Sunday, July 22, 2012

Awal Ramadhan

Alhamdulillah Syukur ke Hadrat Allah SWT kerana sekali lagi memberi kami sekeluarga peluang untuk balik ke kampung dan berbuka puasa bersama-sama ayah bonda tercinta ...
walaupun hanya balik tak sampai sehari, tapi sekurang-kurang terserlah di wajah ayah bonda kegembiraan yang tidak dapat di nyatakan dengan kata-kata ... kesemua adik-beradikku pulang bersama keluarga masing-masing (tak ramai pun adik-beradik, 4 orang sahaja...)
Cuma kali ini tidak semua anak ku ada bersama : Kak Long  Asma' ada program di KL, Ammar menjadi imam solat Terawikh di Surau Al-Islah, Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, dan Mu'adz beriktikaf fi Mesjid Negeri bersama-sama rakan sekelasnya.
Yang penting dapat bersama-sama ayah bonda tercinta... 

Hatiku begitu sayu tatkala melihat ayahku ... matanya sudah tidak berapa nampak sangat ... aku terpaksa datang dekat duduk disebelahnya dan ketika kucium tangan dan pipinya, daku bisikkan, "abah, ini Uda, Uda balik nak buka puasa dengan abah"  terdengar getar dalam suaraku ..hampir tumpah air mata tapi aku berusaha membendungnya ...
Umur abah sudah 88 tahun...jalan terpaksa berpapah dan betongkat kerana kaki/lutut abah sudah tidak kuat dan mata kurang jelas... makan mesti ada seseorang yang menyuapnya, kerana jika abah makan sendiri memang kelihatan seperti anak-anak yang baru belajar makan, berserakan....kasihan abah... 
Alhamdulillah anak saudara ku Faizah, yang baharu sahaja kahwin pada bulan Jun tempohari ada duduk bersama atoknya. Oleh itu, Faizah lah yang rajin menjaga abah...
Terimakasih Faizah..
InsyaAllah, Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berilah kami kesihatan yang baik dan kelapangan masa, agar kami dapat pulang selalu ke kampung untuk menjenguk abah dan mak. 
InsyaAllah..Ameen


Friday, July 20, 2012

Fadilat terawikh Malam pertama?

Fadilat Terawikh malam pertama

Diampuni dosa orang orang yang beriman sebagaimana keadaannya seperti bayi yang baru lahir.
MAAF..YA ALLAH AMPUNI HAMBAMU YANG LEMAH INI
Kesahihan fadilat ini telah dipertikaikan..




Thursday, July 19, 2012

Lewat

Kali pertama stay back di office sehingga jam 11 malam ...InsyaAllah Sabtu pepagi selepas sahur bercadang nak balik kampung..menyambut awal Ramadhan bersama ibu bapa tercinta dan yang penting sebenarnya hendak bersama -sama di sisi ayahanda dan bonda setelah hampir dua bulan tak balik ...oleh itu kena habiskan marking dan grading by tonight or the lastest tomorrow...

Semoga Allah Permudahkan segalanya ...Ameen

puasa


Due Date

Buat masa ini, terlampau banyak DUE DATE yang kena penuhi...

Tarik nafas panjang-panjang ....hembus ..tarik nafas...hembus...
senyum ...
lakukan satu persatu mengikut keutamaan 
lakukan mengikut kemampuan diri
jangan tension...nanti Stress ...

Berzikir mengingati Allah SWT

Wednesday, July 18, 2012

Menghadapi Dugaan Hidup

Apabila rakan-rakan ditimpa dugaan hidup, mulut kita cepat dan senang sahaja mengucapkan, "Sabar ya kak/dik...ini dugaan dari Allah, kita hadapi dengan sabar" tetapi apabila diri sendiri ditimpa dugaan, bagaimana penerimaan kita? Bagaimana persiapan diri kita dan apakah tindakan yang kita lakukan?

Kita selalu menyangkakan diri kita sudah cukup persiapan, tetapi apabila tiba masanya, kadang-kala kita terkedu. Tidak tahu hendak melakukan apa-apa pun, yang kita secara spontan akan lakukan adalah menangis dan termenung...(bagi kebanyakan orang perempuan) , jika lelaki pula, mungkin disebabkan rasa ego yang tinggi, mereka akan mula menafikan (state of denial) ...namun adakah kita terfikir untuk lebih mendekatkan diri kita kepada Allah SWT? Kita akui Allah hendak menguji kita...Allah hendak menguatkan diri kita, jadi hanya kepada Allah lah sahaja kita patut mengadu dan memohon pertolongan jika menghadapi dugaan ...

Dalam membaca kisah-kisah para sahabah kita sering membaca bagaimana para sahabah selalu ditimba ujian dan dugaan, kadang kala bukan kecil dugaan yang mereka hadapi, malah sangat berat....sangat menggoyah iman di dada, tapi bagaimana mereka menghadapi nya..?
Pencarian dalam Al-Quran menemukan ayat-ayat berikut, Surah Az-Muzammil: ayat 1 - 11.
Ayat-ayat ini diturunkan ketika Rasulullah s.a.w tertekan dengan cercaan dan ancaman orang-orang kafir.  Mari kita baca terjemahan ayat-ayat ini:


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
  
1.  Wahai orang yang berselimut!
  
2.  Bangunlah solat Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat)
   
3. Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil"

5.(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

6. Sebenarnya solat dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.

7. (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;

8. Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
    
9. Dialah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.
    
10. Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.
     
11. Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa;

Apakah perkara utama yang terlintas di fikiran semasa terjemahan ayat-ayat di atas?
Ya....SOLAT TAHAJJUD ..

Kita di perintahkan oleh Allah SWT agar bangun solat malam ...kerana solat tahajjud akan memberi kita kekuatan jiwa untuk menghadapi dugaan.
 Rasulullah (s.a.w) juga diperintahkan oleh Allah untuk mengerjakan solat tahajjud sebagai persiapan sebelum diberi satu tugas yang sangat berat. Jika kita terasa hidup ini terlalu menekan, dan dada terasa amat terhimpit, segeralah mula untuk mengerjakan solat tahajjud dengan istiqamah. Kita akan mendapat kekuatan jiwa yang membolehkan kita menghadapi segala dugaan tersebut.

Tuesday, July 17, 2012

Laksam !

sila...sila jemput makan :)
Tinggal berapa hari jer lagi kita akan sambut ramadhan, sana sini dah mula sibuk promosi kuih raya, tudung dan baju raya ! ada jugak yg amik kesempatan shopping awal-awal haa.. yang penting siap kan ajer duit nyer :)  Cer pasal nak sambut puasa ni, insyaallah buat pertama kali tahun ni aku akan berniaga di bazar ramadhan. antara menu nyer nanti ialah murtabak, lompat tikam, laksam dan beberapa jenis kuih lagi. kalau ada kesempatan aku selit dalam entri akan datang yek.. 

proces membuat laksam dan kuah...

Bahan-bahan :-
 (A)
#  3 cawan tepung beras
#  1/2 cawan tepung gandum 
#   4 cawan air suam
#   2 sudu tepung kanji / tepung jagung 

Untuk Kuah : -
#  Sekilo Ikan ( tongkol, selayang atau ikut suka )
#  Halia - 1 inci
#  2 ulas bawang putih 
#  4-5 ulas bawang merah
#  Lada hitam skit
#  Santan dari sebiji kelapa
#  2 keping asam keping 
#  Garam skit 
#   Gula merah / gula

Ulam :-
Timun, kacang panjang, taugeh, daun kesum & bunga kantan  (dipotong halus)

Cili :-
* cili merah
* belacan
* garam
* limau

Cara-cara :-

1. Gaulkan semua bahan-bahan (A). sapu tudung periuk dengan sedikit minyak masak, curahkan sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. kukus sampai masak. dah masak biarkan sekejap sebelum digulung.
2. Untuk Kuah - blend isi ikan, halia, bwg putih, bwg merah dan lada hitam. masukan kedalam periuk dgn bahan lain. kacau sampai pekat.
3. Untuk Cili - tumbuk cili merah dan belacan. mskkan garam dan perah limau..



Gambar Belangkas