal sudahpun berlalu... (bak kata seorang rakan blogger dan fb) ..
Namun di sini saya ingin merakamkan kunjungan-kunjungan rakan/sahabat/teman anak-anak saya, anak murid saya dan juga rakan FB dan blogger..

Jom kita layan gambar ...
Hari Raya pertama di kampung

 cucu-cucu bersama atok dan wan
 
Selepas bermaaf-maafan, jom ramai-ramai beraya ke rumah mak saudara dan atok saudara

Di rumah Tok Cu dan Tok Mek, Hari Raya kan ..apalagi..makan ketupat lah..
Bapa-bapak makan...
Anak-anak dengan mak tunggu giliran ..sebab meja dah penuh ..full house kat rumah tok sedara ni..
semua anak cucu pakat dok beraya ...

 Di rumah Mak Jemah, tuan rumah suami isteri duduk kat belakang tu,
 anak-anak duduk bersila mengadap meja penuh hidangan kuih-muih

Beraya di rumah Ayah Ngah di Johor Bahru

Beraya di rumah Ucu Nah di Taman Nong Chik, JB

Beraya di rumah Mak Epet di Kempas, JB

siapa tak kenal Cik Mat Gebu ni, chef blogger masakan yang terkenal seantero dunia

Balik dari kampung, anak-anak pula sibuk beraya dengan kawan-kawan mereka.  Bermulalah kesibukan ummi sebab kena masak entah berapa kali round, segerombolan demi segerombolan datang berhari raya...Ialah, takkan nak cakap kat anak, jangan bawak kawan datang rumah kan? ni kan Hari Raya ...huhu
Rombongan kawan-kawan Mu'adz, anak ke-6
 Makan jangan tak makan, penat dah ummi goreng mee tu...
Ini kawan-kawan Anas
 tak cukup tempat kat meja makan, kat sini pun boleh lah ...kawan-kawan Anas(anak ke-4)  lagi
Gerombolan kawan-kawan Ammar (anak ke-3) pulak ...
 Kawan-kawan Wafa'
Kawan-kawan Wafa' (anak ke-5)
Khadijah & adik2, kawan Kak Long
(ada lagi gambar kawan2 kak long, tapi tak jumpa simpan dalam folder mana...)
Majlis Hari Raya geng PML di Anggerik Mall
Bersama Nashita dan anak 
(tokey Tupperware tu ... nampak tak tupperware biru atas meja tu? 
sama tema dgn living room ai kan ...Nash pun asalnya kawan blogger juga)

Bersana Rosz dan Tika, junior di STF

Akhir sekali, penutup Syawal, anak-anak murid saya datang beraya , bersama-sama dengan rakan bloggers.
 Students datang beraya
Rakan-rakan bloggers , Neeza yang baru balik dari Arab Saudi (ikut husband)
dan Abah Zino (dari Seremban, N9)

dia selalu merungut.

assalammualaikum..

seseorang ada bertakat kat saya ' ayu takpa la, kawen2 gaji lebat dah. kami ni makan pun tak cukup.'

dia sambung lagi ' ada rumah takpa la.. tak payah bayar sewa, bayaq elektrik dengan ayaq je. macam kami ni susah'

dan sambung lagi 'kami nak duduk sendiri tak mampu, anak lagi, bila demam ubat ja dah berapa dah, ubat mahal tau.'



dia ada isteri. dia ada anak. dia ada kereta. dia ada motosikal. rumah dia tengah buat, belum siap. memang la bukan rumah yang besar, yang penting ada!!

hey!
hey!!
hey!!!

apa lagi yang awak nak dalam hidup? awak nak tau suami saya naik basikal je dulu!! bersyukur boleh tak?? kalau anak tu awak anggap menyusahkan, meh bagi kat saya!! so lepas ni takde la nak merungut-rungut lagi. selesai masalah awak!!

bila kat depan saya ada manusia yang tak bersyukur macam ni, saya rasa nak marah! merungut, merungut, merungut, merungut dan merungut!!!

hidup la mengikut kemampuan!

saya tengok hp dia lagi canggih dari nokia C3 saya yang dari warna putih tapi dah tukaq jadi koko ni. lagi mau merungut ke???

cuba buka mata hati dan bersyukur.
bila awak bersyukur, saya yakin awak akan lebih bahagia.
lebih bahagia dari saya,
 kerana...
sebenarnya awak lebih dari saya!







Tuesday, September 25, 2012

Wordless Wednesday #25~Ole-ole from Dubai


Buy 1 free 1 @ Octopus Sushi & Thai

Again, Octopus is having buy 1 free 1 sushi! But only two plates of sushi appealed to me. I ended up ordering a bento set instead as the choices on the sushi belt was quite limited. Standard jatuh dy at festival city. It was so hot that I asked the waitress why and then she only turned on the aircond. Ish.

Gambar Belangkas