Assalammualaikum..
Terengganu.
Entah kenapa saya cintakan negeri ini. Mungkin pantainya yang mendamaikan. Mungkin juga makanannya. Mungkin juga disebabkan kenangan yang terpahat disana. Kenangan yang tak seindah mana, tetapi cukup manis bila dikenang! Mungkin juga disebabkan persahabatan yang terjalin disana. Persahabatan yang ikhlas. Rapat dalam tempoh yang singkat. Allah menemukan saya dengan insan-insan yang baik disana. Alhamdulilah.
Ada juga insan-insan yang sebaliknya. Mungkin dulu saya anggap mereka ini sangat jahat dan sangat tidak berperikemanusiaan. Tapi hari ini saya bersyukur dipertemukan dengan mereka. Mereka menjadikan saya kuat, mampu menepis masalah dan yang paling penting, mampu bekerja dibawah tekanan. Itu pelajaran yang saya dapat sepanjang berada di sana.
Ijazah tanpa hitam putih! Tak dapat saya 'framekan' ijazah itu.
Mungkin sebab itu pantai-pantai disana sangat istimewa bagi saya.
Suasana dikala itu menjadikan pantai itu tampak lebih indah.
Kali ini, selepas bertahun-tahun saya meninggalkan terengganu, saya kembali. Dengan mereka yang sangat asing. Mereka yang saya tak kenal sejarah saya dan pantai. Mungkin sebab itu pantai disana kelihatan kosong bagi mereka. Mungkin bagi mereka pantai itu sama sahaja dengan pantai ditempat lain.
Kosong.
Saya hanya mampu melihat dari jauh.
Tak sedekat selalu.
Takapalah, mereka tiada kenangan itu. Malah mereka tak faham. Saya akan kembali kesana.
Untuk melepaskan rindu kepada pantai.
tak ada gambar pantai!