Saturday, May 5, 2012

Selangor Tawar Geran Negeri

Ekoran penemuan terbaru pendakwa awam Perancis, kerajaan Selangor menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat urus niaga kapal selam Scorpene bernilai berbilion ringgit.

Malah, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, jika perlu, dana antirasuah dari "Geran Selangorku" juga boleh dibelanjakan memandangkan tuduhan itu serius dan melibatkan perdana menteri sendiri.

"Jika pihak SPRM mempunyai masalah teknikal dari segi undang-undang dalam memulakan penyiasatan, kerajaan negeri bersedia membantu suruhanjaya berkenaan mendapat nasihat dari pakar undang-undang antarabangsa," katanya.


Dalam kenyataan hari ini, Khalid berkata, sebagai kerajaan negeri yang mementingkan ketelusan dan pertanggujawaban, Selangor tidak boleh hanya memeluk tubuh dalam isu serius itu.

Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urus niaga pembelian senjata Perancis-Malaysia kelmarin mendakwa menemui bukti bahawa Najib sebagai menteri pertahanan ketika itu meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.

Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram), terdapat faks menunjukkan Najib didakwa meminta jumlah itu sebagai syarat mengadakan pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.

Sumber: http://malaysiakini.com/news/197055

Johor FM

Friday, May 4, 2012

klik sini..earn some money

Apa Ada Pada 10 sen Baru



Aku tak nak berpolimik soal israel yahudi ker illuminati ke apa ker....cuma persoalannya adakah ini kebetulan atau disengajakan....kalau nak dikirakan banyk lagi perkara yang menyerupai perkara2 seprti ini... contoh satu ketika dulu...duit rm5 (dulu x de lambang rm..semua pakai $)..dikataka ada lambang salib..yang terbaru ( x la baru Sangat) duit rm1..ada triangle dan mata satu..macam duit USA..(lambang illumati)..
Ada pulak yang mempertikaian lambang kijang BNM ..dikatakan lambang anjing firaun..(klik sini  utk cerita lanjut)


nak tau pasal illuminati tengok youtube The Arrival (banyak episod)...
tafsir sendiri..

bukan kat duit jer..dulu kecoh ada lambang salib kat sejadah....huhuhu..
(kekadang ampai baju kat kampung pon macam lambang salib)..
pd aku kalau kebetulan x de hal sangat ..bagi aku yang penting internal strength..sembahyangla kat atas salib pon..kalau iman kuat x terjejas pon...
tapi macam mana kalu disengajakan?..

Sekali lagi aku nak tanya sesiapa yang tauu sesangat...APAKAH INI KEBETULAN ATAU DISENGAJAKAN?

APCO dan Agen Israel dalam PDRM

Pengarah logistik polis mengesahkan kehadiran agen zionis yahudi di pdrm & minta kdn tamatkan kontrak syarikat zionis yahudi asiasoft







Thursday, May 3, 2012

Bayi kena kejutan letrik.

Baca je terus aku terbayang soket yg aku guna utk mesin basuh. Sebabnya:
1. kabel tu duk atas lantai tarik dr tgh rumah ke bhgn dapur. Walau pon dlm keadaan baik, mn tau bebudak ni ambik gunting cucuk x ke naya. Nak selamat baik letak tinggi2.
2. Satu lagi, tv lcd aku duk atas rak yg rendah. Anak aku siap boleh tepuk tmpar lagi screen tv tu. RIsau gak ni. DIa punya besi gantung lama dah beli tp nak pasang bila x tau.

gambar cicak, kalau gambar orang ngeri sangat.

3. Air pancut dlm rumah pun selalu gak anak aku duk celup tangan. Kan pam dia duk dalam air tu. Bukan pakai bateri, 240V ac tu. Kalau pakai bateri x bahaya sangat.

RUpa2nya banyak bahaya menunggu ni. Selama ni kita buat x endah jer.

Al-fatihah! Bob Kuman meninggal.

Innalillahi wainnailai hi roji'un...setiap yg hidup pasti merasai mati. Dia pergi dulu, kita semua akan menyusul.  Nama sebenar beliau Husni Mohd Rawi. Semoga ruh ditempatkan dikalangan orang2 soleh.

Gambar Belangkas