Sunday, May 27, 2012

Video Ferrari run to taxi in Singapore, 3 killed



Kamera pun x dapat tangkap imej kereta tu. Memang dia laju. Nampak berdesup jer. Agak2 300km/j pa dia bawak. Gambar slow motion pun x clear. Camera video bukan dslr kot, 1.3megapixel kot. Tapi dia bertuah, sikit jer. Kalau dia pi dulu, dia kena la.

Moral of the story! Bila lampu hijau, jgn terus jalan, wusya2 dulu kot ada yg tertinggal, tgh memecut ligan lampu kuning. Padahal lampu kuning 4 saat jer. Cuba bayang kan berapa laju nak kena bawak. Bila sampai dah merah pun, orang dah jalan. Nak brek xdan, sapu je la.

Saturday, May 26, 2012

pengorbanan

assalammualaikum..

lamanya tak bercuti.. duduk rumah je..  kalau dulu wajib jalan-jalan.. boring kalau duduk rumah je.. tapi ni la namanya pengorbanan, untuk rumah baru.. kami kena la berjimat cermat. memang tak ada peruntukan / bajet / belanjawan / RM  untuk berjalan-jalan.

sedih sebenarnya.. bagi spisis yang suka berjalan macam saya ni, agak stress ok! saya dah biasa berjalan-jalan dan berjalan-jalan dan berjalan-jalan.

tapi takpe la yek.. ada 'hadiah' untuk pengorbanan tu..

apapun, jom senyum & bersyukur

:)



bukit merah 




pulau pinang


PD


sabah


pulau karimun, indon


genting



iCity




serawak



melaka





hadnyai


kuala sepetang


Thursday, May 24, 2012

Resepi Kek Cawan Mudah

Assalamua'laikum.

Atok dah cakap awal-awal yang memang Atok tak reti buat resepi kek cawan yang senang lagi mudah. Jadi, Atok hanya mampu kongsikan resepi yang Atok dapat dari sumber-sumber yang ada. Kali ni, Atok kongsikan resepi kek cawan/cupcake senang lagi mudah.

Inilah resepi kek cawan mudah. Jom kita baca sama-sama.

  Bahan-bahannya:
  • 1 cup white sugar
  • 1/2 cup butter
  • 2 eggs
  • 2 teaspoons vanilla extract
  • 1 1/2 cups all-purpose flour
  • 1 3/4 teaspoons baking powder
  • 1/2 cup milk
Cara nak buat kek cawan;
  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Grease and flour a 9x9 inch pan or line a muffin pan with paper liners.
  2. In a medium bowl, cream together the sugar and butter. Beat in the eggs, one at a time, then stir in the vanilla. Combine flour and baking powder, add to the creamed mixture and mix well. Finally stir in the milk until batter is smooth. Pour or spoon batter into the prepared pan.
  3. Bake for 30 to 40 minutes in the preheated oven. For cupcakes, bake 20 to 25 minutes. Cake is done when it springs back to the touch
Alamak, dalam BI pulak dah. Ini yang Atok sempat cilok daripada laman allrecipes.com. Kalau awak semua rasa tak selesa, insyaAllah Atok akan cuba cari yang dalam bahasa ibunda kita. Sambil Atok carik-carik resepi kek cawan mudah yang lain, apakata kalau awak semua dah tak sabar dah nak kecahkan dapur masing-masing, Atok kongsikan jugak satu CD yang boleh jawab segala macam benda pasal cara nak buat kek cawan ni. Linknya di bawah ni yer;



Baiklah. Dah habis bacakan? Apa kata pakat cuba buat kek cawan ni. Kalau tak jadi, buat lagi sampailah jadi. Selamat mencuba!





tersentuh


assalammualaikum..
tadi saya membaca blog penulis kegemaran saya, ROZA ROSLAN dan cerita ni sangat terkesan!
-
-
-
-
-

Kakak T menulis;
“Puan, sewaktu zaman bujang saya seorang yang periang, ceria dan disukai oleh rakan-rakan serumah mahupun di pejabat. Saya sangat gemar memasak. Setiap hari sayalah yang menjadi chef di dapur rumah bujang kami. Di hujung minggu, saya suka menjamu tetamu. Setiap hidangan pasti menerima pujian.
Namun, segalanya berubah apabila saya berumahtangga. Beban tugas di pejabat, urusan rumahtangga dan beban pengajian membuatkan saya bertukar karektor.
Di rumah, saya jarang sekali memasak untuk suami. Asalnya di awal perkahwinan kerana suami sering menegur setiap hidangan saya. Dia sering membandingkan dengan masakan ibunya. Dia mahu saya mempelajari masakan ibunya yang pada pandangan saya hanya biasa-biasa sahaja. Contohnya, suami mahu saya merebus ikan terlebih dahulu sebelum mengorengnya. Sedangkan pada ketika itu pada fikiran saya – ia kerja renyah dan menyusahkan. Banyak lagi perkara lain yang perlu dilakukan. Saya sukar menerima teguran.
Anak-anak pula banyak kerenah – meminta memasak itu dan ini sedangkan saya keletihan kerana bebanan kerja dan beban tugasan pengajian. Akhirnya suami membuat keputusan untuk makan sahaja di kedai. Jika ada tetamu datang bertandang, suami tempah makanan. Anak-anak pula di ajar memakan makanan segera. Saya berasa lega.
Begitulah..bertahun-tahun ia berlalu.
Kini, saya dan suami sudah bersara. Anak-anak pula semuanya telah berumahtangga. Kami sedang mengharungi kehidupan yang sunyi. Tiada komunikasi. Ketika duduk berdua, saya mahu memasak untuk suami. Namun, dia menolak. Katanya, ” Tak apalah.. kita makan di kedai sahaja.”
Adakalanya saya bertanya,”Abang..mahu saya bancuhkan kopi?”
Jawapannya,”Tak apalah..nanti saya buat sendiri.”
Apabila anak-anak pulang bercuti, mereka berpakat-pakat makan di restoren. Ketika hari raya, mereka menempah juadah atau isteri masing-masing membawa makanan sendiri. Saya rasa terpinggir. Pernah beberapa kali saya menyediakan makanan apabila dimaklumkan tentang kepulangan, namun apa kata mereka;
“Mummy kenapa bersusah-susah? Kami sudah makan dalam perjalanan tadi.”
Makanan tidak berjamah. Tidak seorangpun merindui masakan ibunya. Sayu hati saya apabila mengenangkannya.
Lebih sayu lagi apabila anak perempuan saya langsung tidak pandai memasak apa-apa. Sedangkan ketika saya sebaya dengannya boleh memasak segala macam juadah. Apabila ke rumah mereka, saya melihat anak perempuan kami terkial-kial membantu suaminya di dapur. Dia menyiang ikan dengan penuh susah payah.
Puan..hati saya remuk. Lebih remuk lagi, apabila suami tidak mahu dimasakkan apa-apa. Sedangkan apabila saya ke dapur, saya melihat dia menyediakan makanan dan makan sendirian. Masakan yang biasa disediakan oleh arwah ibunya!
Kakak T sudahi dengan pesanan dan perasaan yang penuh dengan kekesalan di hati. Katanya hebat bagaimanapun masakan kita, tidak jika tidak disuap ke mulut anak-anak dan suami…ia tidak bererti.

tak perlu faham

assalammualaikum..

kemana, dimana, bagaimana, kenapa, semunya soalan. jarang sekali melafaskan rasa syukur, alhamdulilah.. terleka ataupun terlupa ataupun terlalu berat melafaskannya. perlukah diingatkan? perlukah mengingati? siapa kata hati tak pernah menipu? kenapa kata naluri selalunya benar? persoalan tak pernah habis, saban hari, setiap masa malah tak pernah lekang merasainya. terasa seperti manusia asing yang sangat kerdil. sekecil semut ataupun sehalus zarah, itu tak pasti. apa yang pasti ialah semuanya milik Allah.

membiarkan keindahan berlalu bak melihat rezeki melintas depan mata, tanpa usaha ianya hanya harapan. tanpa kecekalan ianya bak bulan tanpa bintang, seakan uda tanpa dara, sekelat tea tanpa gula, tak seindah senyuman yang menguntum. begitulah hati, adakala berbunga tanpa sebab, kekadang merajuk tanpa alasan, betulah kita diciptakan, penuh ketelitian, jadi perlukah kita tidak bersyukur.

kekurangan bukan sesuatu yang diminta, agghhhhhhhh....mereka juga ingin seperti kita, bahagia dengan cara sendiri, mungkin dipandang biasa bagi diri, tapi itulah impian mereka yang melihat. jadi, kenapa perlu dipandang sepi kekurangan itu? soalan lagi..bolehkah hidup tanpa soalan? ataupun, adakah ayat lain yang boleh menggantikannya.

jangan soalan lagi, bersyukurlah..



akhir kata..

tak perlu faham..
cukuplah sekadar bersyukur.

:)


Gambar Belangkas