Alhamdulillah, Allah izinkan kita semua berpuasa hingga hari ke-5 ini, dan Semoga Allah sentiasa melimpahkan Rahmat dan HidayahNYA ke atas kehidupan kita semua. Ameen.
Semalam kami dapat ke Mesjid Negeri Shah Alam untuk berbuka puasa, solat maghrib, bertadarus dan seterusnya berterawikh di situ. menunggu suami pulang dari kerja sehingga hampir jam 7:00 petang... terus cik suami mandi-mandi dan bersiap, sampai di Mesjid Negeri dalam pukul 7:15 ptg...masa itu sudah ramai orang duduk menunggu waktu berbuka.
Sedang melangkah ke tempat makan, bertembung pula dengan Puan Roza (isteri Prof Kamil dan penulis buku Travelog Cinta Abadi, Travelog Impian Abadi dan Travelog Kehidupan Abadi) ... selepas bersalaman kami menuju ke haluan masing-masing..
Saya dan Hana memerhati sekeliling, mencari meja yang menempatkan makanan... sedikit rasa hampa (Ya Allah, ampun kan dosa hambaMu ini Ya Allah, kerana terlintas perasaan begitu) kerana semua makanan sudah habis, agaknya sebab ramai orang... kami pun menuju ke tempat air, kerana itu sahaja yang ada. Mata mencari-cari tempat duduk ruang kosong di celah-celah orang ramai ... setelah melabuhkan punggung kami...saya pun mengeluarkan botol yang mengandungi kurma Ajwa yang kami bawa dari rumah... letakkan nya disebelah air.. dalam hati..tak apalah..tiada rezeki kami ..sebab datang lambat, maka makanan sudah habis... kami akan berbuka dengan kurma sahaja ...
Sambil menunggu saya telefon cik suami, (dia duduk di bhgn lelaki) ...bertanya, "Abi dapat makanan tak? ada lebih tak di bhgn lelaki?"
Jawab suami, " tak ada , dah habis juga... tapi ada orang bagi 1 bubur lambuk" .."ok", jawab saya...
saya pun memujuk Hana, "tak apa Hana, kita berbuka dengan kurma dulu, nanti InsyaAllah selepas solat maghrib kita cari makanan ya.." Hana mengangguk sahaja..
Semakin menghampiri ke waktu berbuka, saya telefon cik suami, "Abg, abg ada 1 mangkuk bubur tu, kita kongsi lah ya bertiga..kesian Hana, takut dia tak tahan nanti" , "ok" , jawab abi, lalu kami bersetuju duduk bersama di suatu tempat agak jauh sedikit di tepi dinding ...semasa saya sedang berkemas hendak berpindah tempat, tiba-tiba ada seorang budak perempuan datang menghulurkan satu tupperware bubur lambuk.. lalu saya suruh Hana ambil dan ucapkan terimakasih... melihat kejadian itu, wanita di sebelah saya, bertanya, " Puan tidak ada makanan kah?" Saya jawab,"owh ada, kami berbuka dengan buah tamar tu" ...Lalu beliau menghulurkan pula satu tupperware bubuk lambuk lagi untuk saya pula"..mula-mula saya agak keberatan, tapi beliau mengatakan beliau akan berbuka dengan nasi yang diberi oleh pihak mesjid...lalu saya ubah fikiran dan mengambil bubur tersebut, lalu ucapkan terimakasih..Semoga Allah murahkan rezeki mereka, Ya Allah...
Alhamdulillah akhirnya kami dapat berbuka dengan semangkuk bubur lambuk setiap seorang ...
Namun, Allah tunjukkan, beri kami merasai, walaupun berbuka hanya dengan semangkuk bubur lambuk...tapi Alhamdulillah, kami berasa kenyang sehingga selesai kami solat Terawikh. Mudah-mudahan berkat makanan yang kami makan walaupun sedikit.
Namun, Allah tunjukkan, beri kami merasai, walaupun berbuka hanya dengan semangkuk bubur lambuk...tapi Alhamdulillah, kami berasa kenyang sehingga selesai kami solat Terawikh. Mudah-mudahan berkat makanan yang kami makan walaupun sedikit.
Selepas berbuka, kami ke dewan solat dan solat maghrib berjemaah...selepas itu, kami bertadarus sehinggalah waktu Isya' dan kemudian bersolat terawikh pula. Saya merasakan satu perbezaan yang nyata, kami dapat bersolat berjemaah dengan tenang dan khusyuk kerana kami tidak makan berlebih-lebihan...
Kami suka bersolat Terawikh di Mesjid Negeri kerana suasananya yang mengingatkan kami ke Mesjidil Haram di Makkah...tambahan lagi imam-imamnya membaca ayat-ayat AL-Quran mengikut alunan bacaan seperti Iman Makkah .
Kami suka bersolat Terawikh di Mesjid Negeri kerana suasananya yang mengingatkan kami ke Mesjidil Haram di Makkah...tambahan lagi imam-imamnya membaca ayat-ayat AL-Quran mengikut alunan bacaan seperti Iman Makkah .