Assalammualaikum..
Sunday, July 15, 2012
Saturday, July 14, 2012
Cara membuat cursor sendiri
Sesetengah blog yang anda lawati mempunyai kursor yang unik dan menarik. Ada yang membuat kursor dengan tulisan nama sendiri dan ada yang meletakkan gambar sebagai kursor.Mungkin anda ingin membuatnya ,jadi tutorial ini akan menerangkan cara cara untuk membuat kursor anda sendiri.
Untuk tutorial ini saya menggunakan perisian AdobePhotoshop CS5.
1.Pada menu file pilih new dan masukkan setting seperti berikut
Width 80pixels,height 45 pixels,resolution 75pixels dan background content transparent
Klik ok setelah memasukkannya.
2.Kemudian kita akan masukkan anak panah untuk kursor ini,pada toolbar pilih rectangle tool (ikon kotakdisebelah bawah ikon panah)dan ambil custom shape dari senarai yang terpapar
3.Gunakan move tool dantandakan(tick)pada show transform control untuk memutarkan anak panah .Kotak yang muncul membolehkan anda membesar,memutar dan mengubah kedudukan.
4.pilih text tool ,jenis tulisan,warna dan taipkan teks yang anda inginkan
5.Simpan kursor yang telah dihasilkan
Ambil menu file pilih save as masukkan nama fail pada file name dan pilih format png (boleh juga format gif) pada format dan klik save.
Ok dah siap pun cursor text anda.
Cara nak letak gambar sebagai kursor
1.Anda perlu sediakan imej yang hendak diletakkan sebagai kursor.Jika imej besar perlulah dipotong terlebih dahulu
memotong imej dengan photoshop:
2.Masukkan imej>>klik open>>pilih imej yang diperlukan
Pilih crop tool,kemudianklik an seretkekotakpadabahagian yang hendakdipotong.Tekan enter
3. Jika sudah berpuashati.Simpan imej anda dengan format jpeg.
4.Seterusnya ikut pada langkah 2 diatas(memasukkan anak panah)
masukkan imej yang telah anda crop..
5.File pilih>> open dan browse imej tadi.Gunakan move tool,klik dan seret ke sebelah kursor yang telah dibuat
Untuk ubah saiz pastikan show transform controls diaktifkan.kemudian save imej dalam format png atau gif.
Cara meletakkan cursor pada blog
Imej yang telah siap perlu diupload pada web site yang menyediakan kemudahan upload imej seperti imageshack atau tinypic bagi mendapatkan dapatkan url untuk imej.Setelah selesai upload dan dapatkan url tadi.
dan letakkan kod seperti dibawah sebelum kod </head>:
<style type="text/css">body {cursor:url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEibh6zk4Q2a0SUbmL1AFEe1R935IsMjWrFraPxVSfOLFyBCvDx2cf8QjdOqhTPxDl43RDrqGeCfuLMz1CjWjL5N_IWc-sU5qyXnG6FEMXazVBfd5R_97FCs0P7LGGFniw9e6kiCGnRBTwY/s1600/lieeza.gif),default}</style>
Masukkan url imej yang anda upload dan gantikan pada bahagian teks berwarna oren.
Kemudian save.
.....
In reality, loving money, playing some tricks, or lying are not that big of a deal.
The biggest mistake a woman would make is to be with a man she doesnt love.
Marriage is a long journey. Even if you can achieve something in the future, you will be the one that gets hurt in the end.
The biggest mistake a woman would make is to be with a man she doesnt love.
Marriage is a long journey. Even if you can achieve something in the future, you will be the one that gets hurt in the end.
Prof Kamil & Puan Roza
Alhamdulillah, Allah berikan kesihatan yang baik untuk kami sekeluarga untuk menghadiri Majlis Kesyukuran dan Pelancaran Buku Prof Muhd Kamil Ibrahim dan Puan Raudzah@Roza Roslan di Intekma Resort, Seksyen 7, Shah Alam, pada pagi Sabtu ini.
Tidak perlu lagi lah saya memperkenalkan Prof Kamil dan isteri Puan Roza, kerana yakin ramai pembaca sudah pun mengenali mereka berdua... samada melalui blog Prof Kamil, Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan, atau pun melalui blog Puan Roza, Hidup Itu Indah, atau pun melalui ceramah-ceramah atau majlis ilmu yang dianjurkan oleh insan-insan terpilih yang hendak mendengar perkongsian ilmu dari Prof Kamil.
Sepuluh bulan yang lalu, Prof Kamil dan Isteri serta 2 orang anak mereka telah berhijrah ke Madinah. Prof telah mendapat tawaran di Universiti Taibah, Madinah. hujung bulan June 2012, sempena cuti musim panas, Prof Kamil dan keluarga telah pulang ke Malaysia untuk bercuti. Prof tidak membazirkan sedikit pun waktu beliau di sini... ada saja jemputan dan majlis ilmu yang diterima dan perlu di hadiri...Alhamdulilah Prof sentiasa berusaha untuk memenuhi jemputan pembaca2 blog KRTS dan lain-lain...
Pagi ini, Alhamdulillah Prof Kamil dan Puan Roza telah dapat meluangkan waktu untuk membuat majlis kesyukuran dan pelancaran buku-buku beliau dan isteri yang baru dikeluarkan...Saya, suami dan anak bungsu, Hana ..pagi-pagi lagi seawal jam 7.50pg sudah pun berada di Intekma Resort, Seksyen 7.. Kami lihat Prof Kamil dan Puan Roza sudah pun berada di perkarangan Dewan Bestari... Puan Roza sedang melayani beberapa muslimah dan menandatangani buku beliau, BUKAN SEKADAR RESEPI. Lalu saya terus bertemu Prof dan bertanya khabar, dan Prof terus bersalaman dan berpelukan dengan suami... saya dan Hana menunggu giliran sementara orang belum ramai hadir...
Sempat lagi mengambil gambar kenangan dengan Puan Roza di luar dewan.
Minuman pagi telah disediakan, 2-3 jenis kuih dan teh-O panas... selepas minum di tepi kolam renang Intekma Resort, kami naik ke atas semula hendak masuk ke dalam dewan. Diluar pintu dewan kelihatan ramai juga orangsedang membeli buku-buku Prof Kamil, dan Puan Roza...
dan saya ternampak seseorang sangat familiar! Siapakah beliau? Rupa-rupanya Hana mengenali beliau...itulah AIN MAISARAH! .... Ain juga hadir untuk memberi sokongan kpd Prof kamil dan Puan Roza...
Sempat juga Hana bergambar dengan penulis kesayangannya, Ain Maisarah.
Selepas pelancaran oleh Prof Dr Hatta Azad Khan, Nash juga hadir untuk mendendang lagu evergreen beliau ...walaupun dengan kesihatan yang kurang baik, beliau gagahkan juga diri utk hadir dan memberi sokongan kepada Prof Kamil dan isteri...
Akhir sekali , Prof Kamil tampil ke pentas dan memberi tazkirah dari Madinah...
Terimakasih Prof di atas teguran Prof mengenai aurat, terutamanya aurat wanita, "tudung mak datin". Teguran bersahaja Prof yang membuatkan sesetangah wanita tersentak ... kadangkala kita berfikir kita sudah menutup aurat, namun sedarkah betapa kita masih lagi BELUM menutup aurat SEPENUHNYA..seperti yang dikehendaki dalam Islam ..
Peringatan Prof mengenai solat malam, betapa Allah telah menjanjikan kepada manusia,
Alhamdulillah satu majlis ilmu yang sangat bermakna buat semua peminat-peminat / pembaca buku Prof Kamil dan Puan Roza... diharap bukan dibaca sekadar itu apabila buku ditutup dengan helaian terakhir, maka ia berlalu begitu sahaja ...tetapi ilmu yang akan kekal selama diizinkan Allah... ...Amin.
Terimakasih Prof di atas teguran Prof mengenai aurat, terutamanya aurat wanita, "tudung mak datin". Teguran bersahaja Prof yang membuatkan sesetangah wanita tersentak ... kadangkala kita berfikir kita sudah menutup aurat, namun sedarkah betapa kita masih lagi BELUM menutup aurat SEPENUHNYA..seperti yang dikehendaki dalam Islam ..
Peringatan Prof mengenai solat malam, betapa Allah telah menjanjikan kepada manusia,
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Turun Allah (a.w) ke langit dunia pada tiap-tiap malam ketika habis sepertiga yang pertama malam [yakni waktu selepas tengah malam], (kata Abu Hurairah (r.a) lagi)
telah bersabda Nabi (s.a.w): ‘Maka berseru (Allah (a.w)) dari langit:
‘Aku (Allah (a.w)) Raja bagi segala raja dan kamu sekelian hambaKu, (pertama) sesiapa yang berdoa kepadaKu (sesuatu), maka Aku makbulkan akan dia, (kedua) sesiapa yang meminta akanDaku maka Aku beri akandia, (dan, ketiga) sesiapa meminta ampun akanDaku dosanya maka akan Aku ampunkan baginya’,
maka (Rasulallah (s.a.w) menyambung sabdanya) sentiasalah Dia (Allah (a.w)) berseru sedemikian itu hingga cerah terbit fajar.’
[Hadith hassan lagi sahih riwayat at-Termidzi]
Dan yang akhir peringatan Prof mengenai PUASA, bagaimana kita patut jadikan puasa sebagai amalan , bukan sahaja puasa Ramadhan, tetapi puasa sunat setiap Isnin dan Khamis, dan puasa Nabi Daud.
Apakah puasa Nabi Daud?
Rasulullah bersabda: “Puasa yang paling Allah cintai ialah puasa Nabi Daud, iaitu dia berpuasa satu hari dan berbuka satu hari. Solat yang paling Allah sukai ialah solat Nabi Daud, iaitu dia tidur hingga pertengahan malam lalu bangun mendirikan shalat pada sepertiga malam dan tidur lagi di akhir seperenam malamnya.” [Shahih al-Bukhari, no: 3167].
Terimakasih Prof dan Puan Roza... dan semua mereka yang hadir pada pagi ini di Intekma Resort..
Friday, July 13, 2012
Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2012
Malam semalam berakhirlah majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke 54 Tahun 2012. Bermula dari 6hb hingga 13 Julai 2012 bertempat di Dewan Merdeka , PWTC.
Seramai 64 peserta (41 Qari dan 23 Qariah) telah memperdengarkan bacaan masing-masing. Johan Qari dan Qariah akan menerima wang tunai RM40,000, naib johan akan menerima RM30,000 dan tempat ketiga menerima RM20,000. Kerajaan Malaysia telah meningkatkan hadiah untuk 8 perserta ke atas.
Keputusannya untuk bhgn Qari, Malaysia menjadi johan, manakala di bhgn Qariah, johan adalah dari negara Maghribi/Morroco. Qariah Malaysia telah menduduki tempat ke-3. Persaingan adalah sangat sengit di bhgn Qariah kerana pemenang pertama sehingga ketiga SEMUAnya mendapat markah yang sama, iaitu 94 markah. Oleh itu kemenangan ditentukan dengan penilaian tajweed, dengan perbezaan yang sangat sedikit.
Johan Qari dan Qari'ah 2012
QARI'
======================================
Johan
Mohammad Anuar Ghazali (95.33%) dari Malaysia
Naib Johan:
Amin Pouya Amer (91.67%) dari Iran
Tempat ketiga:
Raden Harmoko Baharuddin (90.16%) dari Indonesia
Tempat keempat:
Ahmad Muhammad Al-Khalidi (89.84%) dari Maghribi
Tempat kelima:
Ahmad Mailud Syawish (88%) dari Algeria
QARI'
======================================
Johan
Mohammad Anuar Ghazali (95.33%) dari Malaysia
Naib Johan:
Amin Pouya Amer (91.67%) dari Iran
Tempat ketiga:
Raden Harmoko Baharuddin (90.16%) dari Indonesia
Tempat keempat:
Ahmad Muhammad Al-Khalidi (89.84%) dari Maghribi
Tempat kelima:
Ahmad Mailud Syawish (88%) dari Algeria
QARIAH
==================================
Johan
Hasnaa’ Muhammad Khoulali (94% – 38.67% Tajwid) dari Maghribi
Naib Johan
Rahmawati Bakri Hunawa (94% – 38.20% Tajwid) dari Indonesia
Tempat ketiga
Hajah Che Aminah bt Che Awang (94% – 38.17%) dari Malaysia
Tempat keempat
Dayang Nurfaezah Hj. Emran (89.33%) dari Brunei
Tempat kelima
Mashitah Ibrahim (84%) dari Thailand
==================================
Johan
Hasnaa’ Muhammad Khoulali (94% – 38.67% Tajwid) dari Maghribi
Naib Johan
Rahmawati Bakri Hunawa (94% – 38.20% Tajwid) dari Indonesia
Tempat ketiga
Hajah Che Aminah bt Che Awang (94% – 38.17%) dari Malaysia
Tempat keempat
Dayang Nurfaezah Hj. Emran (89.33%) dari Brunei
Tempat kelima
Mashitah Ibrahim (84%) dari Thailand
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG
(gambar ihsan: http://www.anakulucheka.com/ )
tiada akhirnya~bab 1
assalammualaikum..
saya ingat lagi..
jika dikenang 5 tahun lepas, tikamana saya dan suami baru mendirikan rumah tangga, masih terbayang tv 14inci yang menjadi peneman di rumah sewa. sekadar ada. memecah kesunyian. perkahwinan diusia 23 tahun bukan sesuatu yang mudah. dari situ kami melangkah dan mendaki. setapak demi setapak. setangga demi setangga. seterusnya kami membeli tv di pasar malam. barangan terpakai yang masih utuh dimata kami. 29ini! cukup besar jika dibandingkan dengan sebelumnya. senyum lebar saya, tanda kepuasan. walaupun barangan terpakai, ianya cukup membahagiakan.
sederhana. saya kira itu perkataan yang tepat bagi saya dan suami. kami hidup sederhana dengan cara kami. sederhana dimata kami. sekadar mengikut kemampuan.
entah apa tanggapan orang lain. tapi biarlah, kami selesa begini. kami bahagia begini.
saya ingat lagi..
ketika itu, suami belum memiliki motosikal. berulang alik dari rumah ayahnya menaiki basikal usang milik emak. basikal yang digunakan untuk membeli barangan dapur dijadikan pengangkutan utama suami berulang alik. bukan tiada kereta, tapi keretanya untuk saya berulang alik ke tempat kerja. keselesaan saya menjadi keutamaan. TL9716 dipandang sebagai 'sahabat' yang sangat disayangi. hingga kehari ini, jangan diusik TL. kenangan indah katanya. saya biarkan saja. kerana itu cinta hatinya.
saya ingat lagi..
Allah melimpahkan rezeki pada tahun pertama pernikahan. DIA beri rezeki untuk kami merasa. DIA beri rezeki untuk kami tersenyum. DIA hadiahkan kami kegembiraan. dipermudahkan segalanya. wajah suami tikamana memberitahu keuntungan dalam kerjanya merupakan suatu kenangan indah. wajah ceria itu masih utuh dalam ingatan.
saya ingat lagi..
dihadiahkan kepada saya kalungan emas. sebagai tanda kasih sayang katanya. dihadiahkan motosikal untuk dirinya sendiri. dilengkapkan TL sebaiknya.
perkongsian hidup kami bukan bermula dengan kemewahan. kami sekadar budak kampung yang ada impian. selagi adanya ALLAH, saya percaya kejayaan akan ada. asalkan kami tak melupainya.
bersambung...
Thursday, July 12, 2012
Tukar Theme, Tukar Mood
Assalamualaikum semua,
Kali ini fieza kembali menulis. Jangan salah faham, sebelum ni ada penulis kedua, tetapi beliau log in guna nama fieza jugak. Bukan kena hacked, tapi beliau 'malas' nak tukar nama.. Hehe..
Guna Theme Thesis Untuk Blogspot
Kalau kawan-kawan perasan, blog ini sekali lagi bertukar theme. Untuk lebih teratur dan lebih mesra gitu. Apa pun, harap-harap ia dapat membantu bacaan supaya lebih selesa. Orang kata, selesa mata memandang, selesa hati, selesa membaca. Opss, saya yang cakap. Apa pun, kata puteri, 'enjoy'.
Harap theme ini bertahan lama. Dah lama tak guna blogspot, jadi sedikit tercari-cari untuk ubah kod mana-mana yang perlu dalam ini. Masih berharap dapat dibaik pulih.
Okay, masa untuk buat kerja lain. Jumpa lagi nanti.. Insyaallah..
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...