Thursday, August 2, 2012

Puasa Ramadhan & Sya'ban

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1125.

Dari 'Aisyah,Ummul Mukminin r.a., katanya: "Rasulullah saw. sering puasa sehinga kami mengira bahawa beliau akan puasa seterusnya. Dan beliau sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat beliau puasa terus sebulan penuh kecuali bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat beliau puasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya'ban."

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1118.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Setiap amal anak Adam dilipatgandakan pahalanya. Satu macam kebaikan diberi pahala sepuluh sampai tujuh ratus kali. Allah Azza wa Jalla berfirman: "Selain puasa kerana puasa itu untuk-Ku. Aku akan memberi pahala bagi orang yang puasa, kerana dia meninggalkan nafsu syahwat dan nafsu makannya keranaKu, Dan bagi orang yang puasa ada dua macam kegembiraan: pertama ketika dia berbuka dan kedua ketika dia bertemu dengan Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang puasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi."

Wednesday, August 1, 2012

ABC

ABC - ia suatu istilah yang diguna oleh anak-anak di sekolah mereka.  Pada mulanya saya termanggu-manggu ketika anak bongsu mengatakan ummi ABC..(ingatkan Air Batu Campur ke...mana ada orang jual ABC siang hari bulan Ramadhan ni..) .petang tadi sewaktu balik dari kerja , confirm ummi ABC...saya pun ambil air segelas dan minum..tiba-tiba Hana ternampak dan berkata..."ummi ABC ya...?"  saya pun menganggukkan kepala...
Apa itu ABC?  Allah Bagi Cuti ...
(bagi orang perempuan aje ye...orang lelaki jangan memandai nak cuti-cuti pulak masa Ramadhan ini! hehe)

Reaksi pertama kita, "alaaaa...tak dapat gi solat Terawikh malam ni" barangkali terdetik juga, "terpaksalah tangguh tadarus bersama keluarga..tak dapat baca Al-Quran juga..." barangkali terdetik juga, bahawa pahala puasa kita akan berkurang kerana tidak dapat solat sunat Terawikh dan mengaji Al-Quran, dll....

...Ya Allah...ampunkan dosa-dosa hambaMu yang dhaif ini... berkata begtu ibarat kita mempersoalkan ketentuan Allah SWT ..Ya Allah, Ya Allah Ya Allah ..ampunkan dosaku Ya Allah ...

Teringat pesanan Ustazah Kamariah sewaktu menghadiri Tamrin Ramadhan anjuran akhawat IKRAM Shah Alam minggu lepas, beliau berkata (ringkasannya)
"kita orang perempuan ni, jangan lekas merungut atau mengeluh apabila tidak boleh solat atau mengaji semasa di bulan Ramadhan ini." mungkin kita rasa, tak dapat lah hendak meraih BONUS Ramadhan dengan solat Terawikh dan bertadarrus Al-Quran.. sedangkan pahala yang Allah beri kepada orang perempuan itu lebih banyak lagi dengan melakukan perkara yang lain... sepatutnya masa ini ambillah peluang dengan membaca terjemahan dan tafsir Al-Quran, mungkin masa yang kita ambil membaca terjemahan Al-Quran lebih cepat dari masa yang kita ambil untuk membaca dalam bahasa Arab... malahan itu adalah lebih baik kerana kita faham maksud perkataan dan ayat di dalam Al-Quran, maka lebih faham lagi..apabila kita faham maksud ayat-ayat yang kita baca, maka lebih penghayatan dan meresap ke dalam hati sanubari kita...


hadith Nabi S.A.W. yang bermaksud:


Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, 
“Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.
(Riwayat At-Tirmidzi)

Jadi dengan memberi makan (walaupun sebiji tamar) dapat memberikan pahala puasa bagi wanita yang tidak boleh berpuasa... kita boleh ambil peluang dengan memberi makan /memasak bagi mereka yg berpuasa, juga dapat memberikan kita pahala..InsyaAllah.

Beli Baju RAYA Anak

Makaiiii, mahel nyo, ngalahkan baju makbapak. Baju aku pun x sampai rega ni. Kena 2 org ni boleh pancit aku. Itu lah ngomelan aku (dalam ati jer) ms jalan cari baju raya anak. Bini aku kaa, tu la, baru abg tau, ayang yg selalu duk baju anak. Ni jer setahun sekali abg beli. Hehehehehe.......ketawa aku dlm hati. Perlian tu tajam sungguh.

Jalan2 punya jalan terjumpa gak yg murah2. X murah la sama herga ngan baju bapak, kira ok la. Hehehe...Terlupa lak aku kasut x beli lagi. Member aku kata kasut anak dia umur 4 tahun rega seratus lebih. Mak oooiii...........

eccecceceehh

Memang patut kerajaan bagi bonus raya, kurang2 boleh gak tampung balik wet yg nak abis beli baju raya ni. Kesian kat yg bukan gomen la.

Ala...ada byk kedai jual baju elok2 murah2, cuma x sempat ronda lg jer. Tp kalau boleh baju raya ni biar la yg terbaru, lain skit dari biasa. Kan nak raya ni. Untuk budak2, org tua mengalah la. Depa la yg paling seronok. Cuba bygkan bila bdk2 beraya pakai baju lama ja. Isk......sedih sgt la. Krg2 baju Melayu sorg sepasang la.

Baju Melayu aku yg tahun2 lepas pun elok lagi. Pakai masa pi sembahyang raya ja. Nasib baik x bli mahel2. Kalu recycle balik pun org x perasan kot. Macam baru lagi tersangkut dalam almari. Nak pakai pi semayang jumaat, segan lak. Masa bujang dulu beli baju melayu jer, xdak seluar. Boleh la pakai pi jumaat dgn kain pelikat jer.


kali pertama



beraya sbg suami isteri



















semoga berbahagia

Beli baju raya sederhana dah la. Bukan nak ikut gaya artis. Depa lain, kena lain, kena lebih2 skit. Artis la katakan.


tasik pink



assalammualaikum..
ha! tasik warna pink! sangat keperempuanan! lagipun pink kan warna untuk wanita islam.. itulah ciptaan ALLAH. DIA boleh menjadikan sesuatu yang diluar pemikiran logik menjadi sesuatu yang tak mustahil.
subahanallah..

Air tasik di Tasek Retba ini bertukar menjadi pink adalah disebabkan terdapat populasi alga terbesar di sini yang disebut sebagai alga Dunaliella






terus teringat air bandung!

Tuesday, July 31, 2012

Percubaan SPM 2012

Esok, Rabu bermulalah pertarungan bagi anak ke-5 saya pada tahun ini menghadapi peperiksaan percubaan SPM ... Abi, Ummi, kakak, abang dan adik serta keluarga semua ingin mengucapkan dan mendoakan untuk Wafa', agar Selamat Maju Jaya , Semoga Allah Kurniakan ingatan yang baik dan tajam, ketenangan dan kelapangan fikiran, Mengurniakan kpd Wafa' idea-idea yang bernas dan Permudahkan Wafa dalam menjawab  soalan peperiksaan dengan betul ..
Semoga Wafa akan mendapat keputusan peperiksaan SPM yang Cemerlang ...semuanya mendapat A+ ...

Ya Allah, Tuhan yang mengajar Nabi Ibrahim akan hikmat, ajarkan dia (Wafa), Ya Allah Tuhan yang mengajar Nabi Sulaiman akan kefahaman, berilah kefahaman kepada Wafa.  
Firman Allah SWT "maka Kami (Allah) telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. dan Kami lah yang melakukannya"
(Al-Anbiya: 79)

Wahai Tuhan Nabi Sulaiman, juga Tuhan Nabi Ibrahim, wahai Tuhan Nabi Musa dan Nabi Isa, wahai tuhan Nabi Muhammad SAW, selamatkan Wafa' daripada kegelapan kejahilan dan lupa, dengan RahmatNya wahai Tuhan yang amat Mengasihani daripada segala-galanya. 
Ya Allah, tambahkanlah ilmu kepada Wafa', dan anugerahkan kepada Wafa' kefahaman dengan RahmatMU wahai Tuhan yang amat Mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, anugerahkan kepada Wafa' cahaya dengan cahaya ilmuMU, dan jauhkan Wafa' daripada  lupa  dengan RahmatMu,  wahai Tuhan yang amat Mengasihani daripada segala-galanya. Ya Allah, anugerahkan kepada Wafa' kefahaman  nabi-nabi dan hafalan para utusan dengan RahmatMU , wahai Tuhan yang amat Mengasihani daripada segala-galanya. 
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam
Ameen

Monday, July 30, 2012

Hari Lahir Encik Suami

31st July 2012
Selamat Hari Lahir buat suami tercinta.... walaupun saya tahu En. Suami bukanlah jenis orang yang suka sambut birthday...saya tetap akan ucapkan Happy Birthday @ Selamat Hari Lahir  kepadanya.
Bagi Encik Suami, tiada sambutan birthday dalam Islam, namun begitu bukan bermakna beliau langsung tidak menghargai atau mengingati tarikh lahir, tetapi dengan cara yang tersendiri..
Yang ke berapa?
 hurmmm lagi setahun dah nak masuk setengah abad.

Berdebar-debar

Apa perasaan anda apabila pagi-pagi hari Isnin mendapat panggilan dari PA (Personal Assistant) your boss (in my case , my dean ) ?? 
"Dr. , dekan nak jumpa." 
Terus berdebar-debar rasa jantung ku! dup dap dup dap dup dap..(kalau boleh dengar lah degupan jantung itu..) ..terus tanya PA dekan, " kenapa kak?"
"Tak tahu..Dekan cakap suruh datang jumpa aje.." jawab PA dekan.
"Ok kak, kejap lagi saya datang.", jawab saya pula.

Selepas meletakkan telefon, terus ligat fikiranku..."Ishh..apalah sebab ni dekan nak jumpa pulak? .... Apa aku ada buat salah ke? dekan nak marah and bagi warning ke? 
atau dekan nak bagi perlantikan / pegang post apa-apa ke nih? alamak ...jangan lah kena lantik pegang post apa-apa...sure makin sibuk nanti ..huhu..tak nak tak nak kena pegang post apa-apa!!" 

Sambil jalan ke pejabat dekan, masih lagi berfikir...adoiyai...berdebar-debar ...sampai sahaja, terus PA dekan suruh duduk dulu sebab ada orang lain dalam bilik dekan... duduk lah di kerusi menunggu tu ...ishhh..kalau boleh dengar degupan jantung, macam orang pukul gendang tu, makin lajuuu...huhu

Akhirnya PA dekan berkata, "Dr... sila masuk"
Perlahan aku mengatur langkah menapak masuk ke bilik dekan..terus melihat dekan sedang duduk dikerusinya sambil tersenyum memandangku..dan kami bersalaman selepas aku mengucapkan salam...dan dekan yang aku kenal ini terus bertanya khabar dsb.. 
dan akhirnya dekan mencapai satu sampul surat putih di atas meja dan menghulurkan kepadaku..sambil berkata, "buka lah .."

Dalam hati berkata, "Alamak..surat apa nih? nak kena pecat ke? Hish! Moga dijauhkan Allah!"
Aku mencapainya dengan tangan yang sedikit ketar (kena control lah juga depan dekan kan..tak mahulah nampak sangat gabra...hehe)
perlahan-lahan aku mengoyakkan tepi sampul tersebut dan menarik keluar sehelai kertas dari dalamnya..
Demi membaca sahaja isi kandungan surat, terus aku ucapkan kalimah "Alhamdulillah, Syukur ke Hadrat Allah!"
Rezaki di bulan Ramadhan...
Alhamdulillah..

Gambar Belangkas