Thursday, July 26, 2012

Bunyi air yg mendamaikan....


Dengar bunyi air terjun ni memang mendamaikan. Mengasyikkan.

Auto ventilation fan

Fungsinya utk mengeluarkan udara panas dari dalam kereta semasa parking secara automatik menggunakan tenaga solar. Panel solar tesebut memerlukan pancaran matahari yg cukup utk menggerakkan kipas. Oleh kerana kereta kita ada tinted gelap sikit, sampai bila pun dia x mau pusing. Gagal. Kecuali la kereta yg tinted dia lebih ringan. Saya modify sikit, tambah wayar, keluarkan solar panel ltk atas dashboard belakang. X gerak jugak sebab tinted. Bila panel solar ni diletak di luar, kipas terus jalan. Maknanya pancaran matahari telah diblok oleh tinted.

Ani angkat jemuran, hujan dah turun....

Hujan turun atau air turun dari awan yg hitam yg terkandung air di dalamnya. Kalu awan putih xder air dalamnya. Bila dah sarat dgn air, air pun tumpah, jatuh ke bumi. Jadi la hujan.

My name is Rock

Wakkakaka.....

Buat Stok....


stok pampers


stok susu




















Bukan nak promot susu ke pampers. Cuma nak bagi tau, bila ada sale jer kat supermarket, diskaun 2-3 hinggit, beli la berlambak-lambat buat stok. Boleh jimat sampai 2-30hinggit gak. Wow .....banyak tu, jimat giler ni. Pastikan susu ngan pampers sama kaler. Heheheh.....

Pengasuh anak aku pun bila dia balik kg, kalau ada sale dia tolong beli kan, 10 packet tu.........baru jimat byk katanya. Berapa ratus aku nk kena keluarkan.

Tawaran Terhebat

Surau Ar-Rayyan, Sek 7 (Kristal)

Semalam kami berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah di Surau Ar-Rayyan, Seksyen 7 (Kristal) ..buat pengetahuan anda semua, di Seksyen 7 Shah Alam ini sahaja, terdapat 5 buah surau : At-Taqwa, Al-Islah, Al-Mawaddah, Ar-Rayyan, dan ..... hurmm..lupa pula satu lagi surau yang terletak di area rumah pangsa sana ....

Alhamdulillah, saya mendapat jemputan untuk berbuka di sini  dari sahabat saya, Nor.  Beliau mengajak saya berbuka bersama beliau kerana pada malam sebelumnya beliau hanya berbuka seorang diri (di pihak wanita). Sewaktu saya sampai, dari jauh Puan Nor sudah nampak kami datang dan melambai ke arah kami. Suami beliau Ustaz Fairuz juga datang bersalaman menyambut kedatangan suami.  Alhamdulillah kelihatan beberapa orang wanita lain (saya agak isteri kariah surau itu juga kerana Puan Nor mengenali beliau) ...

Selepas berbuka kami terus ke bahagian wanita untuk solat maghrib berjemaah.  Kelihatan surau itu baharu juga di buat pengubahsuaian dan sangat luas di bahagian wanita, mungkin diubahsuai demi menampung jemaah wanita yang semakin ramai pada bulan Ramadhan ini, Namun begitu sewaktu solat maghrib, hanya kami berempat sahaja yang solat. Saya, Nor, isteri pak bilal (saya lupa pula nama beliau) dan Hana'.  Namun begitu menurut Puan Nor, sewaktu Solat Sunat Terawikh, ramai jemaah wanita yang hadir...Alhamdulillah. 

InsyaAllah, jika Allah izinkan, hari ini kami akan berbuka puasa dan bersolat maghrib berjemaah di surau yang lain pula.

Gambar Belangkas