Saturday, June 2, 2012

Sydney Part 1 - Opera House

Bulan May 2012, saya sekeluarga pergi bercuti ke Sydney. Hajat hati nak tengok salah satu daripada binaan architectural yang canggih melangkaui zaman pembinaannye dahulu, iaitu Opera House. Dapat je duit bonus, saya dan En.Hubby pon ape lagi, trus wat planning ape yang patut. Kitorang nak bawa anak2 tercinta skali, so xleh laa ikut tour group sebab leceh nak terkejar-kejar ke sana ke mari dengan anak2 yang mcm2 ragam. 8 hari diperuntukan untuk trip kali ni.. slow and steady punye trip. Dengan hanya berpandukan tunjuk ajar En. Google dan kekawan yang penah ke sana, kitorang pon taram je buat aktiviti sendri.

 Akhirnye tercapai gak hajat untuk menatap Opera House di depan mata



Memandangkan bawa anak2 skali, so cara yg mudah dan selesa ialah dengan duk kat apartment yang luas untuk anak-anak bermain, ada kemudahan memasak & ada mesin basuh. Lokasi juga musti dekat ngan subway station dan juga tempat nak beli makanan untuk masak. Survey punye survey kat internet, jumpa la Medina Grand Hotel Apartment di Kent Street. Alhamdulillah, service apartment ni menepati ciri2 yang kitorang ndak.


‘A’ tu adalah kedudukan apartment. Stesen keretapi terdekat ialah Town Hall (5min jalan kaki), betul2 atas station tu ada Woolworths, sebuah grocery store yang agak besar untuk beli barang2 makanan & keperluan, Darling Harbour pon dekat (10-15min jalan kaki). Dari Darling Harbour leh jalan kaki je ke Paddy’s Street, Muzium2, Cockle Bay (tempat makan halal ade kat sini) dan banyak lagi. 


En.Hubby, anak-anak dan Kak Nab posing di depan pintu masuk apartment.

Hari pertama sampai tu kitorang x mulakan sesi melawat. Rilex je kat apartment. Anak2 letih duk sempit2 dlm flight, kelas ekonomi la katakan. En. Hubby je yang kuar gi cari ape2 yang patut untuk masak. Tu yang jumpa Woolworths. Beli ikan & sayur2 jer.. tu je yg berani nak makan. Daging takut tak semelih cara Islam. Ikan & sayur leh dimasak untuk hari2 esoknye. Beras, bihun, tepung dan perencah pelbagai perisa kitorang dah bawa siap2 dari Malaya. Heheh.. nak jimat punye pasal!

Esoknye baru start menjelajah Sydney. Kitorang mulakan ngan Circular Quay. Masa nak beli tiket, mamat kat kaunter tu rekomen tiket ‘Family Funday Sunday’ sebab masa tu hari Ahad. Untuk seisi keluarga pada hari ahad tak kira la orang tempatan atau pelancong, boleh beli tiket nih pada harga AUD2.50 untuk seisi keluarga (2 dewasa dan 2 kanak-kanak). Dengan AUD2.50 saje, satu family leh naik kebanyakan kenderaan awam kat Sydney macam bas, keretapi, feri dan lain-lain sepanjang hari, mcm hop-on hop off nye function lah. Lebih lanjut, gi website nih http://www.cityrail.info/tickets/which/funday.


Sampai2 je Circular Quay, hah tu dia.. punyelah ramai owang! Hari Ahad la katakan. Masing2 nak gi tengok Opera House punye pasal la nih. Yang macam jambatan kaler itam kat sebelah kanan tu ialah train station. Turun je dari train,  berhadapan ialah jeti. Ada 5 semuanya. Contoh kat sebelah kiri gambar nih ialah Quay no. 2 untuk ke Taroonga Zoo. Nanti saya stori pasal Taroonga Zoo nih. Must visit tu weh!!


Antara jeti2 tu, ade la macam2 orang wat persembahan jalanan (street entertainers). Antara yang menarik ialah mamat nih tiup seruling panjang diperbuat dari kayu amende ntah. Nih mcm dari suku orang asli Australia.


Kitorang jalan lenggang kangkung je menuju ke Opera House sambil menyusuri sungai nih.  Dari sini leh nampak Harbour Bridge.



Sambil jalan2 tu, boleh jamu mata tengok kapal2 yang lalu lalang kat situ. Yang besar & gah macam Captain Cook Cruiser kaler putih tu memang best tapi mahal. Yang kaler kuning tu public ferry yang stop at every jetty, tuh murah. Kalu dah ada tiket Family Funday Sunday nih, leh naik free je. Yang kaler putih nun jauh tu ialah feri express, dia berhenti kat hentian besar je. Yang kaler hitam-biru belakang Captain Cook tu ialah ‘Water Taxi’ – fungsi nye sama cam taxi sebab tak ramai leh naik dan dia leh anto kita ikut mana2 kita nak pegi. 

Kalu penat jalan atau saje nak teguk kopi sambil tengok feri atau orang lalu lalang, leh pilih mana2 kedai makan dan minum di sepanjang perjalanan ke Opera House tuh.

Sambil jalan tuh, jangan tengok depan, kiri dan kanan je. Tengok kat bawah gak, sebab di sepanjang tempat pejalan kaki tu dorang ade letak mende bulat2 kaler emas tu untuk dibaca. Pasal sejarah tempat tu laa.. Saya baca 1-2 jer.. yang lain tu tak baca pon sebab bukannye leh appreciate pon maklumat tu sumer.



Akhirnye setelah 10minit berjalan lenggang kangkung tuh, baru laa nampak Opera House yang tersergam indah di depan mata. Tapi masih lagi kena menapak untuk betul2 sampai sana.



Bile dah sampai tuh, pusing keliling Opera House tu dan panjat tangga. Duduk sat, lenguh kaki, heheh! (saya je lenguh sebab pregnant, orang lain rilex jer sumer banyak tenaga). 

Next, saya akan citerkan plak pasal tempat2 lain yang kitorang lawati. 

SIgned-off!




Sydney Part 4 - Australian Museum & Hyde Park

Mengikut petunjuk Mr. Google, Australian Museum tak jauh dari apartment. Jalan straight je, nanti lalu Pitt Street -> Elizabeth Street...dah sampai Hyde Park dimana Anzac memorial berada. Walaupun tak berapa jauh, En. Hubby kata dia tak larat nak dukung Nina sepanjang perjalanan tu. Nina suka amik kesempatan, dia xmo jalan kononnye macam penat. Tapi bila dah sampai destinasi, bukan main lincah lagi!

Kitorang xbawa stroller Nina sebab stroller dia besar dan berat, leceh nak bawa naik kapal terbang. (Masa tu saya wat mental note untuk beli stroller yg lebih ringan dan mudah-alih untuk baby yang akan lahir nanti). So, kitorang gi Woolworths dgn harapan leh cari stroller murah untuk Nina, tapi malangnye xde, yang mahal je ade. Pusing punye pusing kat situ, akhirnye kitorang jumpe something yang rasanye agak praktikal untuk angkat Nina tanpa perlukan tenaga berlebihan.

Haa..inilah dia solution yang murah dan praktikal!
Dengan AUD10, kitorang pon beli shopping cart ni. Lepas tu wat selamba je tarik Nina ngan mende ni, walaupun menjadi perhatian ramai. Nina pon cool jer, she enjoyed the ride!

HYDE PARK
Hyde Park ni tempat orang ramai melepak dan berpiknik. Masa kitorang pergi tu, orang bukan main ramai walaupun pada hari bekerja. Mungkin dorang tu pelancong macam kitorang gak. Hyde Park juga boleh dikunjungi dengan menaiki bas percuma (Sydney CBD 555 Free Shuttle - more info, sila baca entri Sydney Part 2), naik bas hop-on hop-off, bas awam berbayar yang lain, train (turun kat Museum Station) atau monorail (turun kat Elizabeth Street).


Kat sini ada Anzac War Memorial. Masa pergi tu kitorang xtau pon mende tu ape, terus je amik gambo. Rupenye Anzac War Memorial tu ialah sebuah memorial untuk memperingati warga New South Wales yang terlibat dalam The Great War pada 1914-1918. Cerita panjangnye saya tak ingat dah. History is not my thing..sori yer.

Posing depan Anzac War Memorial

Bangunan memorial tu boleh masuk kalu berminat. Kitorang just ronda kat luar tu jer. Cukuplah setakat tahu ape mendenye dan tujuannye dibina. Maklumat lanjut boleh dapat kat internet, tul tak?

AUSTRALIAN MUSEUM
Untuk ke Australian Museum, dari Hyde Park teruskan jalan kaki ke arah College Street. Saya suka mention nama jalan sebab orang sini memang akan gunakan nama jalan sebagai petunjuk. Nama jalan ada ditulis dengan terang dan jelas di tepi jalan dan dipersimpangan jalan. Sebut je nama jalan, dah terbayang kat mana tempatnye.
Australian Museum ni boleh disamakan fungsinye dengan Muzium Negara la gitu. Kat sini kita leh tau pasal Australia dari A-Z (kalau rajin tengok sumer & baca sumer). Lagi satu, dia ada 4-5 tingkat kalu tak salah. Kalu nak ronda sumer kena dok sini dari pagi sampai malam.

Kitorang pergi kat section yang berkaitan binatang dan dinasours je memandangkan itu yang menarik minat anak2. Yang lain2 tu leh baca kat buku atau internet je. muahaha...

Nih kat section dinasour - selamba jer Nina pegang gigi dinasour tu!

Dah penat berlari kesana-kemari, Nina pon tidur dengan selambanye dlm muzium tu (cas bateri untuk aktiviti seterusnye)

Kat muzium ni ada tempat dikhaskan untuk bebudak main dan beraktiviti sambil mak bapaknye meronda kat muzium. Kitorang tak gunakan faciliti ni sebab tau pon masa dah nak balik. Kalu tau awal-awal, leh gak letak dorang kat situ. Tengok macam menarik..
Punyelah kusyuk depa dengar stori..ntah faham ke idak..

Untuk dua tempat ni, kitorang amik masa 1 hari juga. Iyela, kan.. slow and steady punye trip. Bawa anak-anak kecil la katakan. Yang penting, anak2 gembira..dan mak bapaknye pon turut ceria! Heheh!!

Takleh nak bayangkan camne kelam kabut kalu ikut tour group..

Signed off!

Percutian Keluarga di Sydney Part 6 - Maritime Museum

Kami sekeluarga juga sempat melawat Australian National Maritime Museum yang terletak di Darling Harbour. Muzium ini amat besar, ia merangkumi sebuah galeri dalam bangunan setinggi 3 atau 4 tingkat (tak ingat dah.. haha..), kapal selam, kapal perang, rumah api dan macam-macam lagi. Kita boleh masuk ke dalam semua yang saya senaraikan itu. Alhamdulillah masa tu cuaca cerah dan keadaan mengizinkan untuk kami melawati semuanya.

Bangunan muzium yang kelihatan dari atas kapal HMS Vampire

Tidak lepaskan peluang untuk masuk dalam Kapal HMS Vampire ni..

Menikmati pemandangan indah sekitar Darling Harbour dari atas kapal

En. Suami panjat Cape Bowling Green Lighthouse nih, saya tak join sebab pregnant..xlarat..

Ruang dalam kapal selam yang sempit untuk dilalui
  
Tak ambil gambar dalam galeri muzium sebab bateri henfon dah kong, so xdapat nak share. Cuma, muzium nih macam muzium lain juga banyak paparan sejarah & teknologi yang dipamerkan.

Signed off!




Friday, June 1, 2012

How to get rid of a bird- the costume

HAHAAHAHAHHAHAAAA

My sis, my mum and I came back home after a long day out and lol behold, a bird was in our laundry area. We dont know how it got in since all the windows were closed.

We took so long to brainstorm how to get rid of the bird. One idea was to just leave it till the next morning when it will (hopefully) fly out of the house. But A BIRD IN THE HOUSE!!! How to sleep peacefully!!! We then decided to cover part of the house with bedsheet so that it wouldnt fly to other parts of the house. But in the end we just found a better idea!

A basket on the head and we wrapped with blanket. Then i crawled in our 'costume' into the laundry area and woosh the bird flew out the front door instead zzzz

Mum was laughing crazily when she saw our costume... Lol

At least we now know what to wear when we wanna get rid of birds.

What an adventure!

Gambar Belangkas