Thursday, June 14, 2012

Bersalin ikut tingkap..


Cer pasal bersalin secara pembedahan atau caesarean section, pasti para ibu2 kat luar sana lebih memilih bersalin secara biasa yer tak ? Bagi aku yg pertama kali dibedah waktu bersalinkan si kembar, adalah pengalaman yang tak boleh aku lupa coz dari awal pemeriksaan bulanan kedudukan si kembar okay jer. ngam2 36 minggu perot dah mula sakit, ikutkan malam tu aku taknak ke hospital mikir baru 36 minggu takkan dah nak meletops !

Sampai di hospital, nurse yang ikut aku skali berkejar cari wheelchair dan di labour room aku dikerumun beberapa orang kakitangan dan pakar. Selepas di scan dorang bgtau aku tak boleh melahirkan secara biasa sbb kedudukan si kembar songsang. layan jer la nak kata takut toksah citer aku angguk2 jer aper yg dorang terangkan tentang akibat sebelum dan selepas pembedahan nanti. Aku mula di bedah dalam pukul 12.30 malam membawak ker pukul 3 pagi baru settle.

Di pendekkan citer lepas abis ubat bius semua, tak boleh makan atau minum selama 6 jam lepas pembedahan. tekak haus kering kontang rasa itupun merayu dgn nurse mintak air. Tak sampai sehari blah petang aku dah boleh bangun dan berjalan walau dalam keadaan sakit giler ! Dan pantang kali ni aku tak berpeluang bertungku, berurut dan makan jamu..hanya selepas sebulan aku pakai bengkung. Syukur pas abis pantang aku dapat balik berat asal 46 kg dan yg penting perot ku tak muncit.. :)


 p/s: si kembar selalu jadi perhatian di klinik..   

Wednesday, June 13, 2012

Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?

Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Tuesday, June 12, 2012

Kesulitan amat dikesali..Will be back soon.


Fatter as years go by

I just looked back at my photos in USA and I can't believe I used to think I was fat that time. Now, I look at my recent photo, I am definitely fatter now. Dear me, what has Malaysia done to me.. Time to head back to USA *hint hint*

Langkawi trip

I just came back from my four days trip to Langkawi. I love the island so much that I visit it every year. Will blog more on it soon!

Monday, June 11, 2012

Nasi Goreng Daging Mewah

Assalammualaikum..

Pagi tadi ada mesyuarat tapak. Awal, kul 9.30 pagi. Nak keluar makan pun tak sempat, so saya tahan je perut yang tengah lapaq ni. Kami balik ke pejabat dalam kul 11 pagi. Saya terus call kedai makan kat bawah dan order nasi goreng daging & milo ais! Lepas 10 minit, saya turun, pergi ambil gambar projek depan pejabat, dan terus ambil nasi. Naik atas, duduk kat meja dan makan. Saya dibuai kesedapan nasi tu. Pakcik tu memang pandai masak, daging pun lebut sangat! Banyak pulak tu! Berbaloi-baloi RM3.50 yang saya keluarkan.

Hampir separuh saya makan, rakan saya balik.
Dia tegur 'aik, tak makan lagi ke? Tapau je?  Kami pun tak makan lagi, ni pi bank & tapau. Lapaq sangat-sangat ni.'

Saya menjawab 'tu la, lapaq ni'.

Dia duduk dan mengeluarkan 2 biji kuih dari jaket.

Dia makan dan minum air mineral.

Saya terus rasa tak tertelan. Nasi goreng yang mewah tadi tak mampu saya kunyah. Ya Allah..mewahnya rezeki yang kau limpahkan kepadaku. Aku bersyukur kepadamu. Ya Allah, kau murahkanlah rezeki semua umatmu. Murahkan rezeki mereka.

Saya tak mampu nak makan, atau lebih tepat, tak sanggup nak makan. Saya tutup bungkusan dan simpan. Air milo yang sedap tadi tak terasa kesepannya.

Jika dia perempuan, saya akan hulurkan nasi saya yang mewah itu. Saya akan berkongsi dengannya. Tapi dia lelaki, tak manis jika berkongsi bekalan dengan 'ajnabi'

Itulah kebesaran Allah, DIA nampakkan saya perkara sebegitu untuk saya berfikir dan bersyukur.

Adam & Izzara.. pengubat rindu ibu..

si abang kecik dr adik..
Hampir stengah tahun aku tak update blog ni, maklum semenjak melahirkan si kembar pada 20 march lepas  rutin harian aku berubah 100 peratus. memang tak menang tangan bila melayan si rara dan adam.. Tapi aku happy dengan kehadiran si kembar walau bermacam dugaan yg aku kena hadap . Cer serba sedikit aku bersalin awal iaitu 36 minggu, maknanyer tak cukup bulan. dari awal buat pemeriksaan bulanan dengan pakar memang dorang cadangkan aku dibedah coz kedudukan baby songsang..

Waktu tu aku berserah jer janji semua selamat dan aku yakin biasanyer saat2 terakhir nak bersalin boleh normal yer tak ? Kali ni tak kuar tanda langsung, beza waktu arwah Yasmin dulu ada gak turun darah. aku mula rasa kontraksi 2 jam sebelum melahirkan. Sesampai jer di hospital bukaan dah 5cm dan lepas di scan doktor suh sedia utk di bedah..huhu seriau gak mikir tapi aku buat slumber jer..lepas sorang, sorang pakar datang hampiri aku mintak tandatangan dan bagitau kesan dan akibat dari pembedahan..

Adam n Rara

Lepas di bawa ke dewan pembedahan aku tak berhenti mengucap dan berdoa, korang faham2 jer la ibarat nyawa 50/50 jer rasa. Aku dibius separuh badan means dari pinggang ke bawah sahaja. jam 1.38pm Yasmin Izara kuar dulu dan Muhammad Adam Rizky pada pukul 1.42pm. Yang buat aku teruja dan sayu bila nurse bgtau aku dapat sepasang. * serius aku tak sangka dapat boy n girl * mungkin ini hikmah atas pemegian arwah yasmin damia dan anugerah yg diberi oleh Allah...

Okay ada masa aku citer lagi pasal si kembar dan pengalaman pertama kali aku bersalin secara pembedahan... 



Gambar Belangkas