Monday, June 18, 2012

Burung Ketitir



Kalau yang besar sikit dipanggil ketutur. Apa apa je la. Gambar diambil menggunakan telpon made in china copy 100% samsung galaxy.

TPM turun Batu Kurau










Gambar diambil dari facebook/useri yus. Orang Batu Kurau gak ni.

Sunday, June 17, 2012

Majlis Kahwin Maisarah&Mus'ab

Hari Sabtu 16/6/2012
mendapat jemputan kenduri kahwin anak kawan dan juga rakan sekolah Kak Long Asma'. Kak Long Asma' tidak dapat datang kerana menghadiri program, jadi sekali lah ummi, abi dan Hana' menjadi wakil Asma'...
Sekarang ini setiap kali menghadiri kenduri kahwin, samada kenduri anak saudara, anak rakan sekerja, kawan-kawan Asma' kahwin ke,  nampaknya kena bersedia dengan soalan klise yg PASTI akan ditanya.  Apakah soalan-soalan itu? 
1.  Bilakah anti nak terima menantu?
2. Asma' dah habis belajar kan? Bila pulak dia nak kenduri?
3. Awak bila lagi?
4. Bila giliran awak pula nak buat kenduri?
...
...
...
...
...
...
...
...
Bersama Mus'ab & Maisarah

Thursday, June 14, 2012

Bas Elektrik

bas elektrik
Bas elektrik pun ada. Moto elektrik, modenas dah keluarkan, kereta elektrik proton dah buat, ni bas elektrik la depa ni nak buat. Basikal elektrik china yg buat, Malaysia bila nak buat, ka dah ada?

Kenderaan mesra alam ni kena la promosi lebih2 skit baru org berminat. Org dah taksub dgn kereta petrol. Bukan senang depa nak tukar pi elektrik. Yg pakai gas ngv tu tak ramai pun.

Modenas ctric guna elektrik cuma 1 sen bagi 1 kilometer. Cas pantas 3.5jam saja.

Mabuk jalan jauh naik kereta

Aku kalau pi jauh2 naik kereta (rombongan kot) mesti pening nak termuntah. Selalunya aku bawa bekal pil chi kit teck aun cap menara kuil untuk buang angin, hilang pening. Tambah lak kalau bau dalam kenderaan tu macam2 sgt. Ambi pur pun aku x tahan. Yg boleh tahan jenis murah2 jer macam ni. Janji bau lemon. Payah2 bawa buah limau.

air freshener
Anak aku tiap kali blk kg mesti muntah. Al maklum tak tahan bau keta baru. Nanti dah pasang yg ni, ok kot dia.

Berapa kalori dibakar?????


treadmill

Nak bakar 100 kalori kena jalan 2km, 16 minit. Kalau lari lagi byk la kalori dibakar. Bacaan nadi tu x betul sebab tangan dua2 pegang kamera. Ada la dalam 85 kot nadi.


dumbbell
 
Lepas jalan angkat dumbbell lak.




saja dengki la tu

X leh lama atas treadmill, ada org lain nak guna lak.






Durian oh durian..

durian kg den..

Durian adalah raja segala buah..tapi masih ada yang tak makan durian, busuk dan pening kata nyer. boleh dibuat serawa, tempoyak, kuah durian, bubur durian, dan lain2.  Durian di makan dengan nasik pun ada orang makan. tekak memasing asal sedap makan lah selagi larat.  Citer pasal durian ni tentu ada di kalangan kita pernah terkena terbeli yang dah rosak, berair atau busuk ! ada beberapa tips aku nak bgtau antaranya :-


~ hidu bau durian, biasanya dgn aroma yg harum menandakan isi dah masak
~ Jangan pilih durian yg dah terbuka, perhatikan bahagian bawah durian, klu terbuka means isi berair, masuk  angin dan rasa pun kureng sedap.
~ Cer tengok tangkai durian dan kuis skit, klu berlendir dan hijau means buah tadi masih baru atau baru gugur.
    ada orang kata klu besar tangkai dan pendek tebal isi nyer, dan tangkai halus maka nipis isinyer.
~ Klau korang prasan biasanyer peniaga durian akan letak durian yang elok di bawah dan
diatas dah tentu durian yang dah lama.. :)
~ Pada hantu durian mcm aku dan diluar sana takut mabuk pas makan gi cari manggis atau minum air dalam tampuk durian tadi.

Ada banyak lagi tips selain diatas, cer share kat sini mana tau masih ada lagi tips2 yang tak pernah kita dengar atau di praktik kan.

p/s: pagi buta bekfas durian pun sodap.. !

Gambar Belangkas