Wednesday, July 18, 2012

Menghadapi Dugaan Hidup

Apabila rakan-rakan ditimpa dugaan hidup, mulut kita cepat dan senang sahaja mengucapkan, "Sabar ya kak/dik...ini dugaan dari Allah, kita hadapi dengan sabar" tetapi apabila diri sendiri ditimpa dugaan, bagaimana penerimaan kita? Bagaimana persiapan diri kita dan apakah tindakan yang kita lakukan?

Kita selalu menyangkakan diri kita sudah cukup persiapan, tetapi apabila tiba masanya, kadang-kala kita terkedu. Tidak tahu hendak melakukan apa-apa pun, yang kita secara spontan akan lakukan adalah menangis dan termenung...(bagi kebanyakan orang perempuan) , jika lelaki pula, mungkin disebabkan rasa ego yang tinggi, mereka akan mula menafikan (state of denial) ...namun adakah kita terfikir untuk lebih mendekatkan diri kita kepada Allah SWT? Kita akui Allah hendak menguji kita...Allah hendak menguatkan diri kita, jadi hanya kepada Allah lah sahaja kita patut mengadu dan memohon pertolongan jika menghadapi dugaan ...

Dalam membaca kisah-kisah para sahabah kita sering membaca bagaimana para sahabah selalu ditimba ujian dan dugaan, kadang kala bukan kecil dugaan yang mereka hadapi, malah sangat berat....sangat menggoyah iman di dada, tapi bagaimana mereka menghadapi nya..?
Pencarian dalam Al-Quran menemukan ayat-ayat berikut, Surah Az-Muzammil: ayat 1 - 11.
Ayat-ayat ini diturunkan ketika Rasulullah s.a.w tertekan dengan cercaan dan ancaman orang-orang kafir.  Mari kita baca terjemahan ayat-ayat ini:


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
  
1.  Wahai orang yang berselimut!
  
2.  Bangunlah solat Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat)
   
3. Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil"

5.(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

6. Sebenarnya solat dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya.

7. (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;

8. Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
    
9. Dialah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.
    
10. Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.
     
11. Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa;

Apakah perkara utama yang terlintas di fikiran semasa terjemahan ayat-ayat di atas?
Ya....SOLAT TAHAJJUD ..

Kita di perintahkan oleh Allah SWT agar bangun solat malam ...kerana solat tahajjud akan memberi kita kekuatan jiwa untuk menghadapi dugaan.
 Rasulullah (s.a.w) juga diperintahkan oleh Allah untuk mengerjakan solat tahajjud sebagai persiapan sebelum diberi satu tugas yang sangat berat. Jika kita terasa hidup ini terlalu menekan, dan dada terasa amat terhimpit, segeralah mula untuk mengerjakan solat tahajjud dengan istiqamah. Kita akan mendapat kekuatan jiwa yang membolehkan kita menghadapi segala dugaan tersebut.

Tuesday, July 17, 2012

Laksam !

sila...sila jemput makan :)
Tinggal berapa hari jer lagi kita akan sambut ramadhan, sana sini dah mula sibuk promosi kuih raya, tudung dan baju raya ! ada jugak yg amik kesempatan shopping awal-awal haa.. yang penting siap kan ajer duit nyer :)  Cer pasal nak sambut puasa ni, insyaallah buat pertama kali tahun ni aku akan berniaga di bazar ramadhan. antara menu nyer nanti ialah murtabak, lompat tikam, laksam dan beberapa jenis kuih lagi. kalau ada kesempatan aku selit dalam entri akan datang yek.. 

proces membuat laksam dan kuah...

Bahan-bahan :-
 (A)
#  3 cawan tepung beras
#  1/2 cawan tepung gandum 
#   4 cawan air suam
#   2 sudu tepung kanji / tepung jagung 

Untuk Kuah : -
#  Sekilo Ikan ( tongkol, selayang atau ikut suka )
#  Halia - 1 inci
#  2 ulas bawang putih 
#  4-5 ulas bawang merah
#  Lada hitam skit
#  Santan dari sebiji kelapa
#  2 keping asam keping 
#  Garam skit 
#   Gula merah / gula

Ulam :-
Timun, kacang panjang, taugeh, daun kesum & bunga kantan  (dipotong halus)

Cili :-
* cili merah
* belacan
* garam
* limau

Cara-cara :-

1. Gaulkan semua bahan-bahan (A). sapu tudung periuk dengan sedikit minyak masak, curahkan sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. kukus sampai masak. dah masak biarkan sekejap sebelum digulung.
2. Untuk Kuah - blend isi ikan, halia, bwg putih, bwg merah dan lada hitam. masukan kedalam periuk dgn bahan lain. kacau sampai pekat.
3. Untuk Cili - tumbuk cili merah dan belacan. mskkan garam dan perah limau..



KTM Duke 200

Masa pergi kedai hantar dokumen utk claim insurans ari tu, pomen ada promote motor ni. Harga RM18k lebih, mahal sikit daripada SYM. Tapi design rasanya yg ni lebih mantap. TP 200cc je lah. Ala.....beza 50 jer.



















Design ala ala super touring macam ER6n. Aku minat design superbike. Jadi ZXR250 aku gak la feberet aku. Tiada tukar ganti. Kalau CBR1000rr boleh la nak ganti. Tunggu duit jatuh dari langit. Kot kot ada jutawan naik heli taut duit seguni kat aku.

Wordless Wednesday - 22


p/s: Fish Sandwich terbaik di Eminonu , Istanbul, Turkey
sesiapa jalan ke sana, jangan lupa mencubanya...sedappppp
Mereka memasak atas bot tu, nampak relakx aje,
tapi sebenarnya bot tu bergoyang-goyang, tak pening pun tukang masak tu ...

Petua Kesihatan:Khasiat Limau Gedang

Assalamua'laikum.

Ke temu lagi kita dalam arena petua dan tips kesihatan. Ramai yang gemarkan limau gedang dek kerana rasanya yang masam manis. Walaupun agak mahal sedikit berbanding buah-buahan lain, namun khasiat limau gedang memang tiada tolak bandingnya.

Apakah anda tahu kebaikan bersarapan dengan limau gedang?

Apa khasiat limau gedang?
Menurut satu kajian oleh Jurnal Pertanian dan Kimia Pemakanan, pengambilan buah limau gedang ketika kita bersarapan mempunyai kesan yang amat baik dalam mengurangkan risiko serangan sakit jantung.

Apa kandungan utama limau gedang?
Buah limau gedang diyakini kaya dengan bahan anti-oksida yang berupaya mengurangkan kadar trilycerides yang menjadi punca utama sakit jantung.

Apa tindakan kita? Perbanyakkan makan buah-buahan terutamanya yang mengandungi bahan anti-oksida seperti buah limau gedang ini. Mudah-mudahan, entri tips dan petua kesihatan tentang buah limah gedang ini dapat memberi sedikit informasi tambahan untuk kita sama-sama menjalani kehidupan yang lebih sihat.


solat di masjid al - aqsa


assalammualaikum...

semalam saya mimpi. bersolat di masjid al-aqsa dengan ibu, adik lelaki dan adik perempuan saya.

alhamdulilah, walaupun tak dapat pergi betul-betul, sekurangnya saya pergi di dalam mimpi.

semoga suatu hari nanti saya dapat menunaikan solat disana dengan aman.

 :)

Monday, July 16, 2012

Bas Stand Klang dalam kenangan

(gambar ihsan dari blogger Abah Zino)

1990 
 Kali pertama saya mengenali Bas Stand Klang. Baru pulang dari belajar di negara Uncle Sam...dan mendapat kerja di UiTM, dahulu dikenali sebagai ITM, tapi saya tinggal di Taman Watan, Ampang.  Termenung seketika semasa membaca surat tawaran..bukan tidak suka, tetapi memikirkan bagaimana saya hendak ke berulang-alik ke tempat kerja. 
Waktu itu masih belum mampu hendak membeli kereta, yang ada hanya motor kapcai yang di bawa oleh suami.  Mempunyai kenderaan pada waktu itu dikira sebagai mewah..sedangkan saya yang baru pulang dari belajar memang belum mampu hendak membeli kereta....pilihan yang ada ...menaiki kenderaan awam ~ BAS.
(berbeza dengan anak-anak sekarang, semasa belajar pun dah ada kereta masing-masing...)

Bayangkan waktu itu saya hendak naik bas dari AMPANG ke SHAH ALAM! Berapa kali saya perlu menukar bas? Sebelum subuh seawal pukul 6pg saya sudah bersiap.  Terus sahaja menunaikan solat selepas azan subuh. kemudian bergegas-gegas ke hadapan kedai berdekatan rumah, kerana bas yang pertama sudah menunggu di situ. Dari Taman Watan saya perlu menaiki bas (hurrmm..kalau tak silap bas LENG SENG... sesiapa yang seangkatan dengan saya mesti ingat bas ni)   hingga ke Bangkok Bank... turun di Bangkok Bank, menyusup  dengan laju di celah-celah kedai di tengah KL menuju ke Stesen Bas Klang ...Di situ, menunggu pula dengan orang yang semakin ramai, bas bernombor 222 yang akan ke Shah Alam... Pada waktu itu, itulah bas yang akan membawa penumpang direct dari Bas Stand Klang ke dalam kampus ITM...

Saya selalu ketinggalan kerana sering mengalah kepada orang lain semasa hendak naik bas tersebut... Apa tidaknya, saya yang baru pulang dari negara Uncle Sam (di mana penduduknya sangat bersopan ..tidak berebut-rebut ketika hendak menaiki bas) mengalami 'kejutan budaya' - Ya Allah .... hampir 95% penumpang bas 222 ada lah para pelajar ITM, dan mereka yang hendak bekerja di Shah Alam..boleh dikatakan mereka adalah terdiri dari mereka yang terpelajar, berpendidikan tinggi (ialah..kalau tak , mereka tak masuk ITM lah kan..) dan berpelajaran ... tetapi mengapakah apabila tiba saat hendak menaiki bas, sifat mereka sama sahaja seperti mereka yang tidak bersekolah, tidak mempelajari pelajaran sivik (dulu time saya bersekolah ada pelajaran sivik) ???? Apabila nampak sahaja bas bernombor 222 datang, masing-masing sudah tolak menolak hendak ke depan, hendak menaiki bas dahulu ... saat bas itu berhenti sahaja...masing-masing berrebut-rebut ....
Saya hanya berdiri memerhati dari tepi dan belakang... Ya Allah...tidak sanggup saya hendak berebut2 dgn para pelajar dan yang lain... tolak-menolak ..akhirnya selalunya saya akan sentiasa berdiri dalam bas dari Bas Stand Klang hingga ke Shah Alam ...kerana saya naik lambat dan semua tempat duduk sudah dipenuhi penumpang...


Begitulah keadaannya hingga 3 bulan saya berulang-alik dari Ampang ke Shah Alam ... jika Allah izinkan, adalah penumpang yang baik hati akan bangun dan memberikan tempat duduknya kepada saya.  Ya, tidak semua yang tidak mempunyai perasaan..ada yang terkecuali.  Sehinggalah kandungan saya berusia 4 bulan, saya sudah tidak sanggup lagi berulang menaiki bas, lalu saa sarankan kepada suami agar mencari rumah sewa di Shah Alam... 


Itulah kenangan saya dengan Bas Stand Klang ini.  Rasanya sekarang jika disuruh saya menaiki bas lagi, sudah tidak sanggup lagi...Baru-baru ini melalui kawasan Bas stand Klang ini, dan kenangan lama mengimbau kembali...


Agaknya kalau di suruh anak-anak kita menaiki bas berulang-alik sebegini, mahukah mereka? Mahukah mereka merasai kesusahan ibu-bapa mereka tatkala baru bertatih hendak memulakan kehidupan?

Gambar Belangkas