Alhamdulillah... daripada 5 orang anak bujang, 2 orang sudah menjadi hafiz. Alhamdulillah ..Seorang lagi adiknya on d way ... baru sahaja masuk pada awal tahun ini...
Semasa Hari Ihtifal Institut Pendidikan Hira' pada hari Ahad lepas ... tidak sedar anakku sudah semakin tinggi, malah lebih tinggi dari umminya...
Semasa Mu'adz tadika pada tahun 2004
Sebenarnya tanggungjawab seorang hafiz ini sangat berat...saya katakan kepada anak-anak saya... Hendak menjadi hafiz mungkin mereka anggap senang, tetapi hendak mengekalkan hafazan mereka itu yang sangat susah... apatah lagi jika mereka sudah mula memasuki dunia sebenar...bukan lagi berada di dalam situasi yang terkawal seperti di Maahad Tahfiz...dunia realiti berbeza. Banyak...malah sangattttttttttt banyakkk dugaan dan cabaran ... dugaan dari syaitan sentiasa ada...malah lebih hebat...
mereka harus sentiasa mengulang-ngulang membaca Al-Quran ... TIDAK BOLEH tinggal sama sekali ...
jika ditinggalkan lama-lama boleh menjadi lupa ...
Malah dalam apa jua yang kita lakukan, kita mestilah sentiasa istiqamah...ini sebagai PERINGATAN kepada diri sendiri... kadang-kala terleka dan terlalai..banyak perkara tidak dilakukan..ditinggalkan...
Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau Ampunkanlah dosa-dosaku , dosa-dosa suamiku, dosa2 kedua ibu bapa kami, samada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia, dosa2 anak2 kami...
Ameen.