Wednesday, September 12, 2012

Kerja lama

Semalam saya mengemas rak buku. Nama je rak buku, tapi macam2 ada. Semua jenis surat, dokumen, fail saya letak kat situ. Masa saya selak satu-satu surat tu, ternampak surat tawaran kerja kat tempat lama. Surat tahun 2007,2008,2009 dan 20010. Surat sambungan kontrak. Dengan surat2 tu la saya dapat beli rumah. Bukti mengatakan saya dah lama bekerja. J alhamdulilah.. sayang  nak  buang, tapi kalau simpan pun nak buat apa kan. So saya lepaskan surat-surat tu. Buang surat tak bermakna saya lupa! Banyak sangat yang saya belajar kat tempat lama.
Nak cerita sikit la pasal pejabat lama.
Ok,
Pejabat lama saya Pejabat Pembangunan Negeri Perlis,  Unit Penyelarasan dan Perlaksanaan,(ICU) Jabatan Perdana Menteri! 
Lepas beberapa bulan  kerja, saya kena gi HQ, pi ngan bos, so takde la takut sangat. Bos kan ada, saya follow  je! Teruja!!!!!! Dalam hati ni ‘bestnya..walaupun pejabat pak lah tak tau kat mana, dapat masuk hujung-hujung bangunan pun kira ok!’ hehehehe… 
lenguh gak kaki nak sampai ke dewan. Tapi tetap senyum.. 1st time kau! 


Saya sempat gi HQ beberapa kali je. Seingat saya, 3 kali dengan bos, 3 kali sorang diri dan 1 kali gi jamuan hari raya. Tu je.  J Tapi bagi budak kampung macam saya ni, tu pun dah membahagiakan! Pengalaman yang best walaupun hati dup dap dup dap nak masuk meeting!
Masa kerja sana jugak mengajar saya berdikari, kena gi meeting sorang-sorang. Takut dan cuak! Tapi nasib baik adik saya ada kat banting. Kuasa vito sebagai kakak digunakan sepenuhnya!
‘yon, ambil  ateh, jangan lamabat!’
‘yon, hantaq ateh pi pejabat besok’
Hehehe..
Tapi mula-mula je dia layan, pastu kena gi sendiri. Dia ada kerja. So, teksi jadi peneman. Kat perlis mana ada naik teksi.. tapi layan gak la naik teksi. Pakcik tu pun ramah je.
Al-kisahnya, saya anggap saya bertuah, dapat kerja kat situ, dapat jumpa ramai orang dan yang paling penting dapat masuk  bangunan JPM!
Nanti dah ada anak cucu, nak kena cerita ni..
‘cu..tok dulu dah masuk dah bangunan tu, cu belajar rajin-rajin ye, mana tau boleh jadi PM, boleh tok masuk pejabat tu lagi, nak tumpang duduk atas  kerusi je, nak rasa empuk ke tak kerusi tu’ JJ 

Wordless Wednesday #23


Tuesday, September 11, 2012

Kereta elektrik Palestin

X sangka betul. Saudara kita ni (Al-Qassas) tinggal di Gaza yg sering menjadi serangan Israel, kerja sebagai pemandu teksi padahal ada Ijazah Sains politik. Tapi mampu mencipta sebuah kereta elektrik. Disebabkan krisis minyak, harga minyak yg tinggi. Mungkin kalau harga minyak di Malaysia naik lagi tinggi, mungkin orang kita akan bertukar kepada kereta elektrik pulak. Selagi mampu beli, ada minyak dijual selagi itulah kenderaan petrol akan diguna cuma demonstrasi jer lebih sikit.

Manusia akan menjadi kreatif, mampu berfikir kritikal apabila berhadapan krisis, kesusahan. Sebab tu bila senang, kita x hiraukan org susah, cepat berlagak, mengada-ngada. Kesenangan hidup ni sebenarnya satu ujian jugak.


Palestinian Electric car from garbage
Aku pun berminat nak buat, tp cari motor pun xdapat2 lagi. Bateri ngan solar panel xdak masalah. Boleh pakai mai kerja jadi la. Kelajuan 20 - 30km/j jer. Kalau 60km/j sedap gak. Motor elektrik modenas pun boleh pi 60kilo. Sekali cas boleh tahan gak 3 4 jam. Setakat mai kerja dekat2 ni, 3 4 hari baru cas semula. 

Smartphone & Internet

(Got this from a friend in my mail box, just for sharing only)

This is how Friends Hang Out Today

Description: Description: Description: Description: Description: CF576CE06B56479DB8C5A48E42CA3BA9@HomeLT
Grab a cup of coffee  
Description: Description: Description: Description: Description: 8DE434363A6C4FAE8F74C31F926EA48C@HomeLT
Go to your local pub  
Description: Description: Description: Description: Description: 6903A9CEDEC24FE2BF0AD08A8938A39D@HomeLT
Dine out at your favorite restaurant

Description: Description: Description:   Description: Description: 810C23D4F768471C975BAA3637C7E2F9@HomeLT
Spend some time at the museum
Description: Description: Description: Description: Description:   654B37223ED04EBEB25DD4F27DB38B76@HomeLT
Meet at a popular diner  
Description: Description: Description: Description: Description: 3662D65E36084FE3B1DFB412B2301360@HomeLT
Relax at a beautiful park 
Description: Description: Description: Description: Description: 86E35EEDDDD8402D90B4DE9C978CB4BF@HomeLT
Go to a live game 
Description: Description: Description:   Description: Description: B97DBCEFBC2E41829BF69548C5009B52@HomeLT
Go to the movies together 
Description: Description: Description: Description: Description: E2E7E88F4CF34955A4CAA39B6C207ED2@HomeLT
Going out on a date 

Description: Description: Description: Description: Description: A68911474C964512942A7E70D8E5B158@HomeLT
Take a drive around town

 It’s a busy world, no quality time
 Description: Description: Description: Description: Image     

 Cuba perhatikan disekeliling anda semasa ada di luar rumah atau semasa dalam rumah ... fenomena yang sama? 

Semester Baru

Alhamdulillah, Syukur. masih dapat bernafas menempuh semester baru bermula semalam, Isnin 10hb September 2012. Selepas lebih kurang 2 bulan cuti semester, hari ini dapat bertemu semula kumpulan pelajar-pelajar yang sangat saya teruja bertemu mereka. Alhamdulillah juga pada semester ini saya mendapat kursus baru untuk di ajar dan bertemu dengan kumpulan pelajar yang sama dengan semester lepas. 
Saya sangat teruja untuk bertemu mereka semula, kerana ini adalah kumpulan yang pertama sepanjang hayat saya menjadi pensyarah, di mana keputusan peperiksaan final semester lepas adalah yang terbaik! lebih 50% daripada pelajar dalam kumpulan ini telah mendapat A-. A dan A+ dalam subjek yang saya ajar pada semester lepas...
TAHNIAH diucapkan kepada kumpulan CS2303A.

Mereka adalah pelajar-pelajar yang sangat ceria, sentiasa memberikan maklum-balas dengan cepat apabila disoal dsbnya...kerana itu sepanjang 1 semester mengajar mereka , saya langsung tidak berasa bosan ... mereka saya anggap seperti anak-anak saya sendiri...
Semoga dengan bermulanya semester baru ini akan memberikan satu pengalaman baru bagi saya dan anak-anak murid saya nanti ...
Yang paling kita doakan adalah, ilmu yang diajar dan diterima semuanya diBerkati dan diRahmati oleh Allah SWT...semoga ianya menjadi ilmu yang berguna dan dapat dimenafaatkan oleh anak-anak muridku di masa hadapan...InsyaAllah..

Monday, September 10, 2012

Konvo PSP 12 dan Derma Darah

Bermula 7 sept Raptai, 8, 9 dan 10 sept, Majlis konvokesyen berlangsung di PSP utk graduan sesi Dis 2010, Jun 2011, Disember 2011. Pada hari pula diadakan kempen derma darah serentak di Politeknik politeknik seluruh Malaysia. Psp mensasarkan 700 penderma, 12000 penderma bagi keseluruhan Politeknik di Malaysia untuk dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records.
live band pun ada
suasana dalam dewan konvo

dewan seri mutiara PSP
pekena kopi dulu

Keratan Akhbar

Cipta sejarah
keratan akhbar derma darah
mai la ambik darah aku 

Kempen Derma Darah di PSP
Dari kiri: YB Ariff Shah, Pengarah PSP, Timbalan Pengarah PSP

rekod tercapai


Saya sayang awak sampai bila bila

Percaya dan yakin pada Allah. Sinar Harian 11 sept 2012

Gambar Belangkas