Thursday, September 6, 2012

Diamond facial at Beauty Century, Midvalley

I went for a facial today at Beauty Century. I have read good reviews about it and since it is my first time, I get a discount. I love discounts! Normal price for this Diamond Peel facial was RM98. But if you are a first timer, they charged RM38. RM38 covers consultation (45 mim), back massage (15min), diamond peel (10min), facial (15min), steam (15 min), extraction (30min), aloe vera mask ( 15 min) treatment, charcoal mask (15min), face massage (10min), toner, moisturiser, sun block and lastly, head massage (5min).
All the duration were just my estimation. Basically, they will ask you if you have three hours to do all those things as a first timer. Quite worth it!

Of course, the consultation part was where they try to recommend me to go for a 'better' treatment. She recommended I do the DFN facial which cost rm500 per treatment! I could not hide my shocked expression. I came prepared for a rm38 facial and to hear rm500 for a facial was way too much. DFN helps to make the pores smaller, reduce scars and make pimples smaller. Everything I wanted and needed, but im so not ready to fork out that amount. It does not even gurantee i will be satisfied after one treatment.

Aside from that, i had an awesome back massage there and everyone was really nice. The beautician was also very detailed in explaining what she was doing to my face and warn me if it was going to be painful. The diamond peel is a machinine that sucks up all the dead skin cells. She told me to feel my skin and it was so smooth, something like the after effect of sanding wood.

Tanda-tanda seseorang membela hantu raya !

kredit to flickr
Memandangkan malam ni malam jumaat a.k.a malam kliwon, ape kata kita tambahkan keseraman dengan citer hantu ?!  jangan ingat zaman serba moden xder hantu atau yang membela hantuu.... adooo punyo. Dari pengalaman aku sendiri la kan, tang mata xnak bertentang bila bercakap tu aku caya, lg satu orang membela ni raut wajah langsung xder seri atau nur.. serba ringkas yang boleh aku katakan aku pernah alami si pembela hantu raya ni menunjukkan dirinya ketika aku dalam tidur, so faham-faham sudey ley.... Nak tau serba sedikit tanda-tanda manusia yang bertopengkan syaitan membela hantu raya cer layannnn kat bawah ni ha...

~ Dia takut bertentangan mata bila bercakap.
~. Dia gementar dan keluh kesah bila berjumpa orang alim.
~. Hatinya sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh bila berada dalam majlis ilmu.
~. Dia gemar makan bubur kacang merah dan suka jamu orang makan pada malam Jumaat.
~. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luarbiasa apabila melakukan kerja-kerja berat.
~. Bila dia keluar rumah, dia tidak akan beritahu kepada ahli keluarga terutama isterinya.
~. Dia kerap membawa berpuluh-puluh telur rebus ke dalam hutan.
~. Bila ada mesyuarat, orang ramai akan patuh dan tunduk pada keputusannya.
~. Dia mempunyai tenaga seks luar biasa bila bejimak dengan isteri.
~. Dia mudah memperolehi apa sahaja hajat dengan bantuan makhluk itu


p/s: sambil bersila tuan empunya hantu ni terkumat kamit mulut baca mentera....Allahhuakbar !

Jamuan Raya + Hari Lahir Jabatan

Alhamdulillah...rezeki memang murah sangat pada bulan Syawal ini.  Ada sahaja jemputan samada jamuan Hari Raya, kenduri Kahwin atau sekarang sudah mula mendapat jemputan kenduri doa selamat untuk pergi haji.
Hari ini pula jamuan Hari Raya + sambutan Hari Lahir bagi staf yang birthday mereka jatuh pada bulan Ogos dan September. 
Sebahagian dari staf yang hadir. Ada yang tidak dapat hadir kerana menghadiri kursus atau meeting dll.
Kek sempena Hari Lahir beberapa orang staf (ramai juga yang lahir pada bulan July, Ogos dan September ini)

Kami juga menjemput beberapa orang pensyarah yang sudah bersara. Rindu kepada mereka!
Kak Rohani Zaid (kanan sekali)

Encik Aminuddin

ALhamdulillah, Allah izinkan kami berkumpul pada hari ini untuk mengeratkan silaturrahim sesama sendiri.  Disamping tugas hakiki yang kami perlu lakukan, hubungan sesama pekerja juga perlu dijaga, hubungan dengan para pelajar, dan juga hubungan dengan boss kita....mudah-mudahan jamuan ini berjaya mengeratkan pautan tali silaturrahim antara kami...Ameen.

Wednesday, September 5, 2012

dulu-dulu..

assalammualaikum..

semalam saya tengok cerita keluarga iskandar. saya & suami memang suka sangat cerita tu. lain dari yang lain.

semalam cerita pasal mak yang risau tentang masa depan anak. bila mak ngan ayah dia tanya nanti besar nak jadi apa, budak tu jawab 'entah'. pastu bila mak dia tanya, kerja apa yang dia suka tengok orang dewasa buat, dia jawab pak guard!

kikikikiki..... sawan mak ngan ayah dia!!

hehehehheeee... saya gelak besar sebab terus teringat pasal adik saya yang cita-cita dia nak jadi driver lori sampah! ha! terbeliak mata ibu dengaq dia cakap macam tu dulu....hehehehe..

cita-cita zaman budak-budak memang tah apa-apa!

nama pun budak-budak kan..

tapi budak-budak sekarang ni cita-cita dasyat! nak jadi pilot sebab selalu main PSII, nak jadi angkasawan sebab mak bapak selalu bawa gi petrosains, nak jadi pelumba kereta profasional sebab selalu tengok F1..

zaman kami dulu mana ada. yang paling gempak pun bunyi lori sampah yang lalu depan rumah! tu yang cita-cita nak bawa lori sampah tu!!  :D

budak-budak sekarang untung.. semua dah canggih manggih dah.. tapi ada gak ruginya, korang mana ada main ziropoint dah! best ooooo main ziropoint! takat tinggi paras kepala tu takde hal!! sekali lompat je.. :) tu tak cita bab batu 7 lagi tu..atau nama yang lebih glamour batu seremban! sekali zaaaaap je tau!

apapun zaman kita, terimalah hakikat zaman kanak-kanak memang best.




  saya ada banyak koleksi pemadam wangi tau!

                                                                              :)









View bar at G Tower

Birthday month = Full of freebies
This was not really a birthday celebration, but a celebration of something.

Beer and mojito. Mojito super sweet bleh.
The KL view from the bar was so-so only. The klcc twin building was mostly blocked by the new condo, Binjai.

It was also the first time seeing the jln tun razak and jalan ampang intersection.

Other than that nothing new. Surrounded by concrete.
Had a great time!

Jamuan Hari Raya FSKM

Selagi belum habis bulan Syawal, selagi itu adalah jamuan Hari Raya Eidul Fitri, ada jemputan "Rumah terbuka" , "Office terbuka", "Jabatan terbuka"  dan entah apa-apa lagi yang terbuka, tak tahu lah...memang zaman sudah berubah banyak... 
Jika dahulu semasa kita kecil , sekolah, tak payah pun tunggu orang buat Rumah Terbuka baru nak datang berhari raya, bila-bila masa kita nak datang beraya kita datang aje, ketuk, bagi salam, raya...yang penting dapat "duit Raya" ! hehe..
Tetapi masa telah mengubah banyak perkara. Mungkin dahulu ramai ibu-ibu yang menjadi suri Rumahtangga sepenuh masa, jadi mereka ada di rumah sepanjang masa, boleh lah kanak2 datang berhari raya sesuka hati bila-bila masa, tetapi sekarang, kebanyakan ibu/isteri sudah bekerja, terutama di bandar-bandar besar. Oleh itu, sudah tentu tiada sesiapa di rumah di siang hari...hanya bibik-bibil (itu pun jika ada bibik)..oleh itu ramai orang membuat Rumah Terbuka di hujung-hujung minggu agar dapat menjemput saudara-mara dan jiran tetangga untuk datang berhari raya...
jadilah konsep 'Rumah terbuka" sekarang ...
Malahan di pejabat-pejabat pula, semua pekerja bersetuju membuat Jamuan Hari Raya agar dapat merayakan kedatangan Syawal sesama rakan sepejabat. Kerana apa? Kerana mereka tidak punya masa hendak berkunjung ke rumah sesama sendiri di waktu lain..jadi buat 'pejabat Terbuka" , maka dapatlah meraya kedatangan Syawal bersama.
Hari ini, FSKM - Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Shah Alam, membuat Jamuan Hari Raya untuk semua staf fakulti...
ALhamdulillah, agendanya bukanlah hanya "makan-makan" sahaja, tetapi didahului dengan sesi tazkeerah oleh Ustaz hj Zaki Ghazali, pensyarah di FSKM. Tazkeerah beliau sangat bagus dan memberi makna baru dalam merayakan kedatangan Syawal. (Saya akan buat entri lain mengenai tazkeerah beliau, InsyaAllah)
Kemudian diikuti oleh sedikit ucapan oleh Prof. Dekan, dan bacaan doa selamat untuk pensyarah dan staf yang akan menunaikan haji tidak lama lagi.
Akhir sekali baharulah acara makan-makan berlangsung...Alhamdulillah.

Tuesday, September 4, 2012

cita-cita tak kesampaian

 assalammualaikum..

setiap kali saya rasa malas kerja..saya akan membayangkan cita-cita tak kesampaian saya! cita-cita yang saya nak, sangat kecil. saya nak buka kedai kecil yang comel. nak berniaga. jual sarapan. saya nak buka kedai kopi. macam dulu-dulu punya kedai. kopi, roti dan telur separuh masak. saya tak nak macam kopitiam sekarang ni. yang tu dah dimodenkan. tak best.

kopi kat kedai saya nk guna kopi kampung yang buat sendiri tu. haaa...yang pekat tu.. sedapnya! keaslian terjamin :D

roti pulak dengan kaya buatan sendiri. wahh..bestnya..

kat kedai, nak buka lagu-lagu lama je.. lagu yang boleh tenagkan fikiran.. meja dan kerusi pun nak yang jenis lama. macam kedai zaman saya kecil dulu. yang ada corak celoreng tu. ada warna kuning tanah.

kedai saya buka seawal 7 pagi dan tutup 11 pagi.. berniga waktu puncak je.

bestnya kalau dapat buka kedai camtu.

berangan memang best!


memandangkan zaman dah berubah, dapat buka kedai macam gambar sebelah ni pun okey je..

bawah pokok, ada 5 meja makan. nampak je macam takde orang makan, tapi hakikatnya ramai yang bungkus dan kalau waktu puncak, siapa lambat makan berdiri. :)

amboi...berangan mengikut selera memang terbuai!

tapi mesti ramai yang cakap, tu je impian awak? tak bestnya! kecilnya! orang kalau nak berangan, cipla la cerita yang lebih menarik, jadi jutawan ke, buka kedai gedabak besaq ke.. ni nak buka kedai kecil, jual sarapan pulak tu! tak menarik langsung! camne nak pakai kereta besaq kalau kedai 5 meja je?



kalau pakai kereta besaq tapi hati tak tenang pun buatpe kan?

kalau rumah besaq tapi tidur tak lena pun buatpe kan?

kalau tv 50" tapi masa nak tengok pun takde, buatpe kan?

bagi saya sederhana ialah cara terbaik untuk hidup. tak bermakna kaya tak best ye.. kalau kaya tapi bahagian, itu kebahagiaan dunia yang tak ternilai harganya.

:) saya suka kehidupan yang tenang dan simple. sebab tu saya kerja kat perlis yang permai lagi mempersona ni. so, cita-cita saya selari la dengan jiwa saya.

ecewah...

tapi mana la tau, kot-kot nanti-nanti saya diberikan rezeki dan ilham untuk buka kedai kopi seperti yang diidamkan! rezeki allah mana la kita tau kan..


doa ye, semoga saya dimurahkan rezeki :)



Gambar Belangkas