Tuesday, August 7, 2012

Nasi Goreng Meletup at Murni's USJ

This nasi goreng was so good due to the generous amount of cili padi. Cili padi is always a must with fried rice. I at it one hour ago and I can feel my stomach burning..

gatal itu pasti :D

assalammualaikum..

baru-baru ni saya berbuka dengan kambing. sangat sedap! saya makan banyak ok. dan akibatnya, naik jerawat 3 biji. 1 kat dahi, 2 kat hidung. sekali gus memancungkan hidungku!! yeah!!

semua jerawat2 tu akan bersentuhan dengan sejadah bila sujud. FUHHH..berdenyut2 ye.. macam dicucuk2 dengan jarum. bagai diuli2 macam doh kuih!!

nak picit xada mata!
nak picit tak masak lagi!
nak picit sakit!

tu baru bab jerawat, tak masuk lagi bab gatal lagi ye.. berkajang la kalau nak cita bab gatal!! mata, telinga, muka, badan.. kira full pakej ye!

apapun, jangan berbuka dengan benda yang kat bawah ni ye.. HARAM. sale la sangat!

Monday, August 6, 2012

Lawak Pendengaran




Lawak Pendengaran

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."
 

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

Percutian Keluarga di Cameron Highlands

Cameron Highlands tidak memerlukan pengenalan sangat, sebab semua orang tahu di  mana ia terletak dan mengapa ramai pelancong suka ke sana. Saya dan keluarga ke sana untuk menikmati cuaca sejuk ala negara mat saleh. Lebih kurang 20 orang menyertai percutian kali ini. Seronok pergi bercuti begini, macam rombongan pula rasanya.

Percutian 3hari 2malam itu bermula dengan 6 biji kereta bertolak dari negeri tempat tinggal masing-masing ke Cameron Highlands. Perjalanan naik ke atas amat mudah kerana tiada kesesakan lalulintas yang biasa dialami sewaktu cuti umum atau cuti sekolah. Kami memang sengaja memilih hujung minggu biasa untuk mengelakkan kesesakan.

Untuk mendapatkan keselesaan maksimum, kami menyewa 2 biji apartment 3 bilik. Alhamdulillah, apartment ini amat selesa dan lengkap dengan kemudahan memasak. Bangunan apartment juga amat cantik, ala-ala bangunan Inggeris, gitu!
Posing di luar apartment yang disewa. Cantik, kan?

Tidak sah ke Cameron Highlands kalau tidak ke ladang teh. Kami ke Cameron Valley untuk melihat ladang teh yang besar. Kebetulan ketika itu hujan turun, jadi masa dihabiskan dengan minum teh dan makan scones di restoren yang terdapat di sana sambil menikmati pemandangan yang indah. Saya pilih teh halia madu...hm, memang best!!!

 Ladang teh yang hijau mata memandang

 Masa tu hujan rintik-rintik, sedap betul minum teh halia panas ni!

Hafiz posing ala pelakon Hindustan berlatar-belakangkan pokok-pokok teh menghijau

Strawberi adalah satu lagi tarikan di Cameron Highlands. Kami ke Mardi untuk menikmati Strawberi segar dan lain-lain tanaman seperti pelbagai jenis bunga, sayur-sayuran dan buah-buahan. 

 Antara bunga-bungaan yang mekar di Mardi


 Wah seronoknya main buaian sejuk-sejuk ni..

 Adakah dia jelmaan Superman? Tersesat di Cameron Highlands? Kami tidak pasti..

 Melihat bunga-bungaan yang mekar di Taman Mardi

Kami juga pergi ke Strawbery Valley, sebuah pusat tanaman strawberi organik untuk menikmati strawberi dan makanan-makanan berasaskan strawberi. Di sini kami berpeluang untuk memetik strawberi sendiri. Hanya RM25 sebakul. Semasa memetik, kita bebas untuk makan terus strawberi yang ada selagi mampu.
Di Strawberry Valley - seronoknya depa!

Lupakan misai tebalnya sebab beliau adalah rakyat Malaysia.. tu sedang memilih strawberi yang ingin di petik

 Gaya pro memetik strawberi

Kenapa dia macam geli semacam je pegang strawberi tu, penulis tidak pasti..

Di Cameron Highlands juga ada banyak jual sayur-sayuran di tepi-tepi jalan. Murah-murah plak tu. Seikat RM1 dalam genggaman besar leh dapat. Segar2 belaka. Memang kami borong belaka.

Semasa di sana, kami juga buat BBQ. Tapi maaf xde gambar nak share sebab gambar ntah kat dalam henfon siapa ntah, tak dapat dikesan. Memandangkan masa kami pergi cuaca amat sejuk ditambah pula dengan hujan, makan BBQ panas malam-malam bersama sanak-saudara memang menyeronokkan. Tuan rumah ada menyediakan BBQ pit, tapi kami dah siap2 bawa BBQ sendri.

Cameron Highlands memang menyeronokkan. Tips berikut akan memaksimumkan keseronokan anda ke sana;
1. Elakkan cuti umum dan cuti sekolah - kesesakan jalanraya sepanjang pendakian ke arah Cameron Highlands adalah suatu mimpi buruk pada waktu begitu. Jem dari pangkal kaki bukit. Tidak pelik untuk melihat kereta tersadai rosak di tepi jalan dek kerana enjin yang panas.
2. Elakkan pergi pada musim hujan sebab kebanyakan aktiviti adalah di luar. Hujan akan membataskan pergerakan dan cuaca juga menjadi amat sejuk.
3. Jangan lupa beli jangung rebus/bakar di sana. Jagung di sana amat segar dan sedap. Sebenarnya, makan terus tanpa di rebus/bakar/masak pon dah sedap sangat. Murah je.
4. Makan strawberi sepuas-puasnya!

Signed off!

Surau Mawaddah

Alhamdulillah, hari ini kami berbuka di Surau Mawaddah, Seksyen 8, Shah Alam. 

 Meriah sungguh hari ini di surau Mawaddah kerana rupa-rupanya hari ini ada program di surau tersebut. Mereka menjemput anak-anak yatim dari 2 tempat di kawasan sekitar dan juga pelajar-pelajar Maahad Tahfiz.  
Alhamdulillah, semoga dimurahkan lagi rezeki mereka-mereka dari kariah ini.

(tak sempat nak snap gambar...)

Sunday, August 5, 2012

LCW tewas kepada Lin Dan di Olimpik London 2012

Seperti yg di duga, Lcw kalah gak kt musuh tradisi beliau, Lin Dan. Kt siapa Lin Dan pernah klh? Rasanya Datuk Lcw kn study lg apa teknik yg boleh menewaskan Lin Dan.


mati-matian

Satu2 wira negara yg beraksi di final olimpik. Hebat.

Kalau layak masuk olimpik pon dah hebat. Kalau aku, boleh wakil rumah sukan pun kr hebat giler.

Tahniah kpd semua pejuang negara.


perak olimpik

membawa harapan negara

IRIS 2012

IRIS - Ijtima' Ramadhan IKRAM Selangor
tempat: Mesjid Negeri Shah Alam

Bermula pagi semalam jam 9pg hingga 9:00pagi ini..
Forum, Ceramah, Iftar, Qiyam dan sahur 
di antara penceramah yang hadir: Ustaz Dr Danial Zainal Abidin program Tanyalah Ustaz - 5/8/12) , Ustaz Abd Basit Abdul Rahman (program Tanyalah Ustaz - 6/8/12) 

Alhamdulillah satu pengisian rohani yang sangat padat di hujung minggu dan sempena cuti Nuzul Al-Quran ...
 

Gambar Belangkas