Saksi pertama kes perbicaraan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai isu komunis Bukit Kepong, hari ini mengaku di Mahkamah Sesyen di Butterworth bahawa beliau membuat dakwaan terhadap Mohamad hanya bersandarkan laporan akhbar bahasa Melayu.
Pesara polis Visva Nathan, 75 dari Raub, mengaku beliau telah
menfitnah Mat Sabu dan meminta maaf kerana membuat aduan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar tersebut, lapor Bernama.
Nathan juga mengaku telah membuat aduan polis pada 27 Ogos selepas membaca laporan akhbar tersebut di mana dakwaan itu hanya berdasarkan pada sangkaan dan andaian.
"Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis mengambil tindakan," beliau dipetik sebagai berkata di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin di Mahkamah Sesyen di Butterworth hari ini.
Nathan mengaku telah membuat fitnah itu selepas diberikan dua laporan iaitu keratan akhbar berkenaan dan teks ceramah Mat Sabu yang tidak mengandungi perkataan komunis.
Mat Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka di Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.
Mahkamah menetapkan 13, 16 dan 17 Julai untuk sambungan perbicaraan.
Sementara itu, dalam laporan Harakahdaily pula, Visva menjawab 'ya saya bersetuju' apabila disoalbalas oleh peguam bahawa bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi beliau (Visva) yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polisnya.
Berikut adalah petikan soal balas peguam Mat Sabu - Mohamed Hanipa Maidin - seperti diterbitkan di akhbar web PAS Harakahdaily:
Soalan: Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?
Jawapan: Ya, setuju.
Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?
Ya. Setuju.
Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?
Ya, setuju.
Mat Sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?
Betul.
Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?
Ya, setuju.
Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?
Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).
Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu stick kepada apa yang kamu katakan?
Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan he is now my brother. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.
Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?
Saya tidak boleh jawab soalan itu.
Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?
Setuju.
Harakahdaily juga melaporkan saksi mengakui tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk: "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"
Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama, lapor lidah rasmi PAS itu lagi.
Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut juga dilapor berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi.
Monday, June 11, 2012
zaman paling best -poli-
assalammualaikum
internet laju + tak mengantuk = rajin la nk upload pic kan..
Ok, bagi saya zaman yang paling best ialah zaman belajar kat poli.
Maybe zaman tu jadi best sebab jumpa kawan-kawan yang best!
Dalam kelas tu saya sorang je 'gadis' dari PERLIS!
Kebanyakan 'gadis' dari Pulau Pinang @ anak mummy!
Dari Kedah pun ada gak.
Semua dari utara, sama je bunyi Q kami
:)
Saya ada banyak gambar2 yang saya sayang sangat, nak upload pun kena tapis, kebanyakan diantara kami sekarang ni bertudung, so tak manis la kalau upload gambar2 lama yg xbertudung kan..
:)
kami serumah.
time rumah terbuka hari raya rumah sewa kami
time program anak angkat.
ada yang tak sambung belajar, takat diploma je..termasuk la saya! ada yang sambung ijazah, ada yang dah dapat master!
semua dah kawen!
walau siapa pun kami, asas kami tetap sama budak POLI-DKA
Sunday, June 10, 2012
Bapa Lee Chong Wei cuba bunuh diri
Nasib malang menimpa jaguh badminton lagi. Selepas insiden kecederaan kaki, la ni bapa pula cuba bunuh diri. Lee CW memang sibuk dgn kerjayanya. Bapa dia kata keluarga tidak mempedulikan. Betul ke x, x penting. Tanya balik kt diri sendiri, macamana mak bapak kita? Ada ka kita ambil tahu. Duit banyak bukan boleh beli kasih sayang dan perasaan mak bapak.
Aku balik kampong sekali sebulan. Prnah gak dah masuk 2 bulan baru balik. Tapi duk lama sikit. Cuti panjang la. Kalau x leh balik dgn keluarga, aku cari gak masa yg aku boleh celah balik walau pun 2 3 jam je duk kampong. Depa nak tengok kita jaa, jgn lama2 sgt x tgk. Nak bagi duit lagi baik.
Aku balik kampong sekali sebulan. Prnah gak dah masuk 2 bulan baru balik. Tapi duk lama sikit. Cuti panjang la. Kalau x leh balik dgn keluarga, aku cari gak masa yg aku boleh celah balik walau pun 2 3 jam je duk kampong. Depa nak tengok kita jaa, jgn lama2 sgt x tgk. Nak bagi duit lagi baik.
kaki LCW tercedera |
Bapa LCW |
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...